Kehambaan,Syawal dan Kemaafan..


Asalamu'alaikum wbt..

Hari terakhir ramadhan..Moga barakahnya sentiasa bersama kita. Syaitan juga akan dilepaskan dari belenggunya. moga kita semua kuat menghadapi hari2 yang akan datang.. Teringat tentang suatu pengisian tafsir Al Quran. Pada awal kejadian kita, apabila ALLAH memerintahkan malaikat sujud pada Nabi Adam a.s, malaikat semuanya bersujud. Namun sifat takabbur Iblis yang merasakan ianya lebih mulia menyebabkan ia mengingkari perintah ALLAH SWT..

Kata Iblis:
"Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus,kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat)..'( Al 'Araf:16-17)

ALLAH SWT berfirman:

"Keluarlah kamu dari surga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barang siapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahanam dengan kamu semuanya". (Al A'raf; 18)

Mendengar semua kata2 itu, menangis semua malaikat yang ada. Para malaikat bersujud pada ALLAH.. dan berkata; " Ya ALLAH jika begitu kata2 Iblis, maka tolonglah anak Adam..Kami kuatiri tiada jalan untuk anak adam mentaatiMu.

Jawab ALLAH..
..Sesungguhnya Aku lebih mengetahui.. Iblis akan menyesatkan anak adam dari kanan,kiri, hadapan dan belakang. Namun, ia tidak akan mampu menyesatkan anak Adam dari bahagian atas dan bawah.Iblis tidak akan mampu menyesatkan hambaKu selagimana ia menadahkan tangan ke atas, mengharapkanKu..dan tidak akan mampu menyesatkan hambaKu yang selalu bersujud ,tunduk merasakan kehinaan dan menyerah diri padaKu..

Hakikat kehambaan, adalah kita berserah diri sepenuhnya pada ALLAH..Tiada daya untuk kita lakukan kebaikan dan tiada daya kita menolak kejahatan melainkan dengan izin ALLAH.. Menutup tirai Ramadhan, sama2 kita berserah pada ALLAH atas amalan yang kita lakukan.. Bukannya banyak amalan itu yang membawa kepada ALLAH tetapi nilai dan keikhlasan itu yang lebih tinggi di sisi ALLAH..
Kata2 untuk diri ana sendiri...
Tersentuh dengan kata2 abah, kita boleh menilai hati kita dengan ALLAH... Moga ALLAH ampunkan dosa diri ini..

Sedikit tambahan yang dipetik daripada blog seorang sahabat:Rujukan daripada kitab AL HIKAM Ibnu 'ata'illah..

Abu Abas berkata, manusia itu terbahagi kepada tiga golongan,iaitu:

1. Golongan orang yang melihat bahawa segala sesuatu yang timbul daripadanya menuju pada ALLAH.

2. Golongan yang melihat bahawa segala sesuatu yang timbul daripadanya adalah kurniaan daripada ALLAH yang diberikan kepadanya.

3. Golongan orang yang melihat bahawa segala sesuatu itu dari ALLAH dan menuju kepadaNYA pula.

Golongan pertama adalah orang yang selalu memikirkan kekurangan diri nya di dalam menjalankan kewajipan,sehingga selalu berduka cita. Golongan pertama itu kerana mengingati firman ALLAH SWT:

"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya) dan manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." (Al Ahzab:72)

Golongan kedua adalah orang yang selalu mengakui bahawa segala semua yang berlaku ke atas dirinya adalah kurnia dari ALLAH, sehingga selalu bergembira.Golongan kedua itu kerana berpegang pada firman ALLAH SWT iaitu;

"Katakanlah : Dengan kurniaan ALLAH dan Rahmat-NYA hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurniaan ALLAH dan Rahmat-NYA itu lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)." (Yunus:58)

Golongan ketiga pula adalah orang yang telah lupa pada dirinya sendiri dan selalu mengingati bahawa semua yang berasal dari ALLAH itu pasti kembali kepada ALLAH,sehingga mereka selalu berserah kepada kehendak ALLAH. Golongan ketiga ini pula berpegang pada firman ALLAH SWT;

"Dan barangsiapa bertawakkal kepada ALLAH, ALLAH akan mencukupkan keperluannya."(At Talaq:3)


Di mana pun kita,penyerahan diri pada ALLAH itu yang utama..
Moga ALLAH membuat kita lupa kebaikan yang kita lakukan dan lebih banyak mengingati kesalahan yang kita telah lakukan..

'Ala kullihal,
SALAM SYAWAL UNTUK SEMUA..
Sama2 kita raikan hari kemenangan yang ada dengan kesederhanaan dan penghayatan iman di hati yang berterusan..
Banyakkan amalan2 sunat, bertasbih dan bertakbir.Dalam kesibukan dan kemeriahan yang ada,jangan sisihkan amalan yang wajib..=)
Salam kemaafan untuk semua atas khilaf yang ada samada sedar atau tidak sedar.. Salam ukhwah berterusan..
-RUJUKAN ADAB2 MENYAMBUT LEBARAN-

1 comments:

Bidadari Fiza said...

Semoga kita semua tergolong dalam golongan ke3..yg menyerahkan dirinya kepada Allah..dan sentiasa bertawakal serta redha dengan ujian yg menimpa...Amiinnn...

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ..MENCARI REDHA ALLAH.. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net