Salam 13 Ramadhan..=)
Tafakur mengenai solat.. (Ibadat pertama yang akan dihisab di akhirat kelak)
Moga perkongsian ini boleh menjadi pemangkin untuk kita memperbaiki solat ke arah lebih baik dan sempurna. Kata2 untuk diri terutamanya..
'Sesungguhnya solat itu bicara hamba kepadaKU dan Al Quran itu bicaraKu terhadap hambaKu..'
Rasulullah saw bersabda;'...dijadikan kegembiraaan bagiku dengan solat.."
Besarnya kuasa solat, boleh mempengaruhi gerak laku seharian kita. Juga kejayaan kita.. Mungkin sahabat2 sendiri pernah membaca dan mengetahui kepentingan solat dalam kehidupan.
Dalam Al Quran jelas disebut, Besarnya kuasa solat, boleh mempengaruhi gerak laku seharian kita. Juga kejayaan kita.. Mungkin sahabat2 sendiri pernah membaca dan mengetahui kepentingan solat dalam kehidupan.
'Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (aitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya..(Al Mukminun: 1-2)
dan orang-orang yang memelihara sembahyangnya. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi, (yakni) yang akan mewarisi syurga Firdaus.Mereka kekal di dalamnya.(Al Mukminun: 9-11)
Orang yang khusyuk dalam solatnya juga boleh dilihat hasilnya melalui lunak tingkah laku dan bicaranya dengan manusia yang lain,seri cahaya pada wajahnya dan tinggi penghayatan iman dan taqwa dalam setiap perbuatannya. Tiada lain, kerana hasil taqarrub dan bicara dengan ALLAH yang baik dan penuh penghayatan.
"Berdirinya seorang hamba untuk solat, maka tabir antaranya dan ALLAH akan terbuka. ALLAH berbicara dan melihatnya selama mana hambaNya menumpukan perhatian dalam solatnya.."
Bagaimana solat yang diterima oleh ALLAH..?
"Berdirinya seorang hamba untuk solat, maka tabir antaranya dan ALLAH akan terbuka. ALLAH berbicara dan melihatnya selama mana hambaNya menumpukan perhatian dalam solatnya.."
Bagaimana solat yang diterima oleh ALLAH..?
Ibnu Abbas ra. berkata:
Nabi saw. bersabda: ALLAH Ta'ala berfirman: "Sesungguhnya Aku hanya menerima solat dari orang yang merendahkan diri karena keagungan-Ku dan tiada menyombongkan dirinya di atas makhluk-Ku, tiada terus menerus bermaksiat pada-Ku, menghabiskan masa harinya berzikir kepada-Ku, berbelas kasihan kepada orang miskin, orang musafir 'ibnussabil', perempuan janda dan orang yang terkena musibah. Ia bercahaya laksana matahari. Aku lindungi ia dengan kebesaran-Ku dan memerintahkan malaikat-Ku menjaganya. Aku berinya cahaya dalam kegelapan dan kesabaran dalam kesukaran. Ia di antara makhluk-makhluk-Ku laksana "firdaus" diantara barisan syurga". (Riwayat Al-Bazzar dari Ibnu Abbas)
Imam Ghazali pernah menyatakan bahawa solat yang diterima oleh ALLAH adalah solat yang ditunaikan dengan penuh khusyuk. Benar, meraih khusuk itu susah..dan khusyuk itu juga adalah anugerah ALLAH..Cuma sebagai hamba,menjadi kewajiban bagi kita berusaha untuk mencapai khusyuk tersebut dan berdoa moga ALLAH rezekikan kita dengan perasaan khusyuk.. Sungguh,ALLAH Maha Mengetahui keupayaan hambaNya..
Rahsia khusyuk Imam Ghazali:
1.Kehadiran Hati
2. Tafahhum ; faham terhadap makna (terutama Al Fatihah dan bacaan solat yang lain)
3. Takzim; Rasa Hormat (Hotmat terhadap ALLAH yang Maha Mengetahui segala bisikan hati, hormat pada ALLAH yang memberi pelbagai nikmat kehidupan..
4. Haibah ; Rasa takut yang bersumber dari rasa hormat
5. Haya' ; Rasa Malu pada ALLAH
6. Raja' ; Pengharapan pada ALLAH..
3. Takzim; Rasa Hormat (Hotmat terhadap ALLAH yang Maha Mengetahui segala bisikan hati, hormat pada ALLAH yang memberi pelbagai nikmat kehidupan..
4. Haibah ; Rasa takut yang bersumber dari rasa hormat
5. Haya' ; Rasa Malu pada ALLAH
6. Raja' ; Pengharapan pada ALLAH..
Firman ALLAH
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk..
( Al Baqarah;45)
Sama-sama kita membina hubungan dengan ALLAH dengan memperbaiki solat kita.. Salam ibadah yang berterusan.. =)
4 comments:
singgah sahur
=)...Assalamualaikum wbt.. salam rindu dik.. kak nak pergi kerja nie.. Sungguh, solat adalah ketenangan yang sukar untuk diungkap..hanya yang melalui dapat merasainya.. terfikir, bila mana kdg2 dtg keberatan menunaikan slt dgn segera..terus Allah titipkan bicaraNya..bhawa solat itu ringan bagi mereka yang khusyuk.. doakan kak selalu..moga tiap bicara dan perilaku sentiasa dalam pimpinan Allah..jalan yang dilalui tdk terkeluar dari jln yang diredhaiNya..aminnn..insyaAllah..sayang dirimu hingga akhirat..(^-^)
Salam ukhwah buat cik syiqa..=)
Wa'alaikumussalam wbt..
Salam rindu jg kak..=)Amiin..Akak antara qudwah ishah dalam hidup ni..Tabir hidup akak banyak mengandungi ibrah dan hikmah dari ALLAH.. Sayang dan perhatian ALLAH buat akak skeluarga sentiasa diiringi dengan rahmatNya.=)
Susah itu kemanisan..Apatah lagi 'susah' dalam mencariNya..itu yang ishah yakini=)
Selitkan doa untuk ishah dalam ingatan akak deh..syg berpanjangan hingga akhirat..=)
Post a Comment