Solat Subuh


Assalamu'laikum wbt..
Menjadi kewajiban bagi kita orang islam, yang mengucap dua kalimah syahadah mengimani Firman ALLAH SWT;
" ...Dirikanlah solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan (dirikanlah pula solat) subuh. Sesungguhnya solat subuh itu disaksikan (oleh malaikat).." (Al Isra' ;78)

Juga menjadi muhasabah bagi kita yang menggelarkan diri sebagai 'da'ie/ah'- pembawa agama ALLAH untuk merenung dan berpegang pada kata2 Saidina Umar Al Khattab r.a ;' ..Jika ingin melihat kekuatan barisan tentera Islam itu, lihatlah saff pada waktu solat subuh..'

Bicara tentang solat subuh; moga ianya bermanfaat...=)


-KEBURUKAN MENINGGALKAN SOLAT SUBUH-


PERTAMA: SYAITAN AKAN MEMPERMAINKAN INDIVIDU YANG TIDAK SOLAT SUBUH

حديث عبدالله بن مسعود (رضي الله عنه)
قال * ذكر عند النبي ((صلي الله عليه وسلم)رجل نام ليلة حتي أصبح ،

قال: ذاك رجل بال الشيطان في أذنيه أو قال:
في أذنه)) متفق عليـــه..

Diriwayatkan dari Abdullah bin Mas’ud r.anhu katanya: Disebut di sisi nabi s.a.w seorang lelaki yang tidur sehingga pagi(tidak solat).Nabi s.a.w menyebut: “ Itulah
أي ان الشيطان اتخده حاجة لبوله ،وملا أذنه بالاباطيل

KEDUA: ALLAH SWT MENJADIKANNYA MALAS SEPANJANG HARI

حديث أبي هريرة(رضي الله عنه)أن رسول الله (صلي الله عليه وسلم)قال*((يعقد الشيطان علي قافية رأس أحدكم اذا هو نام ثلاث عقد؛يضرب علي كل عقدة عليك ليل طويل فارقد فأن استيقظ فذكر الله انحلت عقدة؛فأن توضا انحلت عقدة؛فأن صلي انحلت عقدة؛فأصبح نشيطا طيب النفس؛والاأصبح خبيث النفس كسلان ))متفق علـــيــه

Daripada Abu Hurairah ranhu bahawasanya rasul s.a.w bersabda:

“Syaitan akan mengikat di kepala kamu apabila kamu tidur dengan tiga ikatan dan dikatakan pada setiap ikatan Malam yang panjang, tidurlah.

Apabila seorang itu bangun tidur lalu mengingati Allah maka terlerai satu ikatan, apabila dia berwuduk terbuka ikatan kedua, dan apabila dia mengerjakan solat terbuka ikatan ketiga lalu dia berpagi dengan cergas dengan jiwa yang baik.

Sekiranya dia tidak melakukan perkara ini,jiwanya buruk dan malas
(Hadith Muttafaqun Alayhi)

KETIGA: SESIAPA YANG MEMANDANG RINGAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH ALLAH MEMASUKKANNYA DALAM GOLONGAN MUNAFIQ

حديث أبي هريرة(رضي الله عنه) قال* قال النبي (صلي الله عليه وسلم) ((ليس صلاة أثقل علي المنافقين من الفجر والعشاء ولو يعلمون ما فيهما لاتوهما ولوحبوا))متفق عليه

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.anhu berkata, bersabda nabi s.a.w :
“Tidak ada solat yang lebih berat ke atas orang munafiq dari solat subuh dan Isyak. Sekiranya mereka mengetahui tentang kelebihan dua solat ini, nescaya mereka akan datang walaupun merangkak.”

KEEMPAT:SESIAPA YANG MEMANDANG RINGAN SOLAT SUBUH DIBIMBANGI DIHARAMKAN DARI MENIKMATI KESERONOKAN MELIHAT WAJAH ALLAH DI AKHIRAT NANTI

حديث جرير (رضي الله عنه)قال((كنا عند النبي (صلي الله عليه وسلم)فنظر الي القمر ليلة ،يعني البدر،فقال*انكم سترون ربكم كما ترون هذا القمر ،لاتضامون في رؤيته فأن استطعتم أن لاتغلبوا علي صلاة قبل طلوع الشمس وقبل غروبها فافعلوا ثم قرأ*(وسبح بحمد ربك قبل طلوع الشمس وقبل الغروب))متفق علــــــيـــــه

Diriwayatkan dari Jarir r.anhu berkata:
Kami bersama-sama nabi s.a.w lalu dia melihat ke bulan purnama pada satu malam kemudian bersabda:
”Sesungguhnya kamu akan melihat Tuhan Kamu seperti kamu melihat bulan ini, kami tidak mengalami kesusahan untuk melihatnya, sekiranya kamu kamu, janganlah kamu lalai dari menunaikan solat sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam, lakukanlah, kemudian baginda membaca ayat:

”Bertasbihlah dengan memuji tuhanmu sebelum terbit matahari dan sebelum terbenam.” Hadith Muttafaqun alayhi

-KELEBIHAN SOLAT SUBUH BERJEMAAH-

1- MENDAPAT PAHALA SEPERTI MENGHIDUPKAN MALAM KESELURUHANNYA

عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :
(( مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَهُوَ كَمَنْ قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ ، وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَهُوَ كَمَنْ قَامَ اللَّيْلَ كُلَّهُ )) . [ مسلم ]

Diriwayatkan dari Uthman bin Affan r.anhu bahawasanya nabi s.a.w bersabda:
“ Sesiapa yang solat Isyak secara berjemaah akan mendapat pahala seolah-olah bangun separuh malam dan sesiapa yang solat subuh berjemaah akan mendapat pahala bangun sepenuh malam.[ HR Imam Muslim]

2- MENDAPAT PERLINDUNGAN ALLAH
فَعَنْ جُنْدَبِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ يَقُولُ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
(( مَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فَهُوَ فِي ذِمَّةِ اللَّهِ.
[ البخاري ]

Daripada Jundub bin Abdullah berkata: Bersabda rasul s.a.w
“ Sesiapa yang menunaikan solat subuh, maka dia berada dalam perlindungan Allah.

3-MALAIKAT AKAN MENJAGANYA SEPANJANG HARI
عن رجل صحب النبى صلى الله عليه و سلم قال : بلغنى ان الملك يغدوا برايتة مع اول غاد الى المسجد فيظل معه حتى يصلى ثم يخرج معه حتى يدخل بها الى منزله و بلغنى ان الشيطان يغدوا برايتة الى اول غاد الى السوق فيظل معه حتى منزله

Dari seorang lelaki yang menemani nabi s.a.w berkata, sampai kepadaku bahawa malaikat berpagi dengan membawa bendera bersama orang yang pertama ke masjid, malaikat akan bersama dengannya sehingga dia solat, kumudian akan keluar bersamanya sehinggalah dia masuk ke rumahnya, dan sampai juga kepadaku bahawa syaitan berpagi dengan membawa bendera bersama orang yang pertama ke pasar dan akan bersama dengannya sehingga ke rumah.

Hadith ini disebut oleh al-Munziriyy dalam al-Targhib wa al-Tarhib


4- MALAIKAT AKAN BERKUMPUL DENGANNYA DAN MENDOAKANNYA
قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : يتعاقبون فيكم ملائكة بالليل و ملائكة بالنهار و يجتمعون فى صلاة الفجر و صلاة العصر فيعرجون فيسألهم الله و هو اعلم كيف تركتم عبادى : يقولون تركناهم و هم يصلون و اتيناهم و هم يصلون فأغفر لهم يوم الدين (متفق عليه)

Bersabda rasul s.a.w:Para malaikat malam bertukar dengan malaikat siang dan mereka berhimpun pada waktu solat subuh dan solat Asar, mereka kemudian naik ke langit Allah bertanya kepada mereka dan Dia lebih mengetahui. ” Bagaimana kamu tinggalkan hamba-ku?”

Para malaikat menjawab: Kami tinggalkan mereka dalam keadaan menunaikan solat dan kami bertemu dengan mereka juga dalam keadaan menunaikan solat, ampunkanlah mereka pada hari pembalasan. ”Hadith Muttafaqun ’Alayhi

5- BERPELUANG UNTUK MENDAPAT PAHALA HAJI DAN UMRAH SETIAP HARI
عن أنس رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: من صلى الفجر في جماعة، ثم قعد يذكر الله تعالى حتى تطلع الشمس، ثم صلى ركعتين، كانت له كأجر حجة وعمرة تامة تامة تامة

Diriwayatkan daripada Anas R.anhu katanya: Sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, kemudian dia duduk mengingati Allah sehingga terbit matahari, kemudian dia mengerjakan solat sebanyak dua rakaat, dia akan mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah, sempurna. Sempurna. sempurna .

6- ALLAH MENJANJIKAN ORANG YANG MENJAGA SOLAT SUBUH BERJEMAAH UNTUK DIMASUKKAN KE DALAM SYURGA
حديث أبي موسي(رضي الله عنه
(( قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : من صلى البردين دخل الجنة ))

“Sesiapa yang melakukan dua solat yang sejuk secara berjemaah akan memasuki syurga.”
(Dua solat yang sejuk ialah solat subuh dan asar )

7- ALLAH SWT TIDAK AKAN MEMASUKKANYA KE DALAM NERAKA
قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : لم يلج النار أحد صلى قبل طلوع الشمس و قبل غروبها رواه مسلم
Sabda rasul s.a.w : Tidak akan masuk neraka seorang yang menunaikan solat sebelum terbit matahari dan sebelum tenggelam.

