Showing posts with label Ukhuwahfillah. Show all posts
Showing posts with label Ukhuwahfillah. Show all posts

Kasih ALLAH melalui Sahabat..


Bismillah wal hamdulillah..


Saat hati terasa kekurangan,rindukan pengisian..memerlukan kekuatan..,
ALLAH titipkan kebaikanNYA melalui hamba2Nya..tanpa perlu dipinta,ALLAH kirimkan kekuatan tersebut. Benar sabda Rasulullah saw.. tautan ukhwah berdasarkan aqidah itu adalah hadiah dari ALLAH dan menjadi salah satu tunjang kekuatan orang2 mukmin..

Hampir menitis air mata mendapat beberapa mesej daripada sahabat2 yang dekat dengan ALLAH..tanpa dipinta,seakan mereka turut merasa apa yang dirasa.. umpama air yang mengalir, menolak kegusaran dan kabut yang ada..juga menyedarkan kembali diri yang alpa. Segala pujian itu hanya bagimu Ya ALLAH...kerana ALLAH jualah yang menggerakkan segala..

Mesej daripada seorang sahabat. Diri ini banyak belajar qudwah melalui dirinya yang teguh dalam perjuangan dan menjadikan Al Quran dan zikrullah sebagai pendampingnya sentiasa ..

'..sahabatku..dulu,semalam dan hari ini kau melihat generasi demi generasi menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari ALLAH.. Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan.. dirimu benar2 kebuntuan dan bertanya; ‘apa yang harus kulakukan untuk menebus kelelahan umat ini?..jawabku, bukankah kau seorang da’ie dan mujahidah? Katamu lagi.. ‘tapi langkahku lambat…’ jawabku, kau lambat kerana engkau menyibukkan diri dengan urusan duniamu.. mengejar impianmu dan lupa hari kebangkitan.. sedangkan pada hari itu amalanmu akan dibentang dan tubuhmu terbuka.. Apakah di sana bekalmu?..pada akhir zaman, orang yang memegang tali perjuangan ibarat menggenggam bara api, andai terus digenggam, hancur luluhlah jiwanya. Namun andai dilepas hancurlah dunia.. sahabat, jangan takut untuk berjuang kerana orang yang berjuang memang dirintagi dengan ujian. Sesungguhnya ALLAH bersama orang2 yang sabar.. kita hidup untuk perjuangan.. mati untuk kehidupan..Syurga sebagai impian. - kata2 imam Nawawi-
Sahabat..hidup ini perlu dihayati supaya kita tidak lupakan tujuan dihidupkan. Biarlah kita hidup dalam kepayahan asalkan kita dipandang ALLAH.. jangan kita hidup dalam kesenangan naumunjauh dari redhaNya..

Tazkiyah sahabat kedua juga bermakna.. Kuat hubungannya dengan ALLAH..

..pernah ditanya kepada Rasulullah saw; siapakah manusia yang terbaik?..Baginda saw menjawab, ‘orang mukmin yang basah hatinya’ ;…kemudian baginda ditanya lagi, ‘siapakah mukmin yang basah hatinya?’ lantas Rasulullah saw menjawab; ‘iaitu orang yang bertaqwa… Hatinya basah, tidak melakukan penderhakaan dan pengkhianatan terhadap ALLAH.. Tidak berdendam dan dengki kepada orang lain..’ (HR Ibnu Majah)

..Syukran Ya ALLAH…
..Limpahilah kebaikan dan sejuk rahmatMu buat semua sahabat hamba walau di mana mereka berada..

Ber'cinta' dengan Sahabat?


Assalamu’alaikum wbt..

Segala puji-pujian itu hanya pada ALLAH…dan pengampunan itu juga milikNya. Moga ALLAH mengampuni diri ini pada bicara yang salah..

Tertarik untuk berkongsi pembacaan bersama sahabat2.

