Jemaah dan Taqwa


Bismillah wal hamdulillah..

Tertarik dengan pengisian dan isu majalah solusi yang terbaru..Mengenai Taqwa..
Salah satu jaminan ALLAH bagi orang2 yang bertaqwa adalah pertolongan ALLAH yang amat dekat.. Firman ALLAH SWT:

..akan AKU wariskan bumi ini kepada orang soleh(bertaqwa)..’( Al Anbiya;105)

..jika kamu bersabar dan bertaqwa,nescaya tipu daya mereka tidak akan sedikitpun mendatangkan kemudaratan kepada kamu..’( Al Imran; 120)

..jika penduduk satu kariah beriman dan bertaqwa, Tuhan akan bukakan berkat dari langit dan bumi..(Al A’raf;96)

Taqwa itu adalah himpunan sifat2 mahmudah pada diri samada zahir ataupun batin..

…sedutan kata2 editor yang ana rasakan tepat dengan keadaan semasa negara kita..juga boleh dijadikan muhasabah bersama. ‘..kita tidak akan mampu melawan musuh selagi kita tidak menghayati maksud taqwa di dalam hati..’

Dalam membawa agenda dakwah islamiyah khususnya. Pimpinan(baca; PAS) kita insyaALLAH dekat dengan ALLAH, tetapi sejauh mana kita yang menjadi tentera ataupun rakyat turut menerapkan eleman taqwa dalam hati sebagai sumber kekuatan utama.Tidak mustahil, mungkin ini antara sebab pertolongan ALLAH itu jauh dari kita..

Sirah dan sejarah membuktikan bahawa umat islam pernah menang menakluk dunia. Dan jika diteliti bagaimana caranya;..tiada lain adalah kerana penghayatan taqwa yang tinggi di dalam hati mereka.. Dalam usaha menakluk kota konstantinopel contohnya. Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Konstantinopel itu akan ditawan oleh tentera Islam. Rajanya(menakhluknya) adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera...(HR imam Ahmad)
..dalam satu catatan lain ditambah, ..dan rakyatnya adalah sebaik2 rakyat..”

Inilah sabda Rasulullah SAW.. Menurut satu penulisan, hadith ini dicatatkan hampir 1000 tahun sebelum Kota Konstantinopel ditawan.Dan kata2 inilah yang menjadi inspirasi kepada kaum Muslimin selepas zaman Rasulullah untuk berusaha menakhluk Kota Konstantinopel.. Selama 800 tahun kaum Muslimin berusaha, raja bertukar raja, jeneral bertukar jeneral, namun tetap tidak mampu menakhluk kota ini,sehinggalah tiba pemerintahan Sultan Muhammad Al Fateh. Beliau amat berpegang dengan kata2 Rasulullah saw ini dan berusaha merealisasinya pada barisan pimpinan,barisan tentera dan rakyatnya..

Sejarah juga turut mencatatkan detik kejatuhan umat Islam.. Ikhtibar daripada kejatuhan Kota Baghdad oleh tentera Monggol amat perlu untuk kita renungi. Waktu inilah segala karya agung ulama' dan kitab2 Islam yang lain dimusnah,dibakar dan dialirkan di sungai Daljah sehingga air sungai tersebut menjadi hitam. Kitab2 islam turut dijadikan titian menyeberangi sungai tersebut.Kitab2 penulisan Ibnu Sina, al Farabi dan yang lain turut dirampas dan diambil untuk manfaat kaum kuffar . Perpecahan yang bermula dengan sikap pentingkan diri, tamak dan perebutan kuasa dalaman antara umat islam sendiri.. Sikap pemimpin yang sukakan kemewahan dan hiburan juga menjadi sebab kejatuhan Islam waktu itu. Petikan kisah Hulagu Khan menyatakan di awal kejatuhan kota Baghdad, ulama2 besar Islam dipanggil dan dijamu dengan makanan yang lazat namun tanpa mereka tahu makanan tersebut adalah haram (dicampur dengan anjing dan khinzir) dengan niat doa yang dipohon akan terhalang makbulnya disisi ALLAH.. Salah satu kaedah yang menjadi strategi /pegangan kaum kuffar untuk menjatuhkan uamat Islam. Mereka meyakini kekuatan doa ulama2 Islam yang menjadi sumber kekuatan umat Islam dan mencari jalan agar keadaan tersebut tidak berlaku..

