Showing posts with label Bicara Hamba. Show all posts
Showing posts with label Bicara Hamba. Show all posts

Syukur Alhamdulillah..=)


Assalamu'alaikum wbt..

Bismillah wal hamdulillah…

"Tiada daya dan upaya melakukan kebaikan dan tiada daya menolak kejahatan melainkan dengan izin ALLAH.."

Lama rasanya mendiamkan diri.. Dalam menjalankan rutin dan amanah hidup, kadang2 meronta hati ini untuk menulis. Banyak yang terlintas dalam hati untuk dikongsi bersama namun sering kali juga rasa itu terkubur… Pegangan diri; kata2 dari hati akan sampai pada hati… Terasa kaku bila ingin menulis,terasa kata2 yang lahir hambar.. langsung kata2 itu kembali disimpan dalam hati..=) Mungkin hubungan dengan ALLAH yang kurang sempurna.. Ampuni hamba Ya ALLAH..

Alhamdulillah.. hanya itu yang mampu diri ini ucapkan. Terlalu banyak nikmat ALLAH yang dikurniakan..hanya mampu disyukuri dalam diam… Moga ALLAH sentiasa memberi izin dan kekuatan untuk hamba menzahirkan kesyukuran padaNya dengan melaksanakan amanah yang ada sebaik mungkin…

BAITUL SUNAH..

Alhamdulillah…

12/3/2012

Tidak akan diri ini lupa tarikh keramat ini. Tarikh di mana ana selamat menjadi isteri dan suri hati pada seorang hamba Allah yang soleh (InsyaAllah..=). Dia SUAMIKU.. Pilihan ALLAH buat diriku. (itulah kata2 yang hadir dalam hati saat diri ini mendengar lafaz sakinah yang dilafazkannya..) Debaran yang ada langsung hilang sebaik melihat susuk tubuhnya di hadapan imam yang menikahkan kami. Rasa tenang… Terasa lapang..seakan ada hembusan kata2 pada hati, ‘Aku ingin menjadi isteri solehah buatnya..Moga ALLAH dituntun langkah ini untuk menjadi isteri yang solehah buatnya..)

Mengaminkan doa suami secara berdua buat kali pertama terasa menyentuh hati. Sisa air matanya tidak akan diri ini lupa.. Ikhlas dirinya menerima amanah yang bakal dipikul semakin mengukuhkan hasrat hati ini untuk menjadi yang terbaik buat dirinya. Namun semua ini dengan izin ALLAH.. Moga dituntuni langkah yang ada. Syukur padaMU YA ALLAH…

Moga ALLAH berkati langkah2 yang ada dan langkah2 yang bakal diatur bersama. Nikmat dan kebahagiaan baitul muslim hanya akan kekal jika disuburi dengan iman dan taqwa padaNya.. Kebahagiaan dan rasa cinta yang ada hanya akan kekal selama mana hati ini terikat dengan ALLAH. Kerana hati2 ini dalam genggaman ALLAH.. Didikan suami; kata2 ini sentiasa cuba untuk dipegang dalam BAITUL SUNAH yang didirikan. Izinkan kami Ya ALLAH..

Kenapa kami namakan baitul sunah?... kerana sebaik2 pedoman adalah sunah yang ditinggal oleh baginda Rasulullah saw kekasih ALLAH.. Tingkahlaku, percakapan, dan apa sahaja yang ada, yang paling dekat dengan Rasulullah saw adalah yang paling berkat. Sedaya mungkin sunah rasulullah saw cuba untuk kami terapkan dalam kehidupan seharian.. Melazimi dan menghayati sunah membawa kepada Taqwa dan Taqwa itulah yang membawa kepada Jannah… Membina BAITI JANNATI dengan menyelami sunah.. InsyaALLAH..

Tidak terbayang untuk ana melalui semua ini dalam ruang masa ini. Sentiasa dahulu diri ini mengelak untuk berkata tentang cinta dan perasaan.. Sentiasa dulu diri ini melatih diri untuk tidak memandang dan menyebut nama lelaki ajnabi walaupun dalam hati dan tika berseorangan..

