Showing posts with label Teladan Para Sahabat. Show all posts
Showing posts with label Teladan Para Sahabat. Show all posts

Cinta Yang Bersenikan Diam..

InsyaALLAH.. Perkongsian kisah percintaan hebat Saidina Ali kwjh dan Saidatina Fatimah ra.=) Cinta yang disimpan di dalam hati, namun kuasa Allah mereka saling memendam cinta sehingga satu masa yang ditetapkan mereka dinikahkan hanya dengan mahar sepasang baju besi milik Ali. Begitu mulianya Fatimah RA... Semulia-mulia wanita adalah wanita yang paling rendah maharnya..

**********

Dipendamkan di dalam hatinya, yang tidak diceritakan kepada sesiapa tentang perasaan hatinya. Tertarik dirinya seorang gadis, yang punya peribadi tinggi, paras yang cantik, kecekalan yang kuat, apatah lagi ibadahnya, hasil didikan ayahnya yang dicintai oleh umat manusia, yakni Rasulullah S.A.W. Itulah Fatimah Az-Zahrah, puteri kesayangan Nabi Muhammad, serikandi berperibadi mulia.

Dia sedar, dirinya tidak punya apa-apa, untuk meminang puteri Rasulullah. Hanya usaha dengan bekerja supaya dapat merealisasikan cintanya. Itulah Ali, sepupu baginda sendiri. Sehingga beliau tersentap, mendengar perkhabaran bahawa sahabat mulia nabi, Abu Bakar As-Siddiq, melamar Fatimah.

"Allah mengujiku rupanya”, begitu batin ’Ali.

Ia merasa diuji kerana merasa apalah dia dibanding Abu Bakar. Kedudukan di sisi Nabi? Abu Bakar lebih utama, mungkin dia bukan kerabat dekat Nabi seperti ’Ali, namun keimanan dan pembelaannya pada Allah dan RasulNya tak tertandingi.

Lihatlah bagaimana Abu Bakar menjadi kawan perjalanan Nabi dalam hijrah sementara ’Ali bertugas menggantikan beliau untuk menanti maut di ranjangnya.Lihatlah juga bagaimana Abu Bakar berda’wah. Lihatlah berapa banyak tokoh bangsawan dan saudagar Makkah yang masuk Islam karena sentuhan Abu Bakar; ’Utsman, ’Abdurrahman ibn ’Auf, Thalhah, Zubair, Sa’d ibn Abi Waqqash, Mush’ab. Ini yang tak mungkin dilakukan kanak-kanak kurang pergaulan seperti ’Ali.

Lihatlah berapa banyak budak muslim yang dibebaskan dan para faqir yang dibela Abu Bakar; Bilal, Khabbab, keluarga Yassir, ’Abdullah ibn Mas’ud. Dan siapa budak yang dibebaskan ’Ali?Dari segi kewangan, Abu Bakar sang saudagar, insyaallah lebih bisa membahagiakan Fatimah.’Ali hanya pemuda miskin dari keluarga miskin.

”Inilah persaudaraan dan cinta”, gumam ’Ali. ”Aku mengutamakan Abu Bakar atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Fatimah atas cintaku.”

Namun, sinar masih ada buatnya. Perkhabaran diterima bahawa pinangan Abu Bakar ditolak baik oleh Nabi. Ini menaikkan semangat beliau untuk berusaha mempersiapkan diri. Tapi, ujian itu bukan setakat di situ, kali ini perkhabaran lain diterima olehnya. Umar Al-Khattab, seorang sahabat gagah perkasa, menggerunkan musuh islam, dan dia pula cuba meminang Fatimah. Seorang lelaki yang terang-terangan mengisytiharkan keislamannya, yang nyata membuatkan muslimin dan muslimat ketika itu yang dilanda ketakutan oleh tentangan kafir quraisy mula berani mendongak muka, seorang lelaki yang membuatkan syaitan berlari ketakutan.

