Sejauh mana CINTA kita kepadaNya?

Assalamu'alaikum wbt..

Moga sahabat semua sentiasa dalam lindungan dan rahmat ALLAH SWT.. Juga diberi kekuatan jasmani dan rohani yang baik dalam menunaikan tanggungjawab kita kepadaNya dengan sempurna..

Biidznillah..perkongsian mengenai cinta ALLAH..Tertarik dengan setiap pengisian yang ada dalam majalah solusi yang terbaru dengan Isu Cinta ALLAH..'SEJAUH MANA CINTA KITA KEPADANYA?' Jika sahabat2 ada kesempatan, boleh juga cari majalah ini dan hayati ilmu yang disampaikannya..
Insya ALLAH..

Memetik kata2 Sahl b. Abdullah;
Tanda cintakan ALLAH adalah cintakan Al Quran. Tanda cintakan Al Quran adalah cintakan Nabi saw. Tanda cintakan Nabi saw adalah cintakan sunnah Baginda. Tanda cintakan sunnah Rasulullah saw adalah cintakan akhirat. Tanda cintakan akhirat adalah tidak mencintai diri sendiri. Tanda tidak mencintai diri sendiri adalah membenci dunia. Dan tanda membenci dunia adalah tidak mengambil daripada dunia melainkan kadar yang mencukupi untuk sara hidup..

Para Rasul dan anbiya', juga orang2 soleh, para syuhada amat mendambakan cinta ALLAH.. Bahkan ramai yang membuktikannya dengan syahid dan meninggal di jalanNya.. Indahnya cinta ALLAH di hati mereka turut dapat dirasai oleh orang2 di sekeliling mereka..
Mereka berkata, memandang dan bertingkah laku dengan ALLAH..
Betul...Cinta ALLAH itu misteri..unik dan indah..
Itulah kata2 yang sering diungkap oleh hamba yang dekat denganNya.
hanya diberi pada insan yang terpilih..
Keindahannya akan dirasai hanya pada insan yang benar2 memburu dan mencariNya..

~rezekikan kami semua dalam mencintaiMu YA ALLAH...

Doa Memohon cinta ALLAH
'YA ALLAH YA TUHANKU..hamba memohon kasih sayangMU, dan kasih sayang orang yang mencintaiMu..
serta kasihkan amalan yang mendekatkan hamba ke arah cintaMu. Ya ALLAH.. Jadikan kasihMU lebih hamba sukai berbanding diri hamba sendiri dan ahli keluarga hamba, dan daripada air yang sejuk..'
(HR Tirmizi)

2 comments:

Nabilla Nasir said...

Salam. saye pun ade bace solusi edisi yg ni. mmg cukup menarik pengisian die =)

Anonymous said...

Wa'alaikumussalam wbt..
Betul nabila..Kalau nak cari bahan bacaan yg lengkap,salah satu yang ishah suka adalah majalah solusi..=)

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ..MENCARI REDHA ALLAH.. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net