Showing posts with label Tazkiyatun Nafs. Show all posts
Showing posts with label Tazkiyatun Nafs. Show all posts

Sejernih Hati Orang Yang Beriman..



Bismillah wal hamdulillah..

"Orang arif (yang mencapai makrifat) terlepas dari kesibukan (mengatur takdirnya) ,kerana yakin dengan jaminan dan janji Tuhan. Bukan menafikan usaha..namun setiap usaha disandarkan untuk mendapatkan keredaan ALLAH..Orang yang beriman hatinya sentiasa tenang kerana mengetahui ALLAH sentiasa bersamanya..Mempercayai jaminan Tuhan dan meyakini kebenaran janji-Nya.. Mereka mencari rezeki dengan hati tenang dan sesuai dengan batasan yang telah ditetapkan Tuhan. Hatinya berada di samudera luas dan bergantung sepenuhnya pada Zat Yang Maha Dermawan..

Kala mengingat anugerah, hatinya tenggelam.

Kala mengingat ampunan, hatinya berdebaran..

Kala mengingat mati, hatinya bercahaya.

Kala mengingat cela, hatinya gementar.

Kala mengingat perhatian dan pemeliharaan Tuhannya, hatinya bahagia..

Kala mengingat nikmat dalam ibadah, hatinya gembira..

Kala mengingat-Nya, hatinya berharap-harap cemas.

Kala disapa gundah, hatinya tenang Allah bersama…

Kala merindukan Tuhan, ia larut dalam lautan anugerah

dan lebih mengharapkan kurniaan di sisi-Nya.


Ia senantiasa gelisah, khuatir imannya hilang. Kesedihan

terpancar jelas darinya kerana merasa lama terpenjara

di dunia. Ia tenggelam dalam rasa malu setelah

menginsafi kebaikan dan kelembutan-Nya, keindahan tatapan-Nya,

keutamaan balasan-Nya, dan kesempurnaan ciptaan-Nya;

sementara dirinya jauh dari Tuhan, melanggar

hak-hak-Nya, dan bermaksiat kepada-Nya.

Berkat keagungan dan kasih sayang Tuhan,

ia dijaga, dipelihara, dan dilindungi. Ia bahagia,

kerana Allah telah membuka pintu hatinya,

memuliakannya dengan ibadah,

dan mendekatkannya kepada-Nya,

sehingga ia benar-benar mengabdi.."

Ia juga tak pernah menyalahkan Allah atas segala musibah.. Hatinya tak pernah berprasangka buruk kepada Allah. Ia tahu benar bahawa Allah itu Al Qarib.. Maha Dekat,Maha Pemaaf, Maha Pengasih, Maha Halus, Maha Mensyukuri, Maha Terpuji, Maha Luhur, Maha Esa, Maha Kekal,Maha Berdiri Sendiri, Maha Mencukupi, Maha Melindungi, Maha Dermawan,Maha Mulia, Maha Penyayang, Maha Pemberi, Maha Hidup dan tak pernah mati,Maha Lembut kepada hamba-Nya, Maha Berterima kasih, Maha Pengampun,Maha Bijaksana, Maha Penyantun, Maha Membalas kebaikan dengan kebaikan, Maha Baik, dan Maha Penganugerah.Anugerah-Nya begitu luas, kebaikan-Nya begitu abadi, dan keagungan-Nya begitu nyata.."

[Imam Al-Hakim Al-Tirmidzi r.a.]

Beramal dengan Istighfar Rasulullah saw..

Bismillah wal hamdulillah..

Ada seorang lelaki berkata kepda Hasan “Apakah seseorang tidak akan berasa malu terhadap Tuhannya?.... Bukankah dia melakukan perbuatan dosa lalu memohon keampunan kemudian mengulangi perbuatan dosa lalu memohon keampunan dan seterusnya?”…
Hasan menjawab “Syaitan sangat berharap dia berjaya menggoda kamu. Oleh itu jangan kamu meninggalkan istighfar selama2nya…”



ISTIGHFAR sering diertikan dengan permohonan ampun kepada ALLAH atas dosa atau kesalahan yang dilakukan. Lazimnya jika seseorang melakukan kesalahan dan kemudian menyesal akan perbuatannya itu, maka istighfar yang disertai dengan niat taubat yang ikhlas akan dilafazkan dengan harapan agar dosa atau kesalahan yang dilakukan akan diampunkan oleh ALLAH..

