TETAMU RAMADHAN..

Perkongsiaan dari seorang sahabat tentang 'persiapan menyambut Ramadhan..'
Moga ianya bermanfaat ..

Alhamdulillah, tidak berapa lama lagi umat Islam diseluruh dunia akan menyambut ketibaan tetamu agung dari Allah SWT kepada umat Muhammad SAW iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak. Bulan yang penuh kerahmatan, keampunan dan pembebasan daripada api neraka.

Didalamnya ada puasa, solat terawih, tadarus al-quran, sedekah, zakat dan lailatulqadr. Maha suci Allah yang memuliakan umat Muhammad SAW dengan sebaik- baik bulan, agar mereka dapat menggunakan kesempatan yang ada untuk mencari sebanyak-banyak bekalan untuk dibawa bersama kealam yang kekal abadi.

Al-Marhum Ustaz Mustafa Masyhur menggambarkan perjalanan orang-orang mukmin dalam bulan Ramadhan itu seperti melalui sebuah taman yang dipenuhi segala keindahan yang menyejukkan mata memandang setelah melalui tanah gersang yang dipenuhi pelbagai fitnah. Alangkah seronoknya orang-orang yang beriman, menerima kedatangan bulan Ramadhan untuk mereka menumpukan perhatian sepenuhnya kearah membersihkan jiwa mereka dari segala dosa dan noda, menggembalikannya semula kepada fitrah sekaligus mencapai matlamat taqwa yang dijanjikan buat mereka...
subhanallah...

Justeru apakah persediaan kita menjelang ketibaan tetamu agung yang wajib kita layani ini. Sekiranya kita diberitahu kedatangan seorang kenamaan ke rumah kita, pastinya kita tidak akan senang duduk. Berfikir untuk mengemas dan menghias rumah sebaik mungkin. Jika perlu dicat, diganti perabut dan dibaiki kerosakan yang ada pasti kita akan lakukan. Hasrat kita adalah untuk melayan tetamu tadi dengan sebaik mungkin, supaya tetamu merasa selesa berada di rumah kita. Itu belum lagi menyediakan makan minum yang enak-enak serta menyelerakan.
Sudah tentu tetamu tadi akan merasakan kedatangnya benar-benar dihargai dan sangat dialu-alukan.

Nah, sekarang persoalannya bagaimana jika tetamu tadi itu adalah Ramadhan Al-Mubarak, bagaimana persiapan kita? Adakah kita merasa tidak senang duduk dengan kehadirannya, tidak membuat sebarang persiapan untuk Ramadhan yang bertamu atau merasakan kehadirannya tidak penting. Kegembiraan seorang mukmin dalam menyambut kedatangan Ramadhan telah digambarkan oleh Baginda SAW melalui sepotong doa yang bermaksud:

“Wahai Allah tuhan kami, berkatilah kami dalam bulan rejab dan Syaban, serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan”.

Doa ini jelas memberi kefahaman bahawa bulan Ramadhan itu adalah bulan yang amat dinanti-nantikan oleh baginda dan begitu jugalah orang- orang yang beriman yang meneladani Rasulullah SAW.

Saudara-saudari yang dikasihi sekalian,

Ramai dikalangan kita merasa sedih jika tidak ada persiapan untuk menyambut aidilfitri, tetapi ramai yang tidak sedih jika tidak ada persiapan untuk meyambut Ramadhan. Bukan persiapan fizikal yang diperlukan untuk menghadapi Ramadhan, tetapi persiapan ruhi untuk menyambut Ramadhan sebagai ‘tetamu’ agung dari Allah dengan penuh kemesraan dan kesyukuran. Oleh itu, ada beberapa persiapan yang wajar kita laksanakan sebelum melangkah masuk ke bulan Ramadhan Al-Mubarak dan antara yang perlu sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr. Abdul Khaliq Al-Syarif (lihat www.Islamonline.net) ialah:

1. Bertaubat kepada Allah daripada segala dosa yang kecil mahupun besar dengan tujuan membersihkan diri dan hati untuk menempuh gerbang bulan ramdhan yang mulia dengan jiwa yang bersih dan suci.

