PENGHULU SEGALA ISTIGHFAR


Amalan bersama..

قال رسول الله صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي، وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ، وَوَعْدِكَ، مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ.) قَالَ وَمَنْ قَالَهَا مِنْ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَمَنْ قَالَهَا مِنْ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ
(صحيح البخاري)

Sabda Rasulullah saw :
Raja dari semua doa mohon pengampunan adalah kau ucapkan :

“(Wahai Allah, Engkau Tuhanku, Tiada Tuhan selain Engkau, Engkau yg menciptaku, dan aku adalah Hamba Mu, dan Aku ada pada janji dan sumpah setiaku (syahadat), dan aku berbuat semampuku (menunaikan janji dan sumpahku itu), aku berlindung pada Mu dari keburukan yg kuperbuat, aku sedari kenikmatan Mu atasku, dan aku sedari pula perbuatan dosa dosaku pada Mu, maka ampunilah aku, kerana tiada yg dapat mengampuni dosa kecuali Engkau). Barangsiapa yg mengucapkannya di siang hari dg mendalami maknanya lalu ia wafat dihari itu maka ia masuk syurga, barangsiapa yg mengucapkannya di malam hari dengan mendalami maknanya dan ia wafat sebelum pagi maka ia masuk syurga” (Sahih Bukhari)

CINTA KEPADA ALLAH..


Kisah Cinta kepada ALLAH..
(Dipetik daripada blog Ustz Zawawi Ahmad)

Pada satu musim haji, beberapa orang ahli sufi telah berkumpul di Mekkah termasuk Abu Bakar Al-Kattani dan Al-Junaid Al-Bagdadi. Waktu itu Junaid masih lagi muda tetapi merupakan ahli sufi, yang demikian beliau merupakan kalangan ahli sufi yang termuda di dalam majlis tersebut.

Mereka sedang membahaskan konsep cinta kepada Allah khususnya menurut ahli sufi. Masing-masing mengemukakan pendapat masing-masing di dalam majlis tersebut. Setelah itu mereka yang lain merasa ingin mendengar pula pendapat ahli sufi muda ini dalam hal tersebut.

"Sila kemukakan pendapatmu wahai pemuda Iraq." kata mereka kepada Al-Junaid. Maka tertunduklah kepala Al-Junaid dan bersertalah air matanya mengalir dipipinya yang kemudian mengangkat kembali kepalanya seraya berkata,

"
Orang yang asyik Cinta kepada Allah ialah orang yang membebaskan dirinya dari segala nafsunya, dan sebagai akibat daripada itu, dia hanya menyibukkan dirinya berzikir kepada Allah subhanahu wa ta`ala. Dia sentiasa melaksanakan segala tugas-tugas yang Allah suruhkan kepadanya, dia melihat kebesaran Allah dengan mata hatinya. Nur Allah dan kebesaran-Nya menguasai dan menghiasi seluruh jiwanya, sehingga kosong hatinya dari apa saja melainkan Allah. Dia telah minum air cinta yang jernih daripada-Nya. Tersingkaplah segala Hijab sehingga jelas baginya. Maka jika ia bercakap, dia tidak bercakap melainkan bersama Allah. Dari mulutnya tidak keluar satu perkataan melainkan Allah. Demikian jua jika ia bergerak, maka gerak itu atas perintah Allah, dan jika ia mendiamkan diri, dia bersama Allah. Pokoknya segala apa saja gerakan, perkataan dan fikirannya hanyalah kerana Allah dan bersama Allah."

Mendengar keterangan yang sangat menakjubkan itu, maka menangislah kesemua ahli sufi yang hadir dan syeikh yang hadir, lalu berkata "Tidak ada penjelasan yang lebih baik dan terang selain itu." Mereka tersangat kagum kepada Junaid kerana masih terlalu muda dan berupaya mengeluarkan perkataan itu. "Semoga Allah tetap membimbingmu wahai mahkota kerohanian," kata mereka lagi.

Firman Allah kepada Nabi Daud;
"HambaKu yang aku cintai adalah mereka yang mencari Aku, bukan kerana takutkan hukumanKu atau hendakkan kurniaanKu, tetapi semata-mata Aku ini Tuhan"

"Tidak beriman seorang kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain." (Bukhari & Muslim)

Tersebut dalam Kitab Zabur:
"Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang beribadah kepadaKu kerana syurga atau neraka, kalaulah Aku tidak menciptakan syurga atau neraka, apakah aku tidak layak untuk ditaati?"

