Showing posts with label Muslimat. Show all posts
Showing posts with label Muslimat. Show all posts

Teladan Penghulu Wanita Syurga



Sayidatina Fatimah Az Zahra Penghulu Wanita Di syurga

Fatimah az-Zahra Alaiha Salam (ucapan Alaiha Salam sila rujuk misalnya dalam Sahih Bukhari, Juzuk 5, hadith 368, dan 546)adalah puteri kepada Rasulullah saw. Ibunya Khadijah iaitu isteri Rasulullah saw yang pertama dan amat dikasihinya. Tentang bondanya Khadijah, Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud:
"Empat wanita yang terbaik ialah Khadijah binti Khuwailid, Fatimah binti Muhammad, Maryam binti Imran, dan Asiah binti Muzahim isteri kepda Firaun." [Muhibuddin al-Tabari, Dhakha'ir al-Uqba fi Manaqib Dhawi al-Qurba, hl.42; Al-Hakim alam al-Mustadrak, Juzuk 3, hlm.157].

Fatimah AH mempunyai nama-nama timangan seperti Ummal Hasan, Ummal Husayn, Ummal Muhsin, Ummal A'immah dan Umma Abiha [Bihar al-Anwar' Juzuk 43, hlm.16]
Rasulullah saw menggelarkannya Fatimah AH sebagai "Ummu Abiha" bermaksud ibu kepada ayahnya. Ini kerana Fatimah AH sentiasa mengambil berat tentang ayahandanya yang dikasihi itu. Selain daripada itu gelaran-gelaran lain ialah Zahra, Batul, Siddiqah Kubra Mubarakah, Adhra, Tahirah, dan Sayyidah al-Nisa [Bihar al-Anwar, Juzuk 43, hlmn.16]
Sayidatina Fatimah membesar dalam suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu. Sejak itu, Sayidatina Fatimahlah yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci, mengemas rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya.
Di sebalik kesibukan itu, Sayidatina Fatimah juga adalah seorang yang paling kuat beribadah. Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang Sayidatina Fatimah daripada bermunajata dan beribadah kepada Allah SWT. Malam- malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan sembahyang, puasa, membaca Al Quran dan lain-lain. Setiap hari, suara halusnya mengalunkan irama Al Quran.

Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, Sayidatina Fatimah dikahwinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya namun sangat kuat keimanannya pada Allah. Perkahwinan yang dilangsung sangat sederhana namun menjadi sebutan dan bualan penduduk di langit. Bahkan diceritakan bahawa langit bumi turut dihias indah dan semua penduduk di langit mengucapkan kesyukuran dan melafazkan kegembiraan dengan perkahwinan tersebut. Setelah berkahwin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya. Digelar Singa Allah, suaminya Sayidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah SAW yang diamanahkan untuk berada di barisan hadapan dalam bala tentera Islam. Lalu, seringlah Sayidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun Sayidatina Fatimah tetap redha dengan suaminya. Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami. Namun bagi Sayidatina Fatimah r.ha, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah SWT untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan.

Sepanjang pemergian Sayidina Ali itu, hanya anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri. Untuk mendapatkan air, berjalanlah Sayidatina Fatimah sejauh hampir dua batu dan mencedoknya dari perigi yang 40 hasta dalamnya, di tengah bahang mentari padang pasir yang terik. Kadangkala Sayidatina Fatimah berlapar sepanjang hari. Sering pula Sayidatina Fatimah berpuasa dan tubuhnya sangat kurus hingga menampakkan tulang di dadanya.

Pernah suatu hari, sedang Sayidatina Fatimah tekun bekerja di sisi batu pengisar gandum, Rasulullah datang berkunjung ke rumahnya. Sayidatina Fatimah yang amat keletihan ketika itu lalu meceritakan keperitan hidupnya itu kepada Rasulullah SAW. Betapa dirinya teruk bekerja, mengisar tepung, mengangkat air, memasak serta melayan anak-anak. Sayidatina Fatimah berharap agar Rasulullah dapat menyampaikan kepada Sayidina Ali, kalau mungkin boleh disediakan untuknya seorang pembantu rumah. Rasulullah saw merasa belas terhadap penanggungan anakandanya itu. Namun baginda amat tahu, sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk membeli kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujian di dunia demi mengharapkan keredhaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat di sisi-Nya.

