Assaalmu'alaikum wbt..
Perkongsian bersama dalam menuju ALLAH..
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Ada tiga hal, yang jika tiga hal itu ada pada seseorang,
maka dia akan berasakan manisnya iman. (Iaitu) Allah dan Rasul-Nya lebih dia
cintai daripada selain keduanya; mencintai seseorang, dia tidak mencintainya
kecuali kerana Allah; benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah
menyelamatkan darinya, seperti bencinya jika dicampakkan ke dalam api.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim dari Anas bin Malik ra)
Berdasarkan hadis ini, ada tiga sifat yang jika ada pada seseorang
maka orang itu akan berasakan manisnya iman. Manisnya iman adalah rasa nikmat
ketika melakukan ketaatan kepada Allah, ketenangan jiwa, kesenangan hati dan
lapangnya dada.
Al-Imam Ibn Hajar al-Asqalani berkata, “Syaikh Abu Muhammad
bin Abu Hamzah berkata: “Pengungkapan dengan lafaz ‘manis’ kerana Allah
mengumpamakan iman seperti pohon, seperti di dalam firman-Nya bermaksud:
“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat
yang baik seperti pohon yang baik.” (Surah Ibrahim, ayat 24)
Kalimat yang baik adalah kalimat ikhlas, kalimat tauhid,
sedangkan pohon adalah pokok daripada keimanan, cabangnya adalah menjalankan
perintah dan menjauhi larangan, daun-daunnya adalah segala amal kebaikan yang
harus diperhatikan seorang mukmin, dan buahnya adalah tingkatan Ihsan dalam
kerja-kerja amal yang dilakukan yang dirasai di sebaliknya pemerhatian Allah .
Manisnya buah pula amat dirasai ketika buah sudah cukup tua
bersedia untuk dinikmati.
Mencintai Allah mestilah melebihi cintanya kepada orang lain
seperti orang tua, anak, diri sendiri dan sesiapa saja yang dekat dengan kita.
Beriman kepada Allah memiliki rasa manis yang tidak mungkin dinikmati, kecuali
oleh orang yang beriman dengan sebenar-benar keimanan, penuh keikhlasan dan
ilmu.
Oleh kerana itu, tidak semua orang yang mengatakan dirinya
Muslim atau mukmin secara automatik dapat berasakan manisnya iman. Iman bukan
cukup hanya dengan angan-angan, tetapi wajib dimantapkan dalam hati, dikuatkan
dengan perkataan dan perbuatan yang dijiwai sepenuh hati. Kata kunci segala permasalahan
ini adalah ikhlas, dan ikhlas pula adalah hadian dianugerahi pada hamba yang
bersih hatinya.
Mengikut Ibrahim al-Khawas , proses pembersihan hati berlaku
melalui langkah-langkah berikut :
- Membaca al-Quran dengan merenungkan dan memahami maknanya.
- Qiyamullail
- banyak beristighfar
- Berkawan dengan orang yang jujur mencintai Allah dan orang salih
- Kurangkan makan
Mencintai Rasulullah SAW yang menyusul selepas mencintai Allah
adalah ciri terpenting yang harus dimiliki siapa saja yang ingin berasakan
kelazatan iman..
Dalam sebuah hadith yang sahih Saidina Umar al-Faruq pernah
berkata kepada Nabi SAW: “Wahai Rasulullah, sungguh engkau lebih aku cintai
daripada segala sesuatu apa pun, kecuali diriku.” Maka Nabi SAW menjawab,
“Bukan begitu, demi zat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sehingga aku lebih
engkau cintai daripada dirimu sendiri.” Maka Umar menjawab, “Demi Allah,
sesungguhnya engkau sekarang lebih aku cintai daripada diriku sendiri.” Maka
Nabi SAW menjawab, “Sekarang Umar, (telah sempurna imanmu).”
Al-Syaikahani meriwayatkan dari Anas r.a bahawa Rasulullah
SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak beriman salah seorang di antara kalian,
sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya, anaknya dan seluruh
manusia.”menurut Dr Aish al-Qarniy dalam kitabnya Rahmatan Lil Alamin, antara
cara mencintai Nabi SAW:
-Beriman bahawa Muhammad SAW adalah utusan Allah, yang diutus
kepada seluruh umat manusia, sebagai pemberi peringatan dan khabar gembira,
sebagai penyeru ke jalan Allah dengan pembawa cahaya kebenaran.
- Menjalankan perintah Baginda dan menjauhi larangannya.
- Memperjuangkan sunnahnya, mengamalkan dan menyebarkan
- Banyak berselawat dan bersalam kepada Rasulullah SAW.
- Mencintai sahabat dan kaum kerabat Baginda dan membela mereka.
- Mengkaji perjalanan hidup dan sirah Baginda
Mencintai seseorang kerana Allah maksudnya menjaga hubungan kasih
sayang antara seorang Muslim dengan saudaranya atas landasan iman kepada Allah
SWT dan amal soleh.
Kita mencintai saudara kita bukan kerana keuntungan kebendaan atau
harta, kita membencinya atau menjauhinya bukan kerana kemiskinan atau tidak
memperoleh manfaat dunia darinya. Ukuran kecintaan kita kepadanya adalah atas
dasar iman dan amal salih.Tanda mencintai seseorang muslim juga ialah
menolongnya pada saat dia memerlukan bantuan, tidak membuka aib, tidak
membenci, tidak iri dan dengki terhadap nikmat yang diberikan Allah kepada
saudara kita.
Selain itu kita juga hendaklah mendoakan buat saudara kita tanpa
pengetahuannya dan mengucapkan salam jika bertemu, bertanya khabar keadaannya,
tidak berkelakuan sombong kepadanya.
InsyaALLAH..
Petikan blog Ustaz Zahazan Mohammad
..tundukkanlah kembali hati ini padaMu Ya ALLAH...
0 comments:
Post a Comment