Ya, Al Faruq, sang pemisah kebenaran dan kebathilan itu juga datang melamar Fatimah. Ali mendengar sendiri betapa seringnya Nabi berkata, ”Aku datang bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku keluar bersama Abu Bakar dan ’Umar, aku masuk bersama Abu Bakar dan ’Umar”. Betapa tinggi kedudukannya di sisi Rasul, di sisi ayah Fatimah. Ali redha kerana dia tahu Umar lagi layak darinya. Tetapi, sekali lagi peluang terbuka, tatkala perkhabaran diterimanya, bahawa pinangan Umar juga ditolak. Bagaimanakah sebenarnya menantu pilihan nabi, sedangkan dua sahabat baginda turut ditolak peminangannya?

Pada suatu hari Abu Bakar As-Shiddiq r.a. Umar Ibnul Khatab r.a. dan Sa’ad bin Mu’adz bersama-sama Rasul Allah s.a.w. duduk dalam masjid. Pada kesempatan itu diperbincangkan antara lain persoalan puteri Rasul Allah s.a.w. Saat itu baginda bertanya kepada Abu Bakar As-Shiddiq r.a “Apakah engkau bersedia menyampaikan persoalan Fatimah itu kepada Ali bin Abi Thalib?”

Abu Bakar As-Shiddiq menyatakan kesediaanya. Ia beranjak untuk menghubungi Ali r.a. Sewaktu Ali r.a. melihat datangnya Abu Bakar As-Shiddiq r.a. dgn tergopoh-gopoh dan terperanjat ia menyambutnya kemudian bertanya: “Anda datang membawa berita apa?”

Setelah duduk beristirahat sejenak Abu Bakar As-Shiddiq r.a. segera menjelaskan persoalannya: “Hai Ali engkau adalah orang pertama yg beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta mempunyai keutamaan lebih dibanding dengan orang lain. Semua sifat utama ada pada dirimu. Demikian pula engkau adalah kerabat Rasul Allah s.a.w. Beberapa orang sahabat terkemuka telah menyampaikan lamaran kepada baginda untuk mempersunting puteri beliau. Lamaran itu telah beliau semua tolak. Beliau mengemukakan bahawa persoalan puterinya diserahkan kepada Allah s.w.t. Akan tetapi hai Ali apa sebab hingga sekarang engkau belum pernah menyebut-nyebut puteri beliau itu dan mengapa engkau tidak melamar untuk dirimu sendiri? Kuharap semoga Allah dan RasulNya akan menahan puteri itu untukmu.”

Mendengar perkataan Abu Bakar r.a. mata Saidina Ali r.a. berlinang air mata. Menanggapi kata-kata itu, Ali r.a. berkata: “Hai Abu Bakar, anda telah membuatkan hatiku bergoncang yang semulanya tenang. Anda telah mengingatkan sesuatu yang sudah kulupakan. Demi Allah aku memang menghendaki Fatimah tetapi yang menjadi penghalang satu-satunya bagiku ialah kerana aku tidak mempunyai apa-apa.”

Abu Bakar r.a. terharu mendengar jawapan Ali itu. Untuk membesarkan dan menguatkan hati Imam Ali r.a. Abu Bakar r.a. berkata: “Hai Ali, janganlah engkau berkata seperti itu. Bagi Allah dan Rasul-Nya dunia dan seisinya ini hanyalah ibarat debu bertaburan belaka!”

Setelah berlangsung dialog seperlunya Abu Bakar r.a. berhasil mendorong keberanian Imam Ali r.a. untuk melamar puteri Rasul Allah s.a.w.

Beberapa waktu kemudian Saidina Ali r.a. datang menghadap Rasul Allah s.a.w. yg ketika itu sedang berada di tempat kediaman Ummu Salmah. Mendengar pintu diketuk orang, Ummu Salmah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.: “Siapakah yg mengetuk pintu?” Rasul Allah s.a.w. menjawab: “Bangunlah dan bukakan pintu baginya. Dia orang yang dicintai Allah dan RasulNya dan ia pun mencintai Allah dan Rasul-Nya!”

Jawapan Nabi Muhammad s.a.w. itu belum memuaskan Ummu Salmah r.a. Ia bertanya lagi: “Ya tetapi siapakah dia itu?”