Abu Sulaiman berkata;
"Siapa yang hari ini (ketika hidup) sibuk dengan dirinya, maka dia itu nanti (setelah mati) akan sibuklah dengan dirinya sendiri. Siapa hari ini sibuk dengan Tuhannya, maka dia itu esok akan sibuk juga dengan Tuahnnya."

Wahyu Allah s.w.t kepada Nabi Isa a.s.;
"Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari 'cintaKu' (padanya)."

Kata Junaid;
"Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan.


Antara bukti kecintaan hamba kepada Khaliq:

1. Cinta untuk bertemu Tuhannya
2. Membanyakkan sujud
3. Sanggup mencari syahid dan berjuang di jalan Allah
4. Tidak akan berbuat maksiat
5. Cinta untuk berzikir kepada-Nya
6. Cinta kepada Al Quran
7. Rajin bertahajjud
8. Berasa nikmat apabila mentaati perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya
9. Tidak terpengaruh dengan celaan orang.
10. Takut- iaitu takut pada tempatnya.
11. Menyembunyikan kecintaan.

Ber'cinta' dengan Sahabat?


Assalamu’alaikum wbt..

Segala puji-pujian itu hanya pada ALLAH…dan pengampunan itu juga milikNya. Moga ALLAH mengampuni diri ini pada bicara yang salah..

Tertarik untuk berkongsi pembacaan bersama sahabat2.

Sebelum ini dalam usrah, dalam halaqah dan perbualan harian, kerap juga diri ditanya dengan soalan; ‘..bagaimana saya nak menegur sahabat saya yang ber’couple’?..persoalan yang biasa ana jawab dengan panjang sambil dalam masa yang sama bermuhasah dan menghitung sejauh mana jawapan yang ana berikan ana amalkannya dalam kehidupan.Kadang2 ana sedar jawapan yang diberi tidak begitu praktikal bagi yang bertanya. Secara idealnya itu betul, namun untuk praktikal bukan semudah yang dituturkan. Kelemahan yang ana sedari dalam diri ana..Apatah lagi soalan yang dilontarkan turut berada dalam ruang lingkup hidup ana sendiri dalam menggalas tanggung jawab sebagai hamba ALLAH,kakak,sahabat dan saudara..

HILAL ASYRAF- Satu nama yang tidak asing dalam dunia penulisan dan dakwah. Jawapan dari beliau membawa diri untuk berfikir dan bermuhasabah..Bagi ana jawapan yang diberikan bukan semata panduan sebagai sahabat. Namun berguna untuk insan yang bergelar ayah, ibu, abang dan kakak juga..Ana panjangkan jawapan Ust Hilal..

‘COUPLE’ dan Lompang KASIH SAYANG

Pertanyaan yang turut dijawab dengan pertanyaan;
‘..kamu ber’couple’ tak dengan kawan perempuan kamu itu?
Seseorang itu bercinta kerana lompang kasih sayang yang wujud dalam jiwanya terisi. Ungkapan2 sayang, hadiah2 yang mengisi kasih, momen2 indah yang tidak dapat dilupakan, ambil berat, perhatian dan banyak perkara lagi yang didahagakan oleh fitrah manusia.Di situlah biasanya membawa kepada bersatunya dua insan atas nama ‘couple’.
Di sinilah timbul persoalan;
..kalau kita tidak menyukai sahabat kita ber’couple’, mengapa tidak kita yang mengisi lompangan yang ada dalam jiwanya itu?
..kita tidak menyintai sahabat kita secinta-cintanya. Kita tidak begitu ambil berat tentang dia. Kurang bertanya khabar. Berhubung juga tidak,apabila perlu sahaja. Ungkapan sayang jauh sekali. Hadiah?? Usah dicerita. Tidak diberi.. Ulang tahun kelahirannya pun tidak diketahui bila harinya.Peluk kasih pun tidak pernah..Apabila sahabat terjerumus ke lembah percintaan, menumpang kasih kepada manusia yang ingin memberinya kasih, kita mengata,menyalah dan menolaknya.