Lalu dipujuknya Fatimah r.ha sambil memberikan harapan dengan janji-janji Allah. Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan takbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan. Ketaatannya kepada Sayidina Ali menyebabkan Allah SWT mengangkat darjatnya. Sayidatina Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka. Tidak juga Sayidatina Fatimah meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya.

Dalam pada itu, kemiskinan tidak menghilang Sayidatina Fatimah untuk selalu bersedekah. Sayidatina Fatimah tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan. Sayidatina Fatimah tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan Sayidatina Fatimah tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan. Memang sepadan sekali pasangan Sayidina Ali ini kerana Sayidina Ali sendiri lantaran kemurahan hatinya sehingga digelar sebagai 'Bapa kepada janda dan anak yatim' di Madinah.

Namun, pernah suatu hari, Sayidina Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesilapannya, Sayidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali. Apabila dilihatnya air muka suaminya tidak juga berubah, lalu dengan berlari-lari anak Sayidatina Fatimah mengelilingi Sayidina Ali. Tujuh puluh kali Sayidatina Fatimah 'tawaf' sambil merayu-rayu memohon dimaafkan. Melihatkan aksi Sayidatina Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu.

"Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu," Rasulullah SAW memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai ke pengetahuan baginda. Begitu sekali kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah SWT sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sangat berhalus di saat berdepan dengan suami. Apa yang dilakukan Sayidina Fatimah itu bukanlah disengajakan. Apatah lagi, bukan juga Sayidatina Fatimah merungut-rungut, marah-marah, meninggi suara, bermasam muka, merajuk atau lain-lain keranah yang menyusahkan Sayidina Ali k.w. Pun Rasulullah SAW berkata begitu terhadapnya.

Semasa perang Uhud, Sayidatina Fatimah telah turut sama merawat luka Rasulullah. Sayidatina Fatimah juga turut bersama Rasulullah semasa peristiwa penawanan Kota Makkah dan ketika ayahandanya mengerjakan 'Haji Wida' pada akhir tahun 11 Hijrah. Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah SAW telah jatuh sakit. Sayidatina Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah r.ha yang membuatkannya menangis, kemudian Sayidatina Fatimah Nabi SAW membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum.

Sayidatina Fatimah menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa Sayidatina Fatimahlah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa', gembiralah hatinya. Sayidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah kewafatan Nabi SAW, dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi', Madinah.

Begitu sekali wanita yang utama, agung dan namanya harum tercatat dalam al-Quran, disusah-susahkan hidupnya oleh Allah SWT. Sengaja dibuat begitu oleh Allah kerana Sayidatina Fatimah tahu bahawa dengan kesusahan itu, hamba-Nya akan lebih hampir kepada-Nya. Begitulah juga dengan kehidupan wanita-wanita agung yang lain. Mereka tidak sempat berlaku sombong serta membangga diri atau bersenang-senang. Sebaliknya, dengan kesusahan-kesusahan itulah mereka dididik oleh Allah untuk sentiasa merasa sabar, redha, takut dengan dosa, tawadhuk (merendah diri), tawakkal dan lain-lain. Ujian-ujian itulah yang sangat mendidik mereka agar bertaqwa kepada Allah SWT. Justeru, wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya, dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya, biarpun diri mereka menderita..

Indahnya Fatimah kerana kemuliaan yang ALLAH berikan padanya..
..Dikatakan sewaktu saidatina fatimah melintasi titian sirat, seluruh penghuni neraka yang berada di bawahnya diperintahkan ALLAH untuk menundukkan pandangan lantaran kemuliaan saidatina fatimah dan ketaatannya dalam menjaga aurat sepanjang hidupnya..

Rasulullah saw juga amat mencintai dan menyayangi puterinya ini. Setiap kali Rasulullah saw balik dari medan peperangan; orang pertama yang akan Rasulullah saw cari adalah sayidatina fatimah. Rasulullah akan bertanya khabar,memeluknya dan mencium pipinya.. Diceritakan bahawa pipi saidatina fatimah ada bauan syurga.Bahkan pernah Rasulullah saw bersabda;." Sayidatina Fatimah adalah daripadaku dan aku mencium bau syurga dari kehadirannya.."[Kasyf al-Qummah, Juzuk 2, hlm.24].

