Syukur Alhamdulillah..=)


Assalamu'alaikum wbt..

Bismillah wal hamdulillah…

"Tiada daya dan upaya melakukan kebaikan dan tiada daya menolak kejahatan melainkan dengan izin ALLAH.."

Lama rasanya mendiamkan diri.. Dalam menjalankan rutin dan amanah hidup, kadang2 meronta hati ini untuk menulis. Banyak yang terlintas dalam hati untuk dikongsi bersama namun sering kali juga rasa itu terkubur… Pegangan diri; kata2 dari hati akan sampai pada hati… Terasa kaku bila ingin menulis,terasa kata2 yang lahir hambar.. langsung kata2 itu kembali disimpan dalam hati..=) Mungkin hubungan dengan ALLAH yang kurang sempurna.. Ampuni hamba Ya ALLAH..

Alhamdulillah.. hanya itu yang mampu diri ini ucapkan. Terlalu banyak nikmat ALLAH yang dikurniakan..hanya mampu disyukuri dalam diam… Moga ALLAH sentiasa memberi izin dan kekuatan untuk hamba menzahirkan kesyukuran padaNya dengan melaksanakan amanah yang ada sebaik mungkin…

BAITUL SUNAH..

Alhamdulillah…

12/3/2012

Tidak akan diri ini lupa tarikh keramat ini. Tarikh di mana ana selamat menjadi isteri dan suri hati pada seorang hamba Allah yang soleh (InsyaAllah..=). Dia SUAMIKU.. Pilihan ALLAH buat diriku. (itulah kata2 yang hadir dalam hati saat diri ini mendengar lafaz sakinah yang dilafazkannya..) Debaran yang ada langsung hilang sebaik melihat susuk tubuhnya di hadapan imam yang menikahkan kami. Rasa tenang… Terasa lapang..seakan ada hembusan kata2 pada hati, ‘Aku ingin menjadi isteri solehah buatnya..Moga ALLAH dituntun langkah ini untuk menjadi isteri yang solehah buatnya..)

Mengaminkan doa suami secara berdua buat kali pertama terasa menyentuh hati. Sisa air matanya tidak akan diri ini lupa.. Ikhlas dirinya menerima amanah yang bakal dipikul semakin mengukuhkan hasrat hati ini untuk menjadi yang terbaik buat dirinya. Namun semua ini dengan izin ALLAH.. Moga dituntuni langkah yang ada. Syukur padaMU YA ALLAH…

Moga ALLAH berkati langkah2 yang ada dan langkah2 yang bakal diatur bersama. Nikmat dan kebahagiaan baitul muslim hanya akan kekal jika disuburi dengan iman dan taqwa padaNya.. Kebahagiaan dan rasa cinta yang ada hanya akan kekal selama mana hati ini terikat dengan ALLAH. Kerana hati2 ini dalam genggaman ALLAH.. Didikan suami; kata2 ini sentiasa cuba untuk dipegang dalam BAITUL SUNAH yang didirikan. Izinkan kami Ya ALLAH..

Kenapa kami namakan baitul sunah?... kerana sebaik2 pedoman adalah sunah yang ditinggal oleh baginda Rasulullah saw kekasih ALLAH.. Tingkahlaku, percakapan, dan apa sahaja yang ada, yang paling dekat dengan Rasulullah saw adalah yang paling berkat. Sedaya mungkin sunah rasulullah saw cuba untuk kami terapkan dalam kehidupan seharian.. Melazimi dan menghayati sunah membawa kepada Taqwa dan Taqwa itulah yang membawa kepada Jannah… Membina BAITI JANNATI dengan menyelami sunah.. InsyaALLAH..

Tidak terbayang untuk ana melalui semua ini dalam ruang masa ini. Sentiasa dahulu diri ini mengelak untuk berkata tentang cinta dan perasaan.. Sentiasa dulu diri ini melatih diri untuk tidak memandang dan menyebut nama lelaki ajnabi walaupun dalam hati dan tika berseorangan..