8- SELAMAT DARI SIFAT MUNAFIQ
من حافظ على صلاة الفجر فى جماعة فقد (( قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : ان اثقل صلاة على المنافقين صلاة الفجر و صلاة العشاء )) . و فى رواية (( ما يشهدهما منافق
Sabda Rasulullah s.a.w:
“ Sesungguhnya solat yang paling berat ke atas orang munafiq ialah solat subuh dan solat Isyak dan dalam riwayat yang lain: Solat subuh dan isyak tidak dihadiri oleh orang munafiq

9- ALLAH SWT MEMBERINYA CAHAYA PADA KEGELAPAN HARI KIAMAT
(( قال رسول الله صلى الله عليه و سلم : بشر المشائين فى الظلم الى المساجد بالنور التام يوم القيامة ))

Sabda rasul s.a.w:
“ Bergembirah orang yang berjalan dalam gelap untuk ke masjid dengan cahaya yang sempurna pada hari kiamat.”
(Solat yang gelap ialah solat Isyak dan subuh)

NAMUN..
Fanomena hari ini:
1. Bagi pelajar, sanggup berjaga malam untuk menyiapkan tugasan dan perbincangan, namun tidak sanggup untuk bertahan sekejap untuk menunaikan solat subuh di awal waktu apatah lagi subuh berjemaah..

2. Bagi yang menggelarkan diri sebagai pejuang dan pembawa agama ALLAH, juga pemimpin suatu organisasi dan jawatankuasa, mampu untuk bersengkang mata membuat perancangan dan bermesyuarat, namun tidak mampu bangun qiamullail dan solat subuh berjemaah. Kemungkinan juga solat di pertengahan dan akhir waktu. Perlu untuk diubah kerana pandangan,keredhaan dan hak ALLAH itu lebih utama.. Kelancaran suatu perancangan dan gerak kerja itu bergantung kepada sejauh mana keberkatan ALLAH kita utamakan.

3. Bagi golongan 'ayah, suami dan muslimin..
Menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga,kepenatan bekerja, mencari keperluan untuk keluarga seringkali menimbulkan kepenatan bagi kalian. Namun, awas..solat fardhu berjemaah adalah kewajiban bagi kalian. (kata2 Rasulullah saw.)

4.Untuk ibu dan juga isteri dan juga muslimat amnya..
Syukurlillah, berusaha untuk menyediakan keperluan untuk keluarga, namun seringkali kepenatan yang ada menyebabkan solat subuh yang ditunaikan dalam keadaan 'separuh sedar', mengantuk dan sebagainya..Juga perlu diubah, kerana doa kalian amat dekat dan tinggi nilainya di sisi ALLAH.. Menjadi salah satu kunci kebahagiaan,kerukunan dan keberkatan rumah tangga..
5. Bagi yang bersahur
Mampu bangun untuk bersahur,namun tidak mampu untuk bertahan sekejap, memburu pahala solat jemaah dan khusyuk. Ada juga yang kembali tidur dan lewat mengerjakan solat subuh..Juga perlu diubah, kerana amalan yang wajib itu lebih utama dari yang sunat.

Sama2 kita muhasabah..di manakah kita.
Sabda Rasulullah saw
..sampaikanlah walau satu ayat..
~sama2 kita beramal..

Kesempurnaan Diri Muslim

Kesempurnaan Diri Muslim
(..Sama2 kita ambil pengajaran..)

Daripada Sayyidina Khalid bin Al-Walid Radiallahu 'anhu telah berkata : Telah datang seorang arab desa kepada Rasulullah S. A. W yang mana dia telah menyatakan tujuannya : Wahai Rasulullah! sesungguhnya kedatangan aku ini adalah untuk bertanya engkau mengenai apa yang akan menyempurnakan diriku di dunia dan akhirat. Maka baginda S. A. W telah berkata kepadanya Tanyalah apa yang engkau kehendaki :

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang alim
Baginda S. A. W menjawab : Takutlah kepada Allah maka engkau akan jadi orang yang alim

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang paling kaya
Baginda S. A. W menjawab : Jadilah orang yang yakin pada diri maka engkau akan jadi orang paling kaya

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang adil
Baginda S. A. W menjawab: Kasihanilah manusia yang lain sebagaimana engkau kasih pada diri sendiri maka jadilah engkau seadil-adil manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang paling baik
Baginda S. A. W menjawab: Jadilah orang yang berguna kepada masyarakat maka engkau akan jadi sebaik-baik manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi orang yang istimewa di sisi Allah
Baginda S. A. W menjawab : Banyakkan zikrullah nescaya engkau akan jadi orang istimewa di sisi Allah

Dia berkata : Aku mahu disempurnakan imanku
Baginda S. A. W menjawab : Perelokkan akhlakmu nescaya imanmu akan sempurna

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan orang yang muhsinin
(baik )
Baginda S. A. W menjawab : Beribadatlah kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya dan jika engkau tidak merasa begitu sekurangnya engkau yakin Dia tetap melihat engkau maka dengan cara ini engkau akan termasuk golongan muhsinin

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang taat
Baginda S. A. W menjawab : Tunaikan segala kewajipan yang difardhukan maka engkau akan termasuk dalam golongan mereka yang taat

Dia berkata : Aku mahu berjumpa Allah dalan keadaan bersih daripada dosa
Baginda S. A. W menjawab : Bersihkan dirimu daripada najis dosa nescaya engkau akan menemui Allah dalam keadaan suci daripada dosa

Dia berkata : Aku mahu dihimpun pada hari qiamat di bawah cahaya
Baginda S. A. W menjawab : Jangan menzalimi seseorang maka engkau akan dihitung pada hari qiamat di bawah cahaya

Dia berkata : Aku mahu dikasihi oleh Allah pada hari qiamat
Baginda S. A. W menjawab : Kasihanilah dirimu dan kasihanilah orang lain nescaya Allah akan mengasihanimu pada hari qiamat

Dia berkata : Aku mahu dihapuskan segala dosaku
Baginda S. A. W menjawab : Banyakkan beristighfar nescaya akan dihapuskan (kurangkan ) segala dosamu

Dia berkata : Aku mahu menjadi semulia-mulia manusia
Baginda S. A. W menjawab : Jangan mengesyaki sesuatu perkara pada orang lain nescaya engkau akan jadi semulia-mulia manusia

Dia berkata : Aku mahu menjadi segagah-gagah manusia
Baginda S. A. W menjawab : Sentiasa menyerah diri
(tawakkal) kepada Allah
nescaya engkau akan jadi segagah-gagah manusia

Dia berkata : Aku mahu dimurahkan rezeki oleh Allah
Baginda S. A. W menjawab : Sentiasa berada dalam keadaan bersih ( dari hadas ) nescaya Allah akan memurahkan rezeki kepadamu

Dia berkata : Aku mahu termasuk dalam golongan mereka yang dikasihi oleh Allah dan rasulNya
Baginda S. A. W menjawab : Cintailah segala apa yang disukai oleh Allah dan rasulNya maka engkau termasuk dalam golongan yang dicintai oleh Mereka

Dia berkata : Aku mahu diselamatkan dari kemurkaan Allah pada hari qiamat
Baginda S. A. W menjawab : Jangan marah kepada orang lain nescaya engkau akan terselamat daripada kemurkaan Allah dan rasulNya

Dia berkata : Aku mahu diterima segala permohonanku
Baginda S. A. W menjawab : Jauhilah makanan haram nescaya segala permohonanmu akan diterimaNya

Dia berkata : Aku mahu agar Allah menutupkan segala keaibanku pada hari qiamat
Baginda S. A. W menjawab : Tutuplah keburukan orang lain nescaya Allah akan menutup keaibanmu pada hari qiamat

Dia berkata : Siapa yang terselamat daripada dosa?
Baginda S. A. W menjawab : Orang yang sentiasa mengalir air mata penyesalan, mereka yang tunduk pada kehendakNya dan mereka yang ditimpa kesakitan

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kebaikan di sisi Allah?
Baginda S. A. W menjawab : Elok budi pekerti, rendah diri dan sabar dengan ujian (bala )

Dia berkata : Apakah sebesar-besar kejahatan di sisi Allah?
Baginda S. A. W menjawab : Buruk akhlak dan sedikit ketaatan

Dia berkata : Apakah yang meredakan kemurkaan Allah di dunia dan akhirat ?
Baginda S. A. W menjawab : Sedekah dalam keadaan sembunyi ( tidak diketahui ) dan menghubungkan kasih sayang

Dia berkata: Apakan yang akan memadamkan api neraka pada hari qiamat?
Baginda S. A. W menjawab : sabar di dunia dengan bala dan musibah

Telah berkata Imam Mustaghfirin: aku tidak pernah menjumpai hadis yang besar dan merangkumi kesempurnaan agama dan bermanafaat selain hadis ini....

Bertemu denganMu..


Assalamu’alaikum wbt..
Salam 16 Ramadhan..

Moga sahabat2 dikurniakan kesihatan yang baik dan dikurniakan kekuatan jiwa yang baik dalam menempuh ramadhan yang masih berbaki. Memasuki fasa kedua Ramadhan ini,membawa diri muhasabah, cepatnya putaran waktu..Seperti baru terasa memasuki ramadhan..Seperti baru terdengar lafaz selawat yang dibaca pada malam pertama terawih. Sebak mengaminkan doa qunut yang dibaca imam..Ya ALLAH, masih ada kesempatan lagi ke untuk melalui hari esok?..terasa begitu banyak ‘hutang’ dengan ALLAH yang belum ditunai..Belum termasuk hutang dengan manusia.. hak2 yang belum ditunaikan.. Tanggungjawab dan amanah yang tidak terlaksana dan dilaksana dengan baik..Terasa seperti ingin menulis senarai yang panjang, segala hutang dengan ALLAH dan manusia yang tidak tertunai..Seandainya diri pergi dulu,mohon kemaafan dari semua..Mohon untuk keluarga terdekat langsaikan apa yang tidak sempat dilangsai..

