Showing posts with label Cinta Rasulullah. Show all posts
Showing posts with label Cinta Rasulullah. Show all posts

Pertemukanlah kami dengannya..


Walau tidak layak untuk melafazkan kata2 ini namun sentiasa diri ini menyimpan rasa dan hasrat;
"...daku ingin bersamamu Ya Rasulullah...."
Umatmu ini yakini bahawa bersama setiap sunah dan teladanmu ada kekuatan.. =)


Ceriakanlah wajah Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam
dengan kebaikan amal-amal baik kalian.."

[Al-Habib Ali bin Muhammad Al-Habsyi]

Rezekikan kami untuk sentiasa melakukan kebaikan Ya ALLAH.. Memilih jalan-jalan kebaikan,berada dalam kebaikan,berfikir dalam kebaikan,bertindak dalam kebaikan.Rezekikanlah juga kami untuk memandu diri dan saudara2 kami ke arah kebaikan yang boleh menyampaikan kami padaMU..dan mempertemukan kami dengan kekasihMu..
Allahhumma amiin..


Dia Kekasih ALLAH..



Sabda Rasulullah saw:
"...aku tunggu kalian di telaga Khaud..."
~HR Bukhari dan Muslim~

Rasa sebak setiap kali mendengar lagu ini..
Luahan hati buatmu Ya Rasulullah..

DIA KEKASIH ALLAH

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Di dalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah

Sabda Rasulullah saw
..Aku suka untuk bertemu dengan saudara-saudaraku,Maka telah berkata para sahabat Rasulullah saw:Bukankah kami saudara-saudaramu?Rasulullah saw berkata:Kalian sahabatku akan tetapi saudara-saudaraku adalah mereka yang beriman kepadaku dan tidak melihatku..'~Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

“..MOGA DIPERTEMUKAN KITA DENGAN RASULULLAH SAW…”

Majlis Lantunan Mahabbah Rasulullah



InsyaALLAH maklumat lanjut:

ummahberselawat.blogspot.com

Taman syurga itu ada di dunia..=)

At-Thabarani dan lain-lain mengketengahkan sebuah Hadith yang bermaksud; “Belum sempurna keimanan seorang hamba Allah sebelum kecintaannya kepadaku melebihi kecintaannya kepada dirinya sendiri; sebelum kecintaannya kepada keturunanku melebihi kecintaannya kepada keturunannya sendiri; sebelum kecintaannya kepada ahli-baitku melebihi kecintaannya kepada keluarganya sendiri, dan sebelum kecintaannya kepada zatku melebihi kecintaannya kepada zatnya sendiri ..”

Sayangi Rasulullah saw

Ya Rasulullah,kami sayang padamu..
"..sama2 berdoa moga diberi hidayah dan taufiq untuk sentiasa beramal dengan sunnah Rasulullah saw..
Moga dipertemukan kita dengan Rasulullah saw di akhirat nanti..Juga moga Rasulullah saw mengenali kita sebagai salah seorang ummat baginda saw.."

Ya Rasulullah..
Kami berdingkit dalam mengenali dan mencintaimu..
Doakan kami di sini sehingga selamat kami bertemu denganmu..

Sujud Rasulullah saw


Assalamu'alaikum wbt..

Didoakan moga semua sahabat baik dalam lindungan dan jagaan ALLAH swt..
InsyaAllah perkongsian bersama mengenai sujud Rasulullah saw. Semoga setiap detik yang ada menghampirkan kita lagi pada ALLAH,,

Bertanya para sahabat kepada Sayyidatina Aisyah ra "Bagaimana sujudnya Rasulullah.,?"Rasulullah saw ketika bersujud ( kata Sayyidatina Aisyah ) sepanjang 50 ayat" (HR BUKHARI)

Meneladani sujud Rasulullah saw

Sabda Rasulullah saw:“Keadaan yang paling dekat antara seorang hamba dengan Allah SWT iaitu ketika dia sedang sujud” Rasulullah saw adalah insan yang paling mencintai sujud, dan dikatakan setiap kali Rasulullah saw sembahyang secara sendirian, baginda akan memanjangkan sujud kira-kira 50 ayat bacaan Al Quran.