Jika dilihat pada pengertian istighfar, maka tiada perbezaan antara istighfar dan taubat. Dari satu sudut, istighfar dan taubat mempunyai maksud yang sama iaitu kembali kepada ALLAH. Keduanya mempunyai persamaan dalam permohonan untuk menghapuskan apa yang tidak sepatutnya (dosa).

Hakikat istighfar dalam Islam adalah menundukkan jiwa, hati dan fikiran kepada ALLAH ala sambil memohon ampun dari segala dosa. ALLAH memerintahkan hamba-hambaNya supaya beristighfar sebagaimana firmanNya di dalam al-Qur’an:
“Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada ALLAH, kerana sesungguhnya ALLAH adalah amat Pengampun, lagi amat Mengasihi”
(Surah an-Nisaa:106)

Dalam ayat yang lain pula, ALLAH berfirman:
“Dan pohonlah ampun bagi dosamu, serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang.”
(Surah al-Mu’min:55)

Walaupun istighfar adalah sunat, namun perintah ALLAH pada ayat-ayat di atas menunjukkan adanya penegasan bahawa istighfar merupakan satu tuntutan agama yang tidak boleh dilupakan. Oleh itu adalah menjadi kewajipan bagi umat Islam untuk sentiasa beristighfar bukan saja sebagai tuntutan yang perlu dipenuhi malahan untuk merebut fadhilat istighfar sebagaimana yang disebut dalam al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi saw..


Fadhilat Beristighfar :
Banyak fadhilat atau kelebihan yang dikurniakan ALLAH bagi mereka yang mengamalkan istighfar. Ini merupakan peniup semangat agar hamba-hambaNya akan tekun melakukan istighfar.
ALLAH ada menerangkan mengenai dengan fadhilat beristighfar pada beberapa ayat di dalam al-Qur’an, antaranya, ALLAH berfirman:

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhan kamu (dari perbuatan syirik), kemudian hendaklah kamu rujuk kembali taat kepadaNya, supaya Dia memberi kamu nikmat kesenangan hidup yang baik (di dunia) hingga ke suatu masa yang tertentu, dan (di akhirat pula) Dia akan memberi kepada kamu tiap-tiap seorang yang mempunyai kelebihan (dalam sebarang amal saleh) akan pahala kelebihan itu.”
(Surah Hud: 3)

..Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,. dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai..(nuh 10-12)

Ayat di atas menerangkan bahawa antara kelebihan istighfar dan taubat ialah ALLAH akan memberi nikmat dengan kurniaanNya yang berupa keluasan rezeki dan kesenangan hidup serta tidak menimpakan azab kepada orang-orang yang beristighfar dan bertaubat kepadaNya.
ALLAH juga menjanjikan syurga bagi mereka yang memohon keampunan kepada ALLAH dan menyesali atas segala perbuatannya sebagaimana dalam firmanNya:

“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada ALLAH lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan ALLAH – dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka pula kekal di dalamnya, dan demikian itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal.”
(Surah al-Imran: 135-136)

Menurut Qatadah Rahimahullah:
“Al-Qur’an menunjukkan kepada kamu tentang penyakit bagi kamu dan penyembuh (ubat) bagi kamu. Adapun penyakit bagi kamu adalah dosa dan penyembuh (ubat) bagi kamu adalah istighfar”.

Berkata Sayyidina Ali kwj : “Satu keajaiban pada siapa yang binasa (kerana dosa), namun bersamanya penyelamat”. Ditanyakan kepadanya: “Apa dia (penyelamat itu)?” Beliau menjawab: “Istighfar”.