..Semalam keluarga dikejutkan dengan berita kematian sepupu abah.Alhamdulillah jenazah selamat dikebumikan pada pukul 11 malam,selepas qariah menunaikan solat terawih..Allahyarham dikuburkan betul2 disebelah kubur arwah datuk.Meningglkan 5 orang anak dan seorang isteri. Kata nenek, arwah adalah orang yang baik,tenang dan sentiasa bersama Al Quran..Moga ALLAH berkati allahyarham di sana.. Hubungan keluarga Allahyarham yang erat dengan keluarga ana,turut membawa diri menziarahi keluarga tersebut.Seperti biasa sebelum dikafan lengkap,keluarga terdekat dipanggil untuk melihat wajah Allahyarham buat kali terakhir..Rasa sebak dan pilu sewaktu menatap wajah Allahyarham. Pilu,kerana inilah hakikat kehidupan..Kita dilahirkan,melalui usia bayi,membesar menjadi kanak2, remaja, dan dewasa seterusnya tua dan setiap dari kita akan melalui kematian. AKAN LALUI. Hanya sekejap hidup di dunia..seterusnya akan melalui kehidupan akhirat yang abadi. Langsung tidak boleh kembali. Tiada lagi taubat, tiada lagi ibadah..tiada lagi muhasabah membaiki diri. Segalanya2 akan dinilai dihadapan ALLAH. Bersama bekal amalan yang dibawa. Hanya itu..

Pilu, merasakan lemahnya kita..Sewaktu meninggal, langsung tiada daya. Segalanya akan diuruskan orang lain..Diangkat,dimandikan,dipakaikan pakaian(dikafankan)..Pasrah diperlakukan sewajarnya… Kemudian kita akan ditinggalkan berseorangan di dalam kubur..Bersediakah diri?...ALLAH kata kematian itu bila2 masa.Semuanya dah tercatat dan tidak akan diundur atau dipercepat walau sesaat..muda atau tua, pasti akan lalui.. walaupun asbabnya sangat kecil.Akan kita lalui..

Ya ALLAH..bersediakah hamba?..Orang yang mencintai ALLAH dan bertaqwa tidak akan takut dengan kematian. Bahkan gembira.. Gembira untuk bertemu dengan KEKASIH yang ABADI. Mereka dah bersedia. Betul kata Rasulullah, orang yang paling bijak adalah orang paling banyak ingat mati dan bersedia untuk menghadapi kematian. Jujurnya diri ini belum merasai lapangnya hati untuk bertemu dengan kematian. –Takut dan tidak bersedia. Itu yang lebih dirasai.. Adakah ini petanda iman yang lemah?.. Ampuni hamba Ya ALLAH..

Buat saudara dan sahabat2 yang membaca entri ini, sama2 kita perbaiki diri..Sungguh, hidup ini hanya sekejap..Sama2 kita persiap diri dengan amal dan taqwa. Sedaya mungkin kita tunai dan sempurnakan hak ALLAH yang belum sempurna..juga hak manusia yang lain..hak pada diri, keluarga,saudara seislam dan agama..Mohon maaf atas seribu khilaf yang ada..Andai ada hak sahabat yang tidak tertunai,mohon maaf..sahabat boleh bagitahu..

~Doa yang berpanjangan buat semua..Doakan diri ini juga..
…Hamba dambakan catatan dunia akhirat yang indah disisiMU..~

Firman ALLAH..

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.
( Al Imran; 185)

Dan sekali-kali tidak dipanjangkan umur seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam Kitab (Lohmahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah.(Al Fathir : 11)

Tafakur Mengenai Solat..


Salam 13 Ramadhan..=)
Tafakur mengenai solat.. (Ibadat pertama yang akan dihisab di akhirat kelak)
Moga perkongsian ini boleh menjadi pemangkin untuk kita memperbaiki solat ke arah lebih baik dan sempurna. Kata2 untuk diri terutamanya..

'Sesungguhnya solat itu bicara hamba kepadaKU dan Al Quran itu bicaraKu terhadap hambaKu..'

Rasulullah saw bersabda;'...dijadikan kegembiraaan bagiku dengan solat.."

Besarnya kuasa solat, boleh mempengaruhi gerak laku seharian kita. Juga kejayaan kita.. Mungkin sahabat2 sendiri pernah membaca dan mengetahui kepentingan solat dalam kehidupan.
Dalam Al Quran jelas disebut,

'Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (aitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya..(Al Mukminun: 1-2)

dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus.Mereka kekal di dalamnya.(Al Mukminun: 9-11)

Orang yang khusyuk dalam solatnya juga boleh dilihat hasilnya melalui lunak tingkah laku dan bicaranya dengan manusia yang lain,seri cahaya pada wajahnya dan tinggi penghayatan iman dan taqwa dalam setiap perbuatannya. Tiada lain, kerana hasil taqarrub dan bicara dengan ALLAH yang baik dan penuh penghayatan.

"Berdirinya seorang hamba untuk solat, maka tabir antaranya dan ALLAH akan terbuka. ALLAH berbicara dan melihatnya selama mana hambaNya menumpukan perhatian dalam solatnya.."

Bagaimana solat yang diterima oleh ALLAH..?

Ibnu Abbas ra. berkata:
Nabi saw. bersabda: ALLAH Ta'ala berfirman: "Sesungguhnya Aku hanya menerima solat dari orang yang merendahkan diri karena keagungan-Ku dan tiada menyombongkan dirinya di atas makhluk-Ku, tiada terus menerus bermaksiat pada-Ku, menghabiskan masa harinya berzikir kepada-Ku, berbelas kasihan kepada orang miskin, orang musafir 'ibnussabil', perempuan janda dan orang yang terkena musibah. Ia bercahaya laksana matahari. Aku lindungi ia dengan kebesaran-Ku dan memerintahkan malaikat-Ku menjaganya. Aku berinya cahaya dalam kegelapan dan kesabaran dalam kesukaran. Ia di antara makhluk-makhluk-Ku laksana "firdaus" diantara barisan syurga". (Riwayat Al-Bazzar dari Ibnu Abbas)

Imam Ghazali pernah menyatakan bahawa solat yang diterima oleh ALLAH adalah solat yang ditunaikan dengan penuh khusyuk. Benar, meraih khusuk itu susah..dan khusyuk itu juga adalah anugerah ALLAH..Cuma sebagai hamba,menjadi kewajiban bagi kita berusaha untuk mencapai khusyuk tersebut dan berdoa moga ALLAH rezekikan kita dengan perasaan khusyuk.. Sungguh,ALLAH Maha Mengetahui keupayaan hambaNya..

Rahsia khusyuk Imam Ghazali:

1.Kehadiran Hati
2. Tafahhum ; faham terhadap makna (terutama Al Fatihah dan bacaan solat yang lain)
3. Takzim; Rasa Hormat (Hotmat terhadap ALLAH yang Maha Mengetahui segala bisikan hati, hormat pada ALLAH yang memberi pelbagai nikmat kehidupan..
4. Haibah ; Rasa takut yang bersumber dari rasa hormat
5. Haya' ; Rasa Malu pada ALLAH
6. Raja' ; Pengharapan pada ALLAH..

Firman ALLAH
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk..
( Al Baqarah;45)

Sama-sama kita membina hubungan dengan ALLAH dengan memperbaiki solat kita.. Salam ibadah yang berterusan.. =)

Solehahkah hamba Ya Allah...?..

Salam 9 Ramadhan..
Tinggal sehari lagi dalam melewati fasa rahmat(ikut hadith)..
Moga rahmat ALLAH meliputi kita semua..
Tersentuh dengan satu kiriman yang ringkas, namun cukup memberi kesan pada hati ini untuk muhasabah.
~Ciri-ciri wanita solehah~
Solehahkah hamba Ya ALLAH...?


Antara ciri-ciri wanita solehah:


1. Tawakalnya kepada Allah SWT dan kepercayaan kepadaNya.

2. Keredhaannya terhadap pemberian Allah SWT.

3. Ketakutannya terhadap Allah SWT.

4. Muraqqbahnya kepada Allah SWT.

5. Ketinggian semangatnya dalam mentaati Allah SWT.

6. Kesungguhannya dalam melakukan Qiyamulail.

7. Keikhlasan dalam melaksanakan ibadat kepada Allah SWT.

..syukran pada ukhti Zarina atas perkongsian yang bermakna..

Sama2 kita perbanyakkan doa untuk saudara Islam kita yang lain juga.Terasa detik kiamat amat hampir dengan kita. Dengan kemungkaran dan kezaliman yang semakin bertambah.Takut dengan kemurkaan dan azab ALLAH yang boleh turun bila2 masa.. Mungkinkah sejarah ummat terdahulu akan berulang??..di negara kita?

Wa'iyadzubillah..


Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunah Allah; karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).
(Al Imran:137)


"Ya Tuhanku, ampunilah aku dan saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmat Engkau, dan Engkau adalah Maha Penyayang di antara para penyayang".
(Al A'raf: 151)

Cara ALLAH membalas kasih terhadap kekasihNya..