“Dia saudaraku orang kesayanganku!” jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Tercantum dalam banyak riwayat bahawa Ummu Salmah di kemudian hari mengisahkan pengalamannya sendiri mengenai kunjungan Saidina Ali r.a. kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu: “Aku berdiri cepat-cepat menuju ke pintu sampai kakiku terantuk-antuk. Setelah pintu kubuka ternyata orang yang datang itu ialah Ali bin Abi Thalib. Aku lalu kembali ke tempat semula. Ia masuk kemudian mengucapkan salam dan dijawab oleh Rasul Allah s.a.w. Ia dipersilakan duduk di depan beliau. Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala seolah-olah mempunyai maksud tetapi malu hendak mengutarakannya.

Rasul Allah mendahului berkata: “Hai Ali nampaknya engkau mempunyai suatu keperluan. Katakanlah apa yang ada dalam fikiranmu. Apa saja yang engkau perlukan akan kau peroleh dariku!”

Mendengar kata-kata Rasul Allah s.a.w. yang demikian itu lahirlah keberanian Ali bin Abi Thalib untuk berkata: “Maafkanlah ya Rasul Allah. Anda tentu ingat bahawa anda telah mengambil aku dari pakcikmu Abu Thalib dan makcikmu Fatimah binti Asad di kala aku masih kanak-kanak dan belum mengerti apa-apa.

Sesungguhnya Allah telah memberi hidayat kepadaku melalui anda juga. Dan anda ya Rasul Allah adalah tempat aku bernaung dan anda jugalah yang menjadi wasilahku di dunia dan akhirat. Setelah Allah membesarkan diriku dan sekarang menjadi dewasa aku ingin berumah tangga; hidup bersama seorang isteri. Sekarang aku datang menghadap untuk melamar puteri anda Fatimah. Ya Rasul Allah apakah anda berkenan menyetujui dan menikahkan diriku dengan Fatimah?”

Ummu Salmah melanjutkan kisahnya: “Saat itu kulihat wajah Rasul Allah nampak berseri-seri. Sambil tersenyum beliau berkata kepada Ali bin Abi Thalib: “Hai Ali apakah engkau mempunyai suatu bekal mas kahwin?”

“Demi Allah” jawab Ali bin Abi Thalib dengan terus terang “Anda sendiri mengetahui bagaimana keadaanku tak ada sesuatu tentang diriku yg tidak anda ketahui. Aku tidak mempunyai apa-apa selain sebuah baju besi sebilah pedang dan seekor unta.”

“Tentang pedangmu itu” kata Rasul Allah s.a.w. menanggapi jawapan Ali bin Abi Thalib “engkau tetap memerlukannya untuk perjuangan di jalan Allah. Dan untamu itu engkau juga perlu buat keperluan mengambil air bagi keluargamu dan juga engkau memerlukannya dalam perjalanan jauh. Oleh kerana itu aku hendak menikahkan engkau hanya atas dasar mas kahwin sebuah baju besi saja.

Aku puas menerima barang itu dari tanganmu. Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah ‘Azza wa­jalla sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!” Demikian riwayat yang diceritakan Ummu Salmah r.a. Setelah segala-galanya siap dengan perasaan puas dan hati gembira dgn disaksikan oleh para sahabat Rasul Allah s.a.w. mengucapkan kata-kata ijab kabulpernikahan puterinya: “Bahwasanya Allah s.w.t. memerintahkan aku supaya menikahkan engkau Fatimah atas dasar mas kahwin 400 dirham. Mudah-mudahan engkau dapat menerima hal itu.”

“Ya Rasul Allah, itu kuterima dgn baik” jawab Ali bin Abi Thalib r.a. dalam pernikahan itu. Inilah jalan cinta para pejuang. Jalan yang mempertemukan cinta dan semua perasaan dengan tanggungjawab.. Dan ternyata tak kurang juga yang dilakukan oleh Puteri Sang Nabi, dalam suatu riwayat dikisahkan, bahwa suatu hari, Fatimah berkata kepada ‘Ali: “Maafkan aku, karena sebelum menikah denganmu. Aku pernah satu kali merasakan jatuh cinta pada seorang pemuda” .

