Mengamalkan Sunnah; Bukti Kecintaan dan Kunci Kejayaan

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Firman ALLAH SWT:
'..Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin..(At Taubah: 128)



"Jika ALLAH telah Mengikatmu dengan Nabi yang penuh Rahmat dalam kehidupanmu maka engkau akan mendapatkan kebahagian dan ketenangan. Diantara tanda bahwa engkau telah terikat dengan Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم adalah ketika engkau akan masuk ke dalam rumahmu maka engkau akan teringat apa yang diucapkan RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم ketika memasuki rumah, dan ketika engkau memasuki pasar maka kau teringat tuntunan Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم tentang apa yang diucapkan beliau saat memasuki pasar, ketika engkau sedang menghadapi makanan dan engkau teringat akan tuntunan RasuluLlah apa yang diucapkan ketika akan makan, maka sungguh engkau telah terikat dengan Nabi yang penuh Rahmah.

InsyaALLAH perkongsian dari blog saudara kita..Moga ianya dapat menambahkan lagi kecintaan kita pada Rasulullah saw.

-sambungan-

Sayang padamu Ya Rasulullah..




Tanbih buat diri..


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Sabda Rasulullah saw..'iman ialah apabila kamu melakukan kebaikan, kamu merasa senang, dan apabila kamu melakukan kejahatan, kamu merasa sedih..' (Hadith)

Dalam meniti perjalanan hidup, kadang2 perlu juga untuk kita menekan butang ‘pause’.. berhenti seketika untuk melihat dan mengukur kembali perjalanan yang pernah dilalui. Apa dan di mana yang kurang,atau melihat di mana yang mungkin terlebih..Melihat dan membaiki sesuatu yang kita baru lepasi itu lebih mudah daripada membaiki sesuatu yang sudah terlalu jauh kita tinggalkan bahkan menjadi sebati dengan diri kita..

Apatah lagi kejadian kita sebagai muslimat yang mudah melakukan kesalahan dan menjadi fitnah.. Kadang2 tanpa sedar kita buat kesalahan yang kita tahu.. kata2 untuk diri sendiri terutamanya. Rasulullah saw juga menuturkan bahawa golongan yang paling banyak di dalam neraka kelak adalah kaum wanita.. Moga ALLAH sentiasa memberi taufiq dan hidayah untuk kembali padaNya setiap kali melakukan kesalahan dan menerima taubat yang ada..

Pesanan yang ana cuba pegang sentiasa; ‘..jangan memandang rendah pada dosa dan kesalahan yang kecil, kerana belum tentu amalan kebaikan kita yang ada dapat menampung azabnya di akhirat kelak..’ Juga kesan dosa yang sedikit itulah bakal menghakis keberkatan hidup yang ada. Mungkin memberi kesan pada orang sekeliling yang kita sayangi, mungkin juga pada kehidupan kita yang akan datang dan sebagainya.
Mujahadah dalam menjaga dan mendidik diri ke arah yang diredhai..

Biarkan hati berbicara seikhlasnya..kerana yang mengetahui diri kita adalah kita sendiri dan ALLAH..

"Tidak usah mencari jalan keluar diluar dari dirimu,
kerana jalan keluar dari setiap permasalahan
Ada dalam dirimu sendiri;
Ada dalam hubunganmu dengan ALLAH سبحانه وتعالى...

"Kebahagiaan itu bukan terletak pada tercapainya keinginan kita, akan tetapi kebahagiaan itu terletak pada memahami dan mengikuti Kehendak ALLAH Yang Maha Berkehendak."..
(kata2 Syeikh Rohimuddin Nawawi al-Jahari al-Bantani)

Renungan hadith Rasulullah saw:


“Dari Abdur Rahman Bin Jabir daripada Abi Thowil : Telah datang seorang tua yang sangat tua sehinggakan dahinya telah menutup kedua belah matanya,dan dia bertopang menggunakan tongkat sehinggalah dia menghadap nabi sallallahu alaihi wassalam lalu berkata : Apakah pandanganmu tentang seorang lelaki yang berbuat berbagai jenis dosa dan tidaklah dia meninggalkan apa dosa pun untuk dilakukanya walau kecil jua yang besar semuanya dia lakukan yang mana jikalau dosa-dosanya itu dibahagi-bahagikan kepada penghuni dunia ini akan hancurlah mereka,maka adakah untuknya taubat?? Maka berkatanya baginda nabi : Apakah kamu islam? Lelaki tua itu pun berkata : Sesungguhnya aku bersaksi bahawa bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan sesungguhnya dikau utusan Allah,baginda pun berkata : perbuatlah dikau kebaikkan dan tinggalkanlah kejahatan maka Allah akan tukarkan segala dosa-dosa itu kepada kebaikkan seluruhnya,dan berkata : begitu juga segala kecuranganku dan kejahatan-kejahatanku? Baginda berkata : Ya,dia berkata : Allahu Akbar,dan dia berterusan bertakbir sehinggalah dia menghilang dari pandangan kami” (hadith riwayat Imam At-Thobrani dan Al-Bazzar)

Dalam sebuah hadis riwayat Abdullah bin Amru r.a., Nabi s.a.w. pernah bersabda maksudnya:
“Wahai golongan wanita, banyakkanlah bersedekah dan beristighfar, aku melihat golongan wanita yang paling ramai menjadi ahli neraka!” Lalu seorang daripada mereka bertanya: “Kenapa kami yang ramai menjadi ahli neraka wahai Nabi s.a.w.?” Nabi menjawab, “Aku tidak pernah melihat orang yang paling kurang akal dan agamanya berbanding golongan wanita.” Wanita itu bertanya lagi, “Ya Rasulullah, apakah yang dimaksudkan dengan kurang akal dan agama itu?” Jawab Nabi s.a.w : “Kurangnya akal bagi kamu bermaksud persaksian dua orang wanita menyamai seorang lelaki, dan kurangnya agama bermaksud keuzuran seseorang wanita menyebabkannya tidak dapat bersolat dan berpuasa.”

..Ampuni hamba,kedua ibu bapa hamba,adik beradik hamba dan seluruh ummat Muhammad ya Allah..

Hati itu tumpuan pertama Tarbiyyah


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..

" Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah. mengerjakan amalan soleh, dan yang berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?"(Surah Fussilat :33)

..ya..cuba melihat insan2 sekelililng dengan mata hati.. Memandang dengan kasih.. Sepertimana nasihat imam Gahazali. Walau bagaimana pun mereka..,siapapun mereka..mereka tetap hamba seperti kita..bahkan lebih baik dari kita. ‘Hati manusia itu dalam genggaman ALLAH..’ Tugas kita menyampaikan,sedaya mungkin tunjuk qudwah terbaik walau kadangkala turut tersasar.. Sentiasa berdoa kerana titik pertemuan hati itu dalam takdir dan izin ALLAH..kekuatan seorang hamba itu adalah pada doa,keyakinannya pada ALLAH dan ikhlas..