APABILA WUJUD KEAKRABAN

Kecenderungan untuk sesorang yang terisi lompang kasih sayang di dalam jiwanya untuk bercinta adalah sangat tipis berbanding yang kosong. Betul, masih ada yang bercouple, namun kuantitinya lebih sedikit berbanding yang jiwanya kosong dengan kasih sayang. Juga berbeza jika seseorang bercinta, dan kita akrab dengannya,berbanding bercinta tetapi kita tidak akrab dengnnya. Bezanya?? ..kita yang akrab akan lebih mudah menyedarkannya.. Kerana kita adalah sahabat yang terbaik, memberikan perhatian padanya. Mengambil berat, prihatin tentang perasaanyaa, hari ulang tahunnya dan sebagainya..'

ISI HATINYA

Kesimpulannya,jika kita seorang sahabat, kita isi dengan sentuhan kasih pada hatinya. Memetik lagi kata2 ust Hilal; ..kalau sekadar menyebut firman ALLAH SWT; ‘dan janganlah kamu menghampiri zina’ semua orang juga boleh..namun sejauh mana kita sebagai sahabat betul2 berusaha membimbing sahabat kita dalam hal2 tersebut.

P/S:.(ambil perhatian;sahabat perempuan dengan perempuan. Sahabat lelaki dengan lelaki=) Perkara yang sama juga boleh diamalkan oleh seorang ayah,ibu, kakak dan juga abang. Jika ibu bapa kita tidak mulakan, insyaALLAH mulakan dengan diri kita..Moga ini semua dapat membantu dalam mengurangi masalah sosial yang semakin berleluasa

Daripada pembacaan:
1. Mulakan didikan daripada keluarga.Wujudkan suasana yang muhibbah dan kasih sayang.. Wujudkan budaya usrah dalam keluarga. Solat berjemaah.. Lakukan juga aktiviti secara bersama2, berbual dan berbincang.
2. Ayah perlu lebih menjaga dan mengasihi anak perempuan.Sebab anak perempuan lebih sukakan perhatian dan kasih sayang.Sentiasa memimpin kemahuannya ke arah yang baik..Begitu juga dengan anak lelaki. Dalam mendidiknya menjadi kuat,sewaktu kecilnya juga perlu dipeluk,didukung dan dan ditunjukkan kasih supaya waktu dewasanyanya walau jauh hatinya sentiasa teringat dan terpaut pada kedua orang tuanya.
3. Sentiasa menunjukkan kasih sayang, mengambil berat dan berkongsi. Tunjukkan perhatian dan kepercayaan dan penghargaan pada setiap perilakunya..

Wallahu’alam..
Rujukan ANIS; Oktober 2010

Kerana Hati itu Tempat Jatuhnya Pandangan ALLAH..


Bicara tentang hati. Sama2 kita manfaatkan..=)

Imam Ibnu Al Qayyim mengklasifikasikan ibadah dalam 3 (tiga) bahagian, yaitu :

1. Amalan Hati, seperti : Tawakkal kepada Allah SWT., mahabatullah, tawadhu`, khusyû`, niat ikhlas, raja` dan lain sebagainya.

2.Amalan Lisan, seperti : Mengucapkan dua kalimat syahadat, tasbîh, istighfar, bersumpah atas nama Allah SWT. , berdo`a dan lain sebagainya.

3. Amalan Anggota Badan, seperti : Solat, puasa, jihad, menuntut ilmu, berdagang, berladang, dan lain sebagainya.

Amalan yang paling afdhal di antara 3 (tiga) jenis amalan tersebut adalah AMALAN HATI yang dilakukan oleh hati manusia beriman. Ada beberapa alasan yang menjadi dasar dari keutamaan ini:

1. Amalan hati merupakan penentu sah atau tidaknya suatu amalan

Sesungguhnya amalan lahiriyah yang dilakukan oleh lisan dan anggota tubuh lainnya tidak akan diterima oleh Allah SWT., selama tidak disertai dengan amalan hati (niat) yang merupakan dasar bagi diterimanya suatu amal lahiriah. Sabda Rasûlullah SAW:

"Sesungguhnya seluruh amalan harus disertai dengan niat." (Muttafaqun `Alaihi dari Umar bin al-Khaththab ra.)

Kerana itu suatu amal atau pekerjaan atau aktiviti(apapun bentuknya) sangat bergantung dan terkait dengan niatnya. Suatu amal tanpa disertai dengan suatu niat yang benar, seperti halnya badan tanpa ruh atau seperti pohon tanpa buah, tidak berfungsi, dan tidak menguntungkan sedikitpun.