Sebelum ini dalam usrah, dalam halaqah dan perbualan harian, kerap juga diri ditanya dengan soalan; ‘..bagaimana saya nak menegur sahabat saya yang ber’couple’?..persoalan yang biasa ana jawab dengan panjang sambil dalam masa yang sama bermuhasah dan menghitung sejauh mana jawapan yang ana berikan ana amalkannya dalam kehidupan.Kadang2 ana sedar jawapan yang diberi tidak begitu praktikal bagi yang bertanya. Secara idealnya itu betul, namun untuk praktikal bukan semudah yang dituturkan. Kelemahan yang ana sedari dalam diri ana..Apatah lagi soalan yang dilontarkan turut berada dalam ruang lingkup hidup ana sendiri dalam menggalas tanggung jawab sebagai hamba ALLAH,kakak,sahabat dan saudara..

HILAL ASYRAF- Satu nama yang tidak asing dalam dunia penulisan dan dakwah. Jawapan dari beliau membawa diri untuk berfikir dan bermuhasabah..Bagi ana jawapan yang diberikan bukan semata panduan sebagai sahabat. Namun berguna untuk insan yang bergelar ayah, ibu, abang dan kakak juga..Ana panjangkan jawapan Ust Hilal..

‘COUPLE’ dan Lompang KASIH SAYANG

Pertanyaan yang turut dijawab dengan pertanyaan;
‘..kamu ber’couple’ tak dengan kawan perempuan kamu itu?
Seseorang itu bercinta kerana lompang kasih sayang yang wujud dalam jiwanya terisi. Ungkapan2 sayang, hadiah2 yang mengisi kasih, momen2 indah yang tidak dapat dilupakan, ambil berat, perhatian dan banyak perkara lagi yang didahagakan oleh fitrah manusia.Di situlah biasanya membawa kepada bersatunya dua insan atas nama ‘couple’.
Di sinilah timbul persoalan;
..kalau kita tidak menyukai sahabat kita ber’couple’, mengapa tidak kita yang mengisi lompangan yang ada dalam jiwanya itu?
..kita tidak menyintai sahabat kita secinta-cintanya. Kita tidak begitu ambil berat tentang dia. Kurang bertanya khabar. Berhubung juga tidak,apabila perlu sahaja. Ungkapan sayang jauh sekali. Hadiah?? Usah dicerita. Tidak diberi.. Ulang tahun kelahirannya pun tidak diketahui bila harinya.Peluk kasih pun tidak pernah..Apabila sahabat terjerumus ke lembah percintaan, menumpang kasih kepada manusia yang ingin memberinya kasih, kita mengata,menyalah dan menolaknya.

APABILA WUJUD KEAKRABAN

Kecenderungan untuk sesorang yang terisi lompang kasih sayang di dalam jiwanya untuk bercinta adalah sangat tipis berbanding yang kosong. Betul, masih ada yang bercouple, namun kuantitinya lebih sedikit berbanding yang jiwanya kosong dengan kasih sayang. Juga berbeza jika seseorang bercinta, dan kita akrab dengannya,berbanding bercinta tetapi kita tidak akrab dengnnya. Bezanya?? ..kita yang akrab akan lebih mudah menyedarkannya.. Kerana kita adalah sahabat yang terbaik, memberikan perhatian padanya. Mengambil berat, prihatin tentang perasaanyaa, hari ulang tahunnya dan sebagainya..'

ISI HATINYA

Kesimpulannya,jika kita seorang sahabat, kita isi dengan sentuhan kasih pada hatinya. Memetik lagi kata2 ust Hilal; ..kalau sekadar menyebut firman ALLAH SWT; ‘dan janganlah kamu menghampiri zina’ semua orang juga boleh..namun sejauh mana kita sebagai sahabat betul2 berusaha membimbing sahabat kita dalam hal2 tersebut.