Sentiasa dulu dalam diri ini memupuk rasa malu untuk bercakap soal perasaan,soal impian hidup..impian dalam baitul muslim. Rasa tidak layak kerana merasakan tanggung jawab dan amanah yang ada masih banyak yang tidak sempurna.. Apatah lagi untuk memikul amanah yang lebih besar.Tatkala sahabat bertanya dan bergurau..hanya senyuman yang ana balas.. Kadang2 meraikan juga gurauan sahabat2 dengan menjawab; insya-Allah ada..dalam pengetahuan ALLAH semuanya..=)

5 tahun lalu.. (Permulaan zaman hijrah=)

“Tidak akan ada cinta insan dalam hati ini selagi cinta ALLAH tidak digapai..”

….kata2 yang ana jadikan prinsip buat diri. Secara tidak langsung menjadi perisai pada diri ini dalam menjaga diri.. Alhamdulillah..

Cukuplah khilaf zaman lalu.. saat tidak diselami apa makna hidup sebagai hamba ALLAH. Diri memerlukan hidayah dan cinta ALLAH sebagai penyuluh kehidupan. Dalam merangkak,berdingkit, kadang2 bertatih, cuba diri ini menyemai kembali cinta hakiki, cinta Ilahi.. Sering kali juga langkah ini terjatuh..Sehinga sekarang masih terasa kerdil,terasa belum lagi mencapai cinta ALLAH…Moga baitul sunah ini menyampaikan kami secara bersama kepada cinta ALLAH.. Benar kata sahabat2,kekuatan itu terasa bila berdua..=)

Terima kasih pada kedua-dua ibu bapa kami.. (MA,ABAH, UMIE DAN PAPA)..

Redha ALLAH bersama redha ibu bapa..

Merekalah insan2 yang memainkan peranan paling besar dalam langkah ini. Menjadi orang tengah antara kami.Walaupun mengenali suami kerana belajar di tempat yang sama, namun diri tidak pernah membayangkan dirinya yang akan menjadi suami dan imam buat diri ini. Ditaqdim oleh ibunya.. Tanpa diketahui oleh sahabat dan saudara.. Hanya istikharah,doa dan tawakkal yang menjadi bicara. Hanya ALLAH yang menjadi pengantara. Tidak pernah dia mempamerkan rasa. Tegas.. dan amat tegas bila berhadapan dengan diri ini. Selagi boleh dielak untuk berurusan atau hanya sekadar urusan yang kecil,cuba untuk kami elak.. Bukan dirancang,namun dengan sendiri kami memahami keberkatan itu perlu dijaga bersama. Kadang-kadang ada juga situasi yang membuat juga diri tertanya.. namun untaian tawakkal menjadi jawapan. Diri yakin dan pasrah atas apa sahaja takdir dan pilihan ALLAH.. Khabar dirinya hanya diketahui melalui ma dan umie..atau melalui bicara sahabat secara tak langsung.. Bersama tawakkal ini, terasa diri dihormati dan hati terjaga. Hati pasrah bersandar pada ALLAH. Dan indah tuaian tawakkal terasa bila saat pertama melihat dirinya sebagai suami..Syukur alhamdulillah..

Terima kasih juga buat adik-beradik,saudara mara dan sahabat handai..

Kerana mendoakan kami..

Kepenatan semua dalam dalam merancang dan menolong khususnya saat majlis berlangsung , hanya ALLAH yang mampu membalasnya. kegembiraan yang dipamerkan semua menjadi rencah kebahagiaan bagi kami..=) Buat sahabat yang sudi berkorban masa,datang dari jauh (k.shida,k.wani,umi,log,azila,cik,k.lin,hafiz,ridzwan,fiza,k.faezah,sue,amilin,k.long…) Detik2 akhir sebelum bergelar isteri terasa diberi kekuatan apabila kalian ada bersama.. Tidak akan diri ini lupa kata2 semangat dan pelukan yang ada.. InsyaAllah ukhwah kita sampai ke syurga..

Moga ALLAH sentiasa mempertautkan ikatan hati antara kita semua..=)


Semua ini dari ALLAH..

Tazkirah ringkas suami dalam ta’lim semalam menyentuh rasa..

Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barang siapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi…(Al Munafiqun:9)

Rasa malu pada ALLAH dalam menjalankan amanah sebagai isteri… juga padanya; kerana masih belum mampu menjadi isteri yang baik,pendorong baginya dalam agama.. (Maafkan isterimu ini seandainya melalaikanmu dalam urusan agama) Terasa banyak yang tidak sempurna. Setiap hari terasa ada sahaja perkara baru yang diri belajar dan perbaiki. Ya.. Diri masih belajar.. =) dan insya-Allah sentiasa akan cuba belajar untuk menjalankan amanah sebagai isteri dengan baik.. Diri menyedari bersama amanah ini akan ada ujiannya.. Moga diriku dan suami diberi kekuatan untuk menjalankan amanah ini sebaiknya. Kami perlu untuk menghubungkan hati kami dengan ALLAH… Jika ingin bahagia,hak ALLAH perlu diutamakan. Jika ingin kekal bersama hingga ke syurga, niat kerana ALLAH yang sentiasa perlu didahulukan. Moga cinta dan kasih sayang yang ada sentiasa dihubungkan dengan ALLAH dan kerana ALLAH..

Buat Suamiku,Imam Dan Kekasihku..=)

Dirimu pilihan ALLAH buatku..

Kerana agama yang ada dalam dirimu,ku terima dirimu..

Terima kasih kerana menyunting diriku menjadi suri di hatimu..

Terima kasih kerana ikhlas menerima diri ini..

Kelemahan dan kekurangan diri ini terlalu banyak..

Didiklah diri ini menjadi bidadarimu di hatimu..

Bukan sahaja di dunia, bahkan juga di akhirat sana..

Ku sayang dirimu kerana ALLAH; Hubban katheera..=)

InsyaALLAH..

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.

(Al Furqan:74)

Bersangka baik.. =)

Bismillah wal hamdulillah..

Didoakan moga sahabat-sahabat, muslimin muslimat berada dalam lindungan dan rahmat ALLAH swt..

Sekadar coretan dari hati dalam mencari kekuatan..

Benarkah orang yang bersangka baik dan sentiasa meletakkan sangkaan baik mendahului sangkaan buruk adalah orang yang sabar?

..InsyaALLAH..bersangka baik ada kaitannya dengan sabar. Bahkan jika difikir-fikir, dekat sangat.. Bukan mudah untuk bersangka baik kerana ianya melibatkan hati. Perlu mendidik hati. Dan kita tidak akan mampu mendidik hati untuk bersabar melainkkan dengan memandang dengan sangkaan yang baik…

Tertarik dengan kata2 Nabi Yaakob a.s…"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku,.”.(Surah Yusuf;86)

Orang yang sentiasa bersangka baik dengan ALLAH akan sentiasa juga bersangka baik dengan manusia. Dan salah satu sunnah serta adab Rasululullah saw; senyumannya mendahului kemarahannya..=)

Subhanallah wa astaghfirullah…

Hm..adakah kita bersangka baik waktu2 ini?

· …kita menyapa orang yang selalu bersama kita, namun tiba2 satu hari beliau mendiamkan diri dan mengalihkan pandangan mata.Sedihnya..

· ..…makanan yang memang kita lama dah idam-idamkan, dalam kata lain, mengidam. Susah nak dapat ni.. -Bila sudah disedia secara tidak sengaja pula ditumpahkan adik?....

· ….perkara yang kita rancang dan laksanakan, namun bila hampir selesai tiba2 tegendala disebabkan oleh sebab-sebab tertentu?..

· ..tugasan yang kita laksanakan dan perlu hantar telah siap dikemaskini dan disimpan dalam pendrive untuk diprint, namun tiba2 saja pendrive tersebut hilang dan kebetulan tiada pula salinan yang lain.

· ….berulang-ulang kali kita berpesan pada sahabat agar menunggu kita kerana banyak perkara kena selesaikan bersama namun last minit beliau mesej mengatakan bahawa beliau tidak dapat bersama kita…

· …orang kita harap-harap untuk melakukan sesuatu perkara tiba2 bertindak sebaliknya..

· ..sahabat yang paling baik dengan kita,paling memahami dan sentiasa bersama suka dan duka tiba2 sahaja mendiamkan diri dan tidak bertanya pula khabar kita….