Ali terkejut dan berkata, “Jikalau begitu, mengapakah engkau mahu menikah denganku? Dan Siapakah pemuda itu”

Sambil tersenyum Fatimah berkata, “Ya, kerana pemuda itu adalah Dirimu..”

*********************

Begitulah cinta yang bersenikan diam.. Mereka saling mencintai, tetapi memendam perasaan itu kerana tidak ingin cinta mereka melebihi cinta kepadaNya..

Cantik ibrah dua insan agung ini.. Titipkanlah cintamu kepada jodoh yang belum diketahui siapa, dan untuk mendapat yang terbaik, jadilah yang terbaik. Jika dirimu jatuh cinta, diamkanlah, kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu..

ALLAH sentiasa mengetahui detik hatimu dan meraikan fitrahmu..=)

Kehidupan Sufi Saidina Abu Bakar as-Siddiq R.A

Assalamu'alaikum wbt..

InsyaALLAH.. Teladan bersama.. Perkongsian mengenai kisah sufi Saidina Abu Bakar As Siddiq. Kerdil dan sebak membayangkan betapa tulus dan ikhlasnya hati sahabat kekasih Allah ini dalam mencari redha ALLAH.. Sama2 kita teladani tawaddhuknya hati beliau sehingga dijanjikan ALLAH sebagai 10 sahabat yang dijanjikan syurga..(10 Orang yang dijanjikan syurga sebagaimana disebut secara sekaligus oleh Baginda Rasulullah s.a.w ialah sebagaimana hadis (1)- Abu Bakar , (2)- Umar, (3)-Utsman , (4)- Ali , (5)- Zubair , (6)-Tolhah , (7)-Abdul Rahman , (8) – Abu ‘Ubaidah , (9) Sa’ad Bin Abu Waqqas (10)-Said Bin Zaid Bin ‘Amru )

'Kehidupan Sufi Saidina Abu Bakar as-Siddiq R.A'

“Abu Bakar mengungguli kalian bukan kerana banyaknya solat dan banyaknya puasa, tapi kerana sesuatu yang bersemayam di hatinya.” (HR at-Tirmidzi di an-Nawâdir dan al-Ghazali di Ihyâ’ Ulûmiddîn)