'…Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi, kecuali akan datang kepada Tuhan Yang Maha Pemurah selaku seorang hamba….' (Maryam: 93)

Rasulullah saw adalah insan yang paling penyayang di antara insan2 lain dan ALLAH adalah yang Maha penyayang di antara para peyayang.. Kasih sayang dari hati yang ikhlas akan sampai pada hati yang lain. Lemah lembut dan hikmah Rasulullah saw itulah qudwah selamanya..

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang.(Maryam ;96)

Usaha,sabar dan sederhana itu adalah pakaian Rasulullah,dan tawakkal itu jiwa Rasulullah..

InsyaALLAH..

Ampuni hamba Ya ALLAH..pada salah niat dan urusan hamba yang berlebihan…

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.."(Al Baqarah; 286)

Akhlaqul Karimah (Akhlak yang Mulia)


Assalamu’laikum wbt..
Salam ma’al Hijrah 1432..Moga ruang masa yang dipinjamkan ALLAH SWT membawa kita semua lebih dekat pada ALLAH dan sunnah Rasulullah saw.. Dekat dalam ertikata lebih ikhlas,jujur, lebih taqwa pada ALLAH..Peringatan buat diri ini terutamanya..

InsyaALLAH..Sama2 kita renungi hadith Rasulullah saw mengenai akhlak. Pentingnya menghayati akhlak adalah kerana akhlak itulah yang menjamin kesempurnaan iman kita pada ALLAH,.

Akhlak dan Iman

Hadith Rasulullah saw:
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.” (HR. At-Tirmidzi no. 1082. Dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ no. 1232)

Akhlak dan redha ALLAH

Hadith oleh Abu Darda r.a :“Tidak ada yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin melainkan akhlak yang baik. Sesungguhnya Allah swt membenci kekejian dan keburukan..” (HR. At-Tirmidzi no. 2002 dan dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Shahihul Jami’ no. 5632).

“Sesungguhnya Allah Maha Pemurah menyukai kedermawanan dan akhlak yang mulia serta membenci akhlak yang rendah/hina.HR. Al-Hakim (I/48)

Akhlak dan kecintaan Rasulullah saw

“Sesungguhnya yang paling aku cintai di antara kalian dan yang paling dekat majlisnya denganku pada hari Kiamat adalah yang paling baik akhlaknya…”HR. At-Tirmidzi (no. 2018)

Anugerah ALLAH buat hamba yang baik akhlaknya

Allah menganugerahkan tiga istana dalam tiga tingkat yang berbeda dalam syurga buat hambaNya yang berakhlak baik.
Abu Umamah Al-Bahili Radhiyallahu’anhu meriwayatkan bahwa Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda :“Aku pemimpin sebuah rumah di dasar syurga bagi orang yang meninggalkan adu debat meskipun ia benar.Aku pemimpin sebuah rumah di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta meskipun sendau gurau. Dan aku pemimpin pada sebuah rumah di ketinggian syurga bagi orang yang baik akhlaknya.” (HR. Abu Dawud no.4800 dan dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Shahihul Jami’ no. 1464)).

“Tidak ada satu perkara yang diletakkan di atas mizan yang lebih berat daripada akhlak yang baik. Sesungguhnya pemilik akhlak yang baik benar-benar akan mencapai darjat orang yang berpuasa lagi mendirikan solat.”(HR. At-Tirmidzi no. 2003 dan dishahihkan oleh Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Shahihul Jami’ no. 5726).

Begitu pula para Sahabat ra, mereka adalah orang-orang yang paling baik akhlaknya setelah Rasulullah saw:
Dan di antara akhlak Salafush Salih ra:


-Ikhlas dalam ilmu dan amal serta takut dari riya’.
-Jujur dalam segala hal dan menjauhkan dari sifat dusta.
-Bersungguh-sungguh dalam menunaikan amanah dan tidak khianat.
-Menjunjung tinggi hak-hak ALLAH dan Rasululullah saw
-Berusaha meninggalkan segala bentuk kemunafikan.
-Lembut hatinya, banyak mengingat mati dan akhirat serta takut terhadap akhir kehidupan yang buruk(su’ul khatimah).
-Banyak berzikir kepada ALLAH dan tidak berbicara yang sia-sia.
-Tawaddhu’ (rendah hati) dan tidak sombong.
-Banyak bertaubat, beristighfar (mohon ampun) kepada Allah, baik siang mahupun malam.
-Bersungguh-sungguh dalam bertaqwa dan tidak mengaku-ngaku sebagai orang yang bertaqwa, serta sentiasa takut kepada Allah.
-Sibuk dengan aib diri sendiri dan tidak sibuk dengan aib orang lain serta selalu menutupi aib orang lain.
-Sentiasa menjaga lisan mereka, tidak suka ghibah (tidak mengumpat sesama Muslim).
-Pemalu.
-Banyak memaafkan dan sabar kepada orang yang menyakitinya.
-Banyak bersedekah, dermawan, menolong orang-orang yang susah, tidak kedekut.
-Mendamaikan orang yang bersengketa.
-Tidak hasad (dengki, iri), tidak berburuk sangka sesama Mukmin.
-Berani dalam mengatakan kebenaran dan menyukainya.


"... Ya Allah, tunjukkanlah hamba pada akhlak yang paling baik, kerana sesungguhnya tidak ada yang boleh menunjukkan kepadanya selainMU, dan jauhkanlah hamba dari keburukan akhlak kerana sesungguhnya tidak ada yang boleh menjauhkannya melainkanMU..”

Pengajaran dari Surah Al Kauthar dan Surah Al Ma'un


Assalamu'alaikum wbt..

InsyaALLAH.. Perkongsiaan bersama dari satu kuliah tafsir ..

(Tafsir Al Kauthar dan Al Ma'un)

Allah menurunkan surah Al Kauthar untuk menggembirakan Rasulullah saw dan orang mukmin dan menyatakan ciri2, sifat orang yang beriman dan bertaqwa. Surah ini sama seperti surah ad Dhuha dan al Insyirah di mana ia memberi khabar gembira dan mendatangkan ketenangan pada orang2 yang beriman… Jika kita lihat dalam susunan Al Quran, surah ini adalah surah ke 108 dan diturunkan selepas surah Al Ma’un surah ke 107. Surah Al Kauthar dikatakan juga menampung kesedihan Rasulullah saw kerana di dalam surah Al Ma’un ALLAH menyatakan dengan jelas ciri2 orang munafiq..

