Cinta + Ikhlas dalam Membawa Agama ALLAH..

Assalamu'alaikum wbt..
Perkongsian tentang Rasulullah saw..
Hati tersentuh dengan satu penulisan tentang Rasulullah saw. Pada awal kejadian kita; ALLAH melihat dalam hati semua manusia, ALLAH melihat hati Nabi Muhammad saw, dan ALLAH memilih Nabi Muhammad saw sebagai Rasul; Penghulu segala nabi dan Rasul. Kemudian ALLAH melihat lagi hati manusia2 yang lain dan ALLAH memilih para sahabat untuk menjadi sahabat;pendamping Rasulullah..
Terfikir..
Alangkah istimewanya Rasulullah saw dan para sahabat pada pandangan ALLAH...
Betul,KEIKHLASAN mereka sukar untuk ditandingi. Rasulullah saw sendiri pernah bersabda; jika ditimbang iman sekalian penduduk di bumi tidak akan dapat dapat menandingi iman Saidina Abu Bakar As Siddiq ra. Syaitan sendiri mengakui keihlasan Saidina Umar Al Khattab sehingga mengelak dari bertembung dengan Saidina Umar ra. Rasulullah saw menyebarkan risalah Islam dengan bantuan sahabat2 yang ikhlas dan tidak gentar dengan pandangan dan penilaian manusia yang lain.. Sungguh,tanpa keihlasan dan iman yang tinggi, tidak mungkin Islam dapat tersebar dengan meluas.
Muhasabah dalam diri ; bagaimana pula hati ana pada pandangan ALLAH..?
Apatah lagi untuk menggelarkan diri sebagi Da'ie agama.
Teingat dengan kata2 seorang murabbi,untuk membawa agama ALLAH bukan semangat yang utama diperlukan,(walaupun itu juga perlu) tetapi KECINTAAN pada agama itu sendiri. KECINTAAN untuk melihat Islam tersebar meluas. KECINTAAN untuk melihat orang2 sekeliling merasa nikmat bahagia hidup dalam ajaran Islam.
Seorang sahabat pernah berkata; antara punca utama merundumnya semangat perjuangan dalam kalangan umat Islam masa kini (termasuk ana sendiri) adalah hubungan dengan ALLAH yang rapuh dan juga kerana sejarah kebanggaan umat Islam telah malap dalam diri.
Muhasbah lagi untuk diri..
Rasulullah saw dan sahabat2 telah membenarkan iman mereka dengan amal dan pengorbanan.
Kita..?

Firman ALLAH:
Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang tiada kamu kerjakan. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.(As Saff; 2-4)

Moga ALLAH memberi pengampunan pada langkah2 hamba yang khilaf~

2 comments:

Seindah.Bidadari said...

terharu dengan entri ni..bagaimana pandangan Allah pada kita?? Ya Allah lindungilah kami..=)

Hamba ALLAH; Aishah... said...

..perlu ada keazaman dan 'keseriusan' dalam membawa agama ALLAH.=) Samada dalam diri dan orang sekeliling..Moga ALLAH sentiasa memberi taufiq dan hidayahNya untuk kita melangkah sebagai khalifah dan hambaNya. Diri kita tiada apa2 melainkan dengan izin kudratNya..Amalan yang kecil tapi ikhlas lebih bernilai disisi ALLAH daripada sebaliknya..Sama2 doa ya cik..=)

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ..MENCARI REDHA ALLAH.. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net