Terjemahan Al Fath ;1-10


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..
Salam jumaat..

.Firman ALLAH:
"...wahuwa ma'akum ayna maa kuntum……"
..Dia ALLAH bersama kalian dimanapun kalian berada..."

Sungguh, ALLAH itu sentiasa bersama kita.. ' ALLAH selalu bersama hamba-hambaNya dalam setiap detik kehidupan dan dalam kematian. Dan Dialah yang paling dekat kepada kita kerana ALLAH mengenalkan diri Nya Maha Pemberi dan Mengetahui. Dekatnya ALLAH pada kita adalah lebih dekat daripada urat halkum kita sendiri, namun kedekatan ALLAH pada kita sering terasa jauh... Mungkin kerana kita sering dibatasi dengan tirai dosa. Ketika tirai dosa ini ada, maka ia akan menjadi penghadang kita menghampiri ALLAH walaupun secara fitriyahnya antara kita dengan ALLAH adalah tidak jauh.. Laksana orang yang duduk di sebelah dinding, di sebelah dinding satunya adalah sahabatnya. Hampir mereka berdampingan hanya dibatasi dinding saja, sangat dekat dan tidak ada yang lebih dekat dengannya selain sahabatnya. Tapi mereka terbatas dan tidak akan pernah bersatu bersama. Melainkan dinding tersebut diketuk dan dibuka. Demikianlah tirai yang menghalang hamba ALLAH dengan ALLAH.. tidak akan terbuka melainkan dengan taubat dan inabah..

(petikan kata2 Habib Munzir Almusawa)

InsyaALLAH..Renungan bersama terjemahan Al Fath: 1-10. Surah ini dinamakan sebagai Al Fath yang bermaksud Kemenangan. Digalakkan kita untuk membaca surah ini sebagai ikhtiar untuk mendapatkan kejayaan, sewaktu berada dalam kesulitan dan juga sebagai ketenangan bagi hati..Sewaktu turunnya ayat ke-2 daripada surah ini, Rasulullah saw memberitahu para sahabat bahawa ALLAH SWT telah menurunkan satu ayat yang lebih baginda cintai dari bumi.
'... supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus..' (Al Fath;2)

Sama2 kita tadabbur terjemahan Al Fath insyaAllah..

1. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata,

2. supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus,

3. dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat (banyak).

4. Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,

5. supaya Dia memasukkan orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dan supaya Dia menutupi kesalahan-kesalahan mereka. Dan yang demikian itu adalah keberuntungan yang besar di sisi Allah,

6. dan supaya Dia mengazab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang musyrik laki-laki dan perempuan yang mereka itu berprasangka buruk terhadap Allah. Mereka akan mendapat giliran (kebinasaan) yang amat buruk dan Allah memurkai dan mengutuk mereka serta menyediakan bagi mereka neraka Jahanam. Dan (neraka Jahanam) itulah sejahat-jahat tempat kembali.

7. Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

8. Sesungguhnya Kami mengutus kamu sebagai saksi, pembawa berita gembira dan pemberi peringatan,

9. supaya kamu sekalian beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, menguatkan (agama) Nya, membesarkan-Nya. Dan bertasbih kepada-Nya di waktu pagi dan petang.

10. Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka barang siapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barang siapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar..'


Moga kita dipilih olehNya untuk berada lebih hampirNya.. Moga kita sentiasa diberi hidayah dan taufiq oleh ALLAH untuk melaksanakan ketaatan yang diterima dan direhaiNya. Moga ALLAH sentiasa merezekikan kita untuk sentiasa mengingati dan bertaubat padaNya.. Moga ALLAH sentiasa melindungi dan memimpin langkah dan hati kita untuk melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan keinginan nafsu dan tipudaya syaitan yang menipu. Moga kita diberi kesabaran dan kekuatan jiwa sepertinya sabar dan kuatnya jiwa para nabi dan rasul,diberi hidayah dan petunjuk untuk beramal dengan akhlak para nabi dan Rasul... Moga pengakhiran kita adalah pengakhiran yang terbaik yang diterima dan diredhaiNya..
Amin Ya Rabbal 'Alamin..