Sama2 kita mengambil pengajaran InsyaALLAH..

Terjemahan Surah Al Kauthar:

1. Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) nikmat yang melimpah-ruah.

2. Kerana itu dirikanlah solat dan berkorbanlah dengan ikhlas kerana Tuhanmu.

3. Sesungguhnya orang yang benci kepada engkau dialah orang yang putus dari rahmat.



Terjemahan Surah Al Ma’un:

1. Tahukah kamu (orang) yang mendustakan agama?

2. Itulah orang yang mengherdik anak yatim,

3. dan tidak menganjurkan memberi makan orang miskin.

4. Maka celakalah bagi orang-orang yang solat,

5. (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya,

6. orang-orang yang berbuat riya'.

7. dan enggan (menolong dengan) barang berguna.



Mentadabbur erti Ikhlas di dalam Al Quran

Bismillah wal hamdulillah..

Pengajaran bersama.. Bicara tentang ikhlas,sama2 kita pupuk dalam diri insyaALLAH..

Selain taqwa, jaminan ALLAH yang jelas disebut dalam Al Quran adalah untuk orang2 yang ikhlas.. Kenapa begitu penting jaminan ALLAH?...Kerana hanya dengan berada dalam jaminan ALLAH kita akan selamat dunia akhirat. ‘Apa jua ujian yang datang, jika kita ikhlas pada ALLAH insyaALLAH ALLAH bersama kita..’ (Kata2 Tuan Guru Ust Haron Din)…Tazkiyah khusus untuk diri ana yang punya banyak kelemahan dan khilaf.

Dalam satu catatan ada dinyatakan bahawa ikhlas itu adalah rahsia ALLAH dan hambanya..Hanya ALLAH dan hambanya sahaja yang tahu.Tidak diketahui oleh malaikat, sehingga ia tiada kuasa untuk menulisnya, dan tidak mampu dihampiri oleh syaitan untuk merosakkan..

InsyaALLAH..ramai diantara kita yang telah mengetahui makna,hakikat dan kepentingan ikhlas dalam niat dan perlakuaan. Besarnya darjat orang yang ikhlas begitu banyak disebut dalam Al Quran dan hadith dan hanya amalan yang ikhlas sahaja yang akan sampai pada ALLAH..Tingginya darjat ikhlas dirakamkan dalam satu surah dalam AL Quran.-Surah Al Ikhlas.(Satu2nya surah yang tiada huruf ba’ dalam al quran). Hadith Rasulullah saw juga menyebut, sesiapa yang membaca surah al ikhlas 1 kali, umpama telah membaca 1/3 Al Quran dan sesiapa yang membaca 3 kali surah Al Ikhlas, umapama telah mengkhatamkan keseluruhan Al Quran.

Ikhlas juga amat sukar untuk dirasa,juga dicapai.Pilihan dan anugerah ALLAH pada hamba yang betul2 ingin hampir padaNya. Para auliya’, wali ALLAH menyatakan bahawa tangga ikhlas itu adalah melalui jalan mujahadah, memerlukan latihan dan ilmu,tidak mampu dicapai dengan hanya pengharapan dan kata2..(juga peringatan buat diri ini)

Insya ALLAH sama2 kita tadabbur makna dan hakikat ikhlas dalam Al Quran

ALLAH berfirman untuk para hambanya..

“Katakanlah : “Dialah ALLAH, Yang Maha Esa.ALLAH adalah Ilah yang bergantung kepadaNya segala urusan. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan.Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia”
[Al-Ikhlas :1- 4]

Katakanlah: "..Sesungguhnya solat, ibadah, hidup dan matiku hanyalah untuk ALLAH, Tuhan semesta alam,.(Al An’am;162)

Keutamaan beramal dengan Ikhlas di sisi ALLAH

ALLAH SWT berfirman:

..Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah ALLAH dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus.



(Al Baiyinah;5)

Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab (Al Quran) dengan (membawa) kebenaran. Maka sembahlah ALLAH dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya. Ingatlah, hanya kepunyaan ALLAH-lah agama yang bersih (dari syirik)..(Az Zumar 2-3)

Ikhlas juga sebagai benteng dan pelindung kita dari tipudaya syaitan

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan. ALLAH berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya (hari kiamat).. Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya,kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis (ikhlas) di antara mereka.ALLAH berfirman: "Maka yang benar (adalah sumpah-Ku) dan hanya kebenaran itulah yang Ku-katakan".
(Sad; 79-84)

Taubat oarng munafiq juga hanya akan diterima dengan keikhlasan..

Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka. Kecuali orang-orang yang bertaubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) ALLAH dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka kerana ALLAH. Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman dan kelak ALLAH akan memberikan kepada orang-orang yang beriman pahala yang besar..(An Nisa’ 145-146)

Mengharapkan perjumaan dengan ALLAH juga dengan bekalan amalan yang ikhlas

…Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya".(al Kahfi; 110)

Amalan tanpa ikhlas ibarat debu di sisi ALLAH, Wa’iyazubillah..moga ALLAH membantu kita dalam menyemprnakan ketaatan padaNya dengan ikhlas..

… Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.(Al Furqaan;23)

…Demikianlah (perintah ALLAH). Dan barang siapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi ALLAH maka itu adalah lebih baik baginya di sisi Tuhannya. Dan telah dihalalkan bagi kamu semua binatang ternak, terkecuali yang diterangkan kepadamu keharamannya, maka jauhilah olehmu berhala-berhala yang najis itu dan jauhilah perkataan-perkataan dusta.dengan ikhlas kepada ALLAH, tidak mempersekutukan sesuatu dengan Dia. Barang siapa mempersekutukan sesuatu dengan ALLAH, maka adalah ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.Demikianlah (perintah ALLAH). Dan barang siapa mengagungkan syiar-syiar ALLAH, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.( Al Hajj;30-32)

..banyak lagi firman ALLAH buat kita semua tentang ikhlas di dalam Al Quran. Sama2 kita tadabburnya insayALLAH.. Setiap amalan itu bergantung pada niat..(Hadith Rasululah)..moga sahabAt2 yang membaca tulisan ini juga diberkati ALLAH..

..memetik kata2 seorang ulamak untuk muhasabah bersama;
‘..semua manusia itu celaka kecuali orang yang berilmu..dan semua orang yang berilmu itu celaka kecuali orang yang beramal. Dan semua yang beramal itu celaka kecuali dengan ikhlas..”