P/S:.(ambil perhatian;sahabat perempuan dengan perempuan. Sahabat lelaki dengan lelaki=) Perkara yang sama juga boleh diamalkan oleh seorang ayah,ibu, kakak dan juga abang. Jika ibu bapa kita tidak mulakan, insyaALLAH mulakan dengan diri kita..Moga ini semua dapat membantu dalam mengurangi masalah sosial yang semakin berleluasa

Daripada pembacaan:
1. Mulakan didikan daripada keluarga.Wujudkan suasana yang muhibbah dan kasih sayang.. Wujudkan budaya usrah dalam keluarga. Solat berjemaah.. Lakukan juga aktiviti secara bersama2, berbual dan berbincang.
2. Ayah perlu lebih menjaga dan mengasihi anak perempuan.Sebab anak perempuan lebih sukakan perhatian dan kasih sayang.Sentiasa memimpin kemahuannya ke arah yang baik..Begitu juga dengan anak lelaki. Dalam mendidiknya menjadi kuat,sewaktu kecilnya juga perlu dipeluk,didukung dan dan ditunjukkan kasih supaya waktu dewasanyanya walau jauh hatinya sentiasa teringat dan terpaut pada kedua orang tuanya.
3. Sentiasa menunjukkan kasih sayang, mengambil berat dan berkongsi. Tunjukkan perhatian dan kepercayaan dan penghargaan pada setiap perilakunya..

Wallahu’alam..
Rujukan ANIS; Oktober 2010

Engkau menangis,sahabatku?...

Titipan buat sahabat2, saudara seakidahku..
Sungguh, ALLAH sentiasa bersamamu dan bersamaku..
Beberapa hari selepas kewafatan Rasulullah, para Sahabat berkumpul di hadapan rumah Sayidina Abu Bakar As Siddiq. Mereka ingin mendengar kata-kata penyejuk hati dan pengubat duka yang menimpa.

Sayidina Abu Bakar masih berada di dalam rumah. Dadanya terasa sebak. Sedang hatinya masih dilanda kerunsingan dan kesedihan. Ingatan kepada Rasulullah tak pernah putus.

Sayidina Abu Bakar cuba duduk untuk menenteramkan hatinya. Ia terkenang kembali saat-saat indah yang dilaluinya semasa Hijrah bersama Rasulullah. Dan peristiwa semasa bersembunyi di Gua Tsur adalah kenangan yang tak akan dilupakannya.

Sebelum masuk ke gua yang gelap dan sempit itu, ia terlebih dahulu memeriksa semak dan belukar agar tidak ada binatang berbisa yang mengancam keselamatan Rasulullah. Semua lubang disumbatnya dengan sobekan serban dan gamisnya. Barulah kemudian Rasulullah dipersilakan masuk.

Kerana letihnya Rasulullah, baginda tertidur di pangkuan sahabatnya itu. Baginda tidur dengan lena. Nafas baginda yang berbau harum, menghembus lembut bagaikan aliran air di Wadi Jalilah. Sedang di hujung kaki baginda, masih ada satu lubang yang masih belum ditutup.

Abu Bakar merasa bimbang sekiranya lubang itu dihuni oleh binatang berbisa. Tetapi dia tidak sampai hati untuk membangunkan Rasulullah. Perlahan-perlahan Abu Bakar menggerakkan kakinya untuk menutup lubang tersebut.

Ternyata apa yang dibimbanginya adalah benar. Lubang tersebut dihuni oleh binatang berbisa. Sebuah gigitan yang cepat dan memedihkan melukai tapak kakinya. Gigitan itu makin lama makin pedih. Dan sampai ke paras mata kaki, ia kelihatan biru dan bengkak.

Abu Bakar amat kesakitan. Begitu pedihnya sehingga dia terpaksa mengetap bibirnya. Lalu...beberapa titis air matanya jatuh di pipi Rasulullah. Dan Rasulullah terjaga. Baginda amat terperanjat melihat wajah Abu Bakar.

"Engkau menangis, sahabatku? Kenapa wajahmu pucat?" tanya Rasulullah sambil bangkit dari pembaringan.

Abu Bakar masih diam. Dia tidak sampai hati untuk menceritakan apa yang menimpa. Dia bimbang Rasulullah akan susah hati di tengah-tengah perjalanan yang sememangnya penuh kesusahan. Tetapi Rasulullah memahami peristiwa yang sedang berlaku.

"Engkau digigit haiwan berbisa, sahabatku?"

Abu Bakar mengangguk perlahan.

"Di bahagian mana?" tanya baginda dengan tatapan mata penuh simpati.