Sentiasa dulu dalam diri ini memupuk rasa malu untuk bercakap soal perasaan,soal impian hidup..impian dalam baitul muslim. Rasa tidak layak kerana merasakan tanggung jawab dan amanah yang ada masih banyak yang tidak sempurna.. Apatah lagi untuk memikul amanah yang lebih besar.Tatkala sahabat bertanya dan bergurau..hanya senyuman yang ana balas.. Kadang2 meraikan juga gurauan sahabat2 dengan menjawab; insya-Allah ada..dalam pengetahuan ALLAH semuanya..=)

5 tahun lalu.. (Permulaan zaman hijrah=)

“Tidak akan ada cinta insan dalam hati ini selagi cinta ALLAH tidak digapai..”

….kata2 yang ana jadikan prinsip buat diri. Secara tidak langsung menjadi perisai pada diri ini dalam menjaga diri.. Alhamdulillah..

Cukuplah khilaf zaman lalu.. saat tidak diselami apa makna hidup sebagai hamba ALLAH. Diri memerlukan hidayah dan cinta ALLAH sebagai penyuluh kehidupan. Dalam merangkak,berdingkit, kadang2 bertatih, cuba diri ini menyemai kembali cinta hakiki, cinta Ilahi.. Sering kali juga langkah ini terjatuh..Sehinga sekarang masih terasa kerdil,terasa belum lagi mencapai cinta ALLAH…Moga baitul sunah ini menyampaikan kami secara bersama kepada cinta ALLAH.. Benar kata sahabat2,kekuatan itu terasa bila berdua..=)

Terima kasih pada kedua-dua ibu bapa kami.. (MA,ABAH, UMIE DAN PAPA)..

Redha ALLAH bersama redha ibu bapa..

Merekalah insan2 yang memainkan peranan paling besar dalam langkah ini. Menjadi orang tengah antara kami.Walaupun mengenali suami kerana belajar di tempat yang sama, namun diri tidak pernah membayangkan dirinya yang akan menjadi suami dan imam buat diri ini. Ditaqdim oleh ibunya.. Tanpa diketahui oleh sahabat dan saudara.. Hanya istikharah,doa dan tawakkal yang menjadi bicara. Hanya ALLAH yang menjadi pengantara. Tidak pernah dia mempamerkan rasa. Tegas.. dan amat tegas bila berhadapan dengan diri ini. Selagi boleh dielak untuk berurusan atau hanya sekadar urusan yang kecil,cuba untuk kami elak.. Bukan dirancang,namun dengan sendiri kami memahami keberkatan itu perlu dijaga bersama. Kadang-kadang ada juga situasi yang membuat juga diri tertanya.. namun untaian tawakkal menjadi jawapan. Diri yakin dan pasrah atas apa sahaja takdir dan pilihan ALLAH.. Khabar dirinya hanya diketahui melalui ma dan umie..atau melalui bicara sahabat secara tak langsung.. Bersama tawakkal ini, terasa diri dihormati dan hati terjaga. Hati pasrah bersandar pada ALLAH. Dan indah tuaian tawakkal terasa bila saat pertama melihat dirinya sebagai suami..Syukur alhamdulillah..

Terima kasih juga buat adik-beradik,saudara mara dan sahabat handai..

Kerana mendoakan kami..

Kepenatan semua dalam dalam merancang dan menolong khususnya saat majlis berlangsung , hanya ALLAH yang mampu membalasnya. kegembiraan yang dipamerkan semua menjadi rencah kebahagiaan bagi kami..=) Buat sahabat yang sudi berkorban masa,datang dari jauh (k.shida,k.wani,umi,log,azila,cik,k.lin,hafiz,ridzwan,fiza,k.faezah,sue,amilin,k.long…) Detik2 akhir sebelum bergelar isteri terasa diberi kekuatan apabila kalian ada bersama.. Tidak akan diri ini lupa kata2 semangat dan pelukan yang ada.. InsyaAllah ukhwah kita sampai ke syurga..

