Bagaimana Bersuci Bagi Pesakit Yang Berbalut Anggotanya?


Assalamu’alaikum wbt..

InsyaALLAH rujukan bersama..Permasalahan feqah mengenai tatacara bersuci bagi pesakit yang berbalut anggotanya/sakit pada anggota tertentu. Penulis blog ini adalah ustaz Nazrul Nasir, salah seorang penuntut ilmu di Masjid al Azhar.. (Dalam kalangan sahabat2nya dan pelajar Malaysia di Mesir,ustaz boleh dianggap sebagai ulamak muda..menjadi rujukan dalam permasalahan fiqh dan lain. InsyaALLAH)

Sahabat2 boleh ikuti blog ustaz untuk mengetahui lebih lanjut tentang diri ustaz.Untuk memudahkan pemahaman bagi permasalahan ini, ustaz menghuraikannya dalam bentuk perbualan.insyaALLAH..


(Gambar Ustaz Nazrul bersama Sheikh Nuruddin Al Banjari)

P/S: bagi mengukuhkan kefahaman dan keyakinan, sahabat2 boleh juga buat rujukan yang lebih terperinci dengan orang2 yang faqih dalam hukum fiqh..

Bagaimana Bersuci Bagi Pesakit Yang Berbalut Anggotanya?
(klik)

Tazyinul 'amal..



Dengan lafaz ta’awwudz..
Hamba memohon pelindunganMU YA ALLAH daripada syaitan yang terkutuk dan direjam..

...Ya Allah, tiada Tuhan yang sebenar melainkanMU, Engkaulah yang menjadikan hamba, hamba adalah hambaMu, dan hamba berjanji mentaatiMu se­mampu hamba, hamba berlindung kepadaMu daripada ke­jahatan kelakuan hamba. Hamba kembalikan kepadaMu segala nikmat yang Kau berikan dan hamba mengakui kesalahan yang hamba lakukan. Ampunilah hamba, kerana tiada siapa yang dapat mengampuni hamba melainkanMU..

Penulisan ini ditulis lebih awal..Dengan niat untuk dijadikan perkongsian.. namun dengan khilaf yang ada selepas menulis,rasa tidak layak untuk berkongsi.. Adakah diri dalam golongan yang ditazyin amalnya?..juga curiga dengan diri memperkatakan suatu amalan, namun tidak diamalkan.
'namun perlu digagahi juga..moga ilmu ini sampai..'
Dengan niat keranaNya,moga dengan perkongsian ini,khilaf yang ada diampun dan dilindungi ALLAH..
Dan segala kata2 yang ada ditujukan buat diri ini terutamanya..

..tiada daya melakukan kebaikan dan tiada daya menolak kejahatan melainkan dengan izin ALLAH..

Jalan menuju ALLAH itu terlalu banyak rintangannya.. Benar ungkapan,syurga itu dipagari duri dan neraka itu dipagari nikmat. Kadangkala, dalam memelihara diri tanpa sedar diri melakukan kesalahan yang diketahui… Isyarat hati, ketidaktenangan itu akan hadir selepas melakukan tindakan tersebut. Penyesalan timbul,rasa malu.. Malu pada ALLAH.. namun perlu digagahkan juga untuk berharap pada ALLAH.. Kadangkala akan timbul pertanyaan, bagaimana nilaian ALLAH pada setiap tindakan yang dilakukan?...jika diri yang menanggung kesalahan, dengan izin dan rahmatnya masih boleh diperbaiki, namun jika melibatkan orang lain?...dan diri pula yang menjadi asbabnya..? Hanya mengharapkan ALLAH yang melindungi segalanya.. Moga diri ini tidak menjadi asbab jauhnya insan lain dari ALLAH..
Ampuni hamba Ya ALLAH..
Moga ALLAH tidak membiarkan diri menentukan nasib sendiri walau sekadar sekelip mata atau yang lebih pendek dari itu.