"Di bahagian kaki kiri," jawab Abu Bakar sambil menahan sakit.

Mendadak dada Abu Bakar jadi gemuruh. Bukan oleh kesakitan yang semakin merebak. Tetapi oleh tindakan Rasulullah yang tidak pernah disangka-sangkanya. Nabi yang agung itu mengangkat kaki kiri Abu Bakar, lalu menempelkan mulutnya pada bekas sengatan itu. Kemudian menghisapnya berulang kali, mengeluarkan darah yang terkena racun sampai bersih.

Dan sungguh...betapa agungnya peribadi itu. Rasul yang mampu memberikan kasih sayang sejati di mana mana, bila-bila masa serta dalam bentuk apa sahaja. Rasul yang bersedia susah dan hidup miskin agar umatnya terbebas dari kemelaratan. Rasul yang rela beribadah sampai kakinya bengkak-bengkak, demi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan umatnya. Dan tidak ada siapa menginginkan peribadi mulia itu pergi untuk selama-lamanya.

Lamunan Abu Bakar dikejutkan oleh panggilan beberapa orang Sahabat. Abu Bakar melangkah dengan perlahan, mendapatkan para Sahabat yang telah sedia berkumpul di luar rumah.

"Saudara-saudaraku...jika engkau kehilangan, aku lebih kehilangan. Jika engkau berduka, aku lebih berduka,"
ujar Abu Bakar berdiri dengan tenang di hadapan para Sahabat.

"Namun kita tidak boleh menyerah kepada musibah. Sebab betapa pun kita cuba mengelak, tetapi setiap ketentuan Ilahi pasti terjadi. Bukankah Rasulullah yang sama-sama kita cintai pernah bersabda bahawa kita di dunia ini hanyalah ibarat musafir yang singgah sekejap dalam perjalanan panjang yang amat jauh.

Jadi, bukan di sini untuk kita menjalin pertemuan hakiki. Tetapi...nun di Akhirat sana, tempat yang semua kita akan tuju. Di sanalah pertemuan abadi akan kita nikmati dengan Rasulullah yang kita cintai," ucap Abu Bakar lagi.

"Betulkah kita boleh berkumpul semula dengan Rasulullah?" keluh seorang Sahabat.

Pasti...pasti kita akan menemui baginda semula selagi kita sama-sama menempuh jalan yang telah ditempuhi baginda," tegas Sayidina Abu Bakar memberikan keyakinan.


Di atas kecintaan dan keyakinan itulah perjuangan Rasulullah disambung oleh para Sahabat, sehinggalah Islam tersebar ke seluruh pelosok dunia. Dan kini....kecintaan dan keyakinan itu perlu disemai dan dimiliki semula, demi tertegaknya syiar Islam yang agung.
Kesedihan dan kesusahan itu teman Rasulullah..Moga dikau tabah dalam sunnahnya.. Takdir ALLAH begitu lembut buatmu..
Juga teladan buatku..

'kalau setiap saat kau ingat ALLAH, dan saat itu juga daku teringatkan ALLAH, bermakna kita menjadi satu kerana menyintaiNya yang satu, di situlah selayaknya hati kita bertemu.. '
Doa yang berpanjangan buat dirimu..=)

Kecintaan Sesama Saudara Islam Kerana ALLAH..


Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, di antara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya."
(HR. Ibnu Hibban dan Al-Hakim )

..SEMOGA UKHUWWAH KITA SEMUA BERKEKALAN HINGGA KE AKHIRAT,KE SYURGA..
Moga sahabat2 dapat membantu diri ini andai di akhirat kelak ada lekatan di sisi ALLAH.. Mungkin pada timbangan amalan yang tidak mencukupi, tergelincir sewaktu meniti sirat, diletakkan dalam golongan kiri dan sebagainya.Wa'iya zubillah..

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Salam sayang dan doa berterusan untuk semua.. Maaf juga andai ada khilaf dan hak sahabat yang tidak tertunai dengan baik..

