PILIHAN RAYA KAMPUS;..Semoga Nusrah ALLAH bersama sahabat2..

Bismillah wal hamdulillah..
Assalamu'laikum wbt..

Firman ALLAH SWT
...Katakanlah (wahai Muhammad) Ya Allah! Engkau pemilik segala kekuasaan, Engkau memberi kekuasaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau mencabutnya dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Dan Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau menghina sesiapa yang Engkau kehendaki...”(Al Imran; 26)

SALAM PERJUANGAN KEPADA SEMUA SAHABAT YANG BERADA DI KAMPUS..
Diri ini turut mendoakan semoga nusrah;pertolongan ALLAH, hidayah dan taufiq ALLAH sentiasa bersama kalian.. Moga keteguhan semangat dan kepenatan di jalan ALLAH ini di nilai tinggi di sisi ALLAH..

.. Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu..'(Surah Muhammad;7)

Syukran pada sahabat2 yang sentiasa berkongsi perkembangan dan pengalaman. Semangat dan keteguhan kalian adalah titipan ALLAH buat diri ni untuk terus melangkah membawa amanah yang ada walau di medan yang berbeza..

Buat sahabat2 yang berjuang kerana ALLAH, InsyaALLAH sama2 kita renungi janji ALLAH melalui firmanNya;

Maksudnya: “Sesunggguhnya telah kami wartakan dalam kitab Zabur selepas peringatan bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh.” ..(Al Anbiya; 105)

Janji Allah s.w.t. ini disebut pula dalam hadith Rasulullah saw:
.. Dari Tamim al-Dari katanya: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Akan sampai urusan ini(agama Islam) ke setiap tempat yang sampai padanya malam dan siang. Dan Allah tidak akan membiarkan walau sebuah rumah di Bandar dan perkampungan mahupun di pedalaman melainkan akan dimasukkanNya agama ini melalui kemuliaan orang yang mulia atau kehinaan orang yang hina. Dengan kemuliaan Allah memuliakan Islam dan dengan kehinaan Allah menghina kekufuran.” Tamim al-Dari menyatakan bahawa aku telah mengalami perkara itu dalam keluargaku, yang Islam mendapat kebaikan,
kemuliaan dan kehebatan, manakala yang kafir mendapat kehinaan, merasa kerdil dan membayar jizyah.”

InsyaALLAH..
Hadith ini menerangkan bahawa agama Islam akan berkembang seluas-luasnya ke setiap penjuru dunia.. Janji Allah dan RasulNya ini telah berlaku untuk peringkat pertamanya dengan berlakunya pembukaan negara Islam dan berkembangnya wilayah taklukan Islam sejak zaman Rasulullah saw dan insyaALLAH sehingga kiamat..
Sama2 kita doakan..

~DAULAH ISLAMIYYAH BERSAMA PERSATUAN MAHASISWA ISLAM~

0 comments:

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ..MENCARI REDHA ALLAH.. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net