Setiap malam Jumaat, selesai solat Isyak, tubuh yang dibalut jubah kasar itu duduk berzikir. Kepalanya menunduk sangat rendah sampai menyentuh lutut. Begitu khusyuk dan khidmat, tidak sedikit pun bergerak untuk mendongak. Menjelang fajar terbit, kepalanya baru diangkat, menghela nafas yang panjang dan tersendat-sendat. Saat itu aroma ruangan itu berubah. Tercium bau hati yang terpanggang. Itulah ibadah khusus Abu Bakar Radhiallâhu’anhu yang diceritakan oleh istri beliausetelah mendapat permintaan dari Umar bin al-Khatthab. Umar menitikkan air mata, terharu mendengar cerita dari istri pendahulunya itu.
“Bagaimana mungkin putra al-Khatthab bisa memiliki hati yang terpanggang,” desahnya.
Hati yang terbakar oleh rasa takut melihat kebesaran Allah, terbakar oleh rasa cinta kerana memandang keindahan Allah, juga terbakar oleh harapan yang memuncak akan belas kasih Allah.
Abu Bakar ash-Siddiq dinobatkan sebagai orang terbaik dari kalangan umat Rasulullah Muhammad SAW. Rasulullah SAW juga menobatkannya khalîl atau kekasih terdekat bagi baginda. Faktor utamanya bukan kerana banyaknya amal yang beliau lakukan, tapi kerana ikhlas hatinya. Hatinya sepenuhnya untuk Allah dan Rasul-Nya. Pada saat Rasulullah SAW mengumumkan agar kaum Muslimin menyumbangkan harta mereka untuk dana perang melawan Romawi di Tabuk, Abu Bakar membawa seluruh hartanya kepada Rasulullah SAW. “Apa yang engkau sisakan untuk keluargamu?” tanya Rasulullah saw kepada Abu Bakar.
“Allah dan Rasul-Nya?” jawab Abu Bakar tanpa keraguan sedikitpun. Inilah keikhlasan hati Abu Bakar.
“Orang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya dengan sepenuh hati tidak menyisakan apapun melainkan apa yang ia cintai,” Demikian kata2 Imam al-Ghazali tentang kisah beliau ini. Keikhlasan hati itu membawa Abu Bakar SAW menjadi orang yang paling makrifat kepada Allah di antara umat Rasulullah SAW yang lain.
Abu Bakar Radhiallâhu’anhu mengorbankan segalanya untuk Allah dan Rasulullah SAW. Hingga, hidupnya begitu miskin setelah mengucapkan ikrar Islam di hadapan Rasulullah. Padahal, sebelumnya Abu Bakar adalah saudagar yang disegani di Quraisy. Abdullah bin Umar bercerita: Suatu ketika Rasulullah SAW duduk. Di samping beliau ada Abu Bakar memakai jubah kasar, di bagian dadanya ditutupi dengan tambalan. Malaikat Jibril turun menemui Rasulullah SAW dan menyampaikan salam Allah kepada Abu Bakar.
“Hai Rasulullah, kenapa aku lihat Abu Bakar memakai jubah kasar dengan tambalan penutup di bahagian dadanya?” tanya Malaikat Jibril.
“Ia telah menginfakkan hartanya untukku sebelum Penaklukan Makkah.” Sabda baginda.
“Sampaikan kepadanya salam dari Allah dan sampaikan kepadanya: Tuhanmu bertanya: Apakah engkau rela dengan kefakiranmu ini ataukah tidak rela?”
Rasulullah SAW menoleh kepada Abu Bakar. “Hai Abu Bakar, ini Jibril menyampaikan salam dari Allah kepadamu, dan Allah bertanya: Apakah engkau rela dengan kefakiranmu ini ataukah tidak rela?”
Abu Bakar menangis: “Apakah aku akan murka kepada (takdir) Tuhanku!? (Tidak!) Aku rida dengan (takdir) Tuhanku, Aku rida akan (takdir) Tuhanku.”
Semua miliknya habis untuk Allah dan Rasulullah SAW. Inilah ketulusan cinta. Cinta yang mengorbankan segalanya untuk Sang Kekasih, tidakk menyisakan apa-apa lagi selain Dia di hatinya.
“Orang yang merasakan kemurnian cinta kepada Allah, maka cinta itu akan membuatnya berpaling dari pencarian terhadap dunia dan membuatnya merasa tidak asyik bersama dengan segenap manusia.”
Demikian untaian kalimat tentang tasawuf cinta yang pernah terucap dari mulut mulia Sayidina Abu Bakar ash-Siddiq. Oleh kerana itu, Sayidina Abu Bakar memilih zuhud sebagai jalan hidup utama beliau. Dunia bukanlah tempat yang hendak dinikmati, tapi godaan yang harus dihindari.
Faktor utama yang menyebabkan manusia lupa kepada Allah adalah kesukaannya terhadap hal-hal duniawi. Faktor utama yang menyebabkan manusia mendurhakai Allah juga ketaksuban terhadap hal-hal duniawi. Ketaksuban terhadap hal-hal duniawi merupakan sumber dan induk dari segala kesalahan yang dilakukan manusia.. (kata2 ulamak)
(Dipetik dari kisah para sahabat)

Si Kuda kepada Si Baik


Pada suatu hari di bandar Madinah, ketika Nabi Muhammad sedang mengajar ilmu agama islam kepada sahabat-sahabatnya di dalam masjid, tiba-tiba datang seorang pemuda menaiki kuda di luar masjid. Masih remaja dan muda,pemuda itu kelihatan seperti pengembara yang datang dari jauh. Pemuda itu turun dari kudanya menuju ke tempat mengambil wudhuk. Sejurus selepas mengambil wudhuk beliau masuk ke dalam masjid dan berjumpa Nabi Muhammad.