ALLAH SWT haramkan api neraka menyentuh anggota sujud

Sabda Rasulullah saw :
“Allah haramkan api neraka menyentuh anggota sujud pada keturunan Adam” (Sahih Bukhari)

“Jika Allah swt menghendaki kasih sayang untuk penduduk neraka, maka Allah swt memerintahkan penduduk neraka agar dikeluarkan orang orang yg menyembah Allah, maka mereka dikeluarkan, dan dikenali dg bekas sujudnya, dan Allah swt mengharamkan api neraka untuk menyentuh anggota sujud, maka mereka keluar dari anggota sujud, makapara pendosa dari keturunan Adam terbakar api neraka kecuali bekas sujudnya, maka mereka dikeluarkan dari neraka”

(Sahih Bukhari)

..selanjutnya..



Mengimpikan Pertemuan..


Rasulullah saw menunggu kita di sana..

Sabda Rasulullah saw:
"...aku tunggu kalian di telaga Khaud..."
~HR Bukhari dan Muslim~

..Aku suka untuk bertemu dengan saudara-saudaraku,Maka telah berkata para sahabat Rasulullah saw:Bukankah kami saudara-saudaramu?Rasulullah saw berkata:Kalian sahabatku akan tetapi saudara-saudaraku adalah mereka yang beriman kepadaku dan tidak melihatku..'~Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

InsyaALLAH..
Sama2 kita suburkankan kerinduan ini dengan menghidupkan sebanyak mungkin sunnah Baginda saw.
Moga kita berpeluang untuk bertemu,menatap wajahnya dan mendapat syafaat daripada baginda saw.. Indahnya akhlak Rasullah saw dikatakan bahawa tidak berbicara Rasulullah dengan seseorang itu kecuali terukir senyuman di bibirnya. Subhanallah..
'Hakikat kebaikan itu adalah dalam hubunganmu dan keterikatanmu dengan Penghulu sebaik2 makhluk (Rasulullah)..
-Habib Umar Ibn Hafidz~

Ya Rasulullah..Mencintaimu adalah Cahaya dan Kebahagiaan bagi Kami..



Wahai ALLAH, wahai Tuhan kami, Kurniakanlah kepada kami keinginan sungguh-sungguh
untuk mengikuti jejak langkah Junjungan kami Nabi Muhammad saw awalnya,
akhirnya, lahirnya, batinnya, perkataannya, perbuatannya, ibadatnya dan amal baktinya.
Amiin Ya ALLAH, Ya Rabb, Ya Rahman, Ya Rahim, ya Qarib, ya Mujib, Ya Hayyu, Ya Qayyum,
Ya Dzal Jalali wal Ikram wa bi jaahi Sayyidina Muhammadinil Habibil Mahbub..

Salam Sejahtera bagimu wahai Nabi yang paling Mulia...
Salam Sejahtera bagimu wahai Pemimpin orang-orang yang Bertaqwa...
Salam Sejahtera bagimu wahai Pemimpin orang-orang Sufi...
Salam Sejahtera bagimu wahai Pemimpin orang-orang yang Suci...

Salam Sejahtera bagimu wahai Ahmad wahai Kekasihku...
Salam Sejahtera bagimu wahai Thaaha wahai Pelipur hatiku...
Salam Sejahtera bagimu wahai Keharumanku dan Pewangi hatiku...
Salam Sejahtera bagimu wahai Ahmad wahai Muhammad...

Salam Sejahtera bagimu wahai yang Menghindarkan bencana-bencana...
Salam Sejahtera bagimu wahai Nabi yang memiliki Kharisma dan wajah yang indah...
Salam Sejahtera bagimu wahai Bulan Purnama yang terang benderang...
Salam Sejahtera bagimu wahai Cahaya yang menerangi kegelapan...

Salam Sejahtera bagimu wahai Nabi yang paling Mulia...
Salam Sejahtera atas Pemimpin yang terkemuka...
Salam Sejahtera atas Pemberi khabar gembira dan keselamatan...
Salam Sejahtera atas Pemberi Syafa`at pada hari Kiamat...
^ Qasidah Assalamu`alaika~


..moga salam ini sampai padaMu Ya Rasulullah...Sungguh,ummatmu ini memerlukan doa dan syafa'at darimu..Doakan kami.. Moga kami tidak lalai dalam menjunjung syari'atNYA...