2. Menjernihkan semula hubungan baik sesama manusia sama ada kedua-dua ibubapanya, sanak saudara mahupun sahabat handai.

3. Melatih diri dengan amal-amal kebaikan dibulan Syaban dengan
memperbanyakkan tilawah al-quran, qiyamullail dan puasa supaya dapat melaksanakan ibadat-ibadat tersebut dengan lebih sempurna pada bulan Ramadhan.
Bahkan Rasulullah SAW juga banyak berpuasa dalam bulan Syaban sebagaimana yang diriwayatkan dalam hadis sahih (lihat Riyadh al-solihin/hadis: 1247).

4. Merujuk semula fiqh puasa, untuk mengingati semula kaedah puasa yang bertepatan dengan sunnah, berserta rukun dan syarat-syaratnya terutamanya berkaitan adab-adab puasa yang sering diabaikan. Dalam hal ini para pembaca boleh merujuk kitab-kitab fiqh yang muktabar seperti Fiqh Mazhab Syafie (Al- Fiqh Al-Minhaji) yang terdapat terjemahannya dalam bahasa Melayu.

Saudara-saudari yang dikasihi,

Oleh itu, marilah bersama-sama mempersiapkan diri kita untuk menerima kunjungan Ramadhan dalam pesta ibadah yang menjanjikan ganjaran bonus berlipat kali ganda. Semoga Ramadhan yang bakal kita lalui ini lebih baik dari yang pernah kita lalui. Disamping taqwa sebagai sasaran, marilah kita bersama menginsafi diri kita dengan merenung kebesaran Allah diatas segala nikmatNya kepada kita disamping berazam dengan sepenuh hati untuk melakukan yang terbaik untuk Ramadhan kali ini. Dengan harapan juga agar Ramadhan kali ini tidak ˜berkecil hati menerima layanan kita.
Wallahu a’lam.

*mudah-mudahan kami sempat menemui Ramadhan nanti Ya Allah!

~Lambaian Ramadhan~

Assalamu'alaikum wbt..
Bicara dengan seorang sahabat, yang juga belahan jiwa bagi diri ini pada siang tadi, membuatkan diri muhasabah.. Sejujurnya perasaan yang sama juga bermain dalam hati ini. Entah mengapa terasa pilu dengan ramadhan yang bakal tiba..Sempat ke Ya ALLAH untuk hamba bertemu dengan Ramadhan kali ini?..peluang untuk memohon keampunan itu yang hamba ingin dapatkan..Bukan tiada pada bulan2 lain, tetapi kerana janjiMu pada bulan barakah ini untuk memberi keampunan yang membuatkan hamba tidak sabar untuk bertemu dengannya. Terasa ingin memohon hati yang baru daripada ALLAH..Terasa terlalu banyak bintik dan karat mazmumah yang ada dalam hati ini yang menghalang diri ini betul2 hampir padaNYA. Sampai bila harus diri ini menipu ALLAH.. Mulut berkata tentang iman dan taqwa sedangkan hati belum sepenuh merasainya..Berkata tentang cinta ALLAH, sedang hati belum sepenuh denganNya.. Ya ALLAH...sampaikanlah hamba dengan bulan Ramadhan..
Rezekikan hamba untuk mendapat keampunanMu..
Keampunan dengan sebenar2 keampunan...

Rindu Abah dan Ma..=,)

Untuk Ma dan Abah..

InsyaALLAH anakmu ini akan sentiasa menyayangi,menjaga dan mendoakan kalian..

Semua tentang kita..