~monolog hati yang dhaif menyusuri jalan ALLAH~

Perkongsian melalui pembacaan buku kisah Jin dan Syaitan

TAZYINUL ‘AMAL

Tazyinul ‘amal bererti menganggap indah suatu amal yang mungkar dan buruk; atau sesuatu perbuatan perbuatan buruk yang dinampakkan indah oleh Iblis sehingga ia menganggap adalah perbuatan soleh. Al Quran menceritakan bahawa syaitan sering melakukan tazyin amal; memperindahkan perbuatan buruk manusia agar manusia sering menganggap bahawa apa yang dilakukan adalah baik dan benar, walaupun ia tahu bahawa itu bertentangan dengan hati nuraninya dan prinsip-prinsip agama.

TIPU DAYA SYAITAN
Sabda Rasulullah saw:..sesungguhnya syaitan (Iblis) berjalan pada manusia di pembuluh2 darah..(HR Bukhari dan Muslim)
…syaitan itu tidak pernah mengenal erti penat dan tidak pernah istirehat juga tidur..
(Hassan Al Basri)
Firman ALLAH SWT:
Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus,.
…kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)...
(Al A’raf;16-17)

..Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya 'auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman..(Al A’raf; 27)

INSTITUSI PENDIDIKAN IBLIS LAKNATULLAH

Iblis mempunyai instutusi pendidikan yang besar dan mempunyai ramai pelajar dari golongan syaitan. Diceritakan, seandainya salah satu daripada syaitan ini menghadapi kesulitan dalam hal2 pelajaran, ia langsung akan belajar di hadapan gurunya Iblis laknatullah..

Antara sukatan matapelajaran yang mendasari pengajaran Iblis kepada pelajar2nya adalah:
1. Jangan berputus asa menggoda manusia
..ini adalah pengajaran pertama yang diberikan Iblis kepada golongan syaitan agar tidak putus asa dalam memesongkan umat manusia. Diceritakan bahawa syaitan tidak pernah berehat dan tidur dalam merancang dan mengatur strategi menyesatkan umat manusia.

2. Hendaklah menggoda seluruh aspek kehidupan
..pelajaran kedua yang diajarkan iblis kepada syaitan adalah supaya menggoda manusia di seluruh aspek kehidupan manusia.
‘masuklah kalian dari jalan mana saja dan jangan meningglakn satu jalan pun’
..dalam satu riwayat diceritakan bagaimana iblis melihat seorang lelaki mukmin berdiri bersebelahan dinding yang sedang roboh. Melihat keadaan itu iblis segera menyambar dan menarik lelaki tersebut ke tempat yang lebih jauh. Lelaki itu sangat gembira dan merasa terhutang budi dan mengucapkan terima kasih kerana menyelamtkannya. ‘siapa kamu yang sebenarnya?’ Tanya lelaki tersebut.
‘..akulah iblis’ jawabnya.
Lelaki mukmin itu terkejut dan bertanya;..kenapa kamu menyelamtkanku???..dijawab iblis;..’bagaimana aku sanggup membiarkan kamu syahid kerana kerobohan bangunan ini lalu kamu masuk ke syurga??’

3. Sentiasa menggoda para ahli Ibadah
..pelajaran ketiga yang diajarkan iblis kepada muridnya adalah supaya harus menggoda dan menyesatkan ahli ibadah dan janganlah kalian menyibukkan diri menggoda orang2 yang zalim.
Iblis juga amat gemar menyesatkan oaring abid yang tidak berilmu kerana tanpa ilmu amat mudah sekali untuk menyesatkan umat manusia..
Diceritakan bahawa Iblis dan syaitan akan gembira dan bersorak2 setiap kali melihat kematian seorang ulama berbanding seratus ahli abid yang lain kerana abid adalah orang yang beribadah untuk dirinya sedangkan ulamak adalah orang yang faqih dan beramal untuk dirinya dan orang lain.

DUTA IBLIS YANG BERNAMA WASWAS KHANNAS

..sewaktu turunnya ayat ALLAH yang menyebut agar manusia tidak berputus asa dari rahmatNya dan keampunan ALLAH terbuka pada hamba yang melakukan kesalahan dan bertaubat, iblis yang mendengar ayat tersebut merasa amat sedih,kecewa dan kesal. Lalu dipanggil semua tenteranya yang ada dan dibuat perbincangan..
‘aku ingin agar kalian mengusulkan padaku cadangan yang boleh menggagalkan harapan ini dan menjayakan rencana kita.’

