Jemaah dan Taqwa


Bismillah wal hamdulillah..

Tertarik dengan pengisian dan isu majalah solusi yang terbaru..Mengenai Taqwa..
Salah satu jaminan ALLAH bagi orang2 yang bertaqwa adalah pertolongan ALLAH yang amat dekat.. Firman ALLAH SWT:

..akan AKU wariskan bumi ini kepada orang soleh(bertaqwa)..’( Al Anbiya;105)

..jika kamu bersabar dan bertaqwa,nescaya tipu daya mereka tidak akan sedikitpun mendatangkan kemudaratan kepada kamu..’( Al Imran; 120)

..jika penduduk satu kariah beriman dan bertaqwa, Tuhan akan bukakan berkat dari langit dan bumi..(Al A’raf;96)

Taqwa itu adalah himpunan sifat2 mahmudah pada diri samada zahir ataupun batin..

…sedutan kata2 editor yang ana rasakan tepat dengan keadaan semasa negara kita..juga boleh dijadikan muhasabah bersama. ‘..kita tidak akan mampu melawan musuh selagi kita tidak menghayati maksud taqwa di dalam hati..’

Dalam membawa agenda dakwah islamiyah khususnya. Pimpinan(baca; PAS) kita insyaALLAH dekat dengan ALLAH, tetapi sejauh mana kita yang menjadi tentera ataupun rakyat turut menerapkan eleman taqwa dalam hati sebagai sumber kekuatan utama.Tidak mustahil, mungkin ini antara sebab pertolongan ALLAH itu jauh dari kita..

Sirah dan sejarah membuktikan bahawa umat islam pernah menang menakluk dunia. Dan jika diteliti bagaimana caranya;..tiada lain adalah kerana penghayatan taqwa yang tinggi di dalam hati mereka.. Dalam usaha menakluk kota konstantinopel contohnya. Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Konstantinopel itu akan ditawan oleh tentera Islam. Rajanya(menakhluknya) adalah sebaik-baik raja, dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera...(HR imam Ahmad)
..dalam satu catatan lain ditambah, ..dan rakyatnya adalah sebaik2 rakyat..”

Inilah sabda Rasulullah SAW.. Menurut satu penulisan, hadith ini dicatatkan hampir 1000 tahun sebelum Kota Konstantinopel ditawan.Dan kata2 inilah yang menjadi inspirasi kepada kaum Muslimin selepas zaman Rasulullah untuk berusaha menakhluk Kota Konstantinopel.. Selama 800 tahun kaum Muslimin berusaha, raja bertukar raja, jeneral bertukar jeneral, namun tetap tidak mampu menakhluk kota ini,sehinggalah tiba pemerintahan Sultan Muhammad Al Fateh. Beliau amat berpegang dengan kata2 Rasulullah saw ini dan berusaha merealisasinya pada barisan pimpinan,barisan tentera dan rakyatnya..

Sejarah juga turut mencatatkan detik kejatuhan umat Islam.. Ikhtibar daripada kejatuhan Kota Baghdad oleh tentera Monggol amat perlu untuk kita renungi. Waktu inilah segala karya agung ulama' dan kitab2 Islam yang lain dimusnah,dibakar dan dialirkan di sungai Daljah sehingga air sungai tersebut menjadi hitam. Kitab2 islam turut dijadikan titian menyeberangi sungai tersebut.Kitab2 penulisan Ibnu Sina, al Farabi dan yang lain turut dirampas dan diambil untuk manfaat kaum kuffar . Perpecahan yang bermula dengan sikap pentingkan diri, tamak dan perebutan kuasa dalaman antara umat islam sendiri.. Sikap pemimpin yang sukakan kemewahan dan hiburan juga menjadi sebab kejatuhan Islam waktu itu. Petikan kisah Hulagu Khan menyatakan di awal kejatuhan kota Baghdad, ulama2 besar Islam dipanggil dan dijamu dengan makanan yang lazat namun tanpa mereka tahu makanan tersebut adalah haram (dicampur dengan anjing dan khinzir) dengan niat doa yang dipohon akan terhalang makbulnya disisi ALLAH.. Salah satu kaedah yang menjadi strategi /pegangan kaum kuffar untuk menjatuhkan uamat Islam. Mereka meyakini kekuatan doa ulama2 Islam yang menjadi sumber kekuatan umat Islam dan mencari jalan agar keadaan tersebut tidak berlaku..

Khusus untuk diri, sahabat seperjuangan dan saudara seagama…Walau apapun medan perjuangan kita, sama2 kita hayati dan memupuk taqwa di dalam hati.. Sama2 kita dalami maksudnya dan semaikan dalam kehidupan harian kita. Kerana hanya dengan taqwa kita akan beroleh pertolongan ALLAH..

sama2 kita dalami ungkapan dan maksud taqwa insyaALLAH..

Pesan untuk diri terutama :.. kita tidak akan mampu menggapai kemenangan sabilillah sedangkan dalam masa yang sama kita tidak mampu untuk melawan dan mengendalikan kehendak dan nafsu kita sendiri..

..Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir..."
(Al Imran; 147)

0 comments:

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ..MENCARI REDHA ALLAH.. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net