Rasulullah saw juga ada menerangkan tentang fadhilat istighfar, antaranya; Dalam sebuah hadis qudsi, Anas bin Malik ra meriwayatkan bahawa dia mendengar Rasulullah saw bersabda:
Maksudnya: “ALLAH berfirman: “Wahai anak Adam, jika engkau berdoa dan berharap padaKu, nescaya Aku mengampuni dosa-dosamu yang ada padamu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika dosamu mencapai awan sekalipun, kemudian engkau meminta ampun padaKu, nescaya Aku ampunkan engkau dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam, jika enau datang padaKu membawa dosa sepenuh bumi sekalipun, lalu engkau mendatangiKu tanpa menyekutukanKu dengan sesuatu, Aku akan mendatangimu dengan keampunan yang sepenuhnya”.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Busr RadhiALLAHu ‘anhu bahawa Rasulullah Saw bersabda:
Maksudnya: “Bersabda Nabi saw “Alangkah beruntungnya sesiapa yang mendapati di dalam lembarannya (amalannya), bahawa amal istighfar (nya) begitu banyak.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa mereka yang sering mengamalkan istighfar akan mendapat keuntungan kerana besarnya kelebihan yang terdapat dalam lafaz istighfar. Keuntungan ini merupakan rahmat ALLAH kepada hamba-hambaNya serta ganjaran atas ketaatan mereka kepadaNya.

Al-Aghar al-Muzani RadhiALLAHu ‘anhu meriwayatkan, bahawa Rasulullah saw bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya tertutup hatiku, dan sesungguhnya aku memohon ampun kepada ALLAH setiap hari sebanyak seratus kali.”
(Hadis riwayat Muslim)

Dalam sebuah hadis yang lain pula, Ibnu Abbas ra meriwayatkan:
Maksudnya: “Bersabda Nabi saw: “Sesiapa yang selalu beristighfar, nescaya ALLAH akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberinya rezeki tanpa diduga olehnya”.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Dari ayat-ayat al-Qur’an dan hadis Rasulullah saw di atas, maka dapat diambil kesimpulan bahawa fadhilat istighfar itu antaranya adalah:
1) Memperoleh keampunan dari ALLAH atas segala dosa yang dilakukan samada sengaja atau tidak.
2) Menyenangkan hati dari kegelisahan dan gundah gulana kerana dosa yang dilakukan.
3) Mendekatkan diri kepada ALLAH kerana istighfar bukan hanya terbatas kepada permohonan ampun saja tapi juga sebagai bukti ketaatan kepada ALLAH dan untuk mencapai keredhaanNya.
4) Memperolehi perlindungan dari ALLAH daripada tipu daya serta hasutan syaitan kerana menghiasi lidah dengan istighfar merupakan salah satu perkara yang dibenci oleh syaitan.
5) Memelihara diri dari melakukan dosa atau kesalahan yang belum dilakukan kerana dengan istighfar dapat membersihkan hati dari lalai dan lupa akan tanggungjawab terhadap apa yang diperintahkan oleh ALLAH dan apa yang dilarangNya.
6) Memperoleh keutamaan dan anugerah dari ALLAH berupa nikmat bagi sesiapa yang mengamalkannya seperti diberi kelapangan, kesenangan, kesihatan serta rezeki yang melimpah.

InsyaALLAH..

Kasih ALLAH..



Bismillah wal hamdulillah..

Segala pujian itu bagi ALLAH...Selawat dan salam pada junjungan besar, Rasulullah saw kekasih ALLAH..

".... Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar..."(Al Ahzab; 35)

..seharusnya apa yang perlu hamba tuturkan Ya Allah... Melainkan terasa begitu daif dalam mencari cintaMu dan berada di samping para pencintaMU....

Bi idznillah..
Melangkah ke bilik guru,terlihat kata2 ini di meja seorang sahabat..
"..orang yang berilmu itu sentiasa menang dalam pergaulan kerana ia membiasakan dirinya:
  • Caci disambut dengan senyuman
  • Penghinaan ditangkis dengan lemah lembut
  • Kemarahan dibalas dengan diam
  • Kejahatan dibalas dengan kebaikan
Renungan diri pada kata2 ustaz Pahrol (adaptasi);
"...untuk menyelesaikan masalah insani, memerlukan hikmah(ilmu).Dan hikmah itu diperolehi dengan kekuatan hubungan dengan ALLAH.."