Hatilah yang dinilai oleh Allah SWT, kerana bila bersih niatnya, maka Allah SWT. akan menerima amalannya dan apabila kotor hatinya (niatnya tidak benar atau berbau syirik atau tidak ikhlas), maka dengan sendirinya amal tersebut akan ditolak, sabda Rasûlullah SAW:

"Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada bentuk tubuh dan rupamu, tetapi Dia melihat kepada hatimu sambil Beliau mengarahkan jari-jariNya ke dadanya" (H.R. Muslim dari Abû Hurairah ra ).

2. Hati merupakan cerminan hakikat pemiliknya

Dalam sahîh Bukhari dan Muslim disebutkan bahwa Nabî SAW bersabda:

"Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal darah, apabila dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila dia rusak, maka rusaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahwa segumpal darah itu ialah hati." (Muttafaqun `Alaihi, dari Nu`man bin Basyîr).

Untuk lebih memperjelas pemahaman hadîts di atas marilah kita mengingat kembali firman Allah SWT yang termuat dalam surat Asy-Syams, ayat 8 - 10 :

"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan, (QS. 91:8) sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, (QS. 91:9) dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (QS. 91:10)."

Dalam hati manusia terdapat dua jenis "bibit penentu", yang satu kita sebut saja sebagai "bibit kebaikan" yang merangsang dan mendorong manusia untuk melakukan amal kebaikan atau perbuatan yang mendekatkan dirinya kepada Allah SWT., sedang yang lainnya kita sebut dengan "bibit kejahatan" yang merangsang manusia untuk melakukan melakukan perbuatan fahsya (keji) atau kemungkaran kepada Allah SWT.

Al-Fujûr merupakan "benih kejahatan" yang dengan istilah lainnya dikenal sebagai nafsu syahwat syaithaniyah yang senantiasa membisiki dan menghembusi manusia untuk melakukan pekerjaan-pekerjaan tercela lagi berdosa yang akan mengantarkannya ke jalan kefasikan dan berhilir di neraka. Sedang at-Taqwa merupakan "benih kebaikan" yang senantiasa memotifasi dan memobilisasi manusia untuk melakukan amal kebajikan dan pekerjaan yang mendekatkan dirinya kepada Allah SWT.

Dari sini kita dapat mengetahui bahwa pada hati manusia terdapat 2 (dua) kekuatan yaitu kekuatan "Fujur" dan "Taqwa" (sebagaimana yang dipaparkan dalam surat Asy-Syams di atas) yang selalu bertempur untuk saling mengalahkan satu dengan yang lainnya sehingga salah satu dari keduanya menjadi pemenang atau lebih mempunyai pengaruh dalam menentukan perilaku kehidupan "tuannya".

Apabila setiap rangsangan "benih kebaikan (At-Taqwa)" ini yang timbul dalam diri manusia selalu direspon dalam bentuk amal shalih secara benar dan berkesinambungan maka dengan sendirinya "benih kebaikan" akan semakin berkembang dan akan mendominasi atau mengusai hati "tuannya".

Sehingga idea, pola fikir, keperibadian dan seluruh anggota tubuhnya akan menjadi baik kerana mengikuti arahan2 yang datang dari hati yang dipenuhi dengan "benih kebaikan". Maka jadilah "tuannya" ini termasuk orang-orang beruntung yang mampu membersihkan jiwanya dari nafsu syahwat syaithaniyah kerana ia hanya mahu mengikut bisikan dan panggilan kebaikan (taqwa) saja. Sebagaimana firman Allah SWT:

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, (QS. 91:9)

Dan sebaliknya bagi manusia yang lebih sering merespon tuntutan nafsu syahwat syaithaniyahnya maka tindakan tercela lagi berdosa itu dengan otomatik memberikan ruang dan mempercepat pertumbuhan serta peluasan "benih-benih kejahatan (fujûr)" sehingga benih ini akan mendominasi hatinya. Dari Abû Hurairah ra bahwa Rasûlullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya orang mukmin, ketika ia berbuat dosa maka (saat itu juga) akan menempel titik hitam di hatinya, jika ia bertaubat dan mencabut (dirinya dari perbuatan dosa tersebut) dan memohon ampunan maka hatinya (kembali) bersih, jika ia menambahinya (dengan perbuatan dosa lagi) maka titik hitam itu bertambah pula di dalam hatinya.
(Hadits hasan, dikeluarkan oleh Ibnu Majah dalam "Kitab Az-Zuhd, bab Dzikru Adz-Dzunûb.)