Kata-kata yang memberi kesan..


...Bahawa pelajar-pelajar itu adalah 'Amanah' daripada ALLAH..

Keadaan dan tuntutan suasana kerja kadang2 menyebabkan diri terlupa asas yang perlu dipegang sentiasa;melakukan sesuatu dengan niat untuk mendapat redha ALLAH..Moga dituntuni langkah dan hati ini dalam meletakkan setiap pekerjaan yang dibuat kerana ALLAH. Nilaian ALLAH itu adalah bekalan untuk akhirat..

ALLAH Mengharamkan Api Neraka Menyentuh Anggota Sujud..


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

"..Ya ALLAH, tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang2 yang Engkau redhai, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.." (Al Fatihah : 6-7)

~AL FATIHAH ITU ADALAH SEBAIK-BAIK LAFAZ MUNAJAT KITA DALAM KEHIDUPAN~

Segala pujian bagi Allah , yang dengan memuji-Nya terbukalah cinta Ilahi , yang ketika cinta Ilahi terbuka untuk yang memuji-Nya maka terbitlah segala anugerah dari Yang Maha Memberi anugerah , Allah Sang Pemilik segala anugerah , Pemilik setiap nafas , Pemilik setiap ruh , Pemilik setiap sel tubuh kita , Pemilik jiwa dan sanubari , Yang Maha melimpahkan hidayah dan rahmah kepada hamba-hamba yang dikehendaki-Nya . Bukalah segala anugerah-Nya
dengan memperbanyak pujian kepada-Nya , jadikan hari-harimu terpuji dengan banyak memuji Allah . Adakah orang yang akan lebih terpuji di dunia ini melebihi orang yang memuji Allah?, adakah orang yang lebih banyak memuji Allah dari sayyidina Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam ?, dan adakah orang yang lebih terpuji dan banyak pengikutnya
dari sayyidina Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam ?.

Orang yang asyik memuji Allah akan terpuji di dunia dan di akhirah dan dia akan dipuji oleh Allah . Barangsiapa yang
mengingat Allah maka ia akan banyak diingat oleh orang lain , dan tentunya ia diingat oleh Allah .

Hadirin hadirat , seluruh warna hakikatnya sama, seluruh bentuk hakikatnya sama, seluruh keadaan ; jahat dan baik,
bagus dan jelek, tawa dan tangis kesemuanya hakikatnya sama, yaitu fana...

Sedangkan yang abadi adalah jiwa yang tersambung dengan kasih sayang Ilahi . “ Laa ilaaha illallah…” , tiada yang patut
disembah dan diagungkan melebihi Allah , tiada yang pantas disembah selain Allah , itu adalah sumpah setia seorang
hamba kepada Allah , dan sumpah setia Allah kepada hamba-hamba-Nya adalah firman-Nya :

“ Tiada Tuhan selan Aku , maka bertakwalah kepada-Ku “ . ( QS. An Nahl : 2 )

Maka hamba-hamba-Nya menjawab :

“ Tiada Tuhan selain Engkau , Maha Suci Engkau sungguh kami termasuk orang-orang yang banyak berbuat dosa “ .(QS. Al Anbiyaa: 87 )

~Awal Tausyihah Habib Munzir Almusawa~

InsyaALLAH sama2 kita hayati Sabda Rasulullah saw:

Allah haramkan api neraka menyentuh anggota sujud pada keturunan Adam...” (HR Bukhari)

Seterusnya..>


Fitnah : Senjata Tertua Dunia


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Firman ALLAH SWT:
dan fitnah itu adalah suatu yang sangat besar [ dahsyat dosa dan akibatnya ] dari membunuh dan senantiasalah mereka memerangi kamu sehingga mereka boleh memalingkan kamu dari agama kamu jika sekiranya mereka mampu melakukannya..
Surah Al Baqarah Ayat : 217

