"Wahai Jiwa yang Tenang..
Kembalilah kepada TuhanMU Dengan Hati yang Redha dan diredhaiNya.. Maka Masuklah dalam Golongan Hamba-hambaKU.. Maka masuklah ke dalam SyurgaKU.."
(Al Fajr;27-30)
Jika dirimu bertanya;' ..apakah langkah permulaan yang mesti diikuti dalam usaha menuju hidayah?..maka ketahuilah bahawa permulaan jalan hidayah itu ialah menyempurnakan taqwa zahir dan kesudahannya ialah mencapai taqwa yang batin. Kerana syurga itu tidak dapat dicapai melainkan dengan taqwa.. dan tiada petunjuk bagi orang yang tidak menyediakan dirinya untuk bertaqwa..Dan taqwa itu terbahagi kepada dua bahagian:
1-menjunjung segala perintah ALLAH SWT (melaksanakan segala ketaatan) 2-menjauhi segala larangan ALLAH SWT (dengan meninggalkan segala maksiat).
Langkah Menuju ALLAH..
..mulailah dengan sabar sehingga dirimu mampu melangkah dengan redha..Akhirnya, dirimu akan memahami kehendak ALLAH kepadamu.. Kemesraan ALLAH..
"jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka engkau mesti garang terhadap dirimu. Kalau engkau sudah merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau bagaimana pahitnya berpisah dengannya" (Muhammad bin Abdullah Asy-Syibli )
Takutkan ALLAH..
Memetik kata-kata Al Hafiz Sakhnawi; '...tidaklah aku mengucapkan atau melakukan sesuatu, melainkan setelah aku persiapkan jawapanku di hadapan ALLAH SWT kelak..'
Tersentuh dengan Husnul Khatimahnya...
Inilah sebuah perjalanan hidup..Jika ALLAH SWT menghendaki siapa di antara hambanya yang akan mendapatkan kemuliaan walaupun pada akhir hayatnya... Seorang hamba yang pasti dalam hidupnya diisi dengan iman,amal..dengan sabar dan tawakkal... Menjalani hidupnya dan bergantung pada Tuhannya yang telah menciptakan... Menjadikan ALLAH sebagai matlamatnya..sentiasa meminta2 pada Rabbnya.... Dan inilah jawapan dari hidupnya.... Tersenyum dalam husnul khatimah...Sujud yang panjang menuju yang ESA.. Mengingatkan kita yang masih dalam perjalanan. Di mana dan bagaimana pengakhiran kita...
'Tahaqquq wa Takhalluq' (Merialisasikan Nilai2 dan Sifat2 Mulia..)
Keadaan hamba itu hanya ada 4; nikmat, bala, taat, dan maksiat. Maka jika ada di dalam nikmat, kewajipan hamba adalah bersyukur kepada ALLAH.. dan jika menerima bala, harus bersabar.Jika dapat melakukan ketaatan harus merasa mendapat taufiq dan hidayat dari ALLAH dan jika tergelincir dalam maksiat, maka harus membaca Istigfar.. -Abul Abbas Al Masri
4 PERKARA yang dapat mengangkat seseorang kepada darjat yang tinggi, walaupun ibadahnya sedikit; sifat penyantun, merendah diri, pemurah dan budi pekerti yang baik. Itulah kesempurnaan iman- Abul Qasim Al Junaid
..Orang2 yang Ikhlas, ialah orang yang menyembunyikan kebaikkannya seperti mana ia menyembunyikan kejahatannya..- Hukamak
.........bismillahi tawakkaltu 'alallah.............. Hasbunallahhiwani'mal wakil wa lahaula wala quwatailla billah... Tiada Tuhan Selain ALLAH dan Nabi Muhammad itu pesuruh ALLAH... Berkati dan tuntuni langkah dan hati hamba Ya ALLAH..
Ertinya : “Tiga perkara yang membuat seseorang akan mendapatkan manisnya iman ialah : ALLAH dan RasulNya lebih dicintainya dari selain keduanya, dia mencintai saudaranya tidaklah dia mencintainya kecuali kerana Allah, dan dia benci kembali pada kekufuran sebagaimana dia benci dilemparkan dalam api.” (HR BUKHARI dan MUSLIM)
Faqeerah dhoifah ilALLAH.. Insan biasa yang hanya menumpang sementara di bumi ALLAH SWT..Mencari redha ALLAH SWT sebagai bekalan negeri abadi..
InsyaALLAH~
0 comments:
Post a Comment