QAIDAH SULBAH


Assalamu’alaikum wbt..Moga redha dan rahmat ALLAH sentiasa bersama kita semua..=) Sunggguh, tanpa izinNya tidak mampu untuk kita melakukan segalanya..
Hmm..Dalam mencari bahan2 untuk dibaca,hati terdetik untuk membuka file bacaan tarbiyyah yang sudah lama ditinggalkan. Perkongsian dari seorang sahabat yang boleh juga dikira murobbi bagi diri ini menarik untuk dikongsi bersama. Moga ianya bermanfaat..

-QAIDAH SULBAH-

Qaidah Sulbah adalah satu elemen penting dalam organisasi dan jamaah. Dalam istilah lain, ia boleh juga digelar sebagai prime mover, atau kumpulan elit, atau think-tank. Sesebuah organisasi ataupun jamaah memerlukan kumpulan ini untuk melancarkan gerak kerja sesebuah gerakan sama ada gerakan Islam atau mana-mana gerakan sekalipun.

Nabi Muhammad SAW juga mempunyai core-group yang membantu baginda dalam melancarkan gerak kerja baginda. Khalid al-Walid dan Hubbab al-Munzir adalah strategis peperangan. Umar al-Khattab mempunyai pandangan yang jauh. Huzaifah al-Yamani sebagai perisik. Banyak lagilah. Begitu juga Abu Bakar yang banyak membantu baginda dalam banyak hal.

Abu Bakar juga menjadikan Umar al-Khattab sebagai perancang bersama beliau. Umar tidak dibenarkan untuk keluar daripada bumi Madinah sepanjang pemerintahan beliau meskipun untuk peperangan. Pandangan Umar sangat penting untuk membantu urusan pentadbiran khilafah ketika itu.

Umar pula menjadikan sahabat-sahabat daripada 10 orang yang dijamin syurga menjadi Qaidah Sulbah.

Qaidah maksudnya kepimpinan. Sulbah pula bermaksud tulang belakang. Tulang belakang adalah tulang terpenting bagi seseorang. Apabila tulang belakang bengkok, maka ia memberi kesan yang kurang baik kepada kesihatan. Tulang belakang yang baik adalah paksi kekuatan.

Bolehlah seseorang hidup dengan sempurna sekiranya tulang belakang mereka rosak, atau bengkok? Maka begitu juga kesimpulan kepada sesebuah organisasi. Organisasi tidak akan mampu menjadi enegetik sekiranya mereka tidak memiliki kumpulan Qaidah Sulbah yang berfungsi dalam rangka yang sebetulnya.

Berikut adalah ciri-ciri ahli yang boleh menjadi Qaidah Sulbah
• Berfikiran luas dan berpandangan jauh
• Bermaklumat
• Bijak membaca suasana dan mampu melihat daripada pelbagai sudut
• Seorang penganalisis yang baik dan kritikal
• Bukan orang yang hanya pandai mengangguk
• Penting juga ciri berpengaruh
• Berani mencabar kebiasaan dan tradisi
• Tidak takut dengan celaan yang melemahkan
• Berani berijtihad dan melakukan perubahan
• Rajin membaca dan mempunyai link yang luas

Mungkin banyak lagi ciri Qaidah Sulbah yang boleh kita perincikan. Bagaimana pula kita boleh melatih diri kita menjadi Qaidah Sulbah?
• Sedia dilatih dengan latihan pemikiran yang lasak
• Bergaul dengan think-tank dan bersedia cara pemikiran mereka yang mungkin di luar adat kebiasaan
• Mesti berani melakukan perubahan
• Rajin membaca atau berdiskusi dengan orang bermaklumat
• Berani mengkritik dan mengoyak tradisi
• Belajar berfikir dan sentiasa sibukkan otak ke arah itu

Dalam masa yang sama, Qaidah Sulbah adalah orang yang beriman dan tinggi kebergantungan kepada Allah SWT serta beramal sunnah. Pengetahuan tentang agama sangat penting supaya mereka tidak melanggar sempadan syariat. Qaidah Sulbah juga sentiasa menyibukkan diri mereka berfikir tentang benda yang besar bukannya ranting. Mereka memerah minda untuk menyelesaikan the big picture of something seperti tarbiah secara gambaran besar bukannya serpihan.
Moga kita semua dapat memupuk diri menjadi Qaidah Sulbah walau di posisi mana pun kita berada..Wallahu’alam~

Perkongsian daripada Ust. Dzulkhairi
Mantan President GAMIS(Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia)

0 comments:

Post a Comment

 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 ..MENCARI REDHA ALLAH.. |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net