Assalamu'alaikum wbt..Didoakan moga saudara dan sahabat2 berada dalam lindungan dan redha ALLAH..
Memetik awalan tausyihah Habib Munzir al Musawwa:
Limpahan Puji Kehadirat Allah. Matahari kebahagiaan yang selalu menumpahkan kebahagiaan bagi hamba – hambaNya di dunia dan di akhirat dan menyisakan sebagian dari kesulitan terjadi kepada hamba-Nya di dunia agar mereka meminta kebahagiaan kepada Allah. Sang pemilik kebahagiaan dunia dan akhirat, Maha Melimpahkan kepada hamba – hambaNya kebahagiaan sebelum mereka meminta dan menjadikan sebagian kesulitan muncul dalam kehidupan agar mereka mau meminta. Maha Suci Allah yang menyenangi doa dan munajat kepada hamba –hambaNya, Dialah (Allah) Maha Sempurna dan Maha Melihat dan Maha Melimpahkan Kasih Sayang-Nya sehingga satu – satunya Dzat yang berbeda dengan segenap makhluk yang selalu semakin gembira dengan banyaknya permohonan,Dialah- ALLAH
Mengenali sifat Pemurah dan Penyayang yang Maha Esa,..moga bertambah keimanan kita semua..
Tersentuh dengan satu penulisan.. Membawa diri muhasabah. Bahawa selama ini diri ini masih punya pemberontakan kecil pada ALLAH.. Nikmat dan sifat pemurah ALLAH melebihi ujianNya. Terlalu banyak nikmat yang diberi oleh ALLAH sehinggakan ALLAH sentiasa memberi melebihi dari yang dipinta dan disedari, namun sedikit sekali mulut ini menyebut dan mensyukurinya. Sebaliknya di kala ALLAH memberi sedikit ujian dalam bentuk kesulitan dan kesusahan, mudah sekali mulut ini berbicara dan merintih.. ringan mulut ini berbicara pada insan lain..
(Renungan kata2 ibnu ‘ata illah)
“Sebaik-Baik Permintaan Adalah Apa Yang Allah S.W.T Tuntut Daripada Kamu.”
Pada setiap ketika dan setiap keadaan pasti ada tuntutan Allah s.w.t terhadap kita yang kita berkewajipan menyempurnakannya. Pada ketika dan keadaan berkenaan yang paling baik kita pohonkan daripada Allah s.w.t adalah agar kita dapat menyempurnakan kewajipan tersebut..
Setiap waktu, ruang, benda-benda serta kejadian yang mengisi waktu dan ruang itu merupakan ujian Allah s.w.t. Apa yang dimaksudkan dengan ujian adalah cabaran terhadap iman (tauhid). Waktu dan ruang serta isinya berperanan mengalihkan pandangan kita daripada tauhid kepada yang mengisi waktu dan ruang tersebut. Waktu dan ruang adalah dua keping besi tajam yang membentuk gunting, kerjanya memotong tali yang menghubungkan hamba dengan Allah s.w.t. Apabila tali itu putus, terlepaslah perhatian dari menyaksikan Rububiyah,.
Dalam perjalanan mempertahankan iman, seseorang itu akan silih berganti berhadapan dengan salah satu daripada empat keadaan: nikmat; bala; taat dan maksiat. Keempat-empat itu adalah alat untuk menguji iman. Dalam menghadapi ujian nikmat pohonlah kepada Allah s.w.t agar kita dapat mengikat nikmat tersebut dengan syukur. Apabila berhadapan dengan ujian bala, merayulah kepada Allah s.w.t agar bala itu dihindarkan atau jika bala itu tidak mahu pergi juga mintalah agar Dia menguatkan kita dengan kesabaran dan seterusnya mintalah agar Allah s.w.t mententeramkan hati kita dengan redha..
Apabila kita diberi kesempatan berbuat taat, ketahuilah ketaatan itu adalah kurniaan Allah s.w.t, kerana kasihan belas dan rahmat-Nya kepada kita, bukan ketaatan terjadi kerana kebolehan dan keupayaan kita. Jangan melihat amal sebagai hasil usaha kita tetapi hendaklah ia dilihat sebagai pemberian Allah s.w.t yang wajib disyukuri dan seharusnya kita merendah diri kepada-Nya. Apabila terjerumus melakukan maksiat pula, ketahuilah bahawa jika kita tidak peduli ke lembah kehancuran mana yang kita jatuh, maka Allah s.w.t juga tidak peduli di jurang mana kita binasa dan di neraka mana kita menanggung azab seksa. Jika tidak mahu dibinasakan oleh Allah s.w.t dan diseksa dengan azab yang pedih, larilah kepada Allah s.w.t dengan meninggalkan lembah maksiat, bertaubatlah dengan sepenuh hati, sebenar-benar taubat..
Dalam mengajukan permintaan kepada Allah s.w.t yang perlu dilihat adalah diri sendiri, bukan apa yang diingini. Penting bagi seseorang mengenali dirinya dan menghisab dirinya. Cari di mana cacat dan kekurangan yang ada pada kita. Apa yang kurang minta Allah s.w.t percukupkan dan apa yang cacat minta Dia perelokkan. Apa sahaja yang datang adalah perutusan dari Allah s.w.t yang perlu kita renungi. Pohonlah bantuan Allah s.w.t agar disingkapkan rahsia yang menyelubungi perutusan yang datang itu agar kita tidak tertipu oleh muslihatnya. Ingatlah semasa masih ada hayat, nafas masih boleh disedut, tidak lain yang patut dituntut melainkan tauhid. Berdoalah bersungguh-sungguh agar hidup kita diterangi oleh tauhid dan mati kita jua dalam keteguhan tauhid..

Sifat Penyayang ALLAH..
"Apabila seorang hamba itu menadah tangan memohon pada ALLAH..saat itu jua ALLAH kan menjawab; …labbaika…"
"..Saat seorang hamba menadah tangan memohon pada ALLAH dengan penuh merendah dan yakin, sesungguhnya ALLAH lebih awal lagi mengabulkan doa hambaNya..selama hambanya itu tidak melakukan doas yang besar dan memutuskan silaturrahim..”
Sama2 kita memohon pada ALLAH agar diberi kekuatan iman dan kekuatan dalam melakukan amalan ketaatan yang diterima olehNya..

0 comments:
Post a Comment