Assalamu'alaikum wbt..
Cara2 ALLAH membalas kasih terhadap kekasihNya..
Maha Suci ALLAH yang mengatur urusan hambaNya dan Maha Mengetahui keperluan hambaNya..
Tiada yang mustahil bagi ALLAH. Mustahil itu hanya pada manusia..
Sahabat2 boleh buka blog Al Fadhil Uztaz Zawawi..=)
Kata2 Rabiatul Adawiyah;
'..Sesungguhnya syukurku memerlukan syukur yang lain..dan Istighfarku memerlukan Istighfar yang lain..'
~Salam mujahadah memburu redha ALLAH~

Engkau menangis,sahabatku?...

Titipan buat sahabat2, saudara seakidahku..
Sungguh, ALLAH sentiasa bersamamu dan bersamaku..
Beberapa hari selepas kewafatan Rasulullah, para Sahabat berkumpul di hadapan rumah Sayidina Abu Bakar As Siddiq. Mereka ingin mendengar kata-kata penyejuk hati dan pengubat duka yang menimpa.

Sayidina Abu Bakar masih berada di dalam rumah. Dadanya terasa sebak. Sedang hatinya masih dilanda kerunsingan dan kesedihan. Ingatan kepada Rasulullah tak pernah putus.

Sayidina Abu Bakar cuba duduk untuk menenteramkan hatinya. Ia terkenang kembali saat-saat indah yang dilaluinya semasa Hijrah bersama Rasulullah. Dan peristiwa semasa bersembunyi di Gua Tsur adalah kenangan yang tak akan dilupakannya.

Sebelum masuk ke gua yang gelap dan sempit itu, ia terlebih dahulu memeriksa semak dan belukar agar tidak ada binatang berbisa yang mengancam keselamatan Rasulullah. Semua lubang disumbatnya dengan sobekan serban dan gamisnya. Barulah kemudian Rasulullah dipersilakan masuk.

Kerana letihnya Rasulullah, baginda tertidur di pangkuan sahabatnya itu. Baginda tidur dengan lena. Nafas baginda yang berbau harum, menghembus lembut bagaikan aliran air di Wadi Jalilah. Sedang di hujung kaki baginda, masih ada satu lubang yang masih belum ditutup.

Abu Bakar merasa bimbang sekiranya lubang itu dihuni oleh binatang berbisa. Tetapi dia tidak sampai hati untuk membangunkan Rasulullah. Perlahan-perlahan Abu Bakar menggerakkan kakinya untuk menutup lubang tersebut.

Ternyata apa yang dibimbanginya adalah benar. Lubang tersebut dihuni oleh binatang berbisa. Sebuah gigitan yang cepat dan memedihkan melukai tapak kakinya. Gigitan itu makin lama makin pedih. Dan sampai ke paras mata kaki, ia kelihatan biru dan bengkak.

Abu Bakar amat kesakitan. Begitu pedihnya sehingga dia terpaksa mengetap bibirnya. Lalu...beberapa titis air matanya jatuh di pipi Rasulullah. Dan Rasulullah terjaga. Baginda amat terperanjat melihat wajah Abu Bakar.

"Engkau menangis, sahabatku? Kenapa wajahmu pucat?" tanya Rasulullah sambil bangkit dari pembaringan.

Abu Bakar masih diam. Dia tidak sampai hati untuk menceritakan apa yang menimpa. Dia bimbang Rasulullah akan susah hati di tengah-tengah perjalanan yang sememangnya penuh kesusahan. Tetapi Rasulullah memahami peristiwa yang sedang berlaku.

"Engkau digigit haiwan berbisa, sahabatku?"

Abu Bakar mengangguk perlahan.

"Di bahagian mana?" tanya baginda dengan tatapan mata penuh simpati.

"Di bahagian kaki kiri," jawab Abu Bakar sambil menahan sakit.

Mendadak dada Abu Bakar jadi gemuruh. Bukan oleh kesakitan yang semakin merebak. Tetapi oleh tindakan Rasulullah yang tidak pernah disangka-sangkanya. Nabi yang agung itu mengangkat kaki kiri Abu Bakar, lalu menempelkan mulutnya pada bekas sengatan itu. Kemudian menghisapnya berulang kali, mengeluarkan darah yang terkena racun sampai bersih.

Dan sungguh...betapa agungnya peribadi itu. Rasul yang mampu memberikan kasih sayang sejati di mana mana, bila-bila masa serta dalam bentuk apa sahaja. Rasul yang bersedia susah dan hidup miskin agar umatnya terbebas dari kemelaratan. Rasul yang rela beribadah sampai kakinya bengkak-bengkak, demi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan umatnya. Dan tidak ada siapa menginginkan peribadi mulia itu pergi untuk selama-lamanya.

Lamunan Abu Bakar dikejutkan oleh panggilan beberapa orang Sahabat. Abu Bakar melangkah dengan perlahan, mendapatkan para Sahabat yang telah sedia berkumpul di luar rumah.

"Saudara-saudaraku...jika engkau kehilangan, aku lebih kehilangan. Jika engkau berduka, aku lebih berduka,"
ujar Abu Bakar berdiri dengan tenang di hadapan para Sahabat.

"Namun kita tidak boleh menyerah kepada musibah. Sebab betapa pun kita cuba mengelak, tetapi setiap ketentuan Ilahi pasti terjadi. Bukankah Rasulullah yang sama-sama kita cintai pernah bersabda bahawa kita di dunia ini hanyalah ibarat musafir yang singgah sekejap dalam perjalanan panjang yang amat jauh.

Jadi, bukan di sini untuk kita menjalin pertemuan hakiki. Tetapi...nun di Akhirat sana, tempat yang semua kita akan tuju. Di sanalah pertemuan abadi akan kita nikmati dengan Rasulullah yang kita cintai," ucap Abu Bakar lagi.

"Betulkah kita boleh berkumpul semula dengan Rasulullah?" keluh seorang Sahabat.

Pasti...pasti kita akan menemui baginda semula selagi kita sama-sama menempuh jalan yang telah ditempuhi baginda," tegas Sayidina Abu Bakar memberikan keyakinan.


Di atas kecintaan dan keyakinan itulah perjuangan Rasulullah disambung oleh para Sahabat, sehinggalah Islam tersebar ke seluruh pelosok dunia. Dan kini....kecintaan dan keyakinan itu perlu disemai dan dimiliki semula, demi tertegaknya syiar Islam yang agung.
Kesedihan dan kesusahan itu teman Rasulullah..Moga dikau tabah dalam sunnahnya.. Takdir ALLAH begitu lembut buatmu..
Juga teladan buatku..

'kalau setiap saat kau ingat ALLAH, dan saat itu juga daku teringatkan ALLAH, bermakna kita menjadi satu kerana menyintaiNya yang satu, di situlah selayaknya hati kita bertemu.. '
Doa yang berpanjangan buat dirimu..=)

Kedudukan di sisi ALLAH..


قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : من أراد أن يعلم منزلته عند الله فلينظر كيف منزلة الله من قلبه فإن الله عزوجل ينزل العبد حيث أنزله العبد من نفسه ,
" Sesiapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."

Prinsip-Prinsip Kejayaan Rasulullah Saw

InsyaALLAH.. sambungan entri yang lepas..'PRINSIP2 KEJAYAAN RASULULLAH SAW'


Prinsip pertama:
Ambil jalan yang mudah: Prinsip diterangkan oleh A’ishah. Beliau mengatakan:
“ Apabila nabi s.a.w. terpaksa memilih di antara dua pilihan beliau akan memilih pilihan yang lebih mudah” (Bukhari)
Memilih jalan yang mudah bermaksud bahawa anda perlu mengkaji masalah anda dengan rasional dan baik dan memilih yang paling bijak dan menyenangkan urusan kerja anda. Setiap individu yang bermula dengan natijah sebegini akan cepat menuju ke arah matlamat hidupnya.

Prinsip Kedua:
Lihatlah peluang dalam kesusahan: Sewaktu permulaan di Mekah, terdapat banyak masalah dan rintangan. Pada waktu itu satu petunjuk turun dari Allah s.w.t. yang berfirman:
“Seiring dengan kesusah adalah kesenangan. Seiring dengan kesenangan adalah kepayahan” (94:5-6).
Ini bermakna jika ada masalah pasti ada peluang yang datang seiringan dengannya. Jalan menuju kejayaan adalah dengan mengatasi masalah yang datang dalam setiap cubaan dan menyahut setiap peluang yang datang sekaligus bersamanya.

Prinsip ketiga
Bertindak dengan berubah tempat bermaustatin: Prinsip ini timbul hasil dari peristiwa Hijrah. Hijrah bukan sahaja satu penghijrahan dari Mekah ke Madinah . Ia merupakan satu pengembaraan untuk mencari satu tempat yang lebih sesuai untuk penubuhan agama Islam.
Berpindah adalah satu aspek penting untuk mencapai keamanan dan keadilan. Ini juga dapat membuahkan pembukaan minda dan rohani untuk menerima pembaharuan dari segi intelek, rohaniah dan pemikiran.

Prinsip keempat
Jadikan seorang kawan dari seorang musuh: Agama Islam sering mendapat pertentangan hebat dari masyarakat jahiliyaiah. Ketika itu , Al-Quran menganjurkan melakukan baik untuk mereka yang melakukan jahat. Kemudian Al-Quran mewartakan:
'Kamu akan menyaksikan lawan menjadi kawanmu'. (41:34).
Ia bermaksud bahawa dengan melakukan kebaikan terhadap orang yang mengkhianati kita dengan kejahatan kita akan dapat menundukkan keegoan mereka dengan sikap kita yang luhur dan ikhlas.
Contoh terunggul sifat kemanusiaan Nabi s.a.w. jelas sewaktu menawan kembali kota Mekah beliau tidak meumpahkan darah walaupun setelah beliau dilayan dengan sebegitu buruk terdahulu daripada itu. Semua musuh yang ditawan diberikan pengampunan termasuk Hindun, isteri Abu Sooyaan, wanita yang memotong serta mengeluarkan usus serta perut ayah saudara Nabi s.a.w. Dalam keadaan sedemikian Nabi s.a.w. tetap mengampunkan Hindun.