· …doa yang dipanjatkan pada ALLAH dengan bersungguh dan sepenuh hati.. namun tidak jua kunjung hasilnya….

· Kita banyak melakukan kebaikan, hubungan dengan ALLAH dan insani juga sangat dijaga,namun seringkali kita diperlaku dan dilayan dengan sebaliknya..

Duhai diri dan sahabat…

Mungkin pernah kita berada dalam situasi ini.. seringkali juga mungkin lintasan pertama yang hadir dalam hati kita bila apabila berada dalam kedaan ini adalah negatif. Sedih… rasa terkilan juga hadir. Kenapa berlaku begini..?..apa salah diriku?..tentunya pelbagai rasa akan hadir. Tidak salah kita sedih.. kerana itulah fitrah insani. Namun bukan berlebihan.. Tidak mengapa jika cepat2 lintasan tesebut kita padamkan dangan dengan sangkaan lebih baik. Kerana itulah sifat seorang mukmin..

“..sesungguhnya wali-wali Allah itu, tidak ada kekhuwatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati..(yunus;622)

Orang yang bersangka baik dan kuat persangkaan baiknya adalah orang yang dekat dengan ALLAH dan mengenali ALLAH kerana beliau sentiasa meyakini bahawa setiap apa yang terjadi adalah dari ALLAH..Jiwa hambanya sentiasa mengatakan bahawa ALLAH bersama dengannya.Bukankah ALLAH itu bersifat Ar Rahman (Maha Penyayang) dan Ar Rahim (Maha Pengasihani)?ALLAH kasih akan hamba-nYa melebihi kasih ibu pada anaknya. Jua kerana menyedari dirinya seorang hamba,di sisi ALLAH, beliau menyerahkan diri sepenuhnya pada ALLAH.. jua tidak ‘menuduh’ ALLAH dengan tuduhan yang tidak baik.Baik secara langsung atau tidak langsung..

“….. dan bahwasanya Dialah yang menjadikan seseorang itu tertawa dan menangis..”,(An Najm;43)

…jika kita memohon pada ALLAH namun pinta yang ada belum lagi ditunaikan, bersangka baiklah bahawa belum sampai waktunya lagi ALLAH mengabulkan doa kita. Kerana ALLAH mengetahui apa yang terbaik untuk kita..mungkin saat itu hasrat tersebut tidak begitu baik untuk kita. Mungkin ada perkara yang lebih baik di siSi ALLAH yang ALLAH ketahui untuk kita. Mungkin jua ALLAH sudah memakbulkan doa kita, namun kita yang tidak menyedari kerana ALLAH makbulkan doa kita pada bentuk yang lain..

.. dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.(Al Baqarah;186)

YAKIN dengan ALLAH dan jangan PUTUS ASA dalam berdoa. Kerana kata ibnu ‘ataillah; …doa yang kita panjatkan sebenarnya adalah hidayah daripada ALLAH.. Bukti sifat pengasih ALLAH, ALLAH yang memberi kita petunjuk untuk berdoa dan ALLAH jua yang akan mengabulkan doa tersebut.Dan tanda doa itu akan dimakbulkan ALLAH jika kita khusyuk dan yakin dengan doa tersebut.. Sebagai hamba kita perlu menyedari bahawa kita berdoa bukan untuk memberitahu hajat kita pada ALLAH. Kerana ALLAH telah sedia mengetahui hajat kita.. namun kerana menyedari bahawa kita adalah hambNya yang lemah..

..Jika dalam muamalat insani kita sering dilayan dengan sebaliknya dan kebaikan yang kita beri,harapkan, dibalas dengan sebaliknya, bersangka baiklah bahawa kita mungkin belum lakukan yang terbaik lagi..Letakkan Qudwah dan sunnah Rasulullah saw di hadapan diri. InsyaALLAH ketenangan itu pasti akan hadir..Tidak rugi melakukan kebaikan kerana ianya tetap tercatat dalam catatan amalan.Hasil dan natijahnya pasti akan ada di akhirat kelak..