Akhir,sama2 kita berdoa..
"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; kerana sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi (kunia)."..(Al Imran; 8)

Ubat Hati


Renungan bersama..

“ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh... ”-
Ibrahim Al-Khawas RA

IMAN..


InsyaALLAH untuk renungan bersama dalam menuju ALLAH..
~iman itu bertambah dan berkurang..~kata2 Rasulullah saw
Sebagai insan biasa,inilah kita..kadang2 kita rasa dekat dengan ALLAH, dan kadang2 kita rasa ada sesuatu yang tidak kena pada hati kita..rasa jauh dengan ALLAH..
InsyaALLAH..itu tandanya hati kita masih hidup untuk merasa..
sama2 kita muhasabah bagaimana iman kita..

Firman Allah swt :
“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya sedia bersih bertambah tambah bersih (dengan ilmu dan amal kebajikan) dan sesungguhnya hampalah orang orang yang menjadikan dirinya sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kokotoran maksiat ).”….
(Surah al-Syams : 9-10).

Tanda-tanda Lemah Iman

1) Terus menerus melakukan dosa dan tidak merasa bersalah

2) Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca Al-Quran

3) Berlambat-lambat dalam melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat

4) Meninggalkan sunnah

5) Memiliki suasana hati yang goyah, seperti bosan dalam kebaikan dan sering gelisah

6) Tidak merasakan apapun ketika mendengarkan ayat Al-Qur'an dibacakan, seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukumanNya dan janji-janjiNya tentang khabar baik.

7) Kesulitan dalam berzikir dan mengingati Allah

8) Tidak merasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari'ah

9) Menginginkan jabatan dan kekayaan

10) Kikir dan bakhil, tidak mau membagi rezeki yang dikaruniakan oleh Allah

11) Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan, sementara dirinya sendiri tidak melakukannya

12) Merasa senang ketika urusan orang lain tidak berjalan semestinya

13) Hanya memperhatikan yang halal dan yang haram, dan tidak menghindari yang makruh

14) Mengolok-olok orang yang berbuat kebaikan kecil, seperti membersihkan masjid

15) Tidak mahu memperhatikan keadaan kaum muslimin

16) Tidak merasa bertanggung jawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam

17) Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya, seperti menangis dan meratap-ratap di kuburan

18) Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti

19) Merasa asyik dan sangat tertarik dengan dunia, kehidupn duniawi, seperti merasa resah hanya ketika kehilangan sesuatu kebendaan

20) Merasa asyik (ujub) dan kagum pada diri sendiri


Hal-hal berikut dapat meningkatkan keimanan kita
:

1) Tilawah Al-Qur'an dan mentadabburi maknanya, hening dan dengan suara yang lembut tidak tinggi, maka InsyaAllah hati kita akan lembut. Untuk mendapatkan keuntungan yang optimal, yakinkan bahwa Allah sedang berbicara dengan kita.

2) Menyedari keagungan Allah. Segala sesuatu berada dalam kekuasaannya. Banyak hal di sekitar kita yang kita lihat, yang menunjukkan keagunganNya kepada kita. Segala sesuatu terjadi sesuai dengan kehendakNya. Allah maha menjaga dan memperhatikan segala sesuatu, bahkan seekor semut hitam yang bersembunyi di balik batu hitam dalam kepekatan malam sekalipun.

3) Berusaha menambah pengetahuan, setidaknya hal-hal dasar yang dilakukan dalam kehidupan sehari-hari, seperti cara berwudhu dengan sempurna. Mengetahui erti dari nama-nama dan sifat-sifat Allah, orang-orang yang bertakwa adalah mereka yang berilmu.

4) Menghadiri majlis-majlis zikir yang mengingat Allah. Malaikat mengelilingi majlis-majlis seperti itu.

5) Selalu menambah perbuatan baik. Sebuah perbuatan baik akan mengantarkan kepada perbuatan baik lainnya. Allah akan memudahkan jalan bagi seseorang yang bersedeqah dan juga memudahkan jalan bagi orang-orang yang berbuat kebaikan. Amal-amal kebaikan harus dilakukan secara istiqamah.

6) Merasa takut kepada akhir hayat yang buruk... Mengingat kematian akan mengingatkan kita dari terlena terhadap kesenangan dunia.

7) Mengingat peringkat-peringkat kehidupan akhirat, fasa ketika kita diletakkan dalam kubut, fasa ketika kita diadili, fasa ketika kita dihadapkan pada dua kemungkinan, akan berakhir di syurga, atau neraka.

8) Berdoa, menyedari bahawa kita memerlukan Allah. Merasa kecil di hadapan Allah...

9) Cinta kita kepada Allah swt harus kita tunjukkan dalam perbuatan.. Kita harus berharap semoga Allah berkenan menerima solat-solat kita, dan sentiasa merasa takut akan melakukan kesalahan. Malam hari sebelum tidur, kita bermuhasabah, memperhitungkan perbuatan kita sepanjang hari itu.

10) Menyedari akibat dari berbuat dosa dan pelanggaran. Iman seseorang akan bertambah dengan melakukan kebaikan, dan menurun dengan melakukan perbuatan buruk.

11) Semua yang terjadi adalah kerana Allah menghendaki hal itu terjadi. Ketika musibah menimpa kita, itu jua dari Allah..

Sabda Rasulullah saw;
"Kata-kata yang baik itu adalah sedekah.."-(Hadith Nabi)

“..Sesungguhnya seseorang mukmin itu dapat mencapai darjat orang yang berpuasa yang mendirikan sembahyang ditengah malam disebabkan akhlaknya yang mulia”.
(Riwayat Abu Daud)





Alhamdulillah..semuanya dari ALLAH..


Bismillah wal hamdulillah..
Assalamu’alaikum wbt..

Segala puji-pujian itu hanya pada ALLAH..Rabbii..Pemilik,Penjaga dan Pemelihara ana dan semua..Selawat dan salam juga pada Rasulullah saw..Moga rindu ini sampai padanya..

Biidznillah..22 nov 2010,secara rasmi ana dan sahabt2 menerima surat tawaran dan penempatan sebagai guru sandaran siswazah terlatih (GSST)..

Mengimbas suasana 2 hari lepas

"Ya Tuhan-ku, masukkanlah hamba secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) hamba secara keluar yang benar dan berikanlah kepada hamba dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong....
(Al Isra’80)..
berulang kali doa ini ana baca untuk redakan debaran di hati. Sedikit berdebar untuk melihat daerah penempatan yang bakal ana bertugas..Apapun takdir ALLAH,itulah yang terbaik..Kata2 yang cukup ana pegang dalam hidup ana..terasa sedikt tenang dengan ayat tawakkal yang dibaca oleh Nabi Ibrahim..Cukuplah ALLAH sebagai wakilku..

