Alhamdulillah..semuanya dari ALLAH..


Bismillah wal hamdulillah..
Assalamu’alaikum wbt..

Segala puji-pujian itu hanya pada ALLAH..Rabbii..Pemilik,Penjaga dan Pemelihara ana dan semua..Selawat dan salam juga pada Rasulullah saw..Moga rindu ini sampai padanya..

Biidznillah..22 nov 2010,secara rasmi ana dan sahabt2 menerima surat tawaran dan penempatan sebagai guru sandaran siswazah terlatih (GSST)..

Mengimbas suasana 2 hari lepas

"Ya Tuhan-ku, masukkanlah hamba secara masuk yang benar dan keluarkanlah (pula) hamba secara keluar yang benar dan berikanlah kepada hamba dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong....
(Al Isra’80)..
berulang kali doa ini ana baca untuk redakan debaran di hati. Sedikit berdebar untuk melihat daerah penempatan yang bakal ana bertugas..Apapun takdir ALLAH,itulah yang terbaik..Kata2 yang cukup ana pegang dalam hidup ana..terasa sedikt tenang dengan ayat tawakkal yang dibaca oleh Nabi Ibrahim..Cukuplah ALLAH sebagai wakilku..

Pilihan ALLAH untuk ana:
Sek Men Keb Alor Janggus, Alor Setar Kedah..=,)

Subhanallah..terasa bagai keajaiban..Pilihan ALLAH semuanya. Berkali2 lafaz tahmid terucap dibibir..Ana ditaklifkan untuk bertugas di sekolah yang jaraknya dalam 1km dari rumah mentua kakak.Rumah yang ana tumpang buat sementara waktu sebelum itu.. Selain sahabat,ana tiada saudara di sini,hanya rumah mak(panggilan kami sekeluarga untuk mentua kakak) tempat persinggahan. Tidak terbayang ana akan dapat sekolah ini..Diri dah bersedia untuk dihantar ke daerah lebih jauh. Kuasa ALLAH semuanya..Terasa ingin sujud syukur waktu itu juga. Serentak pelukan erat sahabat terdekat yang amat memahami mengiringi..(Syukran Umie dan k.wani….=)

Suasana sekolah
23 Nov 2010

Ditemani mak, ana mendaftarkan diri di sekolah tersebut..ALLAH mentakdirkan sekolah yang amat dekat dengan jiwa ana suasananya. Boleh dikatakan sekolah ini terletak di Kampung. Sangat cantik dengan berlatar belakang Gunung Keriang(Dalam 2-3 km dari sekolah.InsyaaLLAH..Orang kedah tahu=) dan dikelilingi sawah padi.. Melalui Pengetua dan ketua kaunselor,ana dapat t tahu rata2 pelajar di sini adalah dari keluarga sederhana dan susah. Kebanyakkan ibu dan ayah bekerja sebagai petani dan nelayan..Terasa suasana seakan2 sekolah lama ana dahulu..Alhamdulillah..Dalam hati ana berdoa moga dapat membantu,memberi yang terbaik dan menyayangi mereka sebagaimana diri ana sendiri..

Kebaikan ALLAH melalui hambanya..

..ishah jika ada apa2, datang sahaja jumpa saya. InsyaALLAH..Pintu bilik ini saya buka dan tidak pernah tutup untuk cikgu2 saya..(Kata2 Pengetua)..sekilas ana melihat ke arah pintu bilik pengetua yang dibiarkan terbuka dengan disandalkan batu. ‘Sesiapa sahaja boleh datang ke bilik saya….’


..saya utamakan suasana kekeluargaan dalam kalangan staf saya..’ Perasaan pertama ana..terasa diterima,selamat dan selesa dengan pengetua yang begitu merendah diri..

..waktu itu juga pengetua menelefon kaunselor sekolah yang lain. ‘kita ada kaunselor baru, jika ada masa datanglah..’

…Panggil je saya umie ishah..Ishah lebih kurang umur anak umie..’ –kata2 ketua kaunselor.. Tempat untuk ishah duduk dah lama umie dan kak nab(kaunselor kedua) sedia..(Terasa bagai ingin menitis air mata sewaktu melihat meja yang disedia.)..Kebaikkan ini datang dariMu Ya Allah..Umie dahulu adalah ustazah di sekolah ini sehingga dicadangkan pelantikanya sebagai kaunselor oleh pihak sekolah. ‘Mendidik pelajar mengenal dan mendekati ALLAH..’ itu kata2 umie yang terkesan di hati ini.

..Ishah duduk sahaja di rumah mak.Lagipun rumah tak ada orang..Boleh temankan mak.. –kata2 dari mak sewaktu ana utarakan tentang tempat tinggal..

~Segala pujian bagi ALLAH atas kebaikanNya yang tidak terhingga.. ALLAH mengetahui keupayaan dan kemampuan diri hambanya.Sungguh ,terasa kerdil diri atas nikmat kebaikan yang diberi..Juga kuatir adakah kebaikan ini boleh menjauhkan lagi hamba dari ALLAH..Mohon perlindungan dariMu YA ALLAH..

