"Di sana ada Jasad Rasulullah yang dirindui...." "Tidak usah mencari jalan keluar diluar dari dirimu,
kerana jalan keluar dari setiap permasalahan
Ada dalam dirimu sendiri;
Ada dalam hubunganmu dengan ALLAH سبحانه وتعالى...
"Kebahagiaan itu bukan terletak pada tercapainya keinginan kita, akan tetapi kebahagiaan itu terletak pada memahami dan mengikuti Kehendak ALLAH Yang Maha Berkehendak."..(kata2 Syeikh Rohimuddin Nawawi al-Jahari al-Bantani)
Bismillah wal hamdulillah...
Sengaja ana letakkan kembali kata2 yang pernah ana 'post' suatu ketika dahulu..Sebagai peringatan bagi diri yang seringkali terlupa.. Bahawa segalanya adalah dari ALLAH Yang Maha Pengasih dan Lagi Maha Mengetahui.. Juga kerana menyedari bahawa hidup adalah penuh dengan suatu yang tidak dijangkakan, maka menyerahkan diri pada ALLAH adalah yang paling baik...=) Meletakkan bahawa tiada daya dan upaya melakukan kebaikan dan tiada daya menolak kejahatan melainkan dengan izin ALLAH.. Bersangka baik dan menyerah diri pada ALLAH adalah titik ketenangan,bahawa tidak ALLAH jadikan sesuatu itu dengan sia-sia, dan ALLAH sentisa bersama hambaNya. Memahami dan merasai setiap rasa hambaNya. Selagi hambaNya ingin bersama denganNYA..
Ana tersentuh dengan penulisan ini..Dari seorang sahabat yang menggelarkan dirinya Al Fakir. Walaupun tidak dikenali, namun syukran sahabati..=)
"Memupuk diri menjadi dia yang dirahmati.."
Tenang. Menyenangkan. Menenangkan. Kaya sekali dengan akhlak. Jernih wajahnya yang murah dengan senyuman. Dia yang tegas pendiriannya… yang lembut jiwanya… yang kental semangatnya… yang halus bahasanya… yang santun pekertinya.
Sungguh, itu dia…Aku kenal dia… Dia manusia. Biasa sahaja. Hanya sorang hamba...Biasa juga. Bersahaja biasanya. Perasaannya sama. Persis orang lain… Dia gembira, dia bersedih, dia ceria, dia berduka… dia ketawa dan dia menangis… Terkadang, dia menangis gembira… adakala, dia menangis terluka… Dan… atas semua, dia bersyukur dan bersabar… Dia bagaikan tidak pernah marah. Bukan tidak tahu marah. Cuma tidak mahu, marah begitu. Dia marah. Tapi bukan seperti taufannya angin, bertiup kencang… menakutkan dan mengoyak hati insan… marahnya seperti sepoinya angin yang berbahasa lembut, menyusun kata menegur insan, yang mampu membelek lembaran hati-hati insan melihat kebenaran, dan menilai kekhilafan… Tenang dan senang insan bersamanya…
Dia… Itulah… saudaraku… seiman, seaqidah… seperjuangan… saudara duniaku, saudara akhiratku… Dia senang didekati, kerana dia senang mendekati TUHANnya… Tenangnya insan bersamanya, kerana senangnya dia bersama TUHANnya….
Doaku… Semoga dia terus lebih baik dari itu…Semoga aku bisa menjadi seperti dia... Dan, semoga, dia selamanya dicintai SANG PENCIPTA dia…
Alhamdulillah...