اللهم اغفر لهم وارحمهم وعافهم واعف عنهم
برحمتك يا أرحم الراحمين

Mengamalkan Sunnah; Bukti Kecintaan dan Kunci Kejayaan

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Firman ALLAH SWT:
'..Sesungguhnya telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orang-orang mukmin..(At Taubah: 128)



"Jika ALLAH telah Mengikatmu dengan Nabi yang penuh Rahmat dalam kehidupanmu maka engkau akan mendapatkan kebahagian dan ketenangan. Diantara tanda bahwa engkau telah terikat dengan Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم adalah ketika engkau akan masuk ke dalam rumahmu maka engkau akan teringat apa yang diucapkan RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم ketika memasuki rumah, dan ketika engkau memasuki pasar maka kau teringat tuntunan Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم tentang apa yang diucapkan beliau saat memasuki pasar, ketika engkau sedang menghadapi makanan dan engkau teringat akan tuntunan RasuluLlah apa yang diucapkan ketika akan makan, maka sungguh engkau telah terikat dengan Nabi yang penuh Rahmah.

InsyaALLAH perkongsian dari blog saudara kita..Moga ianya dapat menambahkan lagi kecintaan kita pada Rasulullah saw.

-sambungan-

Sayang padamu Ya Rasulullah..




Ya Rasulullah..


Salam 5 Ramadhan..=)

Suatu ketika dahulu,pernah diri ini mendengar tentang Rasulullah saw.. Bagaimana Rasulullah diiktiraf sebagai individu yang paling unggul di dunia. Yang mengiktiraf baginda bukan sahaja pengkaji Islam, namun diakui oleh pengkaji sejarah bukan Islam. Waktu itu hati mengakuinya berdasarkan firman2 Allah tentang Rasulullah saw. Bila disebut tentang firmAn ALLAH, maka itu adalah benar dan tidak diragui sama sekali. Dalam kuliah ilmu yang dihadiri baru2 ini juga, sekali lagi hati tersentuh dengan cerita Rasulullah..Bagaimana ALLAH memelihara dan mengkhususkan nama Rasulullah hanya untuk Nabi Muhammad saw sahaja. Bermula dengan ayahanda Adam a.s sehinggalah nabi Isa a.s. tiada satu susuk individu pun yang dinamakan dengan Ahmad / Muhammad. Sedangkan dalam kitab2 yang terdahulu sudah ada keterangan mengenai kedatangan seorang utusan Allah yang dinamakan Ahmad.. MAHA SUCI ALLAH YANG MAHA MEMILIHARA DAN MENGETAHUI. Dan kita adalah ummat Nabi Muhammad saw tersebut..

Semua ini menyebabkan hati ini semakin tertarik untuk mengkaji dan menyusuri sejarah hidup Rasulullah saw.. Bagaimana hubungan baginda dengan Allah, hubungan baginda dengan manusia, akhlak dan qudwah baginda dengan sahabat dan keluarga,cara hidup Rasulullah dan sebagainya..Sungguh, bicara tentang Rasulullah menyebabkan hati ini tenang dan makin dekat dengannya..

Perkongsian bersama tentang kejayaan Rasulullah dalam menyebarkan Islam. Prinsip2 yang Rasulullah saw pegang yang memangkin kejayaan baginda. Sama2 kita teladani cara hidup Rasulullah secara keseluruhannya..


'Pada dalam diri kamulah utusan dari Allah milik budi pekerti yang indah untuk setiap orang yang harapan mereka terletak pada Allah dan hari kemudian…' (Quran 33:21)


Menurut Al-Quran, Nabi Muhammad s.a.w. merupakan contoh terunggul untuk ummah manusia keseluruhannya. Para pakar pengkaji sejarah yang bukan Islam turut mengiktiraf beliau sebagai salah seorang personaliti paling berjaya dalam sejarah.
Pada tahun 1946 Reverend Bosworth-Smith dalam 'Mohammed & Mohammedanism.' Menulis tentang Nabi s.a.w.:

“Daripada ketua kerajaan dan kepada ketua gereja, beliaulah 'Caesar' dan 'Pope' dalam satu; tetapi beliau adalah 'Pope' tanpa dakyah-dakyah politik, 'Caesar' tanpa barisan tentera 'Caesar', tanpa pengawal peribadi, tanpa mahligai istana, tanpa saraan pendapatan gaji yang tetap. Kalaulah ada dakwaan di dunia ini yang mengatakan adanya seorang manusia yang benar-benar memerintah di dunia atas kuasa yang datang terus dari langit maka orang itu hanyalah, Mohammad., Kerana hanya beliaulah seorang yang memiliki kuasa tanpa mekanisme jajahan kuasa dan tanpa pertolongan kerajaan. Beliau tidak mengendahkan tentang kuasa yang datang dari pengaruhnya. Kesederhanaan hidupnya mencerminkan caragaya hidupnya mentadbirkan persona dirinya dalam bersama orang ramai dan tidak terjejas langsung akibat kedudukannya sebagai orang yang paling berpengaruh di dunia ini.”