Pilihan ALLAH untuk ana:
Sek Men Keb Alor Janggus, Alor Setar Kedah..=,)

Subhanallah..terasa bagai keajaiban..Pilihan ALLAH semuanya. Berkali2 lafaz tahmid terucap dibibir..Ana ditaklifkan untuk bertugas di sekolah yang jaraknya dalam 1km dari rumah mentua kakak.Rumah yang ana tumpang buat sementara waktu sebelum itu.. Selain sahabat,ana tiada saudara di sini,hanya rumah mak(panggilan kami sekeluarga untuk mentua kakak) tempat persinggahan. Tidak terbayang ana akan dapat sekolah ini..Diri dah bersedia untuk dihantar ke daerah lebih jauh. Kuasa ALLAH semuanya..Terasa ingin sujud syukur waktu itu juga. Serentak pelukan erat sahabat terdekat yang amat memahami mengiringi..(Syukran Umie dan k.wani….=)

Suasana sekolah
23 Nov 2010

Ditemani mak, ana mendaftarkan diri di sekolah tersebut..ALLAH mentakdirkan sekolah yang amat dekat dengan jiwa ana suasananya. Boleh dikatakan sekolah ini terletak di Kampung. Sangat cantik dengan berlatar belakang Gunung Keriang(Dalam 2-3 km dari sekolah.InsyaaLLAH..Orang kedah tahu=) dan dikelilingi sawah padi.. Melalui Pengetua dan ketua kaunselor,ana dapat t tahu rata2 pelajar di sini adalah dari keluarga sederhana dan susah. Kebanyakkan ibu dan ayah bekerja sebagai petani dan nelayan..Terasa suasana seakan2 sekolah lama ana dahulu..Alhamdulillah..Dalam hati ana berdoa moga dapat membantu,memberi yang terbaik dan menyayangi mereka sebagaimana diri ana sendiri..

Kebaikan ALLAH melalui hambanya..

..ishah jika ada apa2, datang sahaja jumpa saya. InsyaALLAH..Pintu bilik ini saya buka dan tidak pernah tutup untuk cikgu2 saya..(Kata2 Pengetua)..sekilas ana melihat ke arah pintu bilik pengetua yang dibiarkan terbuka dengan disandalkan batu. ‘Sesiapa sahaja boleh datang ke bilik saya….’


..saya utamakan suasana kekeluargaan dalam kalangan staf saya..’ Perasaan pertama ana..terasa diterima,selamat dan selesa dengan pengetua yang begitu merendah diri..

..waktu itu juga pengetua menelefon kaunselor sekolah yang lain. ‘kita ada kaunselor baru, jika ada masa datanglah..’

…Panggil je saya umie ishah..Ishah lebih kurang umur anak umie..’ –kata2 ketua kaunselor.. Tempat untuk ishah duduk dah lama umie dan kak nab(kaunselor kedua) sedia..(Terasa bagai ingin menitis air mata sewaktu melihat meja yang disedia.)..Kebaikkan ini datang dariMu Ya Allah..Umie dahulu adalah ustazah di sekolah ini sehingga dicadangkan pelantikanya sebagai kaunselor oleh pihak sekolah. ‘Mendidik pelajar mengenal dan mendekati ALLAH..’ itu kata2 umie yang terkesan di hati ini.

..Ishah duduk sahaja di rumah mak.Lagipun rumah tak ada orang..Boleh temankan mak.. –kata2 dari mak sewaktu ana utarakan tentang tempat tinggal..

~Segala pujian bagi ALLAH atas kebaikanNya yang tidak terhingga.. ALLAH mengetahui keupayaan dan kemampuan diri hambanya.Sungguh ,terasa kerdil diri atas nikmat kebaikan yang diberi..Juga kuatir adakah kebaikan ini boleh menjauhkan lagi hamba dari ALLAH..Mohon perlindungan dariMu YA ALLAH..

Buat Insan2 yang bermakna dalam hidup ini..

Ma,Abah…..Syukran atas semua kebaikan yang ada…Terlalu banyak jasa ma dan abah..tidak mampu anakmu ini membalasnya..Doa anakmu ini, moga ALLAH rezekikan menjadi anak yang solehah buat ma dan abah..menggembira , menenangkan dan meringankan ma dan abah dunia dan akhirat..Moga ALLAH jaga ma dan abah dengan sebaik2penjagaan..’ hamba letakkan keduanya dalam jagaanMu Ya ALLAH..

Abang e, Kak yah, Adik Ja, Arif…(Adik beradik hamba dunia dan akhirat ..)..Sayang semuanya hubban katheer..Rindunya pada semua..Susah senang kita semua bersama.. Kalian adalah pembakar semangat buat diri ini.. Kesedihan kalian adalah kesedihan pada diri ini, dan kegembiraan kalian adalah kegembiraan pada diri ini.Moga ALLAH rezekikan kak untuk jadi adik dan kakak yang baik buat semuanya..Moga kita semua jadi anak yang baik untuk ma dan abah..

Saudara Mara yang ada..
Sentiasa mengambil berat tentang diri ana dan adik beradik..Memberi sokongan sewaktu diri goyah..Syukran..Pada ALLAH jualah doa ini. Moga ALLAH membalas yang terbaik buat semua..

Sahabat Dunia Akhirat..
(k.shida,k.wani,umie,long,azila,chik,humairah,ayu, k.ziraa,farhana..,k.sya..yani..,husna.. zahra..k,ina..k.siti..adik2 muslimat surau,sahabat2 min mmk kc dan yang mengenali diri)..diri tidak pandai mengungkap kata2 indah.. Tidak mampu untuk ana terjemahkan kebaikan dari semua..Kehadiran sahabat2 adalah anugerah ALLAH..memberi kekuatan buat diri ini. Banyak perkara yang kita lalui bersama..kelak semua itu akan menjadi tayangan di sana..Moga ianya bukti dan penyelamat kita insyaALLAH..Kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH.. hanya doa sebagai pengantara….Moga kebaikan yang ada dibalas dengan kebaikan yang lebih baik buat semua..

~Menjadi kaunselor Islam pada Pandangan ALLAH InsyaALLAH~

P/S:..pada setiap kesulitan, ada kemudahan, pada setiap kesulitan ada kemudahan..
(Al Insyirah)
begitu juga pada setiap nikmat akan ada ujiannya..Ujian paling besar adalah dalam nikmat kesenangan.Diri tidak mengetahui perkara yang akan datang. Mungkin ada ujiannya juga..Moga ALLAH pelihara dan tuntuni diri ini, juga sahabt2 dalam membawa amanah dariNya..

