Tidak Mampu untuk ku Ucap Selamat Tinggal..

Assalamu’alaikum wbt..

Sabda Rasulullah saw:
Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan penuh penghisaban, nescaya Allah akan ampunkan dosa-dosanya’ ( sabda Rasulullah saw)

Kaku juga untuk memulakan penulisan.Tidak tahu bagaimana untuk mulakan. Tetapi terasa juga untuk menulis..Desakan hati. Moga semuanya dinilai disisi ALLAH..
Malam ini malam terakhir terawih..Terasa pilu..Sukar untuk menterjemah perasaan yang ada..Cuma pilu..Bagaimana nilai diri di sisi ALLAH..?..

Nafsu..;Sudahkah terdidik?..Syaitan akan dilepaskan..Sudah cukupkah perisai untuk menghadapinya?

Akhlak.. :Adakah makin baik?...sifat sabar, lembut, syukur,qanaah, redha..Rendah hati..ikhlas..adakah sudah sebati?

Hati,jiwa..; Adakah semakin bersih?.. tanda hati dan jiwa yang bersih adalah senang melaksanakan apa yang diperintahAllah, menjauhi apa yang dilarang-Nya serta selalu berupaya untuk menyempurnakan pengabdiannya kepada ALLAH SWT…

Taqwa.. ;Sudahkah dicapai?..Teringat Firman ALLAH SWT: Sesungguhnya orang beriman itu apabila dibacakan ayat ALLAH gementarlah hatinya..
Ibadat..; adakah makin baik dan sempurna..?
Lisan..; adakah makin terjaga..?

Persaudaraan..; Adakah makin erat dan baik..? (Abah..,ma..Adik2..Maaf kalau tidak sempurna tanggung jawab yang kak buat..)

Rasulullah saw..;..makin kuatkah kecintaan padanya?
ALLAH….; Redha, rahmat dan keampunanMu… di mana hamba..?

Bi idznillah… kalau di sini, semalam imam sudah habis membacakan juzuk amma.. Cepatnya masa berlalu. Banyak juga mesej sahabat2 yang masuk,mengatakan kepiluan pada Ramadhan yang makin penghujung.. Kita sama sahabatku.=) Kalian adalah sahabat terbaik yang ada kerana sering mengingatkan diri ini pada ALLAH..PERSAUDARAAN KITA HINGGA AKHIRAT, INSYAALAH..Sama2 kita doakan moga diterima segala amalan yang ada, mendapat maghfirah dan redha ALLAH..

Di samping itu..

Seminggu ini, ke mana sahaja pergi, rancak kedengaran lagu2 raya dimainkan. Mungkin motivasi untuk menyambuat hari kemenangan yang bakal tiba. Kadang2 timbul juga rasa senang dalam hati ini . Senang dan gembira melihat wajah2 saudara seaqidah yang sibuk membuat persediaan. Lagi2 golongan kanak2.., golongan ahli syurga. Meraikan adik2 dan sepupu yang meminta pandangan dan dibuat itu ini.. Ya.,antara hikmah Ramadhan dan Syawal bagi umat Islam adalah nikmat persaudaraan. Yang jauh terasa semakin dekat dan yang dekat semakin terasa eratnya. InsyaALLAH sama2 kita teruskan tarbiyyah Ramadhan pada setiap detik yang ada.. Boleh juga kita sambung puasa ramadhan dengan puasa 6 syawal. InsyaALLAH..

‘Tanda Ramadhan yang Mabrur,( diterima dan berkesan) adalah amalan yang kita buat sepanjang ramadhan berkekalan kita amalkan sehingga akhirnya..’

2 comments:

Seindah.Bidadari said...

Assalammualaikum ya ukhti...=)

Syukran jazilan...doakan cik menjadi wanita solehah yg jiwa serta hati terdidik ke arah rahmat Allah..

Betul kata teh,,,terlalu sedih bila memikirkan ramadhan kian pergi meninggalkan diri kita..takut2 ini adalah ramadhan terakhir buat cik...sayu sangat hati ni..

sekali lg...cik memohon ampun dan maaf andai ada tersalah bicara mahupun perlakuan terhadap teh...minta dimaafkan serta dihalalkan makan dan minum...

cik syg teh sgt...doakan cik disini..ingatan pada sahabat2 masih kuat diingatan..(^^)

Hamba ALLAH; Aishah... said...

Wa'alaikumussalam wbt..
InsyaALLAH cik..
Uhibbukifillah aidan..=)

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ..MENCARI REDHA ALLAH.. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net