InsyaALLAH..mafhum ayat Al Quran; bahawa kita semua SEDANG kembali pada ALLAH..Cuma kita tidak mengetahui perpisahan rasmi dengan alam dunia ini bila dan bagaimana.. Selagi ada kesempatan , moga ALLAH sentiasa menganugerahkan taufiq dan hidayahNya untuk kita perbaiki diri dalam menyediakan bekalan untuk dibawa ke sana..

..Kami Amat Memerlukan Belas Kasih,Rahmat Darimu Ya Allah..

Amin Ya Rabbal 'alamin..

Mencari 'dia' di dalam diri

"Di sana ada Jasad Rasulullah yang dirindui...."


"Tidak usah mencari jalan keluar diluar dari dirimu,
kerana jalan keluar dari setiap permasalahan
Ada dalam dirimu sendiri;
Ada dalam hubunganmu dengan ALLAH
سبحانه وتعالى...

"Kebahagiaan itu bukan terletak pada tercapainya keinginan kita, akan tetapi kebahagiaan itu terletak pada memahami dan mengikuti Kehendak ALLAH Yang Maha Berkehendak."..(kata2 Syeikh Rohimuddin Nawawi al-Jahari al-Bantani)

Bismillah wal hamdulillah...

Sengaja ana letakkan kembali kata2 yang pernah ana 'post' suatu ketika dahulu..Sebagai peringatan bagi diri yang seringkali terlupa.. Bahawa segalanya adalah dari ALLAH Yang Maha Pengasih dan Lagi Maha Mengetahui.. Juga kerana menyedari bahawa hidup adalah penuh dengan suatu yang tidak dijangkakan, maka menyerahkan diri pada ALLAH adalah yang paling baik...=) Meletakkan bahawa tiada daya dan upaya melakukan kebaikan dan tiada daya menolak kejahatan melainkan dengan izin ALLAH.. Bersangka baik dan menyerah diri pada ALLAH adalah titik ketenangan,bahawa tidak ALLAH jadikan sesuatu itu dengan sia-sia, dan ALLAH sentisa bersama hambaNya. Memahami dan merasai setiap rasa hambaNya. Selagi hambaNya ingin bersama denganNYA..

Ana tersentuh dengan penulisan ini..Dari seorang sahabat yang menggelarkan dirinya Al Fakir. Walaupun tidak dikenali, namun syukran sahabati..=)

"Memupuk diri menjadi dia yang dirahmati.."

Tenang. Menyenangkan. Menenangkan. Kaya sekali dengan akhlak. Jernih wajahnya yang murah dengan senyuman. Dia yang tegas pendiriannya… yang lembut jiwanya… yang kental semangatnya… yang halus bahasanya… yang santun pekertinya.

Sungguh, itu dia…Aku kenal dia… Dia manusia. Biasa sahaja. Hanya sorang hamba...Biasa juga. Bersahaja biasanya. Perasaannya sama. Persis orang lain… Dia gembira, dia bersedih, dia ceria, dia berduka… dia ketawa dan dia menangis… Terkadang, dia menangis gembira… adakala, dia menangis terluka… Dan… atas semua, dia bersyukur dan bersabar… Dia bagaikan tidak pernah marah. Bukan tidak tahu marah. Cuma tidak mahu, marah begitu. Dia marah. Tapi bukan seperti taufannya angin, bertiup kencang… menakutkan dan mengoyak hati insan… marahnya seperti sepoinya angin yang berbahasa lembut, menyusun kata menegur insan, yang mampu membelek lembaran hati-hati insan melihat kebenaran, dan menilai kekhilafan… Tenang dan senang insan bersamanya…

Dia…
Itulah… saudaraku… seiman, seaqidah… seperjuangan… saudara duniaku, saudara akhiratku… Dia senang didekati, kerana dia senang mendekati TUHANnya… Tenangnya insan bersamanya, kerana senangnya dia bersama TUHANnya….

Doaku…
Semoga dia terus lebih baik dari itu…Semoga aku bisa menjadi seperti dia... Dan, semoga, dia selamanya dicintai SANG PENCIPTA dia…

Alhamdulillah...

Terjemahan Al Fath ;1-10


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..
Salam jumaat..

.Firman ALLAH:
"...wahuwa ma'akum ayna maa kuntum……"
..Dia ALLAH bersama kalian dimanapun kalian berada..."