Hangatnya bahang PRU semakin tersasa. Dan kali ini perlawanannya semakin hebat dengan menggunakan senjata Fitnah. Kesal memikirkan sikap pemimpin negara yang jelas menujukkan ketidak matangan mereka. Bertambah-tambah kesal melihat bagaimana ulama' (Baca; Ulama UMNO) yang mengatakan mereka adalah mujtahid dalam mengendalikan sesuatu isu, namun dalam hal ini mengambil langkah berdiam diri, memutar belitkan isu,merelakan kebatilan berlaku dalam sedar semata2 untuk menjaga nama baik dan jawatan mereka. Fitnah yang diatur dengan penuh perancangan untuk memanipulasi fikiran rakyat. Antara bukti yang ketara yang boleh dilihat bagaimana bekalan akhbar harian, utusan Malaysia dibekalkan secara percuma kepada guru di sekolah-sekolah. Persoalan? Mengapa baru sekarang akhbar2 ini dibekalkan secara percuma?

Artikle Ustaz Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

1. Meskipun senjata ini adalah senjata yang paling tua dan klasik, namun ia adalah senjata yang bahaya dan berbisa malah kesan radiasinya lebih dahsyat membawa kemusnahan berbanding letupan loji nuklear. Ia bukan sahaja mampu membunuh jasad manusia bahkan fitnah adalah senjata yang mampu membunuh jiwa manusia dan peradabannya. Firman Allah swt :
و الفتنة أكبر من القتل و لا يزالون يقاتلونكم حتى يردوكم عن دينكم إن استطاعوا
dan fitnah itu adalah suatu yang sangat besar [ dahsyat dosa dan akibatnya ] dari membunuh dan senantiasalah mereka memerangi kamu sehingga mereka boleh memalingkan kamu dari agama kamu jika sekiranya mereka mampu melakukannya.
Surah Al Baqarah Ayat : 217

2. Bermula dari zaman pertarungan antara Qabil dan Habil yang bermula dengan api fitnah merebut seorang perempuan untuk dicintai akhirnya meletus satu kesan radiasi yang membawa kepada berlakunya pembunuhan dan itu adalah pembunuhan manusia pertama direkodkan di atas muka bumi dan ianya bermula dari fitnah serta dendam. [boleh rujuk kisahnya di dalam surah al Maaidah ayat 27 hingga 32].

3. Nabi Yusuf as terpaksa meringkuk di dalam penjara angkara fitnah. Nabi Yusuf as dituduh bermukah dengan Zulaikha, isteri kepada seorang pembesar istana. Plot dan drama fitnah itu dirancang selicik mungkin oleh orang - orang dalam istana yang bermula dari api fitnah Zulaikha akhirnya Nabi Yusuf as diseret ke penjara sementara Nabi Yusuf as sedia ke penjara demi mempertahankan maruah dan kesucian dirinya. Firman Allah : [boleh rujuk kisahnya di dalam surah Yusuf ayat 21 - 36]
قال رب السجن أحب إلي مما يدعونني إليه
Ia [ nabi Yusuf as ] telah berkata : Tuhanku , Penjara lebih aku suka berbanding apa yang mereka suruh aku lakukanya
Surah Yusuf. Ayat 33

4. Senjata fitnah sebagai senjata yang tiada nombor siri ini terus digunakan secara berleluasa di sepanjang zaman sehinggalah ke zaman Nabi kita Muhammad saw. Apabila Isteri Nabi saw, Aisyah rha. difitnah dan dituduh berzina dengan Sofwan bin Mua'attal al Sulami. Plot cerita yang disusun rancang oleh Abdullah bin Ubai bin Salul cukup meyakinkan
sehingga sebahagian sahabat Rasulullah saw mencadangkan agar Nabi saw menceraikan sahaja Aisyah rha sementara sebahagian yang lain mempertahankannya. Malah Nabi saw diam tidak terkata, tambahan pula wahyu terhenti kira - kira sebulan lamanya. Sehinggalah akhirnya turun wahyu membebaskan keluarga Rasulullah saw dari belenggu fitnah yang direka.