Khusus untuk diri, sahabat seperjuangan dan saudara seagama…Walau apapun medan perjuangan kita, sama2 kita hayati dan memupuk taqwa di dalam hati.. Sama2 kita dalami maksudnya dan semaikan dalam kehidupan harian kita. Kerana hanya dengan taqwa kita akan beroleh pertolongan ALLAH..

sama2 kita dalami ungkapan dan maksud taqwa insyaALLAH..

Pesan untuk diri terutama :.. kita tidak akan mampu menggapai kemenangan sabilillah sedangkan dalam masa yang sama kita tidak mampu untuk melawan dan mengendalikan kehendak dan nafsu kita sendiri..

..Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir..."
(Al Imran; 147)

Ucapan Yang Paling Dicintai ALLAH SWT


قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : أَلَا أُخْبِرُكَ بِأَحَبِّ الْكَلَامِ إِلَى اللَّهِ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنِي بِأَحَبِّ الْكَلَامِ إِلَى اللَّهِ فَقَالَ إِنَّ أَحَبَّ الْكَلَامِ إِلَى اللَّهِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ

(رواه مسلم)

Sabda Rasulullah SAW : “Mahukah kukabarkan pada kalian ucapan yang paling dicintai Allah?", ku katakan (Abu Dzar ra) : “Wahai Rasulullah SAW, khabarkan padaku ucapan yang paling dicintai Allah SWT”, bersabda Rasulullah SAW : “Ucapan yang paling dicintai Allah SWT adalah: "Subhanallahi wabihamdih (Maha Suci Allah dan padaNya pujian luhur.”
( Sahih Muslim )

Kasih ALLAH melalui Sahabat..


Bismillah wal hamdulillah..


Saat hati terasa kekurangan,rindukan pengisian..memerlukan kekuatan..,
ALLAH titipkan kebaikanNYA melalui hamba2Nya..tanpa perlu dipinta,ALLAH kirimkan kekuatan tersebut. Benar sabda Rasulullah saw.. tautan ukhwah berdasarkan aqidah itu adalah hadiah dari ALLAH dan menjadi salah satu tunjang kekuatan orang2 mukmin..

Hampir menitis air mata mendapat beberapa mesej daripada sahabat2 yang dekat dengan ALLAH..tanpa dipinta,seakan mereka turut merasa apa yang dirasa.. umpama air yang mengalir, menolak kegusaran dan kabut yang ada..juga menyedarkan kembali diri yang alpa. Segala pujian itu hanya bagimu Ya ALLAH...kerana ALLAH jualah yang menggerakkan segala..

Mesej daripada seorang sahabat. Diri ini banyak belajar qudwah melalui dirinya yang teguh dalam perjuangan dan menjadikan Al Quran dan zikrullah sebagai pendampingnya sentiasa ..

'..sahabatku..dulu,semalam dan hari ini kau melihat generasi demi generasi menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari ALLAH.. Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan.. dirimu benar2 kebuntuan dan bertanya; ‘apa yang harus kulakukan untuk menebus kelelahan umat ini?..jawabku, bukankah kau seorang da’ie dan mujahidah? Katamu lagi.. ‘tapi langkahku lambat…’ jawabku, kau lambat kerana engkau menyibukkan diri dengan urusan duniamu.. mengejar impianmu dan lupa hari kebangkitan.. sedangkan pada hari itu amalanmu akan dibentang dan tubuhmu terbuka.. Apakah di sana bekalmu?..pada akhir zaman, orang yang memegang tali perjuangan ibarat menggenggam bara api, andai terus digenggam, hancur luluhlah jiwanya. Namun andai dilepas hancurlah dunia.. sahabat, jangan takut untuk berjuang kerana orang yang berjuang memang dirintagi dengan ujian. Sesungguhnya ALLAH bersama orang2 yang sabar.. kita hidup untuk perjuangan.. mati untuk kehidupan..Syurga sebagai impian. - kata2 imam Nawawi-
Sahabat..hidup ini perlu dihayati supaya kita tidak lupakan tujuan dihidupkan. Biarlah kita hidup dalam kepayahan asalkan kita dipandang ALLAH.. jangan kita hidup dalam kesenangan naumunjauh dari redhaNya..