Prinsip kelima
Pendidikan adalah tunggak kejayaan: Selepas perang Badr, Lebih 70 orang jahiliyiah diambil sebagai tawanan perang. Mereka merupakan orang terpelajar. Nabi s.a.w. mengumumkan bahawa sekiranya mereka berjaya mengajar 10 anak-anak Muslim menulis dan membaca mereka akan dibebaskan dari tawanan perang. Ini merupakan sekolah pertama dalam sejarah Islam yang mana semua penuntutnya beragama Islam dan tenaga pengajarnya dari pihak musuh.

Prinsip keenam
Jangan berfikiran sempit: Dalam perang terkenal di Mutah, Khalid Ibn. Walid a.s. memutuskan untuk menarik diri pejuang-pejuang Islam dari medan perang kerana mendapati tentera Islam berada dalam jumlah yang sikit berbanding tentera-tentera lawan. Apabila mereka pulang , setengah orang Islam memfitnah mereka sebagai lari dari medan perang. Nabi s.a.w. membangkang seraya berkata,
“Tidak mereka adalah ahli pejuang yang mara ke hadapan”.
Ketika itu setengah penduduk Madinah berfikiran sempit dan menafsirkan keadaan sebagai samaada tentera melawan atau berundur. Nabi s.a.w. di sebaliknya berkata terdapat pilihan ketiga dalam aspek ini yakni mengelakkan peperangan seketika untuk mengumpul kembali tenaga dan kekuatan selanjutnya kambali ke medan perang dengan keadaan lebih bersedia lagi menggerunkan terhadap pihak musuh.
Sejarah membuktikan strategi pemikiran jauh dan luas beliau dalam menangani masalah berjaya mendapat kejayaan yang membanggakan yang akhirnya menumpaskan musuh di sempadan Rom setelah menyiapkan tentera-tentera Islam selama tiga tahun untuk berhadapan dengan mereka.

Prinsip ketujuh
Jangan mengadakan atau memanjangkan konfrontasi yang tidak perlu: Prinsip ini timbul hasil dari perjanjian damai Hudaybiyyah. Ketika itu umat jahiliyiah berkeras untuk berperang dengan tentera Islam kerana mereka berkeadaan lebih baik dari segi strategi peperangan. Tetapi Nabi s.a.w. , sebaliknya memasuki perjanjian perdamaian bersifat unilateral untuk selama sepuluh tahun. Sebelum itu pihak Islam dan yang bukan Islam hanya bertemu di medan peperangan untuk menyelesaikan konflik mereka. Sejak itu konfrontasi hanya ditangani dengan perbincangan serta pertukaran maklumat mengenai perbezaan ideologi. Dalam masa dua tahun, Islam muncul unggul lantaran kerana ideologinya yang tiada tolok bandingannya tidak dapat dilawan.

Prinsip ke-lapan
Biar perlahan-lahan dan tidak radikal dalam perlaksanaan hukum: Prinsip ini termaktub dalam Hadith riwayat Bukhari. Ai’shah bersabda yang mana surah-surah awal penurunan ayat-ayat Al-Qur’an berkaitan rapat dengan syurga dan neraka. Selepas kepercayaan mula menyerap masuk ke dalam hati sanubari umat manusia , Allah s.w.t. menurunkan surah-surah untuk menyeru umat manusia menghentikan terus dari melakukan ketidakadilan dan amalan-amalan yang tidak bermoral yang membelenggui masyarakat Arab jahiliyiah itu ketika itu. Ini bukti sejarah yang jelas bahawa Islam menggemari cara kesederhanaan dan membenarkan cara evolusi dari revolusi dalam perlaksanaan polisi dan pembaharuan.

Prinsip kesembilan
Bersifat pragmatik dalam menangani konflik: Sewaktu menulis draf perdamaian di meja rundingan Hudaybiyyah nabi s.a.w. bersabda "Inilah utusan dari Muhammad utusan dari Allah s.w.t." , kaum Quraish terus memberontak dengan ayat ini lantas Nabi s.a.w menyarankan ayat itu diubah-suai kepada ‘Muhammad, anak kepada Abdullah’. Ini mendiamkan pengkritik-pengkritiknya.
Ini hanyalah sebilangan kecil dari prinsip-prinsip yang Nabi Muhammad s.a.w. gunakan untuk mengatur langkah hidupnya. Kunci kejayaan prinsip-prinsip hidupnya diiktiraf oleh pengkaji sejarah sebagai tiada tolok bandingnya dan adalah bijak seandainya kita umat Islam cuba mencontohi kebijaksanaan beliau.

Ya Rasulullah..


Salam 5 Ramadhan..=)

Suatu ketika dahulu,pernah diri ini mendengar tentang Rasulullah saw.. Bagaimana Rasulullah diiktiraf sebagai individu yang paling unggul di dunia. Yang mengiktiraf baginda bukan sahaja pengkaji Islam, namun diakui oleh pengkaji sejarah bukan Islam. Waktu itu hati mengakuinya berdasarkan firman2 Allah tentang Rasulullah saw. Bila disebut tentang firmAn ALLAH, maka itu adalah benar dan tidak diragui sama sekali. Dalam kuliah ilmu yang dihadiri baru2 ini juga, sekali lagi hati tersentuh dengan cerita Rasulullah..Bagaimana ALLAH memelihara dan mengkhususkan nama Rasulullah hanya untuk Nabi Muhammad saw sahaja. Bermula dengan ayahanda Adam a.s sehinggalah nabi Isa a.s. tiada satu susuk individu pun yang dinamakan dengan Ahmad / Muhammad. Sedangkan dalam kitab2 yang terdahulu sudah ada keterangan mengenai kedatangan seorang utusan Allah yang dinamakan Ahmad.. MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA MEMILIHARA DAN MENGETAHUI. Dan kita adalah ummat Nabi Muhammad saw tersebut..

Semua ini menyebabkan hati ini semakin tertarik untuk mengkaji dan menyusuri sejarah hidup Rasulullah saw.. Bagaimana hubungan baginda dengan Allah, hubungan baginda dengan manusia, akhlak dan qudwah baginda dengan sahabat dan keluarga,cara hidup Rasulullah dan sebagainya..Sungguh, bicara tentang Rasulullah menyebabkan hati ini tenang dan makin dekat dengannya..

Perkongsian bersama tentang kejayaan Rasulullah dalam menyebarkan Islam. Prinsip2 yang Rasulullah saw pegang yang memangkin kejayaan baginda. Sama2 kita teladani cara hidup Rasulullah secara keseluruhannya..


'Pada dalam diri kamulah utusan dari Allah milik budi pekerti yang indah untuk setiap orang yang harapan mereka terletak pada Allah dan hari kemudian…' (Quran 33:21)


Menurut Al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w. merupakan contoh terunggul untuk ummah manusia keseluruhannya. Para pakar pengkaji sejarah yang bukan Islam turut mengiktiraf beliau sebagai salah seorang personaliti paling berjaya dalam sejarah.
Pada tahun 1946 Reverend Bosworth-Smith dalam 'Mohammed & Mohammedanism.' Menulis tentang Nabi s.a.w.:

“Daripada ketua kerajaan dan kepada ketua gereja, beliaulah 'Caesar' dan 'Pope' dalam satu; tetapi beliau adalah 'Pope' tanpa dakyah-dakyah politik, 'Caesar' tanpa barisan tentera 'Caesar', tanpa pengawal peribadi, tanpa mahligai istana, tanpa saraan pendapatan gaji yang tetap. Kalaulah ada dakwaan di dunia ini yang mengatakan adanya seorang manusia yang benar-benar memerintah di dunia atas kuasa yang datang terus dari langit maka orang itu hanyalah, Mohammad., Kerana hanya beliaulah seorang yang memiliki kuasa tanpa mekanisme jajahan kuasa dan tanpa pertolongan kerajaan. Beliau tidak mengendahkan tentang kuasa yang datang dari pengaruhnya. Kesederhanaan hidupnya mencerminkan caragaya hidupnya mentadbirkan persona dirinya dalam bersama orang ramai dan tidak terjejas langsung akibat kedudukannya sebagai orang yang paling berpengaruh di dunia ini.”

Pada tahun 1978 Michael Hart menulis dalam bukunya '100 orang paling berpengaruh dalam sejarah', beliau memilih nabi Muhammad sebagai orang yang paling berpengaruh dalam sejarah dan berkata:

“Keputusan saya memilih Muhammad untuk mengetuai senarai nama orang yang paling berpengaruh di dunia mungkin akan mengejutkan pembaca dan pasti akan dipersoalankan orang, tetapi pada hemat saya beliau seorang sahaja yang berjaya baik dari peringkat sekular dan juga dari peringkat keagamaan…… Oleh kerana kebolehannya megadunkan dua unsur ini tanpa tolok bandingannya berbanding dengan personaliti-personaliti lain dalam sejarah maka saya merasakan Muhammadlah yang berhak mendapat jolokan sebagai seorang individu yang paling berpengaruh dalam lembaran sejarah tamadun manusia.”
Tingkah-laku serta ucapan yang keluar dari bibirnya memberi bimbingan untuk kita umat manusia untuk mencapai kejayaan , bukan sahaja di dunia ini tetapi juga di akhirat juga.
Nabi s.a.w. seorang yang berfikiran positif. Setiap urusannya adalah ke arah yang bermatlamat. Beliau mengelakkan dari setiap tindak-tanduk yang berunsur negatif yang akan menghalang proses kejayaan seperti benci, dengki, bongkak dan tamak, etc.
Setiap tindak-tanduknya adalah berniat bersih dan adalah kerana Allah s.w.t.