..daku ingin meneladani langkahmu duhai puteri Rasulullah...
..Rabbi Yassir Ya ALLAH…

Allahumma amiin…


*Wanita Acuan Al Quran*



Bismillah Wal Hamdulillah..
Teladan Bersama..
~Wanita Acuan Al Quran~

Wanita acuan al-quran ialah seorang wanita yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa taqwa kepada Allah Swt
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga dengan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut berkata benar
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Wanita acuan al-quran ialah wanita yang menjaga tuturkatanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang pelindung
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Wanita Acuan Al-Quran ialah wanita yang menghormati ibubapanya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang bakal memelihara keharmonian rumahtangga
Yang akan mendidik anak-anak dan membantu suami mendalami agama islam
Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Yerana dunia baginya adalah rumah sementara menunggu akhirat

Wanita Acuan Al-Quran sentiasa bersedia untuk agamanya
Yang hidup di bawah naungan al-quran
Dan mencontohi sifat rasulullah saw serta wanita sufi yg digariskan dalam kalamullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Allah Ke Atasnya

Wanita Acuan Al-Quran tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana kuat membaca
yang suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Yang tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangun subuhnya penuh dengan kecerdasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Wanita Acuan Al-Quran sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan dijaga sentiasa..


Wanita Acuan Al-Quran ialah wanita yang tidak mudah terpesona dengan buaian dunia
Kerana hatinya amat mengimpikan syurga..



Teladan Sayyidatina Fatimah Az Zahra

Hadiah Terindah untuk Muslimat. Buat diriku dan jua dirimu~

...Satu saat di tengah hembusan angin dan gelapnya malam menangis seorang wanita yg sangat dicintai oleh Rasulullah saw, dialah penghulu para wanita nantinya di syurga…iaitu Sayyidatina Fatimah binti Muhammad saw.
Berkata Sayyidatina Asma’ binti Humais,”Demi ALLAH apa yg telah membuatmu menangis Wahai binti Rasulillah..?”

Lantas Sayyidatina Fatimah berkata : “Aku memikirkan tetang apa yg diperbuat oleh orang-orang terhadap jenazah seorang wanita, membungkusnya dengan kain kafan dan membawanya dalam keadaan bentuk tubuhnya yang nampak.?...'

Asma’ : “Subhanallah.. atas apa ayahmu mendidikmu..? Ayahmu telah mendidikmu dengan rasa malu yang sangat tinggi. Engkau malu kalau jasadmu nampak di hadapan orang-orang/laki-laki yg bukan muhrim..”

Kemudian Asma’ binti Humais berkata untuk Sayyidatina Fatimah ra : “Wahai Fatimah aku mendengar di negeri Habasya mereka menaruh jenazah dalam peti kayu sebagai penutup yg dapat menutupi jasad…”. Mendengar hal tersebut Sayyidatina Fatimah sangat gembira lalu berkata : “Aku wasiatkan kepadamu wahai Asma’ untuk membuatkannya untuk jenazahku nantinya..”

Kemudian Sayyidatina Fatimah memanggil Sayyidina Ali bin Abi Thalib dan berkata : “ Aku merasa ajalku kian dekat Wahai Suamiku, Aku mewasiatkan atasmu 3 perkara, yaitu :

Yang pertama : Setelah aku meninggal dunia nantinya, menikahlah dengan Umamah binti Ukhti Zainab.
Yang kedua : Jangan ada yang memandikanku selain Engkau Wahai Ali…
Yang ketiga : Kuburkanlah aku di malam hari.”

Tidak lama kemudian Sayyidatina Fatimah dipanggil oleh ALLAH SWT, dan Sayyidatina Fatimah pergi meninggalkan dunia ini ketika umurnya 29 tahun. Sungguh umur yang sangat muda, namun ALLAH Ta’ala lebih mencintai Sayyidatina Fatimah. Dan berbahagialah Sayyidatina Fatimah karena bertemu ayahnya Sayyidul Wujud Muhammad saw…

Memang Sayyidatina Fatimah meninggalkan dunia ini di umur yang sangat muda namun Sayyidatina Fatimah meninggalkan cahaya yang sangat terang atas para wanita sebagai suri tauladan yg dapat membawa mereka ke dalam suatu keberuntungan abadi dalam keridhaan ALLAH dan Kekasih ALLAH…

Ya ALLAH berilah kami petunjuk, jangan Engkau jauhkan kami dari Sayyidatina Fatimah, Ya.. ALLAH.. di hari di mana semua telinga mendengar seruan “Tundukan kepala kalian..!!! Pejamkan mata kalian..!!!” Kerana Sayyidatina Fatimah Az Zahra binti Muhammad dan pecintanya akan melewati sirath..