Tazkiyah sahabat kedua juga bermakna.. Kuat hubungannya dengan ALLAH..

..pernah ditanya kepada Rasulullah saw; siapakah manusia yang terbaik?..Baginda saw menjawab, ‘orang mukmin yang basah hatinya’ ;…kemudian baginda ditanya lagi, ‘siapakah mukmin yang basah hatinya?’ lantas Rasulullah saw menjawab; ‘iaitu orang yang bertaqwa… Hatinya basah, tidak melakukan penderhakaan dan pengkhianatan terhadap ALLAH.. Tidak berdendam dan dengki kepada orang lain..’ (HR Ibnu Majah)

..Syukran Ya ALLAH…
..Limpahilah kebaikan dan sejuk rahmatMu buat semua sahabat hamba walau di mana mereka berada..

ALLAH itu amat dekat dengan dirimu..


Firman ALLAH SWT:
...Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran..
(AL BAQARAH:186)

..tidak sukar untuk menjadi seorang yang gagah dan kuat di hadapan manusia tetapi terlalu sulit untuk menjadi gagah dan kuat di hadapan DIA yang mengetahui segala rahsia dan perkara ghaib..
Pada ALLAH jualah segala urusan itu dikembalikan..

..Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan?
Maha Agung nama Tuhanmu Yang Mempunyai Kebesaran dan Kurnia..
(Surah Ar-Rahman : 77-78)
=)

BIDAYATUL HIDAYAH (PERMULAAN JALAN HIDAYAH)


PERMULAAN HIDAYAH ITU ADALAH DENGAN ILMU
Bismillah wal hamdulillah..

Perkongsiaan bersama..
Memetik penulisan Al Imam Hujjatul Islam Al Ghazali ra dalam kitab bidayatul hidayah mengenai adab-adab awal dalam menuntut ilmu. Moga ianya dapat dimanfaat oleh kita semua..

Ketahuilah~ wahai saudaraku yang sangat berminat dan mempunyai perhatian dalam mencari ilmu,yang telah menunjukkan cita2 yang tinggi dan rasa yang sangat dahaga terhadap ilmu pengetahuan~ Seandainya dirimu berminat dengan mencari ilmu ini untuk berlumba2 dan mendapatkan kemegahan dan terkemuka dalam kalangan kawan2 dan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap dirimu dan menghimpunkan kekayaan dunia, maka sebenarnya engkau telah berusaha menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri dan menjual akhiratmu untuk mendapatkan harta dunia, maka penjualanmu adalah rugi dan perniagaanmu porak peranda dan guru yang mengajarmu adalah dikira menolongmu dalam membuat maksiat dan ia juga akan merasa kerugian. Ketika itu guru yang mengajarmu laksana seorang yang menjual pedang kepada perompak seperta sabda Rasulullah saw:

“..sesipa yang menolong orang lain melakukan sesuatu maksiat walaupun hanya dengan setengah kalimat maka orang itu dikira berkongsi dalam melakukan maksiat tersebut..”

Dan jika niatmu dalam mencari ilmu itu untuk mencari keredhaan ALLAH dan mencari hidayah, bukan semata2 untuk pandai bercakap mka hendaklah engkau bergembira, kerana para malaikat telah mengembangkan sayapnya apabila engkau berjalan dan ikan yang berada di lautan dan hidupan yang berada di daratan akan memohon keampunan untukmu..
Hendaklah dirimu mengetahui bahawa hidayah itu adalah buah daripada ilmu dan bagi hidayah itu ada ‘bidayah’ (permulaan) dan ahda pula nidayah(kesudahan) dan ada ‘zahir’ dan ada ‘batin’. Dan dirimu tidak akan sampai pada nidayahtul hidayah dan tidak akan dapat menyelami batin hidayah kecuali dirimu telah selesai daripada menyempurnakan segala urusan yang berkenaan zahir hidayah..

