Sejernih Hati Orang Yang Beriman..



Bismillah wal hamdulillah..

"Orang arif (yang mencapai makrifat) terlepas dari kesibukan (mengatur takdirnya) ,kerana yakin dengan jaminan dan janji Tuhan. Bukan menafikan usaha..namun setiap usaha disandarkan untuk mendapatkan keredaan ALLAH..Orang yang beriman hatinya sentiasa tenang kerana mengetahui ALLAH sentiasa bersamanya..Mempercayai jaminan Tuhan dan meyakini kebenaran janji-Nya.. Mereka mencari rezeki dengan hati tenang dan sesuai dengan batasan yang telah ditetapkan Tuhan. Hatinya berada di samudera luas dan bergantung sepenuhnya pada Zat Yang Maha Dermawan..

Kala mengingat anugerah, hatinya tenggelam.

Kala mengingat ampunan, hatinya berdebaran..

Kala mengingat mati, hatinya bercahaya.

Kala mengingat cela, hatinya gementar.

Kala mengingat perhatian dan pemeliharaan Tuhannya, hatinya bahagia..

Kala mengingat nikmat dalam ibadah, hatinya gembira..

Kala mengingat-Nya, hatinya berharap-harap cemas.

Kala disapa gundah, hatinya tenang Allah bersama…

Kala merindukan Tuhan, ia larut dalam lautan anugerah

dan lebih mengharapkan kurniaan di sisi-Nya.


Ia senantiasa gelisah, khuatir imannya hilang. Kesedihan

terpancar jelas darinya kerana merasa lama terpenjara

di dunia. Ia tenggelam dalam rasa malu setelah

menginsafi kebaikan dan kelembutan-Nya, keindahan tatapan-Nya,

keutamaan balasan-Nya, dan kesempurnaan ciptaan-Nya;

sementara dirinya jauh dari Tuhan, melanggar

hak-hak-Nya, dan bermaksiat kepada-Nya.

Berkat keagungan dan kasih sayang Tuhan,

ia dijaga, dipelihara, dan dilindungi. Ia bahagia,

kerana Allah telah membuka pintu hatinya,

memuliakannya dengan ibadah,

dan mendekatkannya kepada-Nya,

sehingga ia benar-benar mengabdi.."

Ia juga tak pernah menyalahkan Allah atas segala musibah.. Hatinya tak pernah berprasangka buruk kepada Allah. Ia tahu benar bahawa Allah itu Al Qarib.. Maha Dekat,Maha Pemaaf, Maha Pengasih, Maha Halus, Maha Mensyukuri, Maha Terpuji, Maha Luhur, Maha Esa, Maha Kekal,Maha Berdiri Sendiri, Maha Mencukupi, Maha Melindungi, Maha Dermawan,Maha Mulia, Maha Penyayang, Maha Pemberi, Maha Hidup dan tak pernah mati,Maha Lembut kepada hamba-Nya, Maha Berterima kasih, Maha Pengampun,Maha Bijaksana, Maha Penyantun, Maha Membalas kebaikan dengan kebaikan, Maha Baik, dan Maha Penganugerah.Anugerah-Nya begitu luas, kebaikan-Nya begitu abadi, dan keagungan-Nya begitu nyata.."

[Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.]

Dia Kekasih ALLAH..



Sabda Rasulullah saw:
"...aku tunggu kalian di telaga Khaud..."
~HR Bukhari dan Muslim~

Rasa sebak setiap kali mendengar lagu ini..
Luahan hati buatmu Ya Rasulullah..

DIA KEKASIH ALLAH

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Di dalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah

Sabda Rasulullah saw
..Aku suka untuk bertemu dengan saudara-saudaraku,Maka telah berkata para sahabat Rasulullah saw:Bukankah kami saudara-saudaramu?Rasulullah saw berkata:Kalian sahabatku akan tetapi saudara-saudaraku adalah mereka yang beriman kepadaku dan tidak melihatku..'~Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

“..MOGA DIPERTEMUKAN KITA DENGAN RASULULLAH SAW…”
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ..MENCARI REDHA ALLAH.. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net