Ya ALLAH di hari itu janganlah pisahkan kami dari Sayyidatina Fatimah.. Ya ALLAH.. terimalah doa hamba.. terimalah taubat hamba.. bimbinglah kami pada jalan Sayyidatina Fatimah... Amin.. Ya ALLAH...

Walhamdulillahi Rabbil ‘Alamin.

(Dikutip dari Kalam Al Qutb Al Habib Abdul Qodir bin Ahmad Assegaf)

~Semoga kita semua sentiasa dalam pemeliharaanNya.. Semoga setiap langkah kita, cetusan hati kita,penglihatan,keinginan dan kemahuan kita sentiasa dalam tuntunanNya..Semoga diriku dan dirimu tidak terpedaya dengan pesona dan ragamnya dunia. Moga taubat kita semua diterima..Juga moga langkah2 kecil kita diredhaiNya dan moga keampunan ALLAH milik kita semua..
Allahummafirli Ya Ghaffur...

Muslimat..Kekalkan Sifat Malumu..


Sabda Rasulullah saw; ‘..jika kamu tidak berasa malu, buatlah apa yang kamu suka!’

Assalamu’alaikum wbt..
Didoakan moga sahabat semua dalam lindungan dan rahmat ALLAH SWT..

InsyaALLAH..Bicara tentang sifat malu. Diambil daripada hadith2 Rasulullah saw yang berkaitan. Sama2 kita semaikannya dalam diri kita..

Sabda Rasulullah saw‘..jika kamu tidak berasa malu, buatlah apa yang kamu suka!’
(maksud hadith)

Jarang kita temui hadith Rasulullah saw yang berbau sinis..Namun melihat hadith ini, kita mengetahui betapa tegasnya Rasulullah saw dalam menuturkan kata2 ini. Ketegasan dalam menegaskan perkara yang sangat penting yang harus ada pada ummatnya.

Sabda Rasulullah saw lagi;
‘Sesungguhnya ALLAH SWT itu, apabila hendak membinasakan seseorang, DIA akan mencabut rasa malu dari dalam dirinya. Apabila rasa malu dicabut, kamu tidak akan menjumpainya melainkan dalam keadaan dibenci (ALLAH dan manusia)….’ (HR Ibnu Majah)

SIFAT MALU
Malu boleh didefinisikan sebagai sifat atau perasaan yang menimbulkan keengganan melakukan sesuatu perkara yang tercemar atau kurang sopan.

SIFAT MALU DI SISI ALLAH..

Malu itu akhlak Islam
Sabda Rasulullah saw; ‘….sesungguhnya semua agama mempunyai akhlak, dan akhlak Islam itu adalah sifat malu..’(HR Imam Malik)

Kaitan Malu dengan Iman
Sabda Rasulullah saw; ..malu itu sebahagian daripada Iman..(Muttafaqun ‘alaih)

Orang yang memiliki sifat malu akan dapat mencegahnya dari terjatuh dalam dosa dan mungkar. Perasaan malu pada ALLAH SWT yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala cetusan hatinya samada sembunyi atau terangan akan menyebabkan ia sentiasa dalam keadaan berjaga2. Risau seandainya salah gerak lakunya dan cetusan hatinya, membawa kepada kemurkaan ALLAH..

Sabda Rasulullah saw;
..sifat malu dan iman itu berpadu antara satu sama lain(menjadi satu). Apabila lenyap-hilang salah satunya, maka hilanglah yang lainnya..(HR Hakim dan Tabrani)
Orang yang malu akan terjaga imannya dan orang beriman akan menjaga rasa malunya.