Dan ketahuilah bahawa manusia dalam menuntut ilmu ini terbahagi kepada tiga keadaan:
1. Orang yang menuntut ilmu untuk menjadikan ia sebagai bekalan ke negeri abadi maka ia tidak berniat dengan mencari ilmu selain hanya mendapatkan redha ALLAH dan negeri akhirat. Maka orang itu termasuk dalam golongan orang yang beruntung.

2. Orang yang mencari ilmu untuk mendapat keuntungan yang segera (dunia) dan mendapatkan kemuliaan pangkat dan harta benda sedang ia menyedari hal ini dan merasa dalam hatinya akan kejahatan keadaan yang dialaminya dan kehinaan maksudnya. Orang ini berada dalam golingan yang berbahaya. Jika matinya tidak sempat untuk bertaubat maka ia dalam golongan yang merugikan diri dan matinya dalam su-ul khatimah(diserahkan pada ALLAH urusannya samada dimaafkan ALLAH ataupun diseksa). Namun seandainya ia bertaubat dan memperbaiki amal dan ilmunya maka ia akan bersama golongan yang beruntung.

3. Orang yang dikuasai oleh syaitan maka ia menjadikan ilmu yang dituntutnya itu sebagai alat untuk menghimpunkan harta benda dan bermegah megahan dengan kedudukan dan merasa bangga dengan ramainya pengikut. Dia menggunakan ilmunya untuk mencapai segala hajatnya untuk mengaut keuntungan dunia. Walaupun demikian dia menganggap dia mempunyi kedudukan yang tinggi di sisi ALLAH kerana zahirnya ia menyerupai para ulama. Dia bercakap seperti percakapan ulama dan berpakaian seperti pakaian ulama, namun pada hal zahir dan batinnya penuh dengan tamak dan haloba dalam menghimpun kekayaan dunia. Golongan ini termasuk dalam golongan orang yang binasa dan tertipu dengan helah syaitan dan sangat tipis harapanya untuk bertaubat kepada ALLAH kerana ia telah menyangka berbuat baik dan terlupa akan firman ALLAH Taala:

Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?..As saff:2

Maka jadikanlah dirimu bersama golongan pertama dan berhati-hatilah supaya tidak termasuk dalam golongan yang kedua kerana banyak sekali orang yang lalai yang telah diragut kematian sebelum sempat ianya bertaubat dan memperbaiki kesilapan yang ada. dan jangan sama sekali kamu termasuk ke dalam golongan yang ketiga maka engkau akan terjerumus ke jurang kebinasaan yang sukar untuk diperbaiki..

~ Imam Al Ghazali ra~

Maka jika dirimu bertanya;' ..apakah langkah permulaan yang mesti diikuti dalam usaha menuju hidayah?..maka ketahuilah bahawa permulaan jalan hidayah itu ialah menyempurnakan taqwa zahir dan kesudahannya ialah mencapai taqwa yang batin. Kerana syurga itu tidak dapat dicapai melainkan dengan taqwa.. dan tiada petunjuk bagi orang yang tidak menyediakan dirinya untuk bertaqwa..Dan taqwa itu terbahagi kepada dua bahagian:

1-menjunjung segala perintah ALLAH SWT (melaksanakan segala ketaatan)

2-menjauhi segala larangan ALLAH SWT (dengan meninggalkan segala maksiat).


p/s:
MUHASABAH BERSAMA DALAM MELETAKKAN NIAT HANYA KERANA ALLAH..

Selamat meneruskan pengajian buat sahabat2 dan adik2 di kampus. Moga semuanya diniatkan kerana ALLAH…

Juga selamat berjuang buat sahabat dan saudara islam semuanya..
~Menuntut dan menyebarkan ilmu itu juga adalah jihad~



 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ..MENCARI REDHA ALLAH.. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net