Membentuk Akhlak Mulia


Bismillah wal hamdulillah..
Didoakan moga sahabat2 berada dalam lindungan dan rahmat ALLAH sentiasa..

Perkongsian mengenai akhlak mulia.Namun sebagai muqaddimah ingin rasanya berkongsi mengenai ketenangan..
Bicara mengenai ketenangan;.... insyaALLAH..Ketenangan dan kebahagiaan itu akan hadir jika kita lebih banyak memberi dengan mengharapkan ganjaran ALLAH. Segalanya bergantung dengan niat..Dan sebagai muslim,antara perjuangan yang paling hebat dalam diri adalah perjuangan dalam meletakkan niat yang baik dalam sesuatu perkara.Kata2 yang ditujukan pada diri ini sendiri sebenarnya.. Terkesan dengan kata2 seorang ustaz, jika kita berjuang dan melakukan suatu kebaikan kerana ingin menolong orang lain, mungkin sampai satu waktu kita akan rasa penat dengan perkara tersebut..Namun jika kita melakukan suatu kebaikan itu dengan niat untuk mendapat redha dan cinta ALLAH,insyaALLAH ALLAH akan memberi furqan,keringanan dan rasa gembira dalam melakukan amalan tersebut..

InsyaALLAH perkongsian akhlak yang mulia. Moga ia bermanfaat bagi kita semua..

Seorang lelaki pernah bertanya kepada Rasulullah s.a.w tentang akhlak yang baik, maka baginda membacakan kepadanya firman Allah.
“jadilah engkau seorang pemaaf, suruhlah orang mengerjakan yang ma’aruf dan berpalinglah dari orang-orang yang jahil.” (Al-A’raf: 199)
Hadis Hasan riwayat Anas dan ibn mardawaih

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
“Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.”

Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a., daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
“Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.”

Seseorang datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata,
”ya Rasulullah, apa sebenarnya agama itu? Maka baginda menjawab, “akhlak yang baik.” Orang itu mendatangi Rasulullah sebanyk tiga kali dari arah kiri, kanan dan belakang baginda dengan soalan yang sama. Tetapi jawapan Baginda tetap sama. Maka pada pertanyaannya yang terakhir, Baginda menoleh kepadanya dan bersabda. “tidakkah kau mengerti, akhlak itu adalah keupayaanmu untuk tidak marah.”
H.R Muhammad bin Nashr

Seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w,
“berilah aku nasihat.” Maka Baginda pun mengatakan, “bertakwalah kepada Allah, di mana pun engkau berada.” Orang itu berkata lagi, “tambahkan untukku.” Sabda Baginda, “iringkanlah perbuatan burukmu (yang telah kau lakukan) dengan suatu perbuatan baik, sehingga (dengan perbuatan itu) engkau dapat menghapuskannya.” Orang itu berkata lagi, “tambahkanlah untukku.” Sabda Baginda , “bergaullah dengan menusia dengan akhlak yang baik.”
H.R Tirdmizi dari Abu Dzarr

Cara menumbuhkan akhlak yang baik

Antara cara menumbuhkan dan menanam akhlak yang baik ialah melalui perjuangan melawan nafsu (mujahadah) dan dengan latihan-latihan rohani (riadhoh). Sebagai contoh, seseorang yang menginginkan supaya dirinya sentiasa memakai jam tangan di tangan kanannya, sedangkan sebelum ini dia memakai jam di tangan kirinya. Untuk kali pertama sudah tertentu dia merasa tidak selesa dan janggal dan kadang-kadang dia tersilap memakainya di tangan kiri. Akan tetapi, apabila kelakuan itu sudah lama diamalkan, memakai jam di tangan kanannya akan menjadi kebiasaan dan apabila dia hendak memakai jam secara langsung dia akan memakainya di tangan kanan. Dalam tempoh untuk membiasakan diri itu, terdapat perjuangan melawan nafsu (mujahadah) dan dengan latihan-latihan rohani (riadhah) sehinggalah tumbuh dan tertanamnya akhlak yang diinginkannya.