Pemuda itu menyapa Nabi Muhammad dengan penuh hormat sambil memberi salam, lalu beliau berkata, ''Saya adalah pengembara. Saya mengembara selama 9 hari untuk berjumpa Tuan.'' Dia berkata lagi, ''Dalam pengembaraan ini, saya menahan rasa mengantuk pada waktu malam dan menahan rasa dahaga pula pada waktu siang. Saya memecut kuda saya berlari laju supaya cepat sampai ke sini.'' Pemuda remaja itu bercerita bersungguh-sungguh tentang pengembaraannya.

''Semua yang saya lakukan itu adalah semata-mata kerana mahu berjumpa Tuan dan bertanya tentang dua masalah,'' ujar pemuda itu dengan menjelaskan niat pengembaraannya.

''Silakanlah! Beritahu masalah kamu kepada saya,'' kata Nabi Muhammad saw sambil mempelawa pemuda itu bertanya.

Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, pemuda itu segera bertanya dua masalah yang terpendam dihatinya selama ini. ''Wahai pesuruh Tuhan, masalah saya yang pertama adalah bagaimana sifat-sifat manusia yang disayangi Tuhan? Masalah kedua, bagaimana pula sifat-sifat manusia yang dimurkai Tuhan yang Maha satu?'' tanya pemuda remaja itu dengan tidak sabar-sabar lagi menanti jawapan Nabi Muhammad.

Nabi Muhammad berasa kagum dengan pemuda itu. Nabi Muhammad tersenyum sambil memandang wajahnya. Walaupun begitu, Nabi Muhammad tidak segera menjawab pertanyaan pemuda itu.

'' Wahai orang muda, siapakah nama kamu?'' tanya Nabi Muhammad.

''Kawan-kawan saya sering memanggil saya dengan gelaran Zaid Khail'', jawab pemuda itu memperkenalkan dirinya.

Zaid Khail bermaksud Zaid Si Kuda Jantan. Kemungkinan beliau suka membela kuda atau berlari sepantas kuda sehingga beliau digelar Si Kuda Jantan.

Apabila Nabi Muhammad mendengar namanya, beliau tersenyum lalu berkata, ''Bukan Zaid Khail tetapi nama kamu sekarang ialah Zaid Khair.'' Nabi Muhammad mengubah gelarannya kepada erti yang lebih baik. Gelarannya diubah daripada Zaid Khail yang bermakna Zaid Si Kuda Jantan kepada gelaran Zaid Khair iaitu Zaid Si Pembawa Kebaikan.

Walaupun gelarannya tadi sudah ditukar menjadi lebih baik ertinya, pemuda itu masih tidak puas hati kerana jawapan bagi dua masalahnya belum dijawab.

Wahai pesuruh Tuhan, saya mahu jawapan tentang dua masalah saya tadi. Pertama, bagaimana sifat-sifat manusia yang disayangi Tuhan dan kedua, bagaimanakah sifat-sifat manusia yang dimurkai Tuhan?'' Pemuda itu mengulangi pertanyaannya kepada Nabi Muhammad.

Sekali lagi Nabi Muhammad tidak segera menjawab pertanyaannya. Pemuda itu resah menanti jawapan. Beliau memandang wajah Nabi Muhammad dengan penuh harapan. Seolah-olah hatinya berbisik, ''Bilakah pertanyaanku ini akan dijawab?''……….

Nabi Muhammad mahu mengetahui lebih lanjut tentang diri pemuda itu. "Wahai orang muda, bagaimana perasaan kamu sewaktu bangun dari tidur?''

Wahai pesuruh Tuhan, setiap kali bangun dari tidur, saya berasa terlalu ringan bagi melakukan kebaikan. Saya juga berasa terlalu rindu bagi melakukan kebaikan. Saya juga berasa terlalu rindu untuk bertemu orang yang melakukan kebaikan. Apabila saya diberi peluang membuat kebaikan, saya tidak mengharapkan sesuatu melainkan kasih sayang Tuhan. Tetapi, apabila saya terlepas peluang membuat kebaikan dalam satu hari, saya berasa terlalu sedih,'' jawab pemuda itu berterus terang.