Buat sahabat yang amat dirindui..long…,k.shida…,tidak mampu untuk ishah ucap apa2..ALLAH Mengetahui Yang terbaik buat kita semua…ALLAH juga yang akan menjaga dan melindungi kita semua..Perkataan yang sering kita ulang bersama;..ALLAH Mengetahui Yang Terbaik..=)Moga diizinkan ALLAH untuk kita semua menghabiskan kuliah.. Doakan ishah dari kejauhan dan doa ishah juga bersama..
~Hayya ila zikrillah~
Moga kita semua sentiasa mengingati ALLAH..

Sandaran hamba hanya pada ALLAH..


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..

Bicara hati buat diri yang dhaif….

ALLAH bersama..

ALLAH itu Maha Penyayang..Maha Pengasihani..

..tatkala diri merasa serba kekurangan, ALLAH memujuk hati dengan ayat2Nya..Ayat yang berupa kasih sayang dan keyakinan..Sungguh ALLAH ITU MAHA PENYAYANG..


Maka Allah adalah sebaik-baik Penjaga dan Dia adalah Maha Penyayang di antara para penyayang…(Yusuf:64)

Jika Allah menolong kamu, maka tak adalah orang yang dapat mengalahkan kamu; jika Allah membiarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapakah gerangan yang dapat menolong kamu (selain) dari Allah sesudah itu? Kerana itu hendaklah kepada Allah saja orang-orang mukmin bertawakkal.(Al imran:106)

..bahkan barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebajikan, maka baginya pahala pada sisi Tuhannya dan tidak ada kekuawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.(Al baqarah;112)

..Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.
(Al Imran; 139)

Berbeza dengan makhluk…,ALLAH tidak memandang rupa,juga tidak memandang harta kekayaanmu,tapi yang dipandang adalah hatimu..

ALLAH itu Maha Pengampun.Al Ghaffur..At Tauwab..

ALLAH Maha Menerima Taubat.. Sebanyak mana pun kesalahan hambanya, ALLAH tetap akan terima.. ‘tanda ALLAH ingin menerima taubat kita, ALLAH membuka hati kita untuk bertaubat..’ Apabila taubat diterima , ALLAH akan jadikan segala pancaindera kita yang menjadi saksi lupa pada perlakuan dosa tersebut..
Doa yang paling Rasulullah sukai adalah Istighfar.. ALLAH juga berpesan,jangan putus asa dengan rahmatnya..Hanya ALLAH dapat menerima diri yang dhaif dan serba kekurangan ini seadanya….
..hamba berlindung denganMU Ya Allah,daripada kejahatan nafsu hamba,azab kubur dan juga siksa nerakaMu..

ALLAH itu Maha Lembut..Al Latif..

Takdir ALLAH ada bersama kelembutannya.. ALLAH akan bagi apa yang kita perlu..bukan sepenuhnya yang kita mahu.. ALLAH masih mengizinkan lidah dan hati ini menyebut ALLAH walau seringkali diri ini salah padaNYA.. Tiada nikmat yang lebih besar melainkan merasa bersama ALLAH.. Hanya ALLAH..

ALLAH itu Maha Pencinta.. Al Wadud..

Bahagia yang paling baik, adalah berada dibawah lembayung cinta ALLAH..-kata2 ahli sufi.

Cinta ALLAH utama tiada berakhir …Seandainya tiada cinta insan yang ikhlas buat diri ini,cukuplah jika cinta ALLAH yang mendiami hati ini....Hamba ingin menjadi bidadari tunggal di sana.. Cinta ALLAH tidak pernah mengecewakan..Bahkan mendatangkan kekuatan dan ketenangan..ALLAH akan sahut ingatan yang datang dengan ingatan yang lebih lagi.. Janji ALLAH,ALLAH akan melindungi kekasihnya.. Hadith qudsi tentang cinta ALLAH juga banyak..(siapa yang datang sejengkal pada ALLAH, ALLAH akan datang sehasta…….hinggga akhir ayat) ‘siapa yang mengingati ALLAH dalam berseorangan, ALLAH akan mengingatinya pada hari akhirat nanti,siapa yang mengingati ALLAH dalam ramai,ALLAH akan mengingatinya dalam perhimpunan yang lebih baik..’
..hamba akui susah untuk menghampiri dan menggapai cintaMU..namun hamba ingin….
..moga dituntuni hati ini dalam menggapai cintaMU..

ALLAH itu Maha Mengetahui... Al ‘Alim..

Baik yang hamba sembunyi atau nyata,ALLAH mengetahuinya.. ALLAH mengetahui kisah hidup hamba ini..dahulu, sekarang dan kemudian.. ALLAH mengetahui bicara hati dan tingkah laku diri ini tatkala bersendirian.. ALLAH mengetahui keinginan dan hasrat hati diri ini... Jesteru, ALLAH merancang dan mentakdirkan yang terbaik buat diri.. Sentiasa pegang, bersangka baik dengan ALLAH..ALLAH amat memahami…tiada yang lebih memahami diri ini melainkan ALLAH…Hanya ALLAH..=)

.. Dan pada sisi ALLAHlah kunci-kunci semua yang ghaib; tiada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, dan Dia mengetahui apa yang di daratan dan di lautan, dan tiada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya (pula), dan tidak jatuh sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak sesuatu yang basah atau yang kering, melainkan tertulis dalam kitab yang nyata (Lohmahfuz).(Al An’am;59)

.. Dan rahasiakanlah perkataanmu atau lahirkanlah; sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala isi hati.(Al Mulk;13)

ALLAH itu Maha Berkehendak..

Tiada siapa yang mampu melawan kehendak ALLAH.. Kehendak ALLAH adalah yang terbaik. Bila ALLAH kata ‘kun’ maka jadilah..Tiada yang mustahil bagi ALLAH. Mustahil hanya pada kita.. Kehendak ALLAH adalah bersama kasih sayangnya..juga boleh jadi kerana kemurkaanNya.. Tiada lain, untuk menyucikan hambaNya. Dan membawa hamba lebih dekat padaNYA..

ALLAH itu Maha Mengabulkan..Al Mujib..

ALLAH mendengar dan mengabulkan setiap doa hambanya. Itu janji ALLAH..
Kekuatan bagi diri adalah doa..sentiasa sabar dan khusyuk dalam doa..
Jadikan hadith ini sebagai pendorong. Hadith Rasulullah saw..;..siapa yang dibukakan baginya pintu doa, pasti ALLAH membukanya pintu kasih sayang..(Tirmidzi)
Kata Ibnu Ata’illah juga;…. ‘apabila ALLAH ingin mengabulkan doa seorang hambaNya,ALLAH akan memberi kesungguhan padanya untuk berdoa dengan doa tersebut..’ Yakin dengan ALLAH.. Hanya pada ALLAH orang2 beriman itu bertawakkal..