Pada tahun 1978 Michael Hart menulis dalam bukunya '100 orang paling berpengaruh dalam sejarah', beliau memilih nabi Muhammad sebagai orang yang paling berpengaruh dalam sejarah dan berkata:

“Keputusan saya memilih Muhammad untuk mengetuai senarai nama orang yang paling berpengaruh di dunia mungkin akan mengejutkan pembaca dan pasti akan dipersoalankan orang, tetapi pada hemat saya beliau seorang sahaja yang berjaya baik dari peringkat sekular dan juga dari peringkat keagamaan…… Oleh kerana kebolehannya megadunkan dua unsur ini tanpa tolok bandingannya berbanding dengan personaliti-personaliti lain dalam sejarah maka saya merasakan Muhammadlah yang berhak mendapat jolokan sebagai seorang individu yang paling berpengaruh dalam lembaran sejarah tamadun manusia.”
Tingkah-laku serta ucapan yang keluar dari bibirnya memberi bimbingan untuk kita umat manusia untuk mencapai kejayaan , bukan sahaja di dunia ini tetapi juga di akhirat juga.
Nabi s.a.w. seorang yang berfikiran positif. Setiap urusannya adalah ke arah yang bermatlamat. Beliau mengelakkan dari setiap tindak-tanduk yang berunsur negatif yang akan menghalang proses kejayaan seperti benci, dengki, bongkak dan tamak, etc.
Setiap tindak-tanduknya adalah berniat bersih dan adalah kerana Allah s.w.t.

Dari mengkaji kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. kita akan memeperolehi prinsip-prinsip kejayaanya.

bersambung dalam entri seterusnya..=)

Rezekikan kami Untuk Mencintai dan Meneladaninya..

Assalamu'alaikum wbt..
Mengambil masa sahabat2 untuk berkongsi tentang Rasulullah..=)
Dalam kehidupan kita, kita ditaklifkan untuk menggalas 2 tanggungjawab utama:
1.Memelihara hubungan kita dengan ALLAH SWT; Hablumminallah
2.Memelihara hubungan kita dengan manusia; Hablumminannas
Sayang dan kasihnya ALLAH kepada kita, ALLAH telah mengutuskan Rasulullah saw kepada kita sebagai petunjuk bagaimana untuk menunaikan tanggungjawab yang diperintahkan dengan baik dan sempurna.
Sabda Rasulullah saw;
"Tidaklah aku diutuskan, selain untuk menyempurnakan akhlak antara kamu"
"Ramainya umatku di dalam syurga kelak bukanlah kerana banyaknya amalan mereka, tetapi kerana baiknya budi dan akhlak.."
Perkongsiaan tentang Qudwah dan Akhlak Rasulullah saw. Moga ianya dapat menjadi teladan bagi kita semua..

1) Baginda berdoa dengan penuh khusyuk dan airmatanya sentiasa berlinangan
2) Wajahnya sentiasa ceria yang menyejukkan mata memandangnya
3) Sangat elok dan sempurna wajahnya
4) Baginda memilik perasaan yang halus
5) Suka makan beramai-ramai daripada berseorangan
6) Bencikan kemegahan dan perhiasan yang cantik melambangkan kesombongan dan kemegahan
7) Beliau makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang
8) Tidak pernah mengumpat , mencerca atau menghina orang lain
9) Baginda memelihara rambutnya dengan kemas
10) Baginda memakai serban di atas kopiahnya
11) Suka membalas hadiah
12) Baginda mengucapkan salam kepada ahli rumah ketika hendak keluar atau masuk
13) Baginda sangat berlemah-lembut dengan isterinya dan ahli keluarganya
14) Sentiasa memulakan salam kepada sesiapa yang ditemuinya
15) Baginda bersalaman dengan sahabatnya dan memeluk mereka ketika berjumpa
16) Ketika berjabat tangan ia tidak melepaskan tangannya sehinggalah orang dijabatnya itu melepaskan tangannya
17) Apabila melepasi kumpulan kanak-kanak , baginda mengangkat tangannya tanda hormat kepada mereka
18) Tidak menatap atau merenung wajah orang lain lama-lama
19) Tidak bangun dari sesuatu majlis makan sehingga tetamu lain bangun
20) Tidak pernah menjulurkan kakinya di depan para sahabat
21) Baginda suka bercakap lambat-lambat dan menyebut perkataan dengan jelas
22) Sentiasa menumpukan perhatian kepada orang yang bercakap dengannya
23) Tidak pernah ketawa terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum lembut
24) Sangat fasih dan manis dalam tutur bicara
25) Tersangat sabar dan tabah bila menghadapi setiap cabaran dan kesusahan
26) Amat kasih terhadap umatnya
27) Tidak pernah mengambil rezeki kurnian Allah melebihi keperluan makan minumnya
28) Rezeki yang melebihi keperluan akan ditaburkan untuk jihad Fisabilillah
29) Sentiasa membantu orang lain walaupun ia sendiri dalam kesusahan
30) Tidak pernah menghina orang miskin dan tidak rasa terhina bergaul dengan mereka
31) Suka menziarahi orang sakit
32) Amat pemurah hingga digambarkan seperti angin lalu pemurahnya
33) Baginda tidak suka tidur di bilik gelap dan di bawah bumbung yang terbuka dan tidak beratap
34) Tangannya tidak pernah menyentuh kulit wanita ajnabi
35) Bersikap tegas , pemaaf dan pengasih dalam perjuangan
36) Beliau mengambil wudhu' sebelum tidur dan berzikir hingga lena
37) Sangat menghormati orang-orang tua dan mengasihani orang-orang muda dan kanak-kanak
(dipetik daripada poster yang dikeluarkan oleh pustaka fikrah)