Tujuan melatih diri untuk berakhlak ialah untuk mendapatkan nikmat dari perbuatan yang di lakukan. Contohnya, terdapat orang apabila di minta untuk menderma, dia akan rasa kerugian dan tidak mahu mengeluarkan derma, berlaku penolakan dalam hatinya yang akibatnya dia merasa tidak tenteram bila ada orang yang meminta derma darinya. Bagi orang yang sudah terlatih dengan sifat dermawan, dia akan merasa nikmatnya bila melakukan derma, dia akan merasa lapang dan senang hati serta membuatkan dia tersenyum dengan nikmat yang di rasakannya.

Apabila pelaksanaan suatu kewajipan dan penghindaran diri dari segala perkara haram, hati merasa berat atau kurang selesa di dalam hati, maka hal itu adalah petanda suatu kekurangan, yang pasti akan merupakan penghalang timbulnya kebahagiaan yang sejati..

Nabi s.a.w bersabda,
“beribadahlah kepada Tuhanmu dengan perasaan redha(senang hati). Namun apabila kamu tidak mampu melakukannya, maka dalam kesabaran menghadapi apa yang kau tidak sukai, tersimpan kebaikkan yang sangat banyak.”
H.R At- Tabrani.

Dapat di fahami, kita perlulah beribadah dengan senang hati iaitu dengan redha supaya akan lahir keikhlasan dalam hati dan membolehkan ibadat kita diterima oleh Allah s.w.t. namun apabila kita merasa tidak suka, tidak selesa, tidak ada keikhlasan, maka kita perlulah bersabar dan terus melakukannya secara istiqomah, apabila diri kita telah dilatih melakukan suatu ibadat, ia akan menjadi suatu kebiasaan dan dapat melakukan dengan senang hati..
InsyaALLAH..

(Sumber :salamizhar.blogspot.com)

PESAN KEKASIH

SEJENAK MENTADABBUR ERTI KEBAIKAN DI SISI ALLAH..

Bismillah wal hamdulillah..

llham,boleh dikaitkan hikmah dan hidayah..Kebelakangan ini rasa hikmah itu makin hilang dalam diri… Mulut ringan membicarakan kebaikan,namun kadang2 hati terasa merintih mencari nilai disebalik kata yang disampaikan.Bila rasa ini hadir,tafakur pertama;mungkin ada kekurangan hubungan dengan ALLAH.. Selaut keampunan pada ALLAH atas kekhilafan dan dosa yang ada. Rasa kagum melihat blog sahabat2 yang terisi dengan pengisian dan perkongsian..Segala puji bagi ALLAH yang menganugerahkan hidayah dan taufiq untuk hamba2Nya beramal...walaupun mungkin sekadar coretan tentang hidup,terasa ianya memberi makna pada hati yang membacanya. Mungkin kesan fikir dan zikir yang seiring.Benar kata Saidina Ali kwj; ‘bicara dari hati akan sampai pada hati..’. Mabruk pada sahabat2 yang mampu menulis..teruskan dakwah kerana nilai kebaikan itu besar disisi ALLAH. Apatah lagi kebaikan yang mampu disebarkan dan memberi kesan pada ramai..

JAMINAN ALLAH PADA HAMBA YANG BERUSAHA MELAKUKAN KEBAIKAN

2:110. Dan dirikanlah salat dan tunaikanlah zakat. Dan kebaikan apa saja yang kamu usahakan bagi dirimu, tentu kamu akan mendapat pahalanya pada sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan

2:148 ;Maka berlomba-lombalah kamu (dalam berbuat) kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.

158. Sesungguhnya Safa dan Marwah adalah sebahagian dari syi`ar Allah. Maka barang siapa yang beribadah haji ke Baitullah atau ber-`umrah, maka tidak ada dosa baginya mengerjakan sai antara keduanya. Dan barang siapa yang mengerjakan suatu kebajikan dengan kerelaan hati, maka sesungguhnya Allah Maha Mensyukuri kebaikan lagi Maha Mengetahui.