ALLAH itu Maha memberi Petunjuk..

Tiada daya melakukan kebaikan dan tiada daya menolak kejahatan melainkan dengan izin ALLAH..Bukan mudah untuk seseorang itu mendirikan solat, mengingatinya dan berdoa..kasih sayang ALLAH,ALLAH memberi petujuk dalam hati ini untuk mendatangiNya walaupun penuh dengan debu kekotoran.. Al Fatihah, ayat 6 dan 7 adalah pemberianMU kepada hamba untuk diulang2..

‘syukurku memerlukan syukur yang lain..’..(kata2 rabiatul adawiyah)
Hebat hidayah dan taufiq ALLAH kepada rabiatul adawiyah sehingga beliau mampu mengungkap kata2 indah ini..
‘..cahayailah hati ini dengan petunjukMu Ya ALLAH..Sebagaimana Engkau mencahayai bumiMu ini dengan Matahari..’..bantu hamba untuk menyempurnakan ketaatan pada perintahMu ..

ALLAH itu Maha Melindungi.. Al Muhaiminun..

Setiap dari kita tidak lepas dari kesalahan..Salah satu sifat ALLAH, ALLAH amat melindungi kesalahan dan keaiban hambanya..dan kesalahan hamba sering ALLAH tutup..kadang2 takut ianya menjadi ‘istidraj’..nikmat ALLAH begitu banyak walaupun diri sering melakukan kesalahan..ALLAH juga pelindung dan penjaga yang terbaik..Tiada yang lebih baik selain berada dalam pelindungan ALLAH..

…YAKIN DENGAN ALLAH..
..ALLAH MENGETAHUI YANG TERBAIK..
..HAYATI KASIH SAYANG ALLAH..BERSANGKA BAIK PADA ALLAH..

~sebaik2 bekalan diri adalah TAQWA pada ALLAH~

Barang siapa yang bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan) nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
(At Talaq;2-3)..'


..Uhibbuka Ya ALLAH…..Uhibbuka Ya Rasulullah..



Tipu Daya Syaitan Dalam Ibadah

Firman ALLAH SWT:
…Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekadar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamu pun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu". Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih.
( Surah Ibrahim;22)

Tipu daya syaitan terhadap manusia supaya meninggalkan ibadat kepada ALLAH ada tujuh perkara menurut Imam Ghazali iaitu:

1. Syaitan melarang manusia taat kepada ALLAH. Sedangkan orang-orang yang dipelihara ALLAH akan menolak ajakannya dan mengatakan: ‘Aku mengharapkan pahala dari ALLAH. Untuk itu, aku harus mempunyai bekalan di dunia ini demi akhirat yang kekal.’

2. Syaitan sentiasa memujuk manusia agar tidak mentaati ALLAH. Dia menghasut manusia dengan mengatakan : ‘Nanti sahajalah, kalau sudah tua nanti barulah, masa masih panjang dan kita masih muda atau sebagainya lagi.’ ; Orang-orang yang terpelihara akan menolaknya dengan mengatakan: ‘Kematianku bukan berada ditanganmu. Jika aku menundakan amalanku hari ini untuk esok, sehingga amal hari esok perlu aku kerjakan. Sedangkan setiap hari aku mempunyai amal berlainan.’

3. Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan kebaikan. Kata syaitan: ‘Cepat beramal agar engkau dapat mengejar dan mengerjakan amalan-amalan lain.’ ; Orang-orang yang selamat akan menolaknya dengan mengatakan: ‘Amal yang sedikit tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak sempurna.’

4. Syaitan akan menyuruh manusia untuk menjalankan amalan yang baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain. Mereka yang dipelihara oleh ALLAH akan mengatakan: ‘Bagi saya, penilaian cukup hanya dari ALLAH swt dan tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia (orang lain).’

5. Syaitan membisikkan pujian kepada orang yang beramal: ‘Betapa tinggi darjatmu kerana dapat beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurnanya dirimu.’ ; Mendengar pujian ini, orang yang baik akan mengatakan bahawa: ‘Semua keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah kepunyaan ALLAH dan bukan kekuatan atau kekuasaanku. ALLAH yang melimpahkan taufik kepadaku untuk dapat beramal sehingga Dia meredhai dan memberikan pahala yang besar. Sekiranya tanpa kurniaanNya, apalah erti amalanku ini, jika dibandingkan dengan nikmat ALLAH yang telah diberikan kepadaku, disamping dosaku yang bertimbun pula.’

6. Dengan gagalnya jalan kelima, syaitan akan menerapkan cara yang keenam. Cara ini lebih berat jika dibandingkan dengan cara-cara yang terdahulu dan manusia tidak akan menyedarinya kecuali orang-orang yang cerdik dan berfikir. Syaitan berbisik dalam hati manusia: ‘Bersungguh-sungguhlah engkau beramal dengan sir (kejahatan), jangan sampai diketahui oleh orang lain .’ ; Begitulah syaitan mencampur-baurkan amalan seseorang dengan penipuannya yang sangat tersembunyi. Dengan ucapannya itu syaitan bermaksud untuk memasukkan sedikit perasaan riak. Orang-orang yang dipelihara ALLAH akan menolak ajakannya dengan mengatakan: ‘Hai malaun (yang dilaknat), engkau tidak henti-henti menggodaku dan merosakkan amalanku dengan pelbagai cara. Dan kini, kau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalanku, padahal engkau bermaksud merosakkannya. Aku adalah hamba ALLAH dan ALLAH yang menjadikanku. Jika berkehendak, ALLAH akan menjadikan aku mulia atau hina. Semuanya itu adalah urusan ALLAH. Aku tidak khuatir, amalanku diperlihatkan atau tidak kepada orang lain, sebab itu bukan urusan manusia.’

