Bismillah wal hamdulillah..
Saat hati terasa kekurangan,rindukan pengisian..memerlukan kekuatan..,
ALLAH titipkan kebaikanNYA melalui hamba2Nya..tanpa perlu dipinta,ALLAH kirimkan kekuatan tersebut. Benar sabda Rasulullah saw.. tautan ukhwah berdasarkan aqidah itu adalah hadiah dari ALLAH dan menjadi salah satu tunjang kekuatan orang2 mukmin..
Hampir menitis air mata mendapat beberapa mesej daripada sahabat2 yang dekat dengan ALLAH..tanpa dipinta,seakan mereka turut merasa apa yang dirasa.. umpama air yang mengalir, menolak kegusaran dan kabut yang ada..juga menyedarkan kembali diri yang alpa. Segala pujian itu hanya bagimu Ya ALLAH...kerana ALLAH jualah yang menggerakkan segala..
Mesej daripada seorang sahabat. Diri ini banyak belajar qudwah melalui dirinya yang teguh dalam perjuangan dan menjadikan Al Quran dan zikrullah sebagai pendampingnya sentiasa ..
'..sahabatku..dulu,semalam dan hari ini kau melihat generasi demi generasi menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari ALLAH.. Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan.. dirimu benar2 kebuntuan dan bertanya; ‘apa yang harus kulakukan untuk menebus kelelahan umat ini?..jawabku, bukankah kau seorang da’ie dan mujahidah? Katamu lagi.. ‘tapi langkahku lambat…’ jawabku, kau lambat kerana engkau menyibukkan diri dengan urusan duniamu.. mengejar impianmu dan lupa hari kebangkitan.. sedangkan pada hari itu amalanmu akan dibentang dan tubuhmu terbuka.. Apakah di sana bekalmu?..pada akhir zaman, orang yang memegang tali perjuangan ibarat menggenggam bara api, andai terus digenggam, hancur luluhlah jiwanya. Namun andai dilepas hancurlah dunia.. sahabat, jangan takut untuk berjuang kerana orang yang berjuang memang dirintagi dengan ujian. Sesungguhnya ALLAH bersama orang2 yang sabar.. kita hidup untuk perjuangan.. mati untuk kehidupan..Syurga sebagai impian. - kata2 imam Nawawi-
Sahabat..hidup ini perlu dihayati supaya kita tidak lupakan tujuan dihidupkan. Biarlah kita hidup dalam kepayahan asalkan kita dipandang ALLAH.. jangan kita hidup dalam kesenangan naumunjauh dari redhaNya..
Tazkiyah sahabat kedua juga bermakna.. Kuat hubungannya dengan ALLAH..
..pernah ditanya kepada Rasulullah saw; siapakah manusia yang terbaik?..Baginda saw menjawab, ‘orang mukmin yang basah hatinya’ ;…kemudian baginda ditanya lagi, ‘siapakah mukmin yang basah hatinya?’ lantas Rasulullah saw menjawab; ‘iaitu orang yang bertaqwa… Hatinya basah, tidak melakukan penderhakaan dan pengkhianatan terhadap ALLAH.. Tidak berdendam dan dengki kepada orang lain..’ (HR Ibnu Majah)
..Syukran Ya ALLAH…
..Limpahilah kebaikan dan sejuk rahmatMu buat semua sahabat hamba walau di mana mereka berada..

1 comments:
subhanallah, kakak yang aku sayang hanya kernaNya, terima kasih atas segalanya kak, akak telah meyedarkan ku, betapa ukhuwah itu besar nikmatnya, luar biasa kuasanya bila mana ianya di titipkan khas atas dasar iman. kakak kesayangan ku, ayu rindu pada peringatan2 mu yang membuat hati ini sentiasa bertaut padaNya :(
Post a Comment