3:148. Karena itu Allah memberikan kepada mereka pahala di dunia dan pahala yang baik di akhirat. Dan Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.

4:125. Dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia pun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus? Dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayangan-Nya.

4:149. Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.

5:85. Maka Allah memberi mereka pahala terhadap perkataan yang mereka ucapkan, (iaitu) surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya, sedang mereka kekal di dalamnya. Dan itulah balasan (bagi) orang-orang yang berbuat kebaikan (yang ikhlas keimanannya).

7:8. Timbangan pada hari itu ialah kebenaran (keadilan), maka barang siapa berat timbangan kebaikannya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.

11:115. Dan bersabarlah, karena sesungguhnya Allah tiada menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.

11:117. Dan Tuhanmu sekali-kali tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zalim, sedang penduduknya orang-orang yang berbuat kebaikan.

13:22. Dan orang-orang yang sabar karena mencari keridaan Tuhannya, mendirikan salat, dan menafkahkan sebagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik),

16:30. Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertakwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?" Mereka menjawab: "(Allah telah menurunkan) kebaikan". Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa,

16:128. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan.

27:89. Barang siapa yang membawa kebaikan, maka ia memperoleh (balasan) yang lebih baik daripadanya, sedang mereka itu adalah orang-orang yang aman tenteram dari kejutan yang dahsyat pada hari itu.

28:84. Barang siapa yang datang dengan (membawa) kebaikan, maka baginya (pahala) yang lebih baik daripada kebaikannya itu; dan barang siapa yang datang dengan (membawa) kejahatan, maka tidaklah diberi pembalasan kepada orang-orang yang telah mengerjakan kejahatan itu, melainkan (seimbang) dengan apa yang dahulu mereka kerjakan.

31:22. Dan barang siapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang kokoh. Dan hanya kepada Allah-lah kesudahan segala urusan.


39:10. Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang beriman, bertakwalah kepada Tuhanmu". Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.

42:23. Itulah (kurnia) yang (dengan itu) Allah menggembirakan hamba-hamba-Nya yang beriman dan mengerjakan amal soleh. Katakanlah: "Aku tidak meminta kepadamu sesuatu upah pun atas seruanku kecuali kasih sayang dalam kekeluargaan". Dan siapa yang mengerjakan kebaikan akan Kami tambahkan baginya kebaikan pada kebaikannya itu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri.

S U R A H A L - I N S A N SEBAGAI PENUTUP

76:29. Sesungguhnya (ayat-ayat) ini adalah suatu peringatan, maka barang siapa menghendaki (kebaikan bagi dirinya) niscaya dia mengambil jalan kepada Tuhannya”

Puji-pujian itu hanya pada ALLAH…rasa tenang membaca jaminan kebaikan di sisi ALLAH. Kebaikan, kekuatan, hidayah, rahmat dan kasih sayang itu perlu dicari dan dipupuk.. pesan pada diri sendiri,jangan pernah putus asa melakukan kebaikan.insyaALLAH ketenangan itu akan datang bersama dengan kebaikan yang kita lakukan…

“..Biar susah sedikit kerana Tuhan,
Untuk menghindar kesusahan yang nyata
Yang tidak sanggup ditanggung badan,
Ambillah ikhtibar kalau mahu senang..”
(lirik sebuah lagu nasyid)

~INSYAALLAH SAMA2 KITA TINGKATKAN AMAL KEBAIKAN DALAM KEHIDUPAN~

"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertobat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri..."
( S U R A H A L - A H Q A A F :15)

Tutur Kata Mulia



Bismillah wal hamdulillah..

Perkongsiaan mengenai tutur kata yang mulia..moga bermanfaat buat kita semua..

Sekadar pemula bicara..