(Pada saat hati manusia dikuasai oleh "benih-benih kejahatan (fujûr)" maka idea, pola fikir, keperibadian dan seluruh anggota tubuhnya akan menjadi buruk kerana mengikuti apa yang datang dari hati yang dipenuhi dengan "benih kejahatan", sehingga jadilah ia termasuk orang-orang yang merugi karena ia telah mengotori dan mencemari jiwanya dengan selalu menuruti nafsu syahwat syaithani,

sebagaimana firman Allah SWT

"Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (QS. 91:10)."

Dalam kitab Minhajul Qashidîn dikatakan:

Bahwa sesuatu yang paling berharga, paling bernilai dan paling mulia pada diri manusia adalah hatinya. Sedang anggota tubuh hanya sekedar mengikuti dan menjadi pelayan hati, sebagaimana seorang tuan yang memerintahkan hamba sahayanya sebagai pelayannya.

Bagaimanakah cara mendapatkan hati yang bersih dan tetap hidup??


1) Selalu berzikir kepada ALLAH. Dengan berzikir, hati terus-menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi.


2) Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat-ayat ataupun tanda-tanda kekuasaan ALLAH dalam setiap perkara. Biarkanlah hati ini menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit.

3) Berusaha memaksa diri bagi terus beribadat dengan ibadat yang terbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan yang begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati..

Ciri-Ciri Wanita Ahli Syurga

Assalamu'laikum wbt..
Didoakan semoga sahabat2 pembaca sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat ALLAH SWT..

Perkongsian mengenai ciri2 wanita ahli syurga..
(diambil dari laman bicaramuslim.com)

"Apakah hanya orang-orang beriman dari kalangan laki-laki dan bidadari-bidadari saja yang menjadi penduduk syurga ? Bagaimana dengan isteri-isteri kaum mukminin di dunia yakni wanita-wanita penduduk bumi ? "

Isteri-isteri kaum mukminin yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tersebut akan tetap menjadi pendamping suaminya kelak di surga dan akan memperoleh kenikmatan yang sama dengan yang diperoleh penduduk syurga lainnya, tentunya sesuai dengan amalnya selama di dunia.

Tentunya setiap wanita muslimah ingin menjadi ahli syurga. Pada hakikatnya wanita ahli syurga adalah wanita yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Seluruh ciri-cirinya merupakan cerminan ketaatan yang dia miliki. Di antara ciri-ciri wanita ahli syurga adalah :

1.Bertakwa.

2.Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya,
kitab-kitab-Nya, rasul-rasul- Nya, hari kiamat dan beriman kepada taqdir yang baik maupun yang buruk.

3.Bersaksi bahwa tiada Ilah yang berhak disembah kecuali Allah semata, bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba Allah dan Rasul-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan naik haji bagi yang mampu.

4.Ihsan, yaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah,
jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

5.Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap adzab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6.Gemar membaca Al-Qur’an dan berusaha memahaminya, berdzikir mengingat Allah ketika sendiri atau bersama banyak orang, dan berdo’a kepada Allah semata.


7.Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8.Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin dan seluruh makhluk,
serta berbuat baik terhadap haiwan ternak yang dia miliki.

9.Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang menahan pemberian kepada dirinya, dan mema’afkan orang yang menzaliminya.

10.Berinfak baik ketika lapang maupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.

11.Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

12.Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13.Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14.Berbakti kepada kedua orang tua.

15.Menyambung tali silaturrahim dengan karib kerabatnya, sahabat terdekat dan terjauh.

Demikian beberapa ciri-ciri wanita ahli surga yang
saya sadur dari kitab Majmu’ Fatawa karya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah hanya 11 hal. 422-423. Ciri-ciri tersebut bukan merupakan suatu batasan, tetapi ciri-ciri wanita ahli surga seluruhnya masuk dalam kerangka taat kepada Allah dan Rasul-Nya.



ALLAH SWT berfirman :
…. Dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, niscaya Allah memasukkannya ke dalam syurga yang mengalir di dalamnya sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya dan itulah kemenangan yang besar. (Q.S. An-Nisa’ : 13)

Wallahu a’lam..
http://www.myquran.orang/forum/showthread.php?t=14524

Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.

(Al Baqarah [2]:286)
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ..MENCARI REDHA ALLAH.. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net