Kecintaan Sesama Saudara Islam Kerana ALLAH..


Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, di antara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya."
(HR. Ibnu Hibban dan Al-Hakim )

..SEMOGA UKHUWWAH KITA SEMUA BERKEKALAN HINGGA KE AKHIRAT,KE SYURGA..
Moga sahabat2 dapat membantu diri ini andai di akhirat kelak ada lekatan di sisi ALLAH.. Mungkin pada timbangan amalan yang tidak mencukupi, tergelincir sewaktu meniti sirat, diletakkan dalam golongan kiri dan sebagainya.Wa'iya zubillah..

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.”
(Riwayat Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Salam sayang dan doa berterusan untuk semua.. Maaf juga andai ada khilaf dan hak sahabat yang tidak tertunai dengan baik..

Sayang kalian kerana ALLAH.. =)

1 comments:

hambaNYa yang hina.. said...

=)...I'Allah.. di saat Allah mula m'tarbiyah kita tanpa sahabat yang sering melangkah bersama, Allah tetap titipkan kekuatan ukhwah itu pada ingatan dan teladan yang telah kita lalui.. bekalan ukhwah adalah taqwa kepadaNya... kerana itu tiap butir bicara, tiap perilaku,senyum dan tawa, tangis bersama tidak pernah hilang dari ingatan.. semuanya membawa diri yang hina ini kembali pada Rabbi..I'Allah.. sayang hingga ke akhirat.(^_^)

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ..MENCARI REDHA ALLAH.. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net