Solehahkah hamba Ya Allah...?..

Salam 9 Ramadhan..
Tinggal sehari lagi dalam melewati fasa rahmat(ikut hadith)..
Moga rahmat ALLAH meliputi kita semua..
Tersentuh dengan satu kiriman yang ringkas, namun cukup memberi kesan pada hati ini untuk muhasabah.
~Ciri-ciri wanita solehah~
Solehahkah hamba Ya ALLAH...?


Antara ciri-ciri wanita solehah:


1. Tawakalnya kepada Allah SWT dan kepercayaan kepadaNya.

2. Keredhaannya terhadap pemberian Allah SWT.

3. Ketakutannya terhadap Allah SWT.

4. Muraqqbahnya kepada Allah SWT.

5. Ketinggian semangatnya dalam mentaati Allah SWT.

6. Kesungguhannya dalam melakukan Qiyamulail.

7. Keikhlasan dalam melaksanakan ibadat kepada Allah SWT.

..syukran pada ukhti Zarina atas perkongsian yang bermakna..

Sama2 kita perbanyakkan doa untuk saudara Islam kita yang lain juga.Terasa detik kiamat amat hampir dengan kita. Dengan kemungkaran dan kezaliman yang semakin bertambah.Takut dengan kemurkaan dan azab ALLAH yang boleh turun bila2 masa.. Mungkinkah sejarah ummat terdahulu akan berulang??..di negara kita?

Wa'iyadzubillah..


Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunah Allah; karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).
(Al Imran:137)


"Ya Tuhanku, ampunilah aku dan saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmat Engkau, dan Engkau adalah Maha Penyayang di antara para penyayang".
(Al A'raf: 151)

3 comments:

angel with hijab said...

salam aishah.. kak ina nak minta pandangan. apa tandany seorg hamba tu makin jauh dr Allah? syukran dik.. ;)

angel with hijab said...

salam aishah.. again disturbing you ;) ukhti, kak ina ada teringat.. dulu aishah cakap nak buka tadika, try google little caliph. islamic program for kindergarten ;) you may be interested ;)

Hamba ALLAH; Aishah... said...

Wa'alaikumussalam wbt..
Syukran katheer k.ina..=)Nnt ishah cari. Perjalanan yang jauh kadang2 merubah perancangan yang ada.. Keinginan ke arah itu masih ada. InsyaALLAH..
doakan ishah ye kak..=)

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ..MENCARI REDHA ALLAH.. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net