Dari mengkaji kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. kita akan memeperolehi prinsip-prinsip kejayaanya.

bersambung dalam entri seterusnya..=)

Ciri-ciri hamba Ar Rahman..(mesti baca=)

'Guide line' ALLAH pada kita semua untuk menjadi hamba yang di redhaiNya..=)
Semuanya boleh didapati dari Al Quran..Sangat baik untuk dijadikan muhasabah, juga kayu ukur diri. Kata2 untuk diri ini terutamanya..

وَعِبَادُ الرَّحْمَنِ الَّذِينَ يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْناً وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا سَلَاماً
Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;.
وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ لِرَبِّهِمْ سُجَّداً وَقِيَاماً
Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَاماً
Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab Neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan.
إِنَّهَا سَاءتْ مُسْتَقَرّاً وَمُقَاماً
Sesungguhnya Neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk;
وَالَّذِينَ إِذَا أَنفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَلِكَ قَوَاماً
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.
وَالَّذِينَ لَا يَدْعُونَ مَعَ اللَّهِ إِلَهاً آخَرَ وَلَا يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالْحَقِّ وَلَا يَزْنُونَ وَمَن يَفْعَلْ ذَلِكَ يَلْقَ أَثَاماً
Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak) dan tidak pula berzina dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;
يُضَاعَفْ لَهُ الْعَذَابُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَيَخْلُدْ فِيهِ مُهَاناً
Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat dan dia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan;
إِلَّا مَن تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ عَمَلاً صَالِحاً فَأُوْلَئِكَ يُبَدِّلُ اللَّهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً
Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
وَمَن تَابَ وَعَمِلَ صَالِحاً فَإِنَّهُ يَتُوبُ إِلَى اللَّهِ مَتَاباً
Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) dia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;
وَالَّذِينَ لَا يَشْهَدُونَ الزُّورَ وَإِذَا مَرُّوا بِاللَّغْوِ مَرُّوا كِرَاماً
Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.
وَالَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ لَمْ يَخِرُّوا عَلَيْهَا صُمّاً وَعُمْيَاناً
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta..
وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: Perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertakwa.
أُوْلَئِكَ يُجْزَوْنَ الْغُرْفَةَ بِمَا صَبَرُوا وَيُلَقَّوْنَ فِيهَا تَحِيَّةً وَسَلَاماً
Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,
خَالِدِينَ فِيهَا حَسُنَتْ مُسْتَقَرّاً وَمُقَاماً
Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal
-Amiin..

Kalimah yang sangat disukai ALLAH..


Salam 2 Ramadhan..=)
Terkesan dengan sebuah hadith Kudsi..
Agak panjang..namun bagi yang mencari Allah, mencari2 jalan untuk mendekatiNya, InsyaALLAH..
Teringat juga kata Ustaz Pahrol,' setiap saat adalah permulaan'. Moga barakah Ramadhan kali ini menjadi satu medan untuk kita mentarbiyah diri ke arah lebih baik..

Kalimah Taubat.

Wahai pemburu kebaikan, terimalah. Pintu terbuka tak tertutup. Wahai pelaku dosa dan maksiat. Datanglah dan berharaplah. Wahai yang merasa tersayat luka oleh dosa-dosa. Datanglah, pintu ini terbuka. Kedermawanan selalu datang. Siapakah orang yang tak pernah salah? Siapakah gerangan manusia yang hanya melakukan kebaikan? Siapakah manusia yang tak pernah terpeleset jatuh? Di manakah orang yang tidak pernah bersalah dan tidak mungkin keliru?

Wahai pelaku banyak kesalahan, lupakah engkau, bahawa semua manusia memang pelaku kesalahan. Berapa kali engkau putus asa? Berapa kali? Padahal engkau mendengar hadis Rasulullah SAW, "Demi Zat yang diriku ada dalam TanganNya, andai kalian tidak berdosa, nescaya Allah akan melenyapkan kalian..." Maka, jika engkau berdosa, bertaubatlah dan menyesallah. Dahulu orang tuamu Nabiyullah Adam as telah melakukan dosa. Maka, jika ada orang yang menyerupai perilaku keturunannya, bukanlah sesuatu yang luar biasa tapi lumrah saja. Tapi jangan meniru satu hal saja, bahawa Nabiyullah Adam as telah bersalah. Sedangkan engkau tinggalkan sikapnya yang kembali kepada Allah SWT dan bertaubat setelah itu. Ayahmu melakukan kesalahan, tapi ia kembali kepada Allah. Demikian penjelasan Al-quran. Wajah-wajah orang yang bertaubat akan cemerlang berkilauan. Saat mereka mendengar panggilan Rabb Penguasa alam, "Andai engkau datang kepadaKU dengan kesalahan sepenuh bumi, nescaya Aku akan menemuimu dengan ampunan seluas langit dan bumi." Maka, sungkurkanlah dirimu di depan pintu. Tengadahkan tanganmu, lalu katakanlah, "Wahai pemberi ampunan..."

Biarkan hidungmu terkotori tanah lalu serulah, "Kasih sayangMU kuharapkan wahai Rabb Pemilik semesta..." Wahai pelaku kejahatan dan kezaliman. Ketahuilah bahawa titisan air mata penyesalan, bisa melenyapkan jejak keterpelesetan kaki dalam dosa. Ketahuilah, engkau berhubungan dengan Yang Maha Menerima taubat. Yang membuka pintu kembali yang sangat luas di hadapan para pelaku durjana. Yang menurunkan kitabNya dengan keluasan maaf. Yang kasih sayangNya melebihi kemurkaanNya. NamaNya adalah At-Tawwab (Maha Penerima Taubat). Andai kalian tidak melakukan dosa, nescaya tidak ada penyifatan nama seperti ini di dalam Al-quran untuk diriNya. Kerana penyifatan tak mungkin ada jika tanpa perbuatan.

Tidakkah engkau tahu, taubat dari dosa itu bisa melenyapkan kesombongan. Istighfar bisa menyebabkan hancurnya keangkuhan. Hingga bisa membenturkan pada tembok yang menghalangi pengulangan. Jangan ulangi dosa. Akuilah dan diamlah. Sesungguhnya rasa ubat itu pahit. Tapi kelak engkau akan mendapatkan sesuatu yang memudahkan dan tidak berbahaya setelahnya. Hati-hatilah dengan syaitan kerana ia selalu membisikkan tipuan. Mengakui kesalahan. Itu adalah karakter kemuliaan. Berhentilah di depan pintu, katakanlah: "Kami telah bersalah." Katakanlah: "Kami taubat." Angkatlah dua tanganmu dan katakanlah: "Kami kembali." "Tidakkah mereka bertaubat kepada Allah lalu Allah mengampuni dosa mereka. Dan Allah Maha Penerima taubat dan Maha Kasih Sayang." [QS 5:74]

Maha Suci Allah Yang Mengampunkan dosa orang yang melakukan kesalahan. Maha Suci Allah Yang menerima taubat orang yang bertaubat. Taubat itu menghapus apapun yang sebelumnya. Berkata Rasulullah SAW, "At-Taa-ib minadz dzanbi kaman laa dzanba lahu." Sungguh, orang yang bertaubat dari dosa sama dengan orang yang tidak mempunyai dosa. Ini perkataan yang harus kita terima. Selamat, wahai orang yang bertaubat dan kembali, sebelum tertutupnya pintu. Selamat kepada yang bertaubat dan cepat kembali kepada Tuhan, yang menitikkan air mata, yang tak berdaya di hadapan Rabb manusia.

Sesungguhnya orang yang bertaubat memiliki dua kebahagiaan, dua air mata dan dua senyuman. Kebahagiaan tatkala meninggalkan dosa. Dan kebahagiaan saat bertemu Rabbnya. Air mata yang menitik saat mengingat masa lalu. Dan air mata menitik saat mengingat bagaimana umurnya telah terbuang sia-sia. Senyuman saat mengingat kurnia Allah SWT yang menjadikannya bertaubat, dan itu adalah nikmat yang tak ada bandingnya. Dan senyuman tatkala dia merasakan dosa telah meninggalkan dirinya. Taubat menyimpan rahsia-rahsianya. Mereka yang bertaubat berhak mendapatkan berita rahsia-rahsia itu.

Antara lain, piala penyesalan akan menarik dirinya sedikit demi sedikit, bersamaan dengan jatuhnya bulir-bulir air mata, hingga dia mendapatkan al-walayah (pertolongan). Ia akan mengerti bagaimana hakikatnya sebuah ri'ayah (perlindungan). Kerana ia memahami rahsia ubudiyah (penghambaan). Rahsia taubat juga ada pada kesibukan beristighfar yang mampu melucuti kesombongan. Orang yang bertaubat akan berfikir tentang kekurangan dirinya. Sibuk dari segala bisikan yang menipu kebesarannya. Mungkin saja orang lain tidak melihat kecuali kebaikan dari dirinya, dan hanya menyaksikan kesolehan dan keimanannya. Tapi keadaan itu berbeza dengan apa yang ada dalam hatinya, tentang ketakutan akan akibat yang diterima.