5. Allah swt berfirman di dalam surah an Nuur ayat 11, bermaksud :
Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong itu adalah dari golongan kamu juga. Janganlah kamu kira bahawa berita bohong itu buruk bagi kamu bahkan ia adalah baik bagi kamu.

6. Melalui sejarah tamadun moden hari ini juga dapat disaksikan bagaimana kuasa manusia di dunia ini, biarpun mereka telah memiliki peluru berpandu, jet pejuang, kereta perisai, bom nuklear dan 1001 jenis senjata canggih termasuk pesawat tanpa pemandu, namun mereka tetap menggunakan senjata tanpa nombor siri [fitnah] ini untuk menjatuhkan lawan mereka samaada musuh mereka dalam persaingan ekonomi atau musuh mereka dalam pergolakan politik.

7. Malah kuasa besar dunia sekalipun lengkap dengan segala kekuatan tentera dan senjata, demi menjayakan misi penaklukan mereka ke atas negara - negara lain turut menggunakan fitnah bagi mencetus huru hara dan perang saudara serta pergolakan politik dalaman sebelum mereka menjadi "super hero" yang datang kononnya untuk misi menyelamat dan damai.

8. Dunia disepanjang zaman diletakkan dalam persaingan dan pertarungan fitnah. Manusia walaupun baik, lebih - lebih lagi manusia buruk memang berpotensi untuk menjadi mangsa senjata fitnah ini. Namun kebiasaannya manusia yang jahat [faajir] akan menggunakan senjata ini untuk diacu kepada lawannya. Justeru manusia yang baik [soleh] sekali - kali tidak akan bermain dengan senjata tanpa tuan ini.

9. Bukan sahaja individu akan derita sebaik sahaja terkena kesan radiasi fitnah ini, malah rumahtangga akan runtuh, masyarakat akan huru hara, negara akan binasa malah dunia hilang pertimbangan. Jika dunia mengutuk sekeras - kerasnya mana - mana negara yang membina dan menggunakan senjata nuklear kerana menyedari kesan buruknya, maka saya kira dunia wajar mengutuk berganda kali penggunaan senjata fitnah yang membawa kesan buruk dan dahsyat berlipat ganda.

10. Bagi kita ummat Islam malah juga perlu diambil iktibar [pengajaran] oleh non muslim akan nasihat dan panduan nabi kita Muhammad saw dalam menghadapi zaman penuh fitnah, krisis dan konflik ini. Terutama kepada mereka yang sering menjadi mangsa fitnah tanpa mengira apa tujuan atau objektifnya, wajar sekali menghayati wasiat dan pedoman Rasulullah saw.

Sabda Rasulullah saw :
أوصيكم بتقوى الله عزوجل و السمع و الطاعة و إن تأمر عليكم عبد فأنه من يعش منكم فسيرى اختلافا كثيرا فعليكم بسنتي و سنة الخلفاء الراشدين المهديين عضوا عليها بالنواجذ و أياكم و محدثات الأمور فإن كل بدعة ضلالة
Maksudnya : Aku berwasiat kepada kamu supaya bertaqwa kepada Allah swt dan dengar serta taat sekalipun yang dilantik pemimpin ke atas kamu hanyalah seorang hamba. maka sesungguhnya, sesiapa yang masih hidup dari kalangan kamu, nescaya ia akan melihat berlakunya ikhtilaf [ krisis, konflik dan fitnah ] yang begitu berleluasa , maka wajiblah ke atas kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khulafa' ar Rasyidin yang mendapat petunjuk dari Allah swt dan hendaklah genggam sunnah itu seerat - eratnya dengan geraham kamu. Waspadalah akan perkara yang direka cipta maka sesungguhnya setiap perkara baru yang direka cipta [ dalam urusan agama kamu ] adalah sesat.
Hadis riwayat : Abu Dawud dan at Turmuzi dan katanya Hadis ini Hasanun Sohih.

