"Tidak usah mencari jalan keluar diluar dari dirimu,
kerana jalan keluar dari setiap permasalahan
Ada dalam dirimu sendiri;
Ada dalam hubunganmu dengan ALLAH سبحانه وتعالى...
"Kebahagiaan itu bukan terletak pada tercapainya keinginan kita, akan tetapi kebahagiaan itu terletak pada memahami dan mengikuti Kehendak ALLAH Yang Maha Berkehendak."..(kata2 Syeikh Rohimuddin Nawawi al-Jahari al-Bantani)
Bismillah wal hamdulillah...
Sengaja ana letakkan kembali kata2 yang pernah ana 'post' suatu ketika dahulu..Sebagai peringatan bagi diri yang seringkali terlupa.. Bahawa segalanya adalah dari ALLAH Yang Maha Pengasih dan Lagi Maha Mengetahui.. Juga kerana menyedari bahawa hidup adalah penuh dengan suatu yang tidak dijangkakan, maka menyerahkan diri pada ALLAH adalah yang paling baik...=) Meletakkan bahawa tiada daya dan upaya melakukan kebaikan dan tiada daya menolak kejahatan melainkan dengan izin ALLAH.. Bersangka baik dan menyerah diri pada ALLAH adalah titik ketenangan,bahawa tidak ALLAH jadikan sesuatu itu dengan sia-sia, dan ALLAH sentisa bersama hambaNya. Memahami dan merasai setiap rasa hambaNya. Selagi hambaNya ingin bersama denganNYA..
Ana tersentuh dengan penulisan ini..Dari seorang sahabat yang menggelarkan dirinya Al Fakir. Walaupun tidak dikenali, namun syukran sahabati..=)
"Memupuk diri menjadi dia yang dirahmati.."
Tenang. Menyenangkan. Menenangkan. Kaya sekali dengan akhlak. Jernih wajahnya yang murah dengan senyuman. Dia yang tegas pendiriannya… yang lembut jiwanya… yang kental semangatnya… yang halus bahasanya… yang santun pekertinya.
Dia… Itulah… saudaraku… seiman, seaqidah… seperjuangan… saudara duniaku, saudara akhiratku… Dia senang didekati, kerana dia senang mendekati TUHANnya… Tenangnya insan bersamanya, kerana senangnya dia bersama TUHANnya….
Doaku… Semoga dia terus lebih baik dari itu…Semoga aku bisa menjadi seperti dia... Dan, semoga, dia selamanya dicintai SANG PENCIPTA dia…
Alhamdulillah...
2 comments:
Salam ukhwah n ziarah..banyak input yang saudari kongsikan walaupun saya tidak mengenali saudari..semoga perjuangan diteruskan..Salam Ukhwah drp Master Trainer MSQ POwer Training,Cikgu Izani http://salammotivasi.blogspot.com / www.msq.teambinainsan.com
InsyaALLAH..syukran..
Post a Comment