Sayang kalian kerana ALLAH.. =)

Melangkah ke Semester Baru


Saat ini hati teringat suasana yang pernah dilalui.
R.I.N.D.U.
Itu sebetulnya..=)
Rindu pada semua suasana yang ada. Rindu suasana tarbiyyah, rindu sahabat2,adik2.. Rindu berada dalam usrah, rindu pada kelas pengajian,daurah.. Suasana liqa’; mencari idea dan penyelesaian(walaupun kadang kala tidak menemui penyelesaian^_^, ) , solat Jemaah tentunya, dan pelbagai lagi. Kesusahan?..itulah kemanisan yang paling meninggalkan kesan. Tidak mampu menilainya. Betul kata Tok Guru.. Susah itu tarbiyyah. Malu juga untuk menafsirkan yang dilalui itu kesusahan.. Teringat kata2 Ibnu Ata’illah; Jiwa mukmin itu sentiasa damai. Lantaran redha dengan segala takdir ALLAH padanya.. Jika diteliti ayat ini, betul…Semua adalah pemberian ALLAH..=) Hanya Tarbiyyah, bukan susah. Empat tahun di alam kampus adalah detik2 yang amat berharga buat diri..Banyak mengajar dan mentarbiyyah diri ini tentang erti kehidupan.
HIDUP DALAM MENCARI REDHA ALLAH~
Namun bukan itu yang ingin diperkatakan..=)
Saat ini hati lebih teringatkan sahabat2 dan adik2 yang bakal meneruskan perjuangan. Doa semoga mata rantai pejuang Islam yang ada terus teguh dan tabah dalam membawa Islam. Sungguh, kalian adalah waris perjuangan Rasulullah saw..
Diri bukanlah qudwah., tidak layak rasanya untuk mengatakan tentang perjuangan, namun hati teringin untuk sampaikan juga semuanya. Moga ianya juga satu muhasabah dan doa buat diri untuk meneruskan perjuangan yang ada.
Untuk sahabat2 dan adik2.. Junjung dan juanglah Islam sekuat yang termampu. Jadikan ALLAH sebagai matlamat utama.Pegang betul2 Firman ALLAH dalam surah Muhammad;7

“ Hai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu..”

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
( At Taubah;71)

Juga sabda Junjungan kita, Rasulullah saw tentang orang mukmin;

‘Sesungguhnya di antara manusia itu ada yang menjadi pembuka untuk kebaikan dan penutup dari kejahatan. Dan ada juga manusia yang menjadi pembuka kejahatan dan penutup kebaikan. Maka sungguh beruntung bagi orang yang dijadikan ALLAH sebagai pembuka kebaikkan, dan binasa orang yang dijadikan ALLAH pembuka kejahatan di tangannya..’

Gunakan segala kekuatan, kelebihan dan peluang yang ada untuk sebarkan syiar Islam. Tunjuk Islam itu indah..Keadaan sekarang lebih memerlukan sesuatu yang nyata dan jelas dilihat, melebihi dari kata2.=) Sentiasa berdoa dan bersangka baik dengan ALLAH. Bukan mudah untuk melakukan kebaikkan..apatah lagi untuk jangka masa yang panjang. Mehnah dan dugaannya terlalu banyak. Jaga segala keberkatan yang ada..

Semoga ALLAH meletakkan kita semua dalam golongan pembuka kebaikan dan mejauhi kita dari sebaliknya..-

..'Sesungguhnya perjalanan seorang da'e itu sgt pjg,dan melelahkan...ketika itu org lalai akan hairan melihat si da'e menyengsarakan diri dlm kelelahan dan bertanya..."Sampai bila kau akan melelahkan diri?" Maka jawab si da'e dgn pasti.."Sebenarnya aku mengharapkan istirehat syurga...(Al-Fawaid-Ibnu Qayyim)

Aku bangga melihat dirimu derita dalam perjuangan daripada melihatmu gembira dalam kelalaian...aku juga bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan daripada melihat tawamu dalam pengkhianatan... aku turut bangga andai dikau syahid di medan kebenaran daripada hidupmu dalam kesesatan...kerana jangan lupa sahabatku..dikau mulia bukan kerana harta dan pangkat tetapi kerana islam...

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ..MENCARI REDHA ALLAH.. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net