Perkara paling baik pada diri seseorang.
Teringat dialog antara anak Luqmanul Hakim dan bapanya;
..ayahanda, apakah perkara paling baik yang perlu ada pada diri manusia?..beliau menjawab; AGAMA. Ditanya lagi; ‘..yang kedua?..AGAMA dan Harta. Ditanya lagi; ‘..yang ketiga?..Itulah sifat MALU.

Penghias kehidupan
Sifat malu yang positif sekiranya dibawa dalam apa jua aktiviti kehidupan, ia akan mencetuskan keindahan,kecantikan dan kedamaian. InsyaALLAH akan terhiaslah bumi ALLAH ini dengan keberkatan dan keredhaan.

Sabda Rasulullah saw..;
Kekejian(kejahatan) mulut itu tidak mengenai sesuatu perkara melainkan menambah lagi kejelikannya dan sifat malu itu tidak akan mengenai sesuatu perkara melainkan akan menghiasinya..(HR Tirmizi)

Sumber Kebaikan
Sabda Rasulullah saw;
'..sifat malu itu, seluruhnya membawa kebaikan..'(HR Muslim)

Umpama lelaki yang soleh
Cantik perumpamaan Rasulullah saw..salah satu cara Rasulullah saw dalam mengajar dan mendidik sahabt2 adalah melalui perumpamaan. Tiada lain untuk memudahkan kefahaman dan menambahkan lagi kecintaan kita pada agama..

Sabda Rasulullah saw;..jikalau sifat malu itu diumpamakan sebagai seorang lelaki, maka ia adalah umpama seorang lelaki yang soleh..Dan, andaikata sifat keji itu diumpamakan sebagai seorang lelaki, maka ia umpama seorang lelaki yang jahat.(HR At Tabrani)

SEDIKIT PESANAN..
(Untuk diri sendiri,adik, dan sahabat2 saudara seakidah..=)

1. Pelihara aurat.. Tiada lain,untuk keselamatan dunia dan akhirat kita. Cantik dah 'guideline' ALLAH dalam Al Quran.. Tiada yang lebih baik melainkan kata2 ALLAH Yang Maha Penyayang dan Maha Melindungi.. Adakah kita ingin menafikan kata2 ALLAH?..Ana yakin, sahabat2 tidak menolak jika dikatakan antara faktor gejala sosial yang ada adalah berpunca dari kita.. bagaimana pemakaian kita?..ramai yang merasakan bahawa telah menutup aurat dengan baik, namun hakikatnya tidak. Menutup aurat itu bukan hanya bertudung..Ana yakini hampir semua antara kita mengetahui tatacara menutup aurat yang sempurna yang diajar Islam. Juga mengetahui bahawa bila2 masa juga kita akan kembali pada ALLAH.. Sm2 tanya pada hati;.. adakah kita bersedia mengadap ALLAH dengan membawa alasan2 yang kita bawa sekarang? ..

2. Jaga2 dengan penggunaan facebook
.. Salah satu tipudaya syitan adalah merasakan indah pada perbuatan salah yang kita lakukan. Penggunaan gambar yang jelas dan berlebihan boleh membawa fitnah pada agama kita..Sama2 kita pegang, ‘ Muslimat yang baik itu melindungi dirinya dari dipandang dan memandang..’ Sabda Rasulullah saw juga;..Wanita itu aurat..Bila ia keluar, maka syaitan akan mengikutnya..(Post gambar2 dalam facebook juga sama dalam istilah keluar=) Jagailah dirimu dari dipertontonkan di khalayak..


3. Gurauan dan tutur kata yang berlebihan juga adalah salah dalam Islam. Apatah lagi dalam ruangan yang terbuka… Dalam syarak, perhubungan muslimat dengan muslimin yang bukan muhrim adalah haram tanpa ada keperluan yang mustahak. Melunakkan suara apabila bercakap dengan muslimin bukan mahram itu juga salah.. Apatah lagi duduk berdua-duaan.(Walaupun di tempat awam)

..Syariat islam itu bukan untuk memundurkan kita. Salah jika kita rasa demikian. Islam dinamakan ISLAM oleh ALLAH SWT sebagai makna selamat. InsyaALLAH kita akan selamat jika kita mengikut islam secara keseluruhannya.MUSLIM KAFFAH..