…setiap daripada mereka cuba mengutarakan cadangan dan pandangan masing2, namun ditolak. Sehingga berdirilah syaitan yang bernama waswas khannas. ‘..izinkan aku untuk memberikan cadangan yang aku rasakan sangat sesuai untuk musnahkan manusia.’

‘..Aku akan tabur janji kepada mereka dan mengajak agar mereka hidup dalam bayangan dunia sampai mereka melakukan kesalahan. Apabila mereka lakukan kesalahan, aku akan lupakan mereka daripada beristighfar dan memohon keampunan. Juga aku akan lengah-lengahkan mereka daripada bertaubat dan membuat kebaikan.’

..kalau begitu, aku tugaskan sepenuhnya tugas ini sampai hari kiamat. Kata iblis mengakhiri.

..keadaan inilah yang dikatkan dengan ungkapan Tazyinul ‘Amal.

MEMELIHARA DIRI DARIPADA TIPUDAYA SYAITAN DENGAN ILMU DAN ZIKRULLAH

Sesungguhnya tipudaya iblas sangat halus..Sukar untuk kita menepisnya melainkan dengan bantuan ALLAH Yang Maha Melindungi..
..syaitan itu berjalan di dalam tubuh manusia melalui aliran darah manusia..(Hadith)
Seandainya seorang insan itu melakukan zikrullah maka lambatlah perjalannya dan jika semakin banyak zikrullah yang dilakukan dengan kesedaran semakin sukarlah ia untuk berjalan dan bergerak..(Ibnu Qayyum)

Sesungguhnya syaitan itu akan memasuki pintu kelalaian dan zikrullah;mengingati ALLAH itulah yang akan menjadi bentengnya.

..syaitan itu lebih mudah untuk menyesatkan 100 ahli abid berbanding seorang ahli ilmu (ulamak)..

Akhlak dan budi pekerti yang baik juga pelindung diri dari tipudaya syaitan.(perisai diri melalui akhlak)

Akhir..
Tiada ungkapan yang lebih baik daripada istighfar dan memohon keampunan pada ALLAH..
Kebaikan yang dilakukan terlalu sedikit berbanding dengan kesalahan yang ada…dan tidak mampu untuk diri ini menjadi asbab kepada kesalahan insan yang lain.. Muliakanlah mereka ya ALLAH, lindungilah mereka..Kurniakanlah hidayah dan petunjuk untuk kami semua..

Cukuplah ALLAH sebagai wakilku,cukuplah ALLAH sebagai pemeliharaku, cukuplah ALLAH sebagai kecukupanku.. dan pada Dialah penyerahan segala penyerahan..

PILIHAN RAYA KAMPUS;..Semoga Nusrah ALLAH bersama sahabat2..

Bismillah wal hamdulillah..
Assalamu'laikum wbt..

Firman ALLAH SWT
...Katakanlah (wahai Muhammad) Ya Allah! Engkau pemilik segala kekuasaan, Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabutnya dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Dan Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau menghina sesiapa yang Engkau kehendaki...”(Al Imran; 26)

SALAM PERJUANGAN KEPADA SEMUA SAHABAT YANG BERADA DI KAMPUS..
Diri ini turut mendoakan semoga nusrah;pertolongan ALLAH, hidayah dan taufiq ALLAH sentiasa bersama kalian.. Moga keteguhan semangat dan kepenatan di jalan ALLAH ini di nilai tinggi di sisi ALLAH..

.. Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu..'(Surah Muhammad;7)

Syukran pada sahabat2 yang sentiasa berkongsi perkembangan dan pengalaman. Semangat dan keteguhan kalian adalah titipan ALLAH buat diri ni untuk terus melangkah membawa amanah yang ada walau di medan yang berbeza..

