Renungan kata-kata Rasulullah saw..
“Ingatlah…akan ku beritahukan kepada kamu dosa-dosa yang paling besar
(diulang-ulang hingga tiga kali) iaitu menyengutukan ALLAH SWT dan menyakiti kedua ibu-bapa”(maksud hadis)
“Semoga ALLAH SWT melaknat orang yang mencaci kedua ibu bapanya, semoga ALLAH SWT melaknat orang yang merubah batasan tanah orang lain, semoga ALLAH SWT melaknat orang yang memberi tempat ahli bida'ah."(maksud hadis)
“Terkutuklah orang yang mencaci ayahnya, terkutuklah orang yang mencabut batasan tanah orang lain, dan terkutuklah orang yang menghalang-halangi jalan ALLAH SWT."
(maksud hadis)
“Ada tiga macam orang yang diharamkan oleh ALLAH SWT. masuk syurga iaitu: peminum khamar (arak), orang yang menyakiti kedua ibu bapa, dan orang
yang mengizinkan keluarganya melacur."(maksud hadis)
“Hindarilah diri kamu daripada perbuatan menyakiti kedua ibu bapa. Sesungguhnya bau syurga dapat tercium jarak perjalanan seribu tahun, dan tidak akan dapat menciumnya (memasuki syurga) orang yang menyakiti kepada ibu bapanya;dan orang yang memutuskan silaturrahim, dan ibu bapa yang berzina, dan orang yang menurunkan kainnya (hingga terseret di atas tanah) kerana sombong,kerana sesungguhnya sifat sombong itu hanyalah milik ALLAH SWT saja."(maksud hadis)
“Ada tiga macam orang yang ALLAH SWT. Tidak menerima taubat dan tebusan mereka, iaitu: orang yang menyakiti kedua ibu bapanya, orang yang suka memberi (dengan mengharapkan balasan lebih), dan orang yang
membohongkan adanya takdir."(maksud hadis)
“Ada tiga macam hal yang dapat membatalkan amal kebaikan, iaitu:
menyengutukan ALLAH SWT, menyakiti kedua ibu bapa, dan lari dari medan perang."(maksud hadis)
“Tidak akan diterima solat (sembahyang) orang yang dimurkai kedua ibu bapa
yang tidak berbuat aniaya kepadanya".(maksud hadis)
“Barangsiapa yang taat terhadap ALLAH SWT dengan jalan berbakti pada kedua ibu bapanya, maka baginya akan ada dua pintu syurga yang selalu terbuka. Apabila ia berbakti kepada salah seorang, maka baginya hanya satu pintu. dan barangsiapa yang berbuat derhaka terhadap ALLAH SWT dengan jalan menyakiti kedua ibu bapanya, maka baginya ada dua pintu neraka yang selalu terbuka. Apabila ia menyakiti kepada salah seorang, maka baginya hanya satu pintu." salah seorang sahabat bertanya: `bagaimana jika keduanya berbuat aniaya kepadanya?'
rasulullah menjawab: "sekalipun mereka berdua berbuat aniaya kepadanya, sekalipun mereka berdua berbuat aniaya kepadanya, sekalipun mereka berdua
berbuat aniaya kepadanya."(maksud hadis)
“Membuat kedua ibu bapa menangis (sedih) termasuk perbuatan menyakiti keduanya."(maksud hadis)
“Tidaklah termasuk orang yang membaca al quran iaitu orang yang tidak
mengamalkan (apa yang telah dibaca)nya. dan tidak termasuk berbakti kepada ibu bapa iaitu orang yang menajamkan pandangan mata terhadap keduanya ketika ia sedang marah. mereka terlepas dari tanggungjawab dan aku pun bebas
daripada mereka."(maksud hadis)
“Peliharalah teman-teman tercinta ayahmu, jangan sekali-kali engkau memutuskan silaturrahim, sebab ALLAH SWT akan memadamkan nur/cahaya dirimu."(maksud hadis)

0 comments:
Post a Comment