Nabi Muhammad tersenyum lagi mendengar jawapan pemuda itu. Lalu, Nabi Muhammad berkata, ''Wahai orang muda, begitulah sifat-sifat manusia yang disayangi oleh Tuhan. Manakala yang dimurkai Tuhan adalah orang yang tidak ada sifat-sifat yang kamu sebutkan tadi.''

Nabi Muhammad tidak perlu menghurai dan menjawab pertanyaan pemuda remaja itu. Sebenarnya pemuda itulah yang menjawab pertanyaannya sendiri. Selama 9 hari pengembaraan yang jauh dan mencabar bagi menjawab dua soalannya, akhirnya jawapan yang dinanti-nanti itu ada pada dirinya sendiri.

sumber : Ainol Kusyairi, Dimanakah Tuhan, 2009, PTS Publications & Distributors SDN. BHD.

Dia Seorang Yang Jujur..


Kisah Penghijrahan Ummul Mukminin Salamah rha

Semasa beliau hendak berhijrah, pelbagai dugaan dan rintangan yang dihadapinya. Seperti yang kita ketahui, rumah tangga Ummul Mukminin bersama Abu Salamah sangat bahagia. Bagaimanapun Allah menguji kedua insan soleh ini dengan perpisahan semasa hendak berhijrah. Bermula dengan peristiwa penahanan suaminya oleh keluarganya Bani Mughirah. Anaknya pula dibawa pergi oleh keluarganya dari Bani Abdul Asad. Selama setahun beliau memendam rasa dan dukacita. Terpisah dari suami dan anak tercinta. Sehinggalah suatu hari beliau dilepaskan oleh sepupunya yang simpati atas keadaannya. Allah mempermudahkan. Apabila Bani Abdul Asad mendengar Ummu Salamah akan berhijrah, mereka lansung menyerahkan anak di bawah jagaan mereka kepadanya.
Dengan menaiki seeekor unta, Ummu Salamah memulakan perjalan hijrahnya seorang diri menuju ke Madinah. (Seperti kita ketahui perjalanan dari Makkah ke Madinah adalah sangat Jauh) Apatah lagi bagi seorang muslimah yang membawa anak kecil. Bukan sesuatu yang mudah..
Selepas 3 -4 batu perjalanan, beliau bertemu dengan Uthman b. Talhah di Tan’im. (Ketika itu Uthman belum lagi memeluk Islam)
“Ke mana kamu pergi berseorangan diri? “ Tanya Uthman kepada Ummu Salamah.
“Kepada suamiku di Madinah”
Uthman bertanya lagi; “ Tiada sesiapa bersamamu?”
“Tiada sesiapa selain zat ALLAH SWT”
Mendengar jawapan Ummu Salamah, Uthman tidak sampai hati, apa lagi memikirkan anak kecil yang dikendong merentasi padang pasir. Uthman lalu menawarkan diri.. Dipegangnya tali unta dan mereka mula bergerak menuju ke Madinah.
Sepanjang kembara itu, Uthman sangat menjaga akhlaknya. Ummu Salamah menceritakan peribadi mulia Uthman ini dengan berkata,
“Demi ALLAH! Tidak pernah saya berjumpa seseorang yang lebih jujur dan mulia dari Uthman. Apabila tiba untuk turun, beliau akan menundukkan unta yang saya naiki dan beliau akan pergi di sebalik pokok lalu saya pun turun. Apabila tiba waktu bergerak, beliau akan memuatkan barang2 dan menundukkan unta tersebut berhampiran saya. Apabila saya sudah menaiki unta tersebut, beliau akan datang menarik tali dan terus bergerak. Beginilah keadaanya sehingga kami sampai di Madinah. Apabila tiba di Quba, beliau memberitahu, “Suamimu tinggal di sini”. Setelah menghantar saya ke sisi Abu Salamah, Uthman pun kembali ke Makkah.
Begitulah hebatnya peribadi Uthman b. Talhah yang teguh menjaga pandangan dan akhlaknya sehingga mendapat pujian ikhlas dari Ummul Mukminin ini.
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ..MENCARI REDHA ALLAH.. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net