Buat sahabat2 yang berjuang kerana ALLAH, InsyaALLAH sama2 kita renungi janji ALLAH melalui firmanNya;

Maksudnya: “Sesunggguhnya telah kami wartakan dalam kitab Zabur selepas peringatan bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.” ..(Al Anbiya; 105)

Janji Allah s.w.t. ini disebut pula dalam hadith Rasulullah saw:
.. Dari Tamim al-Dari katanya: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan sampai urusan ini(agama Islam) ke setiap tempat yang sampai padanya malam dan siang. Dan Allah tidak akan membiarkan walau sebuah rumah di Bandar dan perkampungan mahupun di pedalaman melainkan akan dimasukkanNya agama ini melalui kemuliaan orang yang mulia atau kehinaan orang yang hina. Dengan kemuliaan Allah memuliakan Islam dan dengan kehinaan Allah menghina kekufuran.” Tamim al-Dari menyatakan bahawa aku telah mengalami perkara itu dalam keluargaku, yang Islam mendapat kebaikan,
kemuliaan dan kehebatan, manakala yang kafir mendapat kehinaan, merasa kerdil dan membayar jizyah.”

InsyaALLAH..
Hadith ini menerangkan bahawa agama Islam akan berkembang seluas-luasnya ke setiap penjuru dunia.. Janji Allah dan RasulNya ini telah berlaku untuk peringkat pertamanya dengan berlakunya pembukaan negara Islam dan berkembangnya wilayah taklukan Islam sejak zaman Rasulullah saw dan insyaALLAH sehingga kiamat..
Sama2 kita doakan..

~DAULAH ISLAMIYYAH BERSAMA PERSATUAN MAHASISWA ISLAM~

Ya Rasulullah..Mencintaimu adalah Cahaya dan Kebahagiaan bagi Kami..



Wahai ALLAH, wahai Tuhan kami, Kurniakanlah kepada kami keinginan sungguh-sungguh
untuk mengikuti jejak langkah Junjungan kami Nabi Muhammad saw awalnya,
akhirnya, lahirnya, batinnya, perkataannya, perbuatannya, ibadatnya dan amal baktinya.
Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, ya Qarib, ya Mujib, Ya Hayyu, Ya Qayyum,
Ya Dzal Jalali wal Ikram wa bi jaahi Sayyidina Muhammadinil Habibil Mahbub..

Salam Sejahtera bagimu wahai Nabi yang paling Mulia...
Salam Sejahtera bagimu wahai Pemimpin orang-orang yang Bertaqwa...
Salam Sejahtera bagimu wahai Pemimpin orang-orang Sufi...
Salam Sejahtera bagimu wahai Pemimpin orang-orang yang Suci...

Salam Sejahtera bagimu wahai Ahmad wahai Kekasihku...
Salam Sejahtera bagimu wahai Thaaha wahai Pelipur hatiku...
Salam Sejahtera bagimu wahai Keharumanku dan Pewangi hatiku...
Salam Sejahtera bagimu wahai Ahmad wahai Muhammad...

Salam Sejahtera bagimu wahai yang Menghindarkan bencana-bencana...
Salam Sejahtera bagimu wahai Nabi yang memiliki Kharisma dan wajah yang indah...
Salam Sejahtera bagimu wahai Bulan Purnama yang terang benderang...
Salam Sejahtera bagimu wahai Cahaya yang menerangi kegelapan...

Salam Sejahtera bagimu wahai Nabi yang paling Mulia...
Salam Sejahtera atas Pemimpin yang terkemuka...
Salam Sejahtera atas Pemberi khabar gembira dan keselamatan...
Salam Sejahtera atas Pemberi Syafa`at pada hari Kiamat...
^ Qasidah Assalamu`alaika~


..moga salam ini sampai padaMu Ya Rasulullah...Sungguh,ummatmu ini memerlukan doa dan syafa'at darimu..Doakan kami.. Moga kami tidak lalai dalam menjunjung syari'atNYA...

اللهم اغفر لهم وارحمهم وعافهم واعف عنهم
برحمتك يا أرحم الراحمين
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ..MENCARI REDHA ALLAH.. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net