Assalamu'alaikum wbt..
Sabda Rasulullah saw;
'Barangsiapa yang mengucapkan kalimah Laaila ha illallah, maka ia adalah da'ie'
..Seorang adik pernah mengajukan pertanyaan; yang ana kira perlu untuk di jawab di sini.. (disebabkan kerap kali juga persoalan yang hampir sama datang). Mungkin sahabat2 yang lain juga ada pandangan masing2..(dialu2 kan untuk memberi pandangan..=)
Apapun, moga ALLAH tuntuni hati ini untuk menulis..
Persoalan yang datang..
‘kak..bagaimana nak tangani masalah ahli/ jawatan kuasa yang tidak mahu bergerak kerja dan ingin letak jawatan, atas dasar ; 1) merasa diri tidak layak dalam membawa agama 2)merasa tidak mampu..sebab rasa hipokrit dan rasa tidak menjadi diri sendiri..?
Ambil masa juga untuk ana menjawab persoalan tersebut..Di samping cuba memanjangkan persoalan tersebut kepada beberapa sahabat yang lebih arif dan mantap dalam perjuangannya. Sedikit sebanyak jawapan yang sahabat2 beri, mengingatkan diri ini kembali..
Memetik jawapan seorang sahabat yang sentiasa menjadi qudwah buat diri;
..ada beberapa perkara yang terjadi dalam tarbiyyah seseorang jika terlibat dalam gerak kerja Islam, tiba2 menfuturkan diri (mengundur diri) sendiri;
1)Berlebih lebihan dalam membuat kerja pada awalnya, sehingga terasa penat dan berhenti.
2)Meremeh2kan dosa2 kecil
3)Meremehkan kewajiban harian seperti lalai dalam solat, solat di akhir waktu,tinggalkan solat berjemaah, tinggalkan solat2 sunat..
4)Tubuhnya dimasuki makanan yang haram, yang syubhat
Kesannya;
1)Segan dalam menjalankan ketaatan pada ALLAH
2)Hilang nikmat bermunajat pada ALLAH dll
3)Memisahkan diri dari berjemaah dan suka uzlahkan diri..
Penyelesaian..;
Jangan tunggu sumbangan orang lain, tetapi apa yang boleh kita sumbangkan walau berseorangan..
Untuk diri dan sahabat2..(Diri terutamanya)
Kadangkala kita tidak sedar bahawa kita meletakkan diri kita dalam ‘standardize’ tersendiri.. kerap kali kita merasakan dengan kudrat kita, kita mampu untuk berbuat segalanya. Tanpa sedar, kita menyisihkan ALLAH..Iman itu bukan sekadar ucapan,bukan juga sekadar pengakuan.. namun bukti melalui amalan. Keimanan yang paling baik, adalah apabila kita merasakan kita membuat sesuatu dengan izin ALLAH..untuk mendapat redha ALLAH..
Bersyukurlah jika diberi peluang untuk mentaatiNya dalam mengerjakan kebajikan.. Apatah lagi kebajikan dalam Amar Ma’ruf Nahi Mungkar yang nyatanya jalan para Rasul dan sahabat. Itu tandanya kemurahan ALLAH dalam memilih kita untuk beramal dan membuat kebajikan..Tidak sepatutnya merasa malu dalam membawa agama ALLAH. Juga tidak sepatutnya merasa malu dalam mengamalkan perintah ALLAH dalam diri. (menutup aurat, memperkatakan yang benar dll..)Tanpa kita sedar,seolah2 malu untuk mengakui hukum ALLAH itu paling baik..sekaligus tanpa sedar kita menafikan ayat2 Al Quran, juga menafikan sunah Rasulullah saw..
Yakinlah..bilamana ALLAH membuka peluang untuk kita melakukan kebaikan, maka itu tandanya ALLAH membuka pintu kebaikanNya untuk kita..
Jika dikatakan tidak layak;
Bagaimana pula sahabat2 Rasulullah saw yang pada awalnya melakukan kezaliman dan penganaiyaan terhadap Islam namun akhirnya memeluk Islam?..seterusnya berbakti demi agama ALLAH..
Saudaraku..
Sungguh pada zaman ini menuntut kita untuk lebih cekal dalam membawa agama ALLAH.. Amanah yang diberikan,bukan dari insan namun dari ALLAH..itu yang utama. Setiap ruang dan masa yang kita ada, itu adalah amanah dari ALLAH untuk kita manfaatkan sewajarnya. Tidak kira ruang sebagai anak, pelajar, sahabat, isteri/suami,ayah/ibu, pekerja dll. Pandangan ALLAH itu seharusnya kita letak utama berbanding pandangan manusia. Redha ALLAH itu juga perlu lebih utama berbanding redha diri. Sama2 kita pegang dan yakini bahawa di akhirat kita akan diajukan dengan 4 pertanyaan yang wajib kita jawab;
1)umurnya untuk apa ia habiskan,
2)ilmunya untuk apa ia amalkan ,
3)hartanya dari mana ia peroleh dan ke mana ia habiskan
4)badannya untuk apa ia gunakan
Akhir..moga kita semua Istiqomah dalam membawa agama ALLAH walau mana dan bagaimanapun keadaan kita. Kita tidak tahu bila kita akan pulang..Sebab itu kita perlu bersedia..Bersedia dengan amalan2 kebaikan yang digariskan oleh ALLAH dan Rasul. Abaikan perasaan dan bisikan negatif yang datang dalam membuat kebaikan. Awasi juga bisikan syaitan yang mungkin datang dalam rupa yang indah.. Sama2 mohon kekuatan dengan ALLAH.. Mohon juga diberi petunjuk dan taufiq dalam beramal. Tegakkan islam dalam diri kita dan diri orang sekeling kita..
InsyaALLAH.
~ampuni dosa hamba Ya ALLAH..
~ampuni dosa hamba Ya ALLAH..
1 comments:
salam ishah.. masih istiqamah dengan dakwah? alhamdulillah.. kak ina sejak bergelar isteri banyak terperap di rumah berbanding bersama jemaah.. suami kak ina tak halang untuk berusrah atau halaqah, just tak berkesempatan (malas pun ada). adui.. doakan akak dik.. salam perjuangan ;)
Post a Comment