Akhir..
‘..biarlah nama dan diri kita tidak dikenali oleh penduduk di bumi, namun disebut2 dan dikenali oleh sekalian penduduk di langit..’
insyaALLAH~

~SEMUA TENTANG KITA~
=)

Ciri-Ciri Wanita Ahli Syurga

Assalamu'laikum wbt..
Didoakan semoga sahabat2 pembaca sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat ALLAH SWT..

Perkongsian mengenai ciri2 wanita ahli syurga..
(diambil dari laman bicaramuslim.com)

"Apakah hanya orang-orang beriman dari kalangan laki-laki dan bidadari-bidadari saja yang menjadi penduduk syurga ? Bagaimana dengan isteri-isteri kaum mukminin di dunia yakni wanita-wanita penduduk bumi ? "

Isteri-isteri kaum mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di surga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk syurga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Tentunya setiap wanita muslimah ingin menjadi ahli syurga. Pada hakikatnya wanita ahli syurga adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Seluruh ciri-cirinya merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. Di antara ciri-ciri wanita ahli syurga adalah :

1.Bertakwa.

2.Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya,
kitab-kitab-Nya, rasul-rasul- Nya, hari kiamat dan beriman kepada taqdir yang baik maupun yang buruk.

3.Bersaksi bahwa tiada Ilah yang berhak disembah kecuali Allah semata, bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba Allah dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan naik haji bagi yang mampu.

4.Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah,
jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

5.Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap adzab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6.Gemar membaca Al-Qur’an dan berusaha memahaminya, berdzikir mengingat Allah ketika sendiri atau bersama banyak orang, dan berdo’a kepada Allah semata.


7.Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8.Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin dan seluruh makhluk,
serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.

9.Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang menahan pemberian kepada dirinya, dan mema’afkan orang yang menzaliminya.

10.Berinfak baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.

11.Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

12.Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13.Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14.Berbakti kepada kedua orang tua.

15.Menyambung tali silaturrahim dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

Demikian beberapa ciri-ciri wanita ahli surga yang
saya sadur dari kitab Majmu’ Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah hanya 11 hal. 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan, tetapi ciri-ciri wanita ahli surga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya.



ALLAH SWT berfirman :
…. Dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar. (Q.S. An-Nisa’ : 13)

Wallahu a’lam..
http://www.myquran.orang/forum/showthread.php?t=14524

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.

(Al Baqarah [2]:286)

Solehahkah hamba Ya Allah...?..

Salam 9 Ramadhan..
Tinggal sehari lagi dalam melewati fasa rahmat(ikut hadith)..
Moga rahmat ALLAH meliputi kita semua..
Tersentuh dengan satu kiriman yang ringkas, namun cukup memberi kesan pada hati ini untuk muhasabah.
~Ciri-ciri wanita solehah~
Solehahkah hamba Ya ALLAH...?


Antara ciri-ciri wanita solehah:


1. Tawakalnya kepada Allah SWT dan kepercayaan kepadaNya.

2. Keredhaannya terhadap pemberian Allah SWT.

3. Ketakutannya terhadap Allah SWT.

4. Muraqqbahnya kepada Allah SWT.

5. Ketinggian semangatnya dalam mentaati Allah SWT.

6. Kesungguhannya dalam melakukan Qiyamulail.

7. Keikhlasan dalam melaksanakan ibadat kepada Allah SWT.

..syukran pada ukhti Zarina atas perkongsian yang bermakna..

Sama2 kita perbanyakkan doa untuk saudara Islam kita yang lain juga.Terasa detik kiamat amat hampir dengan kita. Dengan kemungkaran dan kezaliman yang semakin bertambah.Takut dengan kemurkaan dan azab ALLAH yang boleh turun bila2 masa.. Mungkinkah sejarah ummat terdahulu akan berulang??..di negara kita?

Wa'iyadzubillah..


Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunah Allah; karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).
(Al Imran:137)


"Ya Tuhanku, ampunilah aku dan saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmat Engkau, dan Engkau adalah Maha Penyayang di antara para penyayang".
(Al A'raf: 151)

Semua tentang kita..


Assalamualaikum wbt..
Menjadi puteri solehah pada pandangan ALLAH..itu yang utama.
ALLAH tidak memandang rupa, tetapi ALLAH memandang kebaikan budi dan akhlak kita..
'setiap saat adalah peluang untuk menjadi solehah..'





 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ..MENCARI REDHA ALLAH.. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net