Buat Insan2 yang bermakna dalam hidup ini..

Ma,Abah…..Syukran atas semua kebaikan yang ada…Terlalu banyak jasa ma dan abah..tidak mampu anakmu ini membalasnya..Doa anakmu ini, moga ALLAH rezekikan menjadi anak yang solehah buat ma dan abah..menggembira , menenangkan dan meringankan ma dan abah dunia dan akhirat..Moga ALLAH jaga ma dan abah dengan sebaik2penjagaan..’ hamba letakkan keduanya dalam jagaanMu Ya ALLAH..

Abang e, Kak yah, Adik Ja, Arif…(Adik beradik hamba dunia dan akhirat ..)..Sayang semuanya hubban katheer..Rindunya pada semua..Susah senang kita semua bersama.. Kalian adalah pembakar semangat buat diri ini.. Kesedihan kalian adalah kesedihan pada diri ini, dan kegembiraan kalian adalah kegembiraan pada diri ini.Moga ALLAH rezekikan kak untuk jadi adik dan kakak yang baik buat semuanya..Moga kita semua jadi anak yang baik untuk ma dan abah..

Saudara Mara yang ada..
Sentiasa mengambil berat tentang diri ana dan adik beradik..Memberi sokongan sewaktu diri goyah..Syukran..Pada ALLAH jualah doa ini. Moga ALLAH membalas yang terbaik buat semua..

Sahabat Dunia Akhirat..
(k.shida,k.wani,umie,long,azila,chik,humairah,ayu, k.ziraa,farhana..,k.sya..yani..,husna.. zahra..k,ina..k.siti..adik2 muslimat surau,sahabat2 min mmk kc dan yang mengenali diri)..diri tidak pandai mengungkap kata2 indah.. Tidak mampu untuk ana terjemahkan kebaikan dari semua..Kehadiran sahabat2 adalah anugerah ALLAH..memberi kekuatan buat diri ini. Banyak perkara yang kita lalui bersama..kelak semua itu akan menjadi tayangan di sana..Moga ianya bukti dan penyelamat kita insyaALLAH..Kita bertemu dan berpisah kerana ALLAH.. hanya doa sebagai pengantara….Moga kebaikan yang ada dibalas dengan kebaikan yang lebih baik buat semua..

~Menjadi kaunselor Islam pada Pandangan ALLAH InsyaALLAH~

P/S:..pada setiap kesulitan, ada kemudahan, pada setiap kesulitan ada kemudahan..
(Al Insyirah)
begitu juga pada setiap nikmat akan ada ujiannya..Ujian paling besar adalah dalam nikmat kesenangan.Diri tidak mengetahui perkara yang akan datang. Mungkin ada ujiannya juga..Moga ALLAH pelihara dan tuntuni diri ini, juga sahabt2 dalam membawa amanah dariNya..

Buat sahabat yang amat dirindui..long…,k.shida…,tidak mampu untuk ishah ucap apa2..ALLAH Mengetahui Yang terbaik buat kita semua…ALLAH juga yang akan menjaga dan melindungi kita semua..Perkataan yang sering kita ulang bersama;..ALLAH Mengetahui Yang Terbaik..=)Moga diizinkan ALLAH untuk kita semua menghabiskan kuliah.. Doakan ishah dari kejauhan dan doa ishah juga bersama..
~Hayya ila zikrillah~
Moga kita semua sentiasa mengingati ALLAH..

4 comments:

Nabilla Nasir said...

assalam
lame dah xziarah sini. sibuk b'exam. doakan kejayaan saye ye.
btw, syukur dan tahniah ishah.
selamat bertugas.
ade mase jenguk2 blog saye k=)

Anonymous said...

assalamua'laikum kak eshah
akhirnya jupe jg blog ni.hehe..
alhamdulillah, moga sgala kasih syg, ilmu die dpt turunkan buat sume adik2 kt sana..moga dipermudahkan Allah dlm melaksanakn amanah..
:)..naqibah ore pn kaunselor skul..lot of story she shared wif us..

Hamba ALLAH; Aishah... said...

Wa'alaikumussalam wbt..

nabila:
Syukran nabila..insyaALLAH ishah ziarah blog nabila..Barakatillah..(^_^)

Anonymous@ kak long :
(^_^)..hm..pandai k.long cari blog k.eshah ya?..untuk k.long juga k.eshah doa moga dapat laksanakan tanggungjawab dan amanah dengan baik. Sepupu kesayangan k.eshah dunia akhirat..=)sampaikan salam pada umie dan semua..=)

Anonymous said...

aishah:
susoh wei nk taip..doh la nok berkata-kata puitis x reti. apepon tahniah aishah dah jd cikgu..cikgu kaunselor plop tu. biar la kito ni xdok dlm list sahabat dunia akhirat, tp sbb kito saen lamo kot2 mano pon akan jupo jgk. contact me; 0174626182

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ..MENCARI REDHA ALLAH.. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net