Assalamualaikum wbt..
Menjadi puteri solehah pada pandangan ALLAH..itu yang utama.
ALLAH tidak memandang rupa, tetapi ALLAH memandang kebaikan budi dan akhlak kita..
'setiap saat adalah peluang untuk menjadi solehah..'





'Universiti Mujahadah'


Assalamu'alaikum wbt..
Teringat kata2 Saidina Ali kwj;
'..beribadatlah sehingga kita letih untuk melakukan kejahatan..
Janji ALLAH pada hambanya dalam Al Quran;
..Barang siapa yang bersungguh2 dijalan kami, pasti akan Kami tunjukkan jalan2 Kami..

Kata seorang guru lagi;..mujahadah itu akan menjadi indah dan berkesan seandainya kita menyedari erti di sebalik mujahadah itu, kepada siapa tujuan mujahadah kita dan untuk apa mujahadah tersebut. Bagaimana kita menyusuri jalan mujahadah tersebut akan mempengaruhi gerak laku dan pemikiran kita.
Agar kita tidak berseorangan,ALLAH membekalkan kita teman2 dalam menyusuri jalan mujahadah ini. Teman yang sentiasa bersama kita..24 jam=)Teman yang tidak akan pernah meninggal dan mengecewakan kita seperti Solat.,teman yang tidak pernah berdusta seperti AL Quran,teman yang menenangkan seperti Zikrullah.., teman yang memberi petunjuk seperti Istikharah, teman yang menguatkan kita seperti tawakkal dan teman yang menyampaikan hajat kita seperti doa..Cantik sangat jalan ciptaan ALLAH..
Teringat juga kata2 seorang sahabat,yang menusuk ke dalam hati ini.. Tentang perkara yang pelik dalam islam. Apa perkara yang paling pelik dalam Islam yang tiada pada agama lain?Waktu itu hati dan fikiran berputar mencari jawapan. Pelbagai jawapan datang dalam fikiran dan hati.Namun semuanya ana ragui..Sehingga akhirnya,pasrah., ana gelengkan kepala menandakan tidak tahu...Dengan senyuman,ringkas jawapan sahabat tersebut.
–KEYAKINAN-.
Ya,jalan mujahadah itu tidak akan berlaku tanpa keyakinan. Keyakinan dengan ALLAH itu sendiri, keyakinan dengan kalimah tauhid, keyakinan ALLAH tidak akan membiarkan kita, keyakinan dengan kalimah laahaulawala quwwataillabillah..keyakinan dengan takdir2 dan jaminan ALLAH. Keyakinan inilah akan memberikan ketenangan dalam menyusuri jalan mujahadah.

Namun, tidak sempuran jalan mujahadah ini tanpa bekalan. Ibarat seorang musafir yang berteman tetapi tiada bekalan,juga tidak akan sempurna musafirnya. Dalam menyusuri jalan mujahadah,perlu untuk ada bekalan. Dan tiada bekalan yang paling baik melainkan bekalan taqwa. Perkara inilah yang cuba diri ini selami. Apa maksud taqwa yang sebenarnya. Pelaksanaan taqwa itu bagaimana? Tiada lain, kerana JAMINAN ALLAH hanyalah pada orang2 yang BERTAQWA.Terasa jauh sangat untuk meletakkan diri ini sebagai orang yang bertaqwa..apatah lagi untuk mendapatkan nikmat2 ALLAH..Malu kadang2 untuk meminta dengan ALLAH..Bukan berputus asa dan bergantung atas kudrat, tetapi malu kerana diri dan hati yang belum sepenuhnya pada ALLAH. Taqwa itu bukanlah pada kata2 dan perbuatan sahaja,tetapi pada hati..itu yang utama. Mujadah untuk memupuk taqwa di hati.Itu yang sebenarnya..

~Hanya berdoa moga ALLAH menunjukkan jalan pada diri ini dalam menujuNya~ Sempurnakanlah ketaatan kami padaMu Ya ALLAH..
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ..MENCARI REDHA ALLAH.. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net