Kata Tok Guru;
Seberkat2 manusia,seberkat2 organisasi itu adalah yang paling dekat dengan sunnah Rasulullah saw..=)

Cinta + Ikhlas dalam Membawa Agama ALLAH..

Assalamu'alaikum wbt..
Perkongsian tentang Rasulullah saw..
Hati tersentuh dengan satu penulisan tentang Rasulullah saw. Pada awal kejadian kita; ALLAH melihat dalam hati semua manusia, ALLAH melihat hati Nabi Muhammad saw, dan ALLAH memilih Nabi Muhammad saw sebagai Rasul; Penghulu segala nabi dan Rasul. Kemudian ALLAH melihat lagi hati manusia2 yang lain dan ALLAH memilih para sahabat untuk menjadi sahabat;pendamping Rasulullah..
Terfikir..
Alangkah istimewanya Rasulullah saw dan para sahabat pada pandangan ALLAH...
Betul,KEIKHLASAN mereka sukar untuk ditandingi. Rasulullah saw sendiri pernah bersabda; jika ditimbang iman sekalian penduduk di bumi tidak akan dapat dapat menandingi iman Saidina Abu Bakar As Siddiq ra. Syaitan sendiri mengakui keihlasan Saidina Umar Al Khattab sehingga mengelak dari bertembung dengan Saidina Umar ra. Rasulullah saw menyebarkan risalah Islam dengan bantuan sahabat2 yang ikhlas dan tidak gentar dengan pandangan dan penilaian manusia yang lain.. Sungguh,tanpa keihlasan dan iman yang tinggi, tidak mungkin Islam dapat tersebar dengan meluas.
Muhasabah dalam diri ; bagaimana pula hati ana pada pandangan ALLAH..?
Apatah lagi untuk menggelarkan diri sebagi Da'ie agama.
Teingat dengan kata2 seorang murabbi,untuk membawa agama ALLAH bukan semangat yang utama diperlukan,(walaupun itu juga perlu) tetapi KECINTAAN pada agama itu sendiri. KECINTAAN untuk melihat Islam tersebar meluas. KECINTAAN untuk melihat orang2 sekeliling merasa nikmat bahagia hidup dalam ajaran Islam.
Seorang sahabat pernah berkata; antara punca utama merundumnya semangat perjuangan dalam kalangan umat Islam masa kini (termasuk ana sendiri) adalah hubungan dengan ALLAH yang rapuh dan juga kerana sejarah kebanggaan umat Islam telah malap dalam diri.
Muhasbah lagi untuk diri..
Rasulullah saw dan sahabat2 telah membenarkan iman mereka dengan amal dan pengorbanan.
Kita..?

Firman ALLAH:
Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.(As Saff; 2-4)

Moga ALLAH memberi pengampunan pada langkah2 hamba yang khilaf~

~Kebahagiaan bagi Rasulullah saw~


..SEPANJANG HIDUP DALAM MENGERJAKAN KETAATAN KEPADA ALLAH..
Moga ALLAH SWT sentiasa memberi taufiq dan hidayahnya kepada kita semua dalam mengerja dan menyempurnakan ketaatan kepadaNYA..
Sayang Rasulullah..
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ..MENCARI REDHA ALLAH.. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net