Ketahuilah, menghina diri kerana kekurangan, memandang diri dengan pandangan remeh di hadapan kebesaran Allah, tidak meredhai apa yang dilakukan oleh hawa nafsu, akan memunculkan sikap lembut dan kritis. Sikap yang tidak bisa diperoleh melalui puasa bahkan qiam. Tidak juga melalui tawaf di baitul haram. Selamat bagi orang yang menyesali dosanya, lalu hatinya tercabik, dan air matanya menitis kerana perbuatan yang tak terkendali. Perkataan paling indah, ungkapan paling baik, bagi Rabb pemilik bumi dan langit, adalah perkataan seorang hamba: "Ya Rabb, aku berdosa. Ya Rabb, aku melakukan keburukan. Ya Rabb, aku bersalah." Nescaya, jawapan yang muncul dariNYA adalah, "HambaKu, Aku telah mengampunimu, memaafkanmu dan menutupi kekuranganmu. Biarkan keningmu terkotori tanah. Serulah: "Wahai Rabbul Alamin...kami bertaubat bersama orang-orang yang bertaubat." Cucilah dosa-dosa besar itu dengan tujuh siraman air mata penyesalan, dan tambahkan pada siraman yang ke-lapannya dengan debu serta tanah pertaubatan.

[Nukilah Dr. Aidh bin Abdullah Al-Qarni]

Golongan yang Taat

Assalamu'alaikum wbt..
Merenung dan mengambil iktibar dari hadith Rasulullah saw.
Dari Abu Hurairah r.a; sabda Rasulullah saw;
Sesiapa yang memelihara solat fardhu tidak termasuk dalam golongan yang lalai..Dan sesiapa yang membaca 100 ayat Al Quran pada satu malam akan dimasukkan ke dalam golongan yang taat.."
Moga kita semua dimasukkan dalam golongan yang taat kepada ALLAH dan dijauhi dari sebaliknya..

Khutbah Rasululullah SAW di Hari Terakhir Bulan Sya’ban


Wahai para manusia..
Telah menyelubungi kalian bulan yang agung, bulan yang dilimpahi Keberkahan yang padanya terdapat suatu malam yang lebih mulia dari seribu bulan, Allah jadikan puasa padanya kewajiban, dan solat malamnya sunnah, Barangsiapa yang beramal (dibulan itu) dengan amal yang sunnah maka baginya pahala seakan melakukan ibadah yang fardhu, Barangsiapa mengamalkan amal yang fardhu maka seakan menjalankan 70 hal yang fardhu dibulan yang lain,Dia adalah (ramadhan) Bulan kesabaran, dan balasan sabar adalah syurga, Dialah bulan saling tolong menolong, Ditambahkan (oleh Allah) padanya rezeki orang-orang mukmin. Barangsiapa yang menjamu buka orang yang berpuasa maka baginya pengampunan atas dosa-dosanya dan pembebasan dari neraka, dan ia mendapat pahala puasa seperti orang itu tanpa dikurangkan..
Maka berkatalah sebagian dari mereka : “tidak semua dari kami mempunyai rezeki menjamu orang berbuka puasa”
maka Rasul saw menjawab : “Allah tetap memberikan pahala itu walaupun hanya dengan sebutir kurma atau segelas air. Dialah bulan yang pada awalnya Rahmat (Kasih Sayang Allah), dan pertengahannya Pengampunan, dan akhirnya adalah pembebasan dari neraka, Barangsiapa yang memberi keringanan pada budaknya (atau pembantunya) maka diampuni dosa-dosanya dan baginya pembebasan dari neraka.
Maka perbanyaklah empat hal, yang dua hal adalah keredhaan Tuhanmu dan yang dua lainnya adalah tiada kemampuan kalian mendapatkannya (Allah yang memiliki), Dua hal yang pertama adalah syahadat bahwa tiada Tuhan selain Allah, dan yang kedua adalah kalian beristighfar pada Nya, Dan dua hal yang bukan milik kalian adalah mintalah syurga dan berlindunglah padanya dari neraka, Barangsiapa yang memberi minum untuk berbuka orang yang berpuasa di bulan itu maka Allah akan memberinya minum dari telagaku hingga tak akan ia haus hingga ia sampai ke syurga” (Shahih Ibn Khuzaimah hadits no.1887).

Sekadar bicara..



Assalamu’alaikum wbt...

Syukur pada ALLAH atas pilihanNya untuk bertamu di taman syurga dunia.. Kesempatan untuk menghadiri kuliah tasawwur di kolej baru2 ini sekurang2nya memberi peluang pada diri untuk menyucikan hati yang semakin sarat dengan dosa..Sekurang2nya berada di dalam majlis ilmu seperti ini, doa yang ada turut diaminkan oleh malaikat

Masih lagi Ustaz yang sama. Santai bahasa yang digunakannya namun setiap patah perkataannya menyentuh hati ini untuk bermuhasabah. Pengisian mengenai persiapan untuk menempuh Ramadhan sangat memberi kesan pada hati ini. Paling tersentuh dengan ayat ustaz, bersungguh2lah dalam ibadat dan kebaikkan sebagaimana bersungguhnya syaitan dalam memesongkan kita. Bahkan lebih dari itu..Sungguh,halusnya bisikan syaitan kadang2 menyebabkan diri ini tidak menyedari bahawa diri termasuk dalam perlakuan dosa.. Seringkali juga diri tersasar..Betul kata Rasulullah saw, petandanya dosa, membuatkan hatimu resah..
Ampuni hamba Ya ALLAH..


Melihat juga wajah adik2 baru..terdetik,tulusnya mereka.. Terharu melihat saff muslimat yang panjang..juga sedikit sebak melihat saff muslimin yang hampir kosong..=)bahkan kebanyakkannya adalah wajah yang sama.. Terdetik di hati, ke mana perginya rijal2 Islam yang lain?terintai2 juga wajah2 baru..(seperti tidak menjaga pandangan pula=).. tiada lain, untuk lihat pelapis yang bakal meneruskan perjuangan.. Bukankah dalam Al Quran disebut kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita?(Lihat terjemahan an nisa; 34). Juga bersangka baik, mungkin kebanyakkannya ada kuliah dan juga berjemaah di luar.. Mereka masih baru untuk menempuh mehnah di kampus.. moga ALLAH teguhkan hati mereka. Moga ALLAH ikatkan hati2 mereka dengan sinar Islam dan roh keimanan yang sebenar.. Tenang rasanya hati melihat wajah jawatankuasa surau. Terdetik, teguhnya mereka..Moga rahmat ALLAH sentiasa bersama mereka..Sunggguh kepenatan berada di jalan ALLAH adalah penawar untuk mendapat kemanisan di akhirat kelak.Kata2 yang ana tujukan untuk diri ana sendiri yang semakin suram perjuangannya...

Untuk adik2 muslimat( Humairah,Ayu, K,Ziraa, K.Ai,Asma, Hasanah, Mimi, Hajar,Syida,Zahra, Fida, Adiba..)..juga adik2 yang baru dikenali,(Siti, Syafiqah, Farhana, Zakiyah,Zafirah..) Moga Istiqamah.. Damai hati ini melihat wajah2 kalian..=) Kunci kekuatan kita adalah doa dan ikhlas.. Ukhuwwah dan kebersamaan itu adalah antara yang penting. Sentiasa jaga ukhuwah..Sokong dan ambil berat antara satu sama lain. Bahkan itulah kunci kekuatan Rasulullah saw dan para sahabat untuk membawa Islam.. Antara kekuatan umat Islam juga adalah solat jemaah. Masakan tidak ALLAH namakan satu surah dalam Al Quran sebagai surah As Saff..=) Sentiasa Istiqamah dengan solat jemaah walaupun penat. Tingkatkan pembacaan dan pencarian ilmu. Usahakan juga untuk membawa usrah,halaqah dan pengisian di surau walaupan sekadar sepotong ayat..Makzurah bukan alasan untuk kita berdiam diri.=) Hidupkan dakwah Islam melalui semua medan yang ada. Seperti kata ustaz, dakwah lisan, dakwah bil hal dan juga dakwah katabah(dakwah melalui penulisan).. Sungguh kalian adalah pejuang Islam...

Moga rahmat dan pengampunan ALLAH bersama kita semua...

Tidak ada doa mereka selain ucapan: "Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".(Al Imran :147)


TETAMU RAMADHAN..

Perkongsiaan dari seorang sahabat tentang 'persiapan menyambut Ramadhan..'
Moga ianya bermanfaat ..

Alhamdulillah, tidak berapa lama lagi umat Islam diseluruh dunia akan menyambut ketibaan tetamu agung dari Allah SWT kepada umat Muhammad SAW iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang penuh kerahmatan, keampunan dan pembebasan daripada api neraka.

Didalamnya ada puasa, solat terawih, tadarus al-quran, sedekah, zakat dan lailatulqadr. Maha suci Allah yang memuliakan umat Muhammad SAW dengan sebaik- baik bulan, agar mereka dapat menggunakan kesempatan yang ada untuk mencari sebanyak-banyak bekalan untuk dibawa bersama kealam yang kekal abadi.

Al-Marhum Ustaz Mustafa Masyhur menggambarkan perjalanan orang-orang mukmin dalam bulan Ramadhan itu seperti melalui sebuah taman yang dipenuhi segala keindahan yang menyejukkan mata memandang setelah melalui tanah gersang yang dipenuhi pelbagai fitnah. Alangkah seronoknya orang-orang yang beriman, menerima kedatangan bulan Ramadhan untuk mereka menumpukan perhatian sepenuhnya kearah membersihkan jiwa mereka dari segala dosa dan noda, menggembalikannya semula kepada fitrah sekaligus mencapai matlamat taqwa yang dijanjikan buat mereka...
subhanallah...