7. Gagal dengan cara itu, syaitan akan meneruskan godaannya dengan cara lain lagi. Dia mengatakan: ‘Hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadat kerana jika ALLAH telah menetapkan kamu sebagai orang yang berbahagia pada hari azali kelak, maka meninggalkan ibadat pun tidak akan memberikan sebarang mudharat. Engkau tetap menjadi orang yang berbahagia dan sebaliknya jika ALLAH menetapkan kamu sebagai seorang yang celaka, maka tidak ada gunanya engkau beribadat kerana engkau tetap akan celaka.’ ;
Orang-orang yang dipelihara oleh ALLAH sudah pasti akan menolak godaan itu dengan mengatakan: ‘Aku hanyalah hamba ALLAH. Wajib bagiku menuruti perintahNya. ALLAH Maha Mengetahui, menetapkan sesuatu dan berbuat apa sahaja sesuai dengan kehendakNya. Walau bagaimanapun keadaanku, amalanku tetap bermanfaat. Jika aku ditetapkan sebagai orang yang berbahagia, aku akan tetap beribadat untuk memperbanyakkan pahala. Sebaliknya, jika aku ditetapkan sebagai orang yang celaka, aku akan tetap meneruskan perbuatan ibadat agar tidak menjadi sebuah penyesalan bagiku. Sekiranya aku masuk neraka, padahal aku taat, itu adalah lebih aku sukai daripada aku masuk neraka kerana melakukan maksiat.

Tetapi tidak akan demikian akibatnya kerana janji ALLAH pasti terbukti dan firmanNya pasti benar ; ALLAH telah menjanjikan pahala kepada sesiapa sahaja yang taat kepadaNya. Barangsiapa mati dalam keadaan beriman dan taat kepada ALLAH, dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka, melainkan syurgalah tempatnya. Jadi, masuknya seseorang ke dalam syurga bukan kerana kekuatan amalan yang telah didirikan, tetapi kerana janji ALLAH yang suci murni dan pasti! Kelak, orang-orang yang berbahagia dan beruntung akan mengatakan; Segala puji bagi ALLAH yang membuktikan janjiNya dengan syurga, Semoga ALLAH melimpahkan rahmatNya kepada kita.’

…Sesungguhnya dalam mentaati ALLAH, terlalu banyak godaan dan tipu daya syaitan yang perlu kita lalui. Bandingkan segala permasalahan dan perbuatan kepada keadaan tersebut dan sama2 kita pohon perlindungan ALLAH swt agar terlindung dan terpelihara dari kejahatan syaitan. Sesungguhnya segala sesuatu itu berada di bawah kekuasaan ALLAH dan kepadaNyalah kita mengharapkan taufiq dan keredhaan.

Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan ALLAH yang Maha Luhur dan Maha Agung..

Salam Aidiladha..


Salam Aidiladha buat semua..
..disunatkan untuk kita memperbanyakkan zikrullah (bertakbir,bertahmid dan bertahlil)

Amalan sunat pada 10 Zulhijjah :
a) Mandi sunat Aidil Adha pada pagi harinya.
b) Sunat tidak menjamah makanan atau minuman sehinggalah selesai menunaikan solat Adha
c) Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan apabila pulang menggunakan jalan yang lain
d) Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid
e) Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula malam 10 Zulhijjah-13 Zulhijjah.

Barakallahu fiikum..=)

Kelebihan 10 Hari Pertama Zulhijjah


Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah?... Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda bermaksud,
Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)”.

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa Baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”

Meniti Hari Bahagiaku..


Bismillah wal hamdulillah..

..sama2 kita hayati cerpen ini. Mungkin dalam kalangan sahabat2 ada yang sudah membacanya..Begitu juga diri ini.. Dalam mencari bahan2 bacaan,tergerak hati untuk membuka folder bahan bacaan pilihan.Untuk kali kedua ana membacanya..
Alhamdulillah..sama seperti kali pertama membacanya,ada pengajaran yang boleh diambil..syukran buat insyirah solehah.. Penulis cerpen ini.

..................................................................................

Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain. Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini. Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!" Aku tersenyum lagi...

Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa." Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

..........................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah. Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.

Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

........................................

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya.. (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

..biarpun di alam maya, diri ini ingin menjadi sepertimu..

Mengingati ALLAH


"Ya ALLAH..Hamba tahu, Engkau tak pernah lupa pada hamba..
Maka jangan jadikan hamba lupa padaMU.."

- Petikan kat2 Hubabah Halimah al-`Aydrus حفظه الله تعالى


Pesan Rasulullah saw kepada Mu'az b. Jabal:
....wahai Mu'az, aku sangat cinta kepadamu.
Maka selepas mengerjakan solat, janganlah sekali kali kau lupa berdoa kepada ALLAH SWT dengan doa ini:
'Ya ALLAH, bantulah hamba dalm mengingatiMU, bantu hamba dalam mensyukuri nikmatMU, dan bantulah hamba dalam menyempurnakan ibadah kepadaMU..'

~Doa Untuk Ma dan Abah~

~Doa Untuk Ma dan Abah~

YA ALLAH..
Ampunilah dosa kedua ibu bapa hamba..
Sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangi hamba sewaktu kecil..
Rendahkanlah suara hamba bagi mereka,
Perindahlah ucapan hamba di depan mereka,
Lunakkanlah watak hamba terhadap mereka dan
Lembutkan hati hamba untuk mereka..

YA ALLAH,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka pada hamba dan pahala yang besar
atas kasih sayang yang mereka limpahkan pada hamba,
peliharalah mereka sebagaimana mereka
memelihara hamba..
Kuatkanlah juga keimanan mereka..
Berikanlah kesihatan yang baik untuk mereka..
Dan sampaikanlah mereka kepadaMu dengan sempurna..

YA ALLAH,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana
hamba, atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana
perbuatan hamba, jadikanlah itu semua penyebab
terhapusnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya
pahala kebaikan mereka
dengan perkenan-Mu Ya Allah..,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda..

YA ALLAH,
Bila magfirahMU telah mencapai mereka
sebelum hamba, Izinkanlah mereka memberi syafa'at
untuk hamba. Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah
hamba memberi syafa'at untuk mereka, sehingga
kami semua berkumpul bersama dengan santunanMU
di tempat kediaman yang dinaungi kemulianMU,
ampunanMU serta rahmatMU..

YA ALLAH
Sampaikanlah doa ini juga untuk adik beradik hamba
Moga kami menjadi penyejuk hati dan mata keduanya
Moga kami teguh berbakti pada keduanya..
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tidak berakhir
dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara
semua pengasih..

Amin Ya Rabbal ‘Alamin..

..sayang semua..,hubban katheer..=)

Empat Perkara

Tanbih..
(Peringatan bagi yang lupa)
~Sama2 kita menuju ALLAH~

Telah Bersabda Nabi s.a.w :Yang bermaksud:"Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga. Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka....

1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi 4 penarikan:

1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.

Dari Ali r.a yang bermaksud:Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:

1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.

Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud:Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:

1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua.
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

Firman ALLAH SWT:
Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdoa):
"Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".
(Al Baqarah:127)
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ..MENCARI REDHA ALLAH.. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net