Moga ALLAH sentiasa mempertautkan ikatan hati antara kita semua..=)


Semua ini dari ALLAH..

Tazkirah ringkas suami dalam ta’lim semalam menyentuh rasa..

Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barang siapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi…(Al Munafiqun:9)

Rasa malu pada ALLAH dalam menjalankan amanah sebagai isteri… juga padanya; kerana masih belum mampu menjadi isteri yang baik,pendorong baginya dalam agama.. (Maafkan isterimu ini seandainya melalaikanmu dalam urusan agama) Terasa banyak yang tidak sempurna. Setiap hari terasa ada sahaja perkara baru yang diri belajar dan perbaiki. Ya.. Diri masih belajar.. =) dan insya-Allah sentiasa akan cuba belajar untuk menjalankan amanah sebagai isteri dengan baik.. Diri menyedari bersama amanah ini akan ada ujiannya.. Moga diriku dan suami diberi kekuatan untuk menjalankan amanah ini sebaiknya. Kami perlu untuk menghubungkan hati kami dengan ALLAH… Jika ingin bahagia,hak ALLAH perlu diutamakan. Jika ingin kekal bersama hingga ke syurga, niat kerana ALLAH yang sentiasa perlu didahulukan. Moga cinta dan kasih sayang yang ada sentiasa dihubungkan dengan ALLAH dan kerana ALLAH..

Buat Suamiku,Imam Dan Kekasihku..=)

Dirimu pilihan ALLAH buatku..

Kerana agama yang ada dalam dirimu,ku terima dirimu..

Terima kasih kerana menyunting diriku menjadi suri di hatimu..

Terima kasih kerana ikhlas menerima diri ini..

Kelemahan dan kekurangan diri ini terlalu banyak..

Didiklah diri ini menjadi bidadarimu di hatimu..

Bukan sahaja di dunia, bahkan juga di akhirat sana..

Ku sayang dirimu kerana ALLAH; Hubban katheera..=)

InsyaALLAH..

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.

(Al Furqan:74)

5 comments:

mujahid f.a said...

barakallah...buat zaujati ishah,teruskn melangkah dalm perjuangan dakwah melalui penulisan...mg Allah permudahkn langkah kita..insyaAllah

Syahida said...

Assalamualaikum wbt..
Ishah adik kak..teladan kak...sahabat dan saudara kak dunia & akhirat...bahagia melihat dirimu bahagia..moga Allah berkati keduanya dan menghimpunkan kalian berdua dalam kebaikan..i'Allah dunia& akhirat.. hanya namamu dan teladanmu menjadi sebutan tiap kali diri kak merindui sahabat yang mampu membuat hati ini kembali pada Rabbi..jaga diri dan amanah baik2 ya..=)

Hamba ALLAH; Aishah... said...

Bissalam wbt..
Habibi Zauji ;
Syukran abg..=)InsyaALLAH..Doakan bersama. Barakallah aidhon..=)

Ukhti mahbubah,k.syida..
=)Syukran kak.. Untuk akak begitu juga..InsyaAllah ukhwah kita sampai jannah.. Syukran banyak bantu,ada bersama.. Akak antara penguat ishah=) Doakan kami ye kak.. Uhibbukifillah..=)

nfa said...

terima kasih untuk perkongsian ilmu yang sangat bermakna ini.
sy terpanggil untk mencari sesuatu memperbaiki diri yang terlalu kerdil ini.
insyaAllah.doakan sy.

Amalina Lin said...

Assalamualaikum wbt Ishah.

Akak baru baca entri Ishah ni.

Terharu...

Tak sangka nama akak pun ada dlm entri ni.

Akak doakan cinta IShah dan suami berkekalan hingga ke Syurga Jannah. Amin.

Sayang Ishah. :)

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ..MENCARI REDHA ALLAH.. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net