Justeru apakah persediaan kita menjelang ketibaan tetamu agung yang wajib kita layani ini. Sekiranya kita diberitahu kedatangan seorang kenamaan ke rumah kita, pastinya kita tidak akan senang duduk. Berfikir untuk mengemas dan menghias rumah sebaik mungkin. Jika perlu dicat, diganti perabut dan dibaiki kerosakan yang ada pasti kita akan lakukan. Hasrat kita adalah untuk melayan tetamu tadi dengan sebaik mungkin, supaya tetamu merasa selesa berada di rumah kita. Itu belum lagi menyediakan makan minum yang enak-enak serta menyelerakan.
Sudah tentu tetamu tadi akan merasakan kedatangnya benar-benar dihargai dan sangat dialu-alukan.

Nah, sekarang persoalannya bagaimana jika tetamu tadi itu adalah Ramadhan Al-Mubarak, bagaimana persiapan kita? Adakah kita merasa tidak senang duduk dengan kehadirannya, tidak membuat sebarang persiapan untuk Ramadhan yang bertamu atau merasakan kehadirannya tidak penting. Kegembiraan seorang mukmin dalam menyambut kedatangan Ramadhan telah digambarkan oleh Baginda SAW melalui sepotong doa yang bermaksud:

“Wahai Allah tuhan kami, berkatilah kami dalam bulan rejab dan Syaban, serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan”.

Doa ini jelas memberi kefahaman bahawa bulan Ramadhan itu adalah bulan yang amat dinanti-nantikan oleh baginda dan begitu jugalah orang- orang yang beriman yang meneladani Rasulullah SAW.

Saudara-saudari yang dikasihi sekalian,

Ramai dikalangan kita merasa sedih jika tidak ada persiapan untuk menyambut aidilfitri, tetapi ramai yang tidak sedih jika tidak ada persiapan untuk meyambut Ramadhan. Bukan persiapan fizikal yang diperlukan untuk menghadapi Ramadhan, tetapi persiapan ruhi untuk menyambut Ramadhan sebagai ‘tetamu’ agung dari Allah dengan penuh kemesraan dan kesyukuran. Oleh itu, ada beberapa persiapan yang wajar kita laksanakan sebelum melangkah masuk ke bulan Ramadhan Al-Mubarak dan antara yang perlu sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr. Abdul Khaliq Al-Syarif (lihat www.Islamonline.net) ialah:

1. Bertaubat kepada Allah daripada segala dosa yang kecil mahupun besar dengan tujuan membersihkan diri dan hati untuk menempuh gerbang bulan ramdhan yang mulia dengan jiwa yang bersih dan suci.

2. Menjernihkan semula hubungan baik sesama manusia sama ada kedua-dua ibubapanya, sanak saudara mahupun sahabat handai.

3. Melatih diri dengan amal-amal kebaikan dibulan Syaban dengan
memperbanyakkan tilawah al-quran, qiyamullail dan puasa supaya dapat melaksanakan ibadat-ibadat tersebut dengan lebih sempurna pada bulan Ramadhan.
Bahkan Rasulullah SAW juga banyak berpuasa dalam bulan Syaban sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis sahih (lihat Riyadh al-solihin/hadis: 1247).

4. Merujuk semula fiqh puasa, untuk mengingati semula kaedah puasa yang bertepatan dengan sunnah, berserta rukun dan syarat-syaratnya terutamanya berkaitan adab-adab puasa yang sering diabaikan. Dalam hal ini para pembaca boleh merujuk kitab-kitab fiqh yang muktabar seperti Fiqh Mazhab Syafie (Al- Fiqh Al-Minhaji) yang terdapat terjemahannya dalam bahasa Melayu.

Saudara-saudari yang dikasihi,

Oleh itu, marilah bersama-sama mempersiapkan diri kita untuk menerima kunjungan Ramadhan dalam pesta ibadah yang menjanjikan ganjaran bonus berlipat kali ganda. Semoga Ramadhan yang bakal kita lalui ini lebih baik dari yang pernah kita lalui. Disamping taqwa sebagai sasaran, marilah kita bersama menginsafi diri kita dengan merenung kebesaran Allah diatas segala nikmatNya kepada kita disamping berazam dengan sepenuh hati untuk melakukan yang terbaik untuk Ramadhan kali ini. Dengan harapan juga agar Ramadhan kali ini tidak ˜berkecil hati menerima layanan kita.
Wallahu a’lam.

*mudah-mudahan kami sempat menemui Ramadhan nanti Ya Allah!

~Lambaian Ramadhan~

Assalamu'alaikum wbt..
Bicara dengan seorang sahabat, yang juga belahan jiwa bagi diri ini pada siang tadi, membuatkan diri muhasabah.. Sejujurnya perasaan yang sama juga bermain dalam hati ini. Entah mengapa terasa pilu dengan ramadhan yang bakal tiba..Sempat ke Ya ALLAH untuk hamba bertemu dengan Ramadhan kali ini?..peluang untuk memohon keampunan itu yang hamba ingin dapatkan..Bukan tiada pada bulan2 lain, tetapi kerana janjiMu pada bulan barakah ini untuk memberi keampunan yang membuatkan hamba tidak sabar untuk bertemu dengannya. Terasa ingin memohon hati yang baru daripada ALLAH..Terasa terlalu banyak bintik dan karat mazmumah yang ada dalam hati ini yang menghalang diri ini betul2 hampir padaNYA. Sampai bila harus diri ini menipu ALLAH.. Mulut berkata tentang iman dan taqwa sedangkan hati belum sepenuh merasainya..Berkata tentang cinta ALLAH, sedang hati belum sepenuh denganNya.. Ya ALLAH...sampaikanlah hamba dengan bulan Ramadhan..
Rezekikan hamba untuk mendapat keampunanMu..
Keampunan dengan sebenar2 keampunan...

Rindu Abah dan Ma..=,)

Untuk Ma dan Abah..

InsyaALLAH anakmu ini akan sentiasa menyayangi,menjaga dan mendoakan kalian..

Semua tentang kita..


Assalamualaikum wbt..
Menjadi puteri solehah pada pandangan ALLAH..itu yang utama.
ALLAH tidak memandang rupa, tetapi ALLAH memandang kebaikan budi dan akhlak kita..
'setiap saat adalah peluang untuk menjadi solehah..'





'Universiti Mujahadah'


Assalamu'alaikum wbt..
Teringat kata2 Saidina Ali kwj;
'..beribadatlah sehingga kita letih untuk melakukan kejahatan..
Janji ALLAH pada hambanya dalam Al Quran;
..Barang siapa yang bersungguh2 dijalan kami, pasti akan Kami tunjukkan jalan2 Kami..

Kata seorang guru lagi;..mujahadah itu akan menjadi indah dan berkesan seandainya kita menyedari erti di sebalik mujahadah itu, kepada siapa tujuan mujahadah kita dan untuk apa mujahadah tersebut. Bagaimana kita menyusuri jalan mujahadah tersebut akan mempengaruhi gerak laku dan pemikiran kita.
Agar kita tidak berseorangan,ALLAH membekalkan kita teman2 dalam menyusuri jalan mujahadah ini. Teman yang sentiasa bersama kita..24 jam=)Teman yang tidak akan pernah meninggal dan mengecewakan kita seperti Solat.,teman yang tidak pernah berdusta seperti AL Quran,teman yang menenangkan seperti Zikrullah.., teman yang memberi petunjuk seperti Istikharah, teman yang menguatkan kita seperti tawakkal dan teman yang menyampaikan hajat kita seperti doa..Cantik sangat jalan ciptaan ALLAH..
Teringat juga kata2 seorang sahabat,yang menusuk ke dalam hati ini.. Tentang perkara yang pelik dalam islam. Apa perkara yang paling pelik dalam Islam yang tiada pada agama lain?Waktu itu hati dan fikiran berputar mencari jawapan. Pelbagai jawapan datang dalam fikiran dan hati.Namun semuanya ana ragui..Sehingga akhirnya,pasrah., ana gelengkan kepala menandakan tidak tahu...Dengan senyuman,ringkas jawapan sahabat tersebut.
–KEYAKINAN-.
Ya,jalan mujahadah itu tidak akan berlaku tanpa keyakinan. Keyakinan dengan ALLAH itu sendiri, keyakinan dengan kalimah tauhid, keyakinan ALLAH tidak akan membiarkan kita, keyakinan dengan kalimah laahaulawala quwwataillabillah..keyakinan dengan takdir2 dan jaminan ALLAH. Keyakinan inilah akan memberikan ketenangan dalam menyusuri jalan mujahadah.

Namun, tidak sempuran jalan mujahadah ini tanpa bekalan. Ibarat seorang musafir yang berteman tetapi tiada bekalan,juga tidak akan sempurna musafirnya. Dalam menyusuri jalan mujahadah,perlu untuk ada bekalan. Dan tiada bekalan yang paling baik melainkan bekalan taqwa. Perkara inilah yang cuba diri ini selami. Apa maksud taqwa yang sebenarnya. Pelaksanaan taqwa itu bagaimana? Tiada lain, kerana JAMINAN ALLAH hanyalah pada orang2 yang BERTAQWA.Terasa jauh sangat untuk meletakkan diri ini sebagai orang yang bertaqwa..apatah lagi untuk mendapatkan nikmat2 ALLAH..Malu kadang2 untuk meminta dengan ALLAH..Bukan berputus asa dan bergantung atas kudrat, tetapi malu kerana diri dan hati yang belum sepenuhnya pada ALLAH. Taqwa itu bukanlah pada kata2 dan perbuatan sahaja,tetapi pada hati..itu yang utama. Mujadah untuk memupuk taqwa di hati.Itu yang sebenarnya..

~Hanya berdoa moga ALLAH menunjukkan jalan pada diri ini dalam menujuNya~ Sempurnakanlah ketaatan kami padaMu Ya ALLAH..
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ..MENCARI REDHA ALLAH.. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net