Penutup : Hanya taqwa serta keiltizaman kita kepada syariat dan sunnah Rasulullah saw akan menjadi perisai berkesan dalam menghadapi peluru fitnah dan kesan radiasinya. Meskipun fitnah itu melanda diri dan keluarga kita, insyaallah ketaqwaan akan menjadikan kita mendapat lindungan Allah swt dan kita berjaya mengatasinya dengan jaya.

....Bersabarlah insan yang terfitnah dan semoga mereka yang menabur fitnah mendapat petunjuk Allah swt untuk kembali ke jalan yang benar, memohon ampun dan diredhai Allah swt..

Tadabbur Doa..


Dengan lafaz ta'awwudz...
Alhamdulillah..Segala puji-pujian pada ALLAH yang masih memberi kita semua peluang dan ruang masa untuk kita melakukan ketaatan padaNya walaupun dalam langkah yang bertatih.. Selawat dan salam pada junjungan besar Rasulullah saw, kerana dengan cahaya keberkatan dan kasih sayang yang ada padanya menyampaikan kita pada ALLAH..

InsyaAllah sama2 kita hayati doa dari terjemahan Al Alqaaf :15

"Ya Tuhan hamba. tunjukilah hamba untuk mensyukuri nikmat yang telah Engkau berikan kepada hamba dan kepada ibu bapa hamba dan supaya hamba dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepada hamba dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucu hamba. Sesungguhnya hamba bertaubat kepadaMU dan sesungguhnya hamba termasuk orang-orang yang berserah diri..'

Sabda Rasulullah saw:
..barangsiapa yang biasa melazimi istighfar, memohon keampunan pada ALLAH,maka ALLAH memberinya jalan bagi setiap kesempitan, memberi kegembiraan pada setiap kesulitannya, dan memberikannya rezeki dari jalan yang tidak disangkainya..'(Hr Bukhari dan Muslim)

InsyaAllah buat diriku dan dirimu..
..cukuplah balasan kebaikan itu, diredhai Allah dalam amalan2 ketaatan..(Ibnu Ata'illah)
kerana ia adalah sebaik-baik pemberian dan sebaik-baik kedamaian yang diinginkan oleh kita..




Sebaik baik permintaan kepada ALLAH..


Assalamu'laikum wbt..
Salam jumaat..Semoga redha dan rahmat ALLAH sentiasa mengiringi langkah dan detik hidup kita. Renungan bersama kata-kata hikmah Ibnu Ata'illah:

..sebaik-baik permohonan kepada ALLAH ialah apa yang ALLAH memerintahkan kepadamu..'

Huraian:
...jika ada yang hendak diminta kepada ALLAH sebagai seorang hamba maka yang paling patut adalah mengharapkan ALLAH agar meneguhkan iman dan keyakinan dengan memantapkan hati dalam iman, patuh dan taat pada semua perintah dan larangna ALLAH serta bersungguh2( istiqamah) dalam ajaran islam dan ibadah. Memohon untuk istiqamah dalam kebaikan sama seperti kita telah memohon kebaikan dunia dan akhirat..

Memetik kata2 Habib Umar Al hafiz:
Meninggalkan istiqamah adalah seolah-olah seperti kita meninggalkan syurga..

Moga ALLAH sentiasa meneguhkan hati kita semua dalam amal kebaikan kepadaNya, kerana janji ALLAH kebaikan yang kita lakukan akan menghapuskan kejahatan2 yang pernah kita lakukan dan Allah akan gandakan lagi kebaikan tersebut dengan kebaikan yang lebih banyak.. InsyaAllah..
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ..MENCARI REDHA ALLAH.. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net