Sungguh, ALLAH itu sentiasa bersama kita.. ' ALLAH selalu bersama hamba-hambaNya dalam setiap detik kehidupan dan dalam kematian. Dan Dialah yang paling dekat kepada kita kerana ALLAH mengenalkan diri Nya Maha Pemberi dan Mengetahui. Dekatnya ALLAH pada kita adalah lebih dekat daripada urat halkum kita sendiri, namun kedekatan ALLAH pada kita sering terasa jauh... Mungkin kerana kita sering dibatasi dengan tirai dosa. Ketika tirai dosa ini ada, maka ia akan menjadi penghadang kita menghampiri ALLAH walaupun secara fitriyahnya antara kita dengan ALLAH adalah tidak jauh.. Laksana orang yang duduk di sebelah dinding, di sebelah dinding satunya adalah sahabatnya. Hampir mereka berdampingan hanya dibatasi dinding saja, sangat dekat dan tidak ada yang lebih dekat dengannya selain sahabatnya. Tapi mereka terbatas dan tidak akan pernah bersatu bersama. Melainkan dinding tersebut diketuk dan dibuka. Demikianlah tirai yang menghalang hamba ALLAH dengan ALLAH.. tidak akan terbuka melainkan dengan taubat dan inabah..

(petikan kata2 Habib Munzir Almusawa)

InsyaALLAH..Renungan bersama terjemahan Al Fath: 1-10. Surah ini dinamakan sebagai Al Fath yang bermaksud Kemenangan. Digalakkan kita untuk membaca surah ini sebagai ikhtiar untuk mendapatkan kejayaan, sewaktu berada dalam kesulitan dan juga sebagai ketenangan bagi hati..Sewaktu turunnya ayat ke-2 daripada surah ini, Rasulullah saw memberitahu para sahabat bahawa ALLAH SWT telah menurunkan satu ayat yang lebih baginda cintai dari bumi.
'... supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus..' (Al Fath;2)

Sama2 kita tadabbur terjemahan Al Fath insyaAllah..

1. Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata,

2. supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmat-Nya atasmu dan memimpin kamu kepada jalan yang lurus,

3. dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat (banyak).

4. Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana,

5. supaya Dia memasukkan orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dan supaya Dia menutupi kesalahan-kesalahan mereka. Dan yang demikian itu adalah keberuntungan yang besar di sisi Allah,

6. dan supaya Dia mengazab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang musyrik laki-laki dan perempuan yang mereka itu berprasangka buruk terhadap Allah. Mereka akan mendapat giliran (kebinasaan) yang amat buruk dan Allah memurkai dan mengutuk mereka serta menyediakan bagi mereka neraka Jahanam. Dan (neraka Jahanam) itulah sejahat-jahat tempat kembali.

7. Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

8. Sesungguhnya Kami mengutus kamu sebagai saksi, pembawa berita gembira dan pemberi peringatan,

9. supaya kamu sekalian beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, menguatkan (agama) Nya, membesarkan-Nya. Dan bertasbih kepada-Nya di waktu pagi dan petang.

10. Bahwasanya orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka, maka barang siapa yang melanggar janjinya niscaya akibat ia melanggar janji itu akan menimpa dirinya sendiri dan barang siapa menepati janjinya kepada Allah maka Allah akan memberinya pahala yang besar..'


Moga kita dipilih olehNya untuk berada lebih hampirNya.. Moga kita sentiasa diberi hidayah dan taufiq oleh ALLAH untuk melaksanakan ketaatan yang diterima dan direhaiNya. Moga ALLAH sentiasa merezekikan kita untuk sentiasa mengingati dan bertaubat padaNya.. Moga ALLAH sentiasa melindungi dan memimpin langkah dan hati kita untuk melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan keinginan nafsu dan tipudaya syaitan yang menipu. Moga kita diberi kesabaran dan kekuatan jiwa sepertinya sabar dan kuatnya jiwa para nabi dan rasul,diberi hidayah dan petunjuk untuk beramal dengan akhlak para nabi dan Rasul... Moga pengakhiran kita adalah pengakhiran yang terbaik yang diterima dan diredhaiNya..
Amin Ya Rabbal 'Alamin..

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ..MENCARI REDHA ALLAH.. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net