Melihat dia,.mengingatkan diri ini pada ALLAH…Tenang wajahnya menandakan pergantungan pada ALLAH yang tinggi dalam hatinya. Dia hanya pelajar biasa. Bukan dari kalangan yang pandai berkata2 dan memimpin. Bukan juga dari kalangan pelajar yang cemerlang disekolah..Namun setiap tertib,tutur kata dan akhlak yang berada dalam dirinya terasa begitu dekat dengan sunnah Rasulullah saw. Terasa tenang berbicara dengannya..Ucapan terima kasih, maaf ringan dimulut menandakan kerendahan hati yang mengharap redha ALLAH. Tidak hairan dalam kelembutan tutur katanya, mudah untuk diikuti pelajar2 lain.. Tazkirah yang diberi juga terasa dekat pada hati.Terasa bertuah ibu bapa yang memiliki dan mendidiknya. Namun siapa sangka bila mengenalinya, keluarganya adalah dari golongan keluarga yang biasa.. Hati teringat kata2 Rasulullah apabila ditanya oleh saidina Abu Bakar siapa yang mendidikmu sehingga sebaik itu akhlakmu..Jawab Rasulullah saw: “ALLAHlah yang mendidikku..”

Kali pertama melihatnya adalah sewaktu dia duduk dibangku menunggu waktu berbuka puasa pada ramadhan yang lepas. (Puasa 6 syawal kali ini juga dilakukan secara berturut –berturut.) Berbicara denganya terasa diri kembali disapa tarbiyah..

Dia adalah antara pelajar jagaan ana di asrama.. teringat kata2nya sewaktu diri ini membantu menyediakan juadah berbuka buat pelajar. “..jadi warden beratkan cikgu?..kalau ada pelajar yang tidak solat,mesti akan ditanya ALLAH..” ..kata2 biasa yang mendorong diri ini untuk terus berada di sini..

Benar kata ulamak… dari tutur kata yang baik, kita dapat menilai akhlak dan peribadi seseorang itu. Orang yang sentiasa bersama ALLAH akan terlahir dari dalam dirinya sifat lunak yang boleh memberi ketenangan pada orang lain..Susah untuk dengar dari mulutnya kata2 yang tidak baik.. Mungkin kesan zikir yang ada menghalang kata2 yang tidak baik terlafaz pada mulut..

Tutur Kata Mulia

Bersumberkan kitab Riyadhus Solihin (Taman bagi Orang-orang Soleh) karya Al-Imam An-Nawawi rhohimahullahi ta'ala, berikut dimuatkan beberapa panduan kepada kita berkaitan tutur percakapan yang mulia.

Allah menyatakan dalam Al-Quran yang bermaksud,

"Dan kamu perlu merendah diri pada orang-orang beriman walaupun mereka daripada golongan faqir miskin."Surah al-Hjir, ayat 88.

Allah menjelaskan lagi,

"Sekiranya kamu berkasar serta berkeras hati, tentulah mereka lari daripada kamu."Surah Ali Imran, ayat 159.

Adi bin Hatim melaporkan, Rasulullah s.a.w. pernah berkata,

"Saudara semua perlu melakukan kebaikan untuk menjauhkan diri daripada api neraka, walaupun saudara hanya memberi sedekah dengan sepotong kurma. Namun, bagi sesiapa yang tidak mampu, bertuturlah dengan tutur kata yang baik."(HR Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah r.a. melaporkan, Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkata:

"Pahala tutur kata yang baik sama seperti bersedekah."(HR Bukhari dan Muslim.)

Abu Zar Ghifari melaporkan, katanya: Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada saya:

"Jangan sesekali merendah-rendahkan perkara yang disukai Allah bagi melakukannya. Walaupun perkara itu hanya memaniskan muka semasa bertemu dengan sahabat."(HR Muslim)

...sabda Rasulullah saw:

"..orang mukmin itu, kesedihan disimpan dalam hatinya dan kegembiraan dipancarkan pada wajahnya.."

InsyaALLAH..moga ALLAH rezekikan kita hidayah dan taufiq untuk memperbaiki diri, memperbaiki tutur kata dan beramal dengan sunnah Rasulullah secara keseluruhannya..


Memupuk kekuatan Iman dengan Taubat

"Semua manusia tidak lepas dari dosa,
dan sedih dan menyesali dosa adalah kekuatan Iman,
makin besar perasaan itu maka makin kuatlah Cahaya Iman dihatinya..."
- Habibana Munzir ibn Fuad al-Musawa حفظه الله تعالى

Alhamdulillah..peringatan bermakna buat diri

..lapangkan hatimu dengan taubat..
-Ustaz Pahrol Mohd Juoi-


Ingin bersama ALLAH...?

...maka perbanyakkanlah menyebut nama ALLAH..




Sabda Rasulullah saw:
ALLAH SWT berfirman, "Aku bersama hamba-hambaKu tika ia mengingatKU dan bergetar bibirnya menyebut NamaKU.."(Hr Bukhari)

Tadabbur Terjemahan..


-Al Fussilat ayat 30-36-

Bismillah wal hamdulillah..
Tiada daya melakukan ketaatan dan tiada daya meninggalkan keburukan melainkan dengan izin ALLAH SWT..
InsyaAllah..sama2 kita tadabbur ayat2 ALLAH..

30 : Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: Tuhan kami ialah ALLAH" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): "Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu..".

31: Kami lah Pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan di akhirat; di dalamnya kamu memperoleh apa yang kamu inginkan dan memperoleh (pula) di dalamnya apa yang kamu minta.

32: Sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

33: Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh dan berkata: "Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri?"

34: Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia.

35: Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keberuntungan yang besar..

36: Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada ALLAH. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui...


Alhamdulillah..padaNya sentiasa ada jawapan yang dicari. Penenang dan penyejuk segala hati..
Sebaik2 pendamping adalah ALLAH.. Sebaik2 kekasih jua adalah ALLAH..Sebaik2 yang memberi petunjuk dan nasihat, ALLAH..Sebaik2 teman dan sahabat,ALLAH.. Sebaik2 yang memahami dan melindungi adalah ALLAH..Dan padaNya curahan dan kembalinya segala sesuatu..
Sungguh..seluruh jiwa itu adalah milik ALLAH...=)

.....
"..banyak berdiam dan mendiamkan diri dari insan sekeliling. Bukan melihat mereka sebagai insan yang tidak memahami apa yang sedang dialami sebaliknya mengambil ruang bersendiri untuk melihat dan merebut kembali arca-arca kasih Ilahi...~ukhti insyirah~

Sujud Rasulullah saw


Assalamu'alaikum wbt..

Didoakan moga semua sahabat baik dalam lindungan dan jagaan ALLAH swt..
InsyaAllah perkongsian bersama mengenai sujud Rasulullah saw. Semoga setiap detik yang ada menghampirkan kita lagi pada ALLAH,,

Bertanya para sahabat kepada Sayyidatina Aisyah ra "Bagaimana sujudnya Rasulullah.,?"Rasulullah saw ketika bersujud ( kata Sayyidatina Aisyah ) sepanjang 50 ayat" (HR BUKHARI)

Meneladani sujud Rasulullah saw

Sabda Rasulullah saw:“Keadaan yang paling dekat antara seorang hamba dengan Allah SWT iaitu ketika dia sedang sujud” Rasulullah saw adalah insan yang paling mencintai sujud, dan dikatakan setiap kali Rasulullah saw sembahyang secara sendirian, baginda akan memanjangkan sujud kira-kira 50 ayat bacaan Al Quran.

ALLAH SWT haramkan api neraka menyentuh anggota sujud

Sabda Rasulullah saw :
“Allah haramkan api neraka menyentuh anggota sujud pada keturunan Adam” (Sahih Bukhari)

“Jika Allah swt menghendaki kasih sayang untuk penduduk neraka, maka Allah swt memerintahkan penduduk neraka agar dikeluarkan orang orang yg menyembah Allah, maka mereka dikeluarkan, dan dikenali dg bekas sujudnya, dan Allah swt mengharamkan api neraka untuk menyentuh anggota sujud, maka mereka keluar dari anggota sujud, makapara pendosa dari keturunan Adam terbakar api neraka kecuali bekas sujudnya, maka mereka dikeluarkan dari neraka”

(Sahih Bukhari)

..selanjutnya